Anda di halaman 1dari 33

APAM @ MUFFIN MOCHA sumber: izahdaut

1 cawan tepung gandum 2 sudu besar serbuk koko 1 sk baking powder 1/4 sk baking soda secubit garam 1 biji telur 1/3 cawan yogurt 1/3 cawan santan 1/4 cawan minyak sayur 1 sk mocha paste 1/2 cawan gula sedikit Essence vanila Caranya: Ayak tepung bersama baking powder, serbuk koko, baking soda dan garam. Gaul sebati. Ketepikan. Satukan bahan2 yang lain dan kacau sebati. (bahan basah) Masukkan bahan basah ke dalam tepung yang di ayak tadi. Adunan sedikit cair. Masukkan ke dalam muffin cup. Kukus di atas kukusan yang telah dipanaskan dengan api sederhana. Kukus lebih kurang 15 minit. *Masa kukusan bergantung saiz muffin

BISKUT BADAM RANGUP

Ramuan

150 g mentega 100 g gula aising 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji) 1/2 camca teh esen vanilla 100 g tepung gandum* 100 g tepung kastard* 75 g tepung jagung (cornstarch)* (*disatukan dan diayak) 50 g serbuk badam 50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan :

1 kuning telur Badam cincang secukupnya

Cara Penyediaan
1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan

esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.

2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...) 3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CORNFLAKES RANGUP
Bahan-Bahan

250 gm mentega 3/4 cawan gula aising 1 sudu kecil esen vanilla 1 biji kuning telur 250 gm cornflakes(ramas2 sikit) 2 1/2 cwn tepung naik sendiri Mangkuk kertas Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil

Cara-Cara 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit. Biarkan sejuk di redai biskut.

Bahan-bahan

420 gm tepung red rose (saya guna 400 gm tpng gandum+ 20 gm tpng jagung) 30 gm serbuk koko 250 gm mentega 20 gm shortening 160 gm gula kaster 2 tsp baking powder 2 biji kuning telur 100 gm badam hiris - di panggang dahulu

Hiasan : Coklat putih di cairkan dahulu dan picit menggunakan piping bag Cara-cara : 1. 2. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder. Ketepikan. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur dan pukul sebati.

3. 4. 5. 6.

Masukkan tepung dan badam hiris, uli hingga menjadi doh. Canai dan terap mengikut acuan kegemaran. Panaskan oven dan bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit. Sejukkan dan paipkan coklat putih cair.

** Setelah siap paipkan coklat putih, saya letak ke dlm peti ais dlm 10 minit supaya coklat putih tu beku semula. Selamat Mencuba.

SNOW almond
Bahan A 110g mentega (I used 100g) 1/2sb shortening (for making biscuits more crispy) 50g gula kastor 1/2sk esen kopi (I used coffee emulco) 1/2 biji telur kuning Grade A (or 1 Grade C egg yolk) Bahan B 110g tepung gandum (I added another 15g before the dough didn't stick to my hands anymore) 25g nestum, kisar halus 1sb coffeemare (I used susu tepung Nespray) 35g tepung ubi kayu @ tapioca flour (I used tepung kanji) 30g serbuk badam Hiasan serbuk roti putih/breadcrumbs (I used homemade and baked it in the oven@sangai for extra crispiness) serbuk badam/almond cincang (opt) coklat masakan Cara:

1. 2. 3. 4. 5.
6.

Pukul mentega, gula kastor dan shortening hingga sebati (FIY, for cookies/biscuits, you don't have to mix butter+sugar till fluffy, unlike cakes). Masukkan esen kopi dan kuning telur, pukul rata. Satukan semua Bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit dan ratakan. (I added another 15g of tepung gandum before the dough didn't stick to my hands and could be easier to handle). Uli dan canai doh. Kemudian terapkan. (I weighed about 7g of dough first and shaped them with my fingers. You get about 375g of dough). Bakar pada suhu 175C, 20 min (I baked at 160C, 25 min- depending on your oven). Setelah sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan yang dicairkan secara double-boiler. Kemudian terus golekkan ke dalam serbuk roti dan serbuk badam. (Here comes the tricky bit. You might want to use small pincers to dip the cookie in the chocolate then in the crumbs, but it's rather messy just using your fingers/spoons/fork. I used 2 lidi satey and worked 'em up like chopsticks but it's still a pain.) Ketepikan dan biarkan coklat membeku sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

biskut badam rangup-CMG Bahan-Bahannya:150 g mentega 125 g gula aising- aku guna 100 gram gula pasir kisar halus 1 biji telur gred A (aku guna kuning telur je) 1/2 camca teh esen vanilla 100 g tepung gandum* 100 g tepung kastard* 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak) 50 g serbuk badam 50 g tepung gandum (extra)- aku cuma tambah 1 sudu ja

