Anda di halaman 1dari 8

LAWATAN KE PUSAT SULAMAN DAN BORDIRAN HJH ROSMAH

Tepat jam 10 pagi waktu Indonesia , rombongan kami yang terdiri daripada Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng beserta guru pengiring seramai 28 orang tiba di Pusat Sulaman Dan Bordiran Hjh Rosmah yang terletak di Baso , Daerah Bukit Tinggi iaitu kira-kira 20 minit dari Pusat Bandar Bukit Tinggi yang menjadi tempat penginapan kami. Ketibaan rombongan kami di Pusat Sulaman Dan Bordiran Hjh Rosmah tidak secara bersendirian kerana terdapat rombongan dari kumpulan lain yang turut sama mengunjungi tempat ini. Suasana kampung yang aman dan damai di sekitar kawasan pusat ini membuatkan kami berasa begitu teruja ingin melihat dan menerokai keistimewaan pusat ini sehingga menjadi terkenal di Indonesia bahkan di Malaysia kerana kepelbagaian hasil sulaman yang berkualiti serta menjadi salah sebuah pusat didikan sulaman dan jahitan yang professional Apabila kami melangkah masuk ke pusat latihan ini , kami begitu tertarik dan terpegun melihat seramai 8 orang pelajar perempuan dalam lingkungan 20-an begitu tekun dan teliti menyiapkan sulaman yang berbagai corak pada sehelai kain putih. Keadaan di dalam ruang kelas mereka cukup tenang dengan keadaan para pelajar yang begitu fokus menyulam dan menjahit tanpa menghiraukan kehadiran rombongan kami pada mulanya. Corak dan gubahan yang dilakukan oleh mereka begitu halus dan unik menunjukkan kepada kami mengenai kemahiran dan kepakaran mereka dalam seni sulaman dan jahitan setelah beberapa bulan menuntut ilmu di sini. Kami dan guru-guru diberi peluang untuk mencuba menggunakan mesin jahit dan diajar serba sedikit mengenai cara sulaman dan jahitan dengan menggunakan mesin tersebut. Namun begitu , ternyata kerja ini bukanlah suatu yang mudah dan memerlukan ketelitian dan tahap kecekapan yang tinggi. Sekarang barulah kami sedar bahawa ilmu di dada masih belum cukup luas dan masih banyak ilmu dan kemahiran yang perlu kami pelajari. Kami juga berkesempatan melihat pelbagai piala dan pengiktirafan dipamerkan di ruangan khas.Kami begitu kagum dengan pelbagi kejayaan yang telah dikecapi oleh pusat sulaman ini. Seterusnya , kami bergerak ke ruang utama yang menjadi tempat jualan hasil sulaman daripada pusat ini. Terdapat banyak hasil sulaman yang terdapat di sini dengan pelbagai corak yang menarik dan berbeza daripada yang terdapat di Malaysia seperti tudung , telekung , kebaya , beg telekung dan berbagai barang lain lagi. Kami begitu teruja melihat hasil sulaman yg begitu berbeza berbanding yang terdapat di Malaysia dan harganya jauh lebih murah.Kami berasa begitu bertuah apabila dapat bertemu Puan Hajah Rosmah,pemilik butik dan intitusi bagi berkenaan dengan jahitan, di ruang utama.Kami bersalam dan bertanya khabar dengan beliau yang kini sudah berusia 85 tahun.Keadaan beliau masih sihat dan masih lagi menjadi guru di

pusat latihan sulaman milik beliau.Kami sempat bergambar dengan Hajah Rosmah dan menyatakan perasaan kagum kami terhadap usaha beliau membantu dan memajukan seni sulaman di Bukit Tinggi dan membantu penduduk setempat yang menjadi pengangur dan tidak bekerja. Kemudian, kami berkesempatan pula untuk bertemu dengan Datuk Mangiang,iaitu anak Hajah Rosmah yang juga menjadi pengurus butik sulaman ini.Tuan Hj. Abdul Hashim,pengetua Sekolah Tuanku Abdul Rahman , telah meminta beliau untuk memberikan sedikit penerangan dan maklumat ringkas mengenai sejarah pusat sulaman dan bordiran Hjh. Rosmah serta maklumat mengenai pusat didikan yang disediakan kepada pelajar. Menurut Datuk Mangiang,pusat sulaman ini telah dibuka oleh Hjh. Rosmah sekitar tahun 70-an.Tujuan utamanya ialah Hjh. Rosmah ingin membantu dan membuka peluang kepada anak-anak tempatan yang tidak bekerja dan tidak mempunyai kemahiran untuk belajar menyulam dan menjahit seterusnya dapat mencari rezeki sendiri melalui perniagaan.Pada awalnya,pelajarpelajarnya merupakan penduduk sekitar Bukit Tinggi dan Padang,namun pada masa ini,pelajarpelajarnya hadir dari sekitar Sumatera,Pulau Jawa dan juga dari Malaysia.Pelajarnya tidak mengira umur, dari yang berusia belasan tahun hinggalah berumur 40-an,berdasarkan keinginan pelajar menuntut ilmu. Tambahan beliau,pada masa ini,pelajarnya hanya terdiri dari lapan orang pelajar,namun, pusat ini mampu menampung lebih kurang 80 orang pelajar dalam satu masa.Berdasarkan keterangan beliau,sesiapa yang berminat untuk belajar menyulam di sini boleh melakukan demikian namun terdapat beberapa perkara yang pelu diuruskan sendiri,seperti pelajar dari Malaysia,urusan visa haruslah diuruskan sendiri oleh pelajar tersebut.Tempoh pembelajarannya mengambil masa lebih kurang empat hingga enam bulan.Bagi tempoh satu bulan,pelajarnya dikehendaki membayar sebanyak RM3400 untuk kos pembelajaran dan asrama pelajar turut disediakan.Namun begitu,seperti yang dinyatakan oleh Datuk Mangiang,pembelanjaan untuk makan tidak disediakan dan perlu ditanggung sendiri,namun jika jumlah pelajarnya melebihi 10 orang,perkhidmatan katering dapat disediakan oleh pihak pengurusan bergantung pada permintaan.Pihak pengurusan juga hanya menerima pelajar perempuan kerana mudah menguruskan urusan asrama kerana terdapat sebuah asrama untuk perempuan sahaja yang disediakan. Setelah puas kami melawat sekitar pusat sulaman ini, tepat jam 10.50 pagi jam Indonesia, kami menaiki bas untuk bergerak menuju ke kilang kopi. Kami berasa cukup puas atas kesempatan selama 50 minit yang telah diberikan kepada kami untuk memahami dan mengetahui salah sebuah pusat vokasional swasta yang terkenal di Indonesia.

