Bersyukur ke hadrat illahi denga limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat juga menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah saya.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Lisa Yong Ka Moi, pemangku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu. Dan atau Cikgu Nazmi bin Ramli selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3 Amanah yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan kerja kursus sejarah ini.
Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu saya, Rosmih binti NC Jamari @ Jamal serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan mahu pun pengetahuan atau mencari bahan. Tidak lupa juga kepada rakan rakan perjuangan yang lain iaitu Mohd Asyraf bin Yunus, Mohd Shafiq bin Abdul Abbas, Affandi bin Mohammad , Mohd Iqbal Ikmal bin Rosmin dan Abdul Rizman bin iskandar kerana banyak memberi kerjasama dengan kongsi pengetahuan.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah (FELCRA). Objektif kajian adalah seperti berikut:-
1. Melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih.
2. Saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat FELCRA BERHAD untuk membangunkan bandaraya Kota Marudu.
3. Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan, undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.
4. Menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .
KAEDAH KAJIAN
Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah:
1. Melayari internet.
Maklumat-maklumat mudah diperoleh melalui internet. Internet dapat membantu saya dalam memuat turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.
2. Analisis Dokumen.
Saya telah mendapatkan analisis dokumen bagi mendapatkan maklumat seperti keratan akhbar, artikel dan gambar.
3. Membuat temubual.
Saya juga telah mencari maklumat dengan pergi sendiri ke pejabat FELCRA BERHAD, mengambil gambar dan menemubual salah seorang pegawainya yang bertugas di sana.
Hasil Kajian
Institusi Pentadbiran Tempatan
Nama rasmi bagi Institusi Pentadbiran Tempatan ini ialah FELCRA BERHAD Kota Marudu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia. Nama lain pula ialah Projek Lanjakan Mega Luar Bandar Agropolitan Kota Marudu. Institusi ini terletak di Pejabat Penyelarasan FELCRA BERHAD Kota Marudu, Pekan Goshen 89107 Kota Marudu, Sabah.
Matlamat institusi ini adalah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan mambantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
Objektif
2- Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu masyarakat, peserta serta pekerja.
Misi Korporat Memegang falsafah Peserta Bersyukur No.1 dan terus berkembang bersama mereka dengan growth with equity di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan amanah kumpulan sasar iaitu mesyarakat peserta. Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) melalui pembangunan ladangladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan. Melaksanakan program diversifikasi yang menguntugnkan dan di dalam masa yang sama meancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping berazam mencapai indetiti konglomerat yang berjaya.
Visi korporat Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah konglomerat yang berjaya.
Sejarah Penubuhan:
Mulai 1 september 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Penukaran identiti korporat ini membolehkan FELCRA BERHAD menyusuri bidang perniagaaan yang baru selaras denagn aspirasi pembangunan nasional. FELCRA BERHAD berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjay di samaping mencipta sektor luar bandar yang lebih menarik dan menguntungkan selaras dengan startegi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program oblisasi sosial.
Perincian Peranan.
Ekonomi FELCRA pada asasnya mempunyai beberapa peranan yang dimainkan antaranya dalam bidang ekonomi. Antaranya ialah : a) Sebagai agensi pelaksana kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri bagi merealisasikan program-program pembangunan rakyat di luar bandar. b) Mempergiatkan projek-projek pemulihan dan penyatuan tanahtermasuk tanam semula . c) Memperkukuhkan asas ekonomi dan perniagaan teras. Fungsi yang dijalankan oleh Felcra juga berkaitan dengan usaha menjana pendapatan melalui pembangunan ladang. Para peserta memperolehi pendapatan melalui peluang pekerjaan yang diwujudkan di ladang mereka disamping dividen tahunan dari keuntungan ladang. Pendapatan dari ladang memberi pulangan yang setimpal berdasarkan keluasan tanah peserta.