Untuk Hiasan:1 kuning telur Badam cincang secukupnya Cara membuatnya:Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.(aku just kacau guna sudip, tu pun kaco gitu2 je..tetap menjadik!) Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara... Buah rotan

Ramuan
4 sudu besar gula 1 bungkus tepung pulut 5 biji telur biji santan kelapa Sedikit bijan Minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan
Gaulkan tepung gandum bersama telur. Masukkan santan dan uli hingga sebati. Apabila sudah sederhana lembut, bulat-bulatkan sebesar guli. Golek-golek atas bijan. Goreng hingga kekuningan FAMOUS AMOS

Ramuan
250 gm butter 280 gm tepung gandum 10 gm serbuk koko 150 gm gula kastor sudu kecil esen vanila sudu kecil soda bikarbonat 2 sudu besar susu tepung 2 sudu besar tepung jagung 1 biji kuning telur 100 gm sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang) 100 gm coklat cip Secubit garam

Cara Penyediaan
1. Pukul butter, gula kastor dan esen vanila hingga kembang. 2. Masukkan kuning telur dan pukul rata. 3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata. 4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata. 5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan. SPAN PANDAN

RESEPI KEK SPAN PANDAN Bahan-bahan:


150 g tepung kek 150 g gula kastor 5 biji telur gred A 15 g ovallete 1 sk baking powder 80 ml air 80 ml butter cair Sedikit Perisa Pandan Sedikit Pewarna Hijau

Cara Menyediakannya : 1. Ayak tepung bersama baking powder. 2. Satukan gula, ovallete, tepung dan telur dalam mangkuk dan pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi. 3. Perlahankan kelajuan dan masukkan air, perisa pandan dan sedikit pewarna hijau. 4. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga kek betul-betul ringan. 5. Masukkan butter cair ke dalam adunan dan pukul sebati. 6. Sapukan loyang 18cm dengan marjerin dan alas dengan cooking sheet. 7. Tuang adunan dan bakar pada suhu 170 degree selama 45 minit atau sehingga kek masak. 8. Bila kek sudah masak, telangkupkan sekali dengan acuan di atas redai sehingga kek sejuk. 9. Keluarkan kek dari acuan, potong dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen. Note :

Gantikan air dgn air daun pandan untuk rasa dan bau yang lebih harum.

TIPS UNTUK KEK TIDAK MENDAP / TURUN

Terus terlangkupkan kek sekali dengan acuan diatas redai sejurus dikeluarkan dari oven. Biar sehingga kek sejuk.

DONUT PISANG 2 by: izahdaut


Bahan-bahan

250 gm tepug gandum 1 sb susu tepung 5 gr ragi instant 2 biji pisang 50 gr gula psir 40 gr mentega *saya guna marjerin sdt garam 2 btr kuning telur sedikit essence vanilla

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan pisang ,tuang telur dan , uli hingga rata dan setengah kalis. Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit. Bagi adonan masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang. Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan. Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

RICH BANANA BREAD source: allrecipes


1/2 cwn butter cair

1 cwn gula * izah letak 1/2 cawan 1 sb

2 biji telur

1 sk vanilla essence 1 1/2 cwn tepung 1 sk baking soda

1/4 sk baking powder *izah tambah

1/2 sk garam

1/2 cwn yogurt plain

1/2 cwn chopped walnuts *izah tak letak

1 cawan pisang lecek


Directions


Panaskan oven 175 C. *izah guna suhu 180 C.

Dalam mangkuk yang besar, satukan gula, butter cair, telur dan vanilla, yogurt dan pisang lecek. Sebatikan. Dalam mangkuk yang lain ayak tepung bersama baking powder, soda dan garam. Gaul rata.

Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering.

Gaul sekadar rata.

Bakar selama 45-50 minit.