Refleksi dan kesan yang kami dapat daripada hasil lawatan kami ke pusat Sulaman dan Bordiran Hjh. Rosmah antaranya ialah sifat prihatin dalam diri yang perlu ada untuk membangunkan masyarakat. Seperti yang kita ketahui,Hjh. Rosmah prihatin akan nasib masyarakat yang kurang berkemahiran dan ada antara mereka yang tidak bekerja. Justeru, beliau mengambil langkah untuk mencurahkan didikan dan ilmu yang beliau ada kepada penduduk setempat dengan harapan mereka mampu berdikari dan membangun.Ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Kita haruslah prihatin dengan nasib rakan-rakan kita yang kurang bernasib baik dan kurang cemerlang dalam bidang akademik. Antara cara kita menunjukkan sikap prihatin ialah dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan agar kita sama-sama mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Sikap prihatin boleh juga diaplikasikan dalam masyarakat setempat. Kita dapat melahirkan masyarakat yang bebas masalah gejala sosial dan mempunyai kemahiran profesional dalam pelbagai bidang kearah menuju Wawasan 2020. Seterusnya,refleksi yang dapat saya kongsikan bersama adalah nilai kesungguhan. Ini ditunjukkan oleh Puan Hjh. Rosmah apabila beliau begitu bersungguh-sungguh menjadi tenaga pengajar yang mengajar pelajarnya mengenai seni sulaman.Sungguhpun semasa kehadiran kami ke sana umurnya sudah menjangkau usia 85 tahun,namun beliau masih lagi menjadi tenaga pengajar kepada pelajar-pelajarnya. Ini menunjukkan kesungguhan beliau dalam memberikan didikan yang sempurna selain memastikan pelajar-pelajarnya mewarisi kemahiran dan kecekapan yang beliau miliki seterusnya melahirkan pelajar yang profesional dalam seni sulaman. Beliau juga bersungguh-sungguh dalam memperkembangkan perniagaan dan pusat sulamannya. Ini dapat dibuktikan apabila pada dahulunya pusat sulaman ini dibuka untuk didikan masyarakat setempat namun pada hari ini pusat jahitannya terkenal di seluruh pelosok Indonesia dan juga Malaysia,dan menjadi tempat wajib dilawati apabila bertandang ke Bukit Tinggi.Kesungguhan beliau juga dapat dibuktikan apabila pelbagai pengiktirafan dan penghargaan daripada pelbagai peringkat dipamerkan di ruangan khas dan dapat dilihat sendiri oleh pengunjung.Sikap bersungguh-sungguh dapat diterapkan dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar.Sesungguhnya bak kata pepatah usaha tangga kejayaan menunjukkan kepada kita usaha dan kesungguhan perlu ada dari awal dan secara istiqamah agar kelak kita dapat mencapai kejayaan kerana sesungguhnya yang bulat tidak dapat datang bergolek ,yang pipih tidak datang melayang.

Selain itu,sikap tekun dan teliti perlu ada dalam diri setiap individu. Ini ditunjukkan oleh kemahiran seni sulaman di butik Hjh. Rosmah ini sendiri. Setiap pelajar diajar supaya bersikap teliti dan tekun dalam membuat sulaman agar hasilnya kelak berkualiti tinggi dan halus seninya. Sikap tekun dan teliti dapat diamalkan oleh para pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas. Ketekunan perlu ada untuk memahami setiap apa yang diajar oleh guru supaya kita tidak ketinggalan dalam pelajaran. Ketelitian pula perlu ada semasa para pelajar menjawab soalan peperiksaan supaya kecuaian tidak wujud sekaligus memberi kecemerlangan kepada pelajar. Dengan semua nilai yang telah ditunjukkan semasa kami melawat Butik Sulaman dan Bordiran Hjh. Rosmah ini,telah membuka minda kami dan memberi pelbagai pengetahuan baru yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Justeru itu,mudah-mudahan setiap pelajar mendapat manfaat daripada lawatan kami ini.

Anda mungkin juga menyukai