Pendidikan Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting dalam usaha membentuk generasi Felcra yang berpengetahuan dan memiliki kelulusan akademik atau kemahiran yang tinggi. Pihak pengurusan Felcra melaksanakan tugas melalui peruntukan yang diterima daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan aktiviti tuisyen dan program motivasi bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di sini. Peruntukan yang disalurkan secara tahunan ini mampu memotivasikan pelajar dalam usaha mencapai kejayaan dalam peperiksaan awam. Terdapat juga Program Pengukuhan Jati Diri atau PEJADIanjuran Felcra pusat yang dilaksanakan di sini. Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan insan supaya mereka lebih bermotivasi untuk meningkatkan ilmu, pendidikan dan kemahiran
untuk meningkatkan pendapatan keluarga.. Dalam Program Memperkasa Ilmu Dan Kemahiran atau PMIK ianya menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran dan peningkatan pencapaian akademik untuk memberi peluang kepada mereka pekerjaan yang lebih baik.
Kebajikan Melalui Yayasan FELCRA Berhad , setiap Felcra di negara ini mendapat peruntukan tahunan bagi melaksanakan program pendidikan tuisyen, kecermelangan pelajar, pinjaman pendidikan, biasiswa pendidikan, tabung dermasiswa, latihan dan kemahiran teknikal. Program Yayasan FELCRA adalah khusus untuk para peserta, staf dan keluarga mereka sahaja. Salah satu program yang dilaksanakan juga ialah Program Pembentukan Generasi Wawasan. Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan anak -anak kumpulan sasar yang berumur 17 tahun ke bawah menikmati pekej makanan tambahan yang seimbang dan berkhasiat. Sebilangan peserta juga terlibat dengan program penanaman semula kebun kelapa sawit di Felcra ini. Pihak pengurusan melaksanakan pengurusan dengan kaedah memberi pinjaman untuk membeli benih , menguruskan kebun sehingga boleh mengeluarkan hasil. Peserta juga diberikan bantuan sara hidup sebanyak RM 700 sebulan untuk menampung keperluan keluarga. Segala bayaran untuk bantuan sara hidup dan bantuan penanaman semula akan dipotong melalui bayaran secara tahunan iaitu selama 15 tahun. Ini membolehkan peserta tidak terhimpit dengan masalah kewangan ketika menunggu kebun mengeluarkan hasil.
Perkembangan FELCRA Kota Marudu Sumber Kewangan Peruntukan wang untuk membiayai pembangunan tanah yang diperolehi oleh Felrca Berhad Kota Marudu diperolehi memalui dua cara, iaitu ; 1 ) Melalui pemberian langsung oleh Kerajaan kepada Felcra Berhad bagi memnbiayai perbelanjaan pentadbir yang tidak perlu dibayar balik oleh peserta projek. 2 ) Melalui pinjaman yang dikenakan bayaran balik oleh peserta kerana wang ini digunakan semata-mata untuk memajukan tanah itu. Bayaran balik ke atas perbelanjaan pembangunan ini hanya dikutip apabila projek mengeluarkan hasil.
Pembangunan prasarana / Fizikal Felcra Berhad Kota Marudu telah membawa kepada pembangunan prasarana dan fizikal khususnya di Kota Marudu. Hal ini terbukti apabila Felcra Berhad Kota Marudu bertindak sebagai agensi pelaksana kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi merealisasikam program-program pembangunan rakyat luar bandar.
Keistimewaan / Kelebihan / keunikan Felrca berhad Kota Marudu mempunyai kelebihannya yang tersendiri khasnya kepada pemilik-pemilik tanah. Pemilik tanah digalakkan bekerja di projek berkenaan dan akan dibayar upah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Felrca berhad. Felcra Berhad Kota Marudu juga memberikan bantuan untuk memajukan tanah milik seseorang individu dengan memberikan pinjaman untuk membiayai kos honorarium, menanam, bekalan benih, pembajaan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkenaan. Pinjaman tersebut akan dibayar balik dalam tempoh tertentu bermula apabila ladang mengeluarkan hasil.