Sejukkan di atas rak. Sedap dimakan suam2. APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK

Resepi : Kak Fida@myresepi.com sumber: Mas Duniaku


Bahan :


1 cawan pisang lecek

1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula)

2 cawan tepung naik sendiri - diayak

1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak

4 sudu besar susu segar - Mas tambah lagi 3 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat

1 sudu kecil esen pisang - Mas tambah ( kalau letak esen vanila pun boleh )

Cara membuatnya :

Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.

Pisang lecek, gula halus @ gula perang, esen pisang @ esen vanila dan susu dikacau rata @ sebati.

Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.

Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak. Mas menngunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam.

Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.

CEKODOK PISANG

resepi : Kak Besah@MyR

sumber: kak Yani


Bahan-bahan ( 2 piring penuh )

2 cawan pisang lenyek

1 cawan gula pasir @ gula castor

1 penutup sodabikarbonat (1 sudu besar)

1 sudu kecik baking powder 3 cawan tepung gandum 1 sudu besar susu tepung

1/2 sudu kecik garam


Cara-cara

dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.

ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik. panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat

CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFIN

sumber: allrecipes


Bahan-bahannya:


1 3/4 cawan tepung serbaguna* gandum 3/4 cawan gula *kurang ke 1/2 cawan

1 teaspoon baking powder 1 teaspoon baking soda 1/2 teaspoon garam 1 biji telur* saya guna M

1/2 cawan minyak * saya kurangkan 1 sudu

1/2 cawan plain yogurt * atau 1 cup yogurt tu bersamaan 1/2 cawan

1 teaspoon vanilla extract 1 cawan pisang lecek

3/4 cawan semisweet chocolate chips


Caranya: (Cara saya)


1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam. Kemudian masukkan gula dan chocolate chip. Gaul rata 2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt, pisang dan essence Vanilla. Gaul rata. 3. Kemudian masukkan adunan pisang ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.

4. Sendukkan ke dalam paper muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.


Nota: Saya gaul adunan ni sekejap aje sekadar bahan bahan tu semua rata. Adunan muffin yang terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras, bantat dan tak gebu. Yang penting pastikan tepung yang diayak dikacau sebati bersama baking powder, garam, gula dan soda sebelum dimasukkan bahan basah. RESEPI BANANA PANCAKE

Source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

150g tepung gandum @ SRF

80ml susu segar

11/2 sk baking powder - klu gune tpg SRF 1sk memadai 1-2 sudu makan gula - hana tak letak sbb pisang da manis

1 biji telur size M

1 biji pisang (100g) - lenyek halus 1 sudu makan butter cair

secubit garam Cara-cara

Pukul telur hingga sebati (guna whisk je) Kemudian masukkan susu segar. Kacau sebati. Ayak tepung, garam dan juga baking powder. Masukkan ke dalam adunan telur. Gaul sebati.

Last sekali masukkan butter cair dan juga pisang lenyek. Mix hingga smooth.

Biarkan sebentar dalam 10-15min. Panaskan kuali non stick. Lengser butter sedikit (skali lengser memadai). Tuang sesenduk adunan pancake dan masak hingga timbul lubang dan terbalikkan. biarkan sekejap masak dan angkat.

Hidangkan dengan honey, butter atau apa sahaja jem pilihan.

AYAM GORENG CRISPY sumber: choppy@myR Bahan-bahan ( 6 ketul )


6 ketul ayam

3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung kanji

2 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk cili * izah tak letak

1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih

1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional) *izah tak letak

1 biji telur

1/2 cawan susu(fresh milk) *izah ganti yogurt


Cara-cara


Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.

Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.

Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.


RESEPI AYAM MADU STICKY

source : hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - potong kecil 2 inci halia muda - parut 5 ulas bawang putih - ketuk 2 sudu besar kicap pekat manis

1 sudu besar sos tiram

2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2

1 sudu besar sos cili dan sos tomato

3-4 sudu besar madu

1/2 sk lada hitam 1/4 cawan air garam jika perlu


Cara-cara


Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.

Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.

Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan. RESEPI POPCORN CHICKEN source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam

*1/2 sk serbuk lada sulah *sedikit garam dan gula

*1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur

*1-2 sb susu segar 3/4 cawan breadcrumbs

olive oil utk spray - jika bakar gune oven

lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng Cara-cara

Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu. Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.

Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.

Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.

Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.

SOTO MADURA sumber: Hanamemories

Bahan-bahan Bahan rebus ayam

1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging

1 batang serai - titik 1 inci halia - titik 1 kiub pati ayam 1 ikat sup bunjut - x ltk

1 batang daun saderi - potong dua

Air secukupnya Bahan Kisar 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 4 biji buah keras 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 1 sk lada putih

Bahan Tumis Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)

1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)

Air rebusan ayam di atas

Garam

Bahan Sampingan Nasi impit

Ayam siat Taugeh Telur rebus

Kentang rebus@goreng Begedil - resepi leh tgk sini Daun sup@daun bawang

Bawang goreng Limau nipis

Suun goreng & kacang tanah Sambal kicap - resepi leh tgk sini Cara-cara

Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain AYAM MASAK MERAH Sumber : Choppy copy: Mas

Bahan :

1/2 ekor ayam sedikit garam kunyit

## Bahan-bahan kisar ##

4-5 biji cili kering

1 cm halia

2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1/2 cawan sos tomato

1 biji tomato - potong dadu

2 sudu besar sos tiram - Mas tambah 1/2 ketul kiub ayam - Mas tambah garam dan gula secukupnya

## Bahan Hias ##

1/2 biji bawang besar- potong bulat kacang hijau secukupnya Cara :

1. 2.

Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak

Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos, sos tiram dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.

3. 4.

Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.

Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

PUDING KASTARD by: izahdaut 400ml air 200ml susu segar 50 gm tepung kastard 100 gm gula 1 sudu besar agar2 serbuk Masak agar2 serbuk bersama air sehingga agar2 hancur. Bancuhkan susu segar bersama tepung kastard dan gula. Masukkan bancuhan kastard ke dalam agar2 yang telah hancur tadi. Kacau hingga pekat dan mendidih. Angkat dan hidangkan sejuk. PUDING TAUHU sumber: Nor Azmihah Mohamed

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram 1 1/2 liter air 1 cawan santan pekat 1 tin kecil susu pekat manis 1 tin susu cair 4 sudu besar gula 2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya: 1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel) 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan) 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya) 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2: Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya. Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel. PUDING ROTI KARAMEL resepi asal : kak Rosaliza version diubahsuai : kak Dayang Jack

bahan-bahan:

Karamel : 1/4 cawan gula pasir 1/4 cawan air panas

Cara-cara : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding : 3 keping roti sandwic (disiat-siat) 1 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan air suam 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah) 1 sk esen vanilla 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

Cara-cara : Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda.

RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI Source: Lina.pg Copy from: kak Hana

Bahan-bahan 1 paket agar2 serbuk (10gram) 4 - 41/2 cawan air ( cawan arcopal ) - (1cwn-190ml) 3/4 cawan gula 1 sk esen vanilla 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih ) Pewarna merah , kuning dan hijau Sedikit kismis- xde stok, hana gune choc.chip

Cara-cara

Masak agar2 bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.Tutup Api. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 kuku ( anggaran 15-20min). *saya tak tunggu sejuk, tutup api, putar telur putih kemudian kuning, terus masuk adunan agar sikit demi sedikit. Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika terbalikkan bekas,adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu. Tuang adunan agar2 (yg dah suam2 kuku tu) ke dalam bekas adunan telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk. Tuangkan ke dalam bekas, masukkan pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi @ chopstik. Kacau dgn berhati2 supaya warna tidak terkena dasar bekas. Letakkan kismis di permukaan agar2 (sebagai biji buah tembikai ). Sejukkan ke dalam esbok Apabila agar2 sudah beku, keluarkan agar2 dari bekas dan warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai. Tara..dah siap..selamat mencuba KEK COKLAT LEMBUT KUKUS CHEF ZUBAIDAH sumber: along@myresepi & Noorsha

Bahan-Bahan (aku guna kaedah bakar)

**100 gm serbuk koko **1 tin susu cair **200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair **250 gm susu pekat

250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja 4 biji telur - pukul hingga berbuih 150 gm tepung gandum 1st soda bikarbonat 1 st baking powder

Cara-Cara 1. Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak

2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. 3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.

Bahan2 Simple Chocolate Ganache: 1 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko 1 sb butter/margerin/minyak masak

*kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya RESEPI EGGLESS CHOCOLATE CAKE Copy from: Hanamemories Source : suma and homekreation

Bahan-bahan 60ml air susu panas - hana guna air panas *sy guna susu segar 50g susu tepung 1 tbs Nescafe / Instant Coffee 1/2 cawan minyak masak 100g gula 1 tsp esen vanila 1 cawan yogurt - resepi asal xde 125g tepung gandum* 80g serbuk koko* - hana cume buh 40g je..sedang elok kecoklatannya*saya letak 50gm 1 tsp baking powder* 1/2 tsp baking soda secubit garam* (* campurkan dan ayak)

Cara-cara Campurkan susu suam, susu tepung & nescafe. Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut. Masukkan yogurt dan kacau sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati. Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180 - hana kukus 40min*saya kukus sejam

Nota: Versi cc ni saya bakar. KUEH KASWI GANDUM sumber: Chef Hanieliza.fotopages

Bahan Sirap 5 cawan air 1 cawan gula merah 1 cawan gula pasir *saya tambah beberapa helai daun pandan

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung 1 sudu kecil kapur kueh [optional] Kelapa parut ( yang muda) Sedikit garam

Cara: 1.Panaskan kukusan. 2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang] 3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang. 4. Masakkan sehingga masak [30 minit]

5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik. 6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam. 7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

*saya buat separuh pun puas makan. CUCUR IKAN BILIS KEMBUNG sumber: sofinar@myR

300 gm tepung gandum - 2 1/2 cawan lebih kurang 1 sudu kecil mauripan 1 biji telur 1/2 cawan ikan bilis 1 labu bawang besar 1 1/2 cawan air- saya kurangkan sedikit 2 pokok daun bawang daun kucai taugeh- jika suka garam serbuk kunyit

Caranya:

blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili CAKOI resepi: MamaFami sumber: kak Azura Rahman

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak 1 cawan air 1 sudu besar majerin ~ dicairkan 1 sudu kecil garam 3 sudu besar gula 1 sudu besar susu pekat manis 1 kuning telur 2 sudu kecil yis segera 1/2 sudu kecil soda bikarbonat minyak untuk menggoreng

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati. 2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas. 3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih. 4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat. 5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci. 6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut. 7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain . 8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

BEBOLA KELEDEK vdia@myResepi

Bahan-bahan ( 4 orang )

2 cawan ubi keledek-rebus dan lenyek 1 biji telur 1/2 sudu baking powder tepung secukupnya minyak untuk menggoreng sedikit garam

Cara-cara

Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang. SARDINE ROLLS resepi: Noorsha@blogspot & Noorsha@MyR

Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size ) 200 gm Tepung Gandum 100 gm Mentega Sejuk Air Sejuk Secubit Garam

Bahan-bahan untuk inti 1 Tin Besar Sardin 1 Biji Bawang Besar - Dihiris * 3 Ulas Bawang Putih * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi) 1 Biji Lada Merah - Dihiris Garam Secubit Gula 1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

Untuk Pastri : Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin &; tak melekat di tangan. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Untuk Inti Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi Masukkan hirisan bawang besar &; tumis bersama hingga layu. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula &; limau kasturi. Tumis hingga betul garing. Cara menyediakan Sardine Roll Canai nipis pastri &; potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil) Masukkan sedikit inti sardin &; gulung. Susun dalam dulang pembakar &; sapukan permukaan roll dengan kuning telur Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi &; bakar sehingga kuning keemasan. MUFFIN COKLAT (KUKUS) Resepi: Mak Lang Azie sumber: kak CT Delima

Bahan A : 2 cawan susu cair/susu segar *Ana guna susu cair 1 cawan minyak masak / butter cair *Ana guna minyak masak

1 3/4 cawan gula kastor 1 biji telur

Bahan B : Ayak bersama

250 grm tepung gandum 50 grm serbuk koko 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C : 1 sudu besar coklat emulco

Cara-Cara : Panaskan kukusan dengan api kuat. Satukan semua bahan A, kacau sebati menggunakan spatula/whisk je. Masukkan bahan B, gaul rata hingga semuanya sebati. Tambahkan coklat emulco Masukkan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 lebih (hampir penuh cup) Kukus selama 10 minit (lebihkan masa jika menggunakan cup saiz besar) Angkat & sejukkan
KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan Bahan A 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje 1 cawan serbuk koko 1 cawan susu cair - hana gune susu segar 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak masak 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde >> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati Bahan B - di ayak 3/4 cawan tepung gandum 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder Bahan C