Perancangan masa hadapan Pihak Felcra Berhad Kota Marudu mempunyai perancangan masa hadapannya yang tersendiri iaitu ingin mempergiatkan projek-projek pemulihan dan penyatuan tanah (P&P) termasuk tanam semula sebagai fungsi utama syarikat. Felcra Berhad Kota Marudu merancang untuk meningkatkan peranan obligasi social dan pembangunan peserta termasuk institusi-institusi peserta untuk menanam rasa bangga mereka sebagai kumpulan sasar. Selain itu, Felcra berhad Kota Marudu juga merancang untuk memperkukuhkan lagi fundamental ekonomi dan perniagaan teras serta memperkukuhkan aliran tunai syarikat di dalam pembangunan secara pakej melalui penglibatan bermakna oleh anak-anak syarikat. Akhir sekali, dalam perancangan masa depan Felcra Berhad Kota Marudu, pihak mereka akan mempertingkatkan motivasi semua peringkat staf ke arah kecekapan dan produktiviti dengan memperkenalkan Key Performance Indicator (KPI). Pihak mereka juga akan mengutamakan kos munasabah melalui penggabungan bahagian dan mobiliti pegawaipegawai kanan atau perjawatan sedia ada.
RUMUSAN
Kesimpulannya, Institusi pentadbiran tempatan amatlah penting dalam membangunkan sesebuah kawasan dan seterusnya memajukannya.Tanpa pentadbiran yang cekap, akan lemahlah sesebuah bandar tersebut.
Melalui kajian ini, saya dapati banyak pengetahuan yang saya peroleh mengenai hala tuju sesbuah pejabat pentadbiran kerajaan tersebut. dan saya sesungguhnya beruntung kerana saya dapat mengetahui tentang FELCRA BERHAD dengan lebih mendalam.
sesungguhnya, saya amat berbangga menjadi seorang penduduk di Kota Marudu dan seterusnya menjadi warganegara Malaysia amnya. Saya juga berharap FELCRA BERHAD akan terus maju dan membawa kemodenan kepada penduduk Sabah dan seterusnya memajukan negara.
Tugasan 2
Institusi pentadbiran tempatan merupakan institusi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Di Malaysia, terdapat pelbagai institusi pentadbiran tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan sebagainya. Tajuk kajian saya adalah Rancanagn Pembangunan Tanah dan Wilayah (FELCRA).
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkukuhkan semangat integrasi nasional di negara kita. FELCRA BERHAD juga memainkan peranan dalam usaha memperkukuhkan semangat ini melalui pelbagai acara kebudayaan dan keseniaan rakyat yang telah dianjurkannya seperti persembahan kebudayaan yang melibatkan semua kaum, permainan tradisional dan meraikan perayaan-perayaan setiap kaum.Melalui acara tersebut, setiap kaum akan dapat menghargai dan mengamalkan tradisi serta budaya bangsa walaupun berbeza agama .
selain itu, untuk memperkukuhkan semangat integrasi nasional ini juga, FELCRA telah mengadakan program-program yang bermotifkan permuafakatan masyarakat. ini secara tidak langsung telah menarik minat ramai masyarakat Sabah tanpa mengenal agama. Antara program yang telah dilaksanakan ialah ceramah, motivasi, aktiviti keagamaan, gotong royong dan sebagainya. Ini bertujuan bagi memupuk semangat muhibah dan bersatu padu antara masyarakat. Melalui cara ini, masyarakat dapat berinteraksi dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Apabila tibanya sesuatu perayaan , FELCRA juga telah mengadakan program-program khusus untuk meraikan perayaan tersebut. Contohnya Perayaan hari raya Aidil fitri, FELCRA akan mengadakan rumah terbuka setiap tahun. Dalam acara sebegini, penduduk yang berbagai kepercayaan akan hadir untuk memeriahkannya. Ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan antara semua masyarakat yang berbilang kaum.
FELCRA juga telah menjalankan tugas dan peranannya sebagai pihak berkuasa tempatan dengan adil dan saksama.Permasalahan yang sering ditangani ialah berkaitan dengan kemudahan awam dan telah dilaporkan . Pihak FELCRA telah berusaha melakukan perkara terbaik untuk memuaskan hati semua masyarakat dan seterusnya menyatupadukan supaya masyarakat dapat hirup bersatu padu.