4 biji telur - diblender Cara-cara Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap COKLAT MOIST KAK HANA

Bahan-bahan 1 cawan tepung gandum 1 cawan gula - saya ltk 3/4 cwn je 1/3 cawan serbuk koko 1/2 sk baking soda & 1/2 sk soda bikarbonat 1 biji telur 1/2 cawan butter@ minyak masak - hana gune butter - saya pun 1/2 cawan buttermilk@ susu segar - hana gune susu perisa coklat - saya guna fresh milk 1sk esen vanila 1/2 cawan air panas 1/4 cawan susu pekat - resepi asal xde

Cara-cara Panaskan oven 300 degree F. Griskan loyang 7x11inci dengan butter. Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan. Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi. - step ni saya guna mixer Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati. - step ni dan seterusnya guna senduk kayu je Masukkan air panas dan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati. - saya tapiskan dulu adunan ni baru .. Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak. - hana kukus. Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran

EGGLESS COKLATCAKE

Bahan-bahan : loyang 9 inci 2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali) 1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat 2 cawan gula icing 2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh 2 1/2 cawan air panas 1/2 sk garam 160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung 2 sk cuka

2 sk esen vanilla

Cara-cara : Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.

Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.

Bahan-bahan : loyang 9 inci

2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali) 1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat 2 cawan gula icing 2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh 2 1/2 cawan air panas 1/2 sk garam 160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung 2 sk cuka 2 sk esen vanilla Cara-cara : Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.

KEK KUKUS

Bahan-bahan 2 biji telur 1 sudu teh ovellet 1/2 sudu teh esen vanila 150 gm tepung gandum 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je 125 ml santan kara

1 sudu teh baking powder garam secubit pewarna

Cara-cara Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata. Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak APAM GANDUM Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. ) Saya buat separuh adunan je 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo) 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur) 2 1/2 cawan air 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan) secubit garam (opt) kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam Cara-cara 1. Loyang disapu minyak sekeliling. 2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2. 3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam. 4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk. 5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus ROTI

Bahan Doh :-) 135 ml air sejuk dari peti ais 3/4 camca teh garam 1/2 biji telur (kurang lebih 30g) 60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu) 300 g tepung roti (hi protein flour) 3/4 camca besar susu tepung 50 g gula halus 2 camca teh yis 1/2 camca teh bread improver 1/2 camca teh bread softerner Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-) 3/4 cawan susu segar 2 camca besar tepung kastard 2 camca besar gula halus 1 camca teh mentega 1/2 camca teh esen vanilla CARA MEMBUATNYA:-) 1.UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap. 2.Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi

bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik. 3.CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit. 4.UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang... Resepi laksa penang.. dari myresepi. Sedap betul resepi ni. First time cuba hasilnya..mmmmuuahh, sedappp! Bahan-bahan ( 4 org mkn ) Ikan sardin 1/2 kilo Ikan sardin tin kecil (cap ayam atau cap king cup bertujuan utk memekatkan kuah laksa dan lebih sedap) Bwg Merah (5 ulas) Belacan (sebesar ibu jari) Cili kering (segenggam) atau cili giling(4 sudu atau ikut citarasa) Bwg Besar (dimayang halus) Timun Cili masak atau cili padi Daun Salad Telur Rebus Laksa Kering atau Laksa basah (sebungkus) Daun Kesum dan Bunga Kantan Limau Nipis Cara-cara 1. Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jgn dibuang) 2. Blender bwg merah, belacan,cili kering (sekiranya cili giling tk payah blender hanya campurkan terus dlm kuah nanti) 3. Masukkan bahan blender ke dlm periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan 4. Blender ikan sardin yg diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin(sos ikan sardin tin dicampurkan sekali) 5. Blender tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah tapiskan airnya ke dlm periuk td 6. Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa 7. Boleh la dihidangkan dan ditabur bwg besar,timun,cili, limau nipis, daun salad (sekiranya suka boleh di makan bersama petis udang) Resepi apam dot dot di copy dari blog juwitafariz. Kak p salin ita ye TQ. Bahan-bahan 3 biji telur - dari peti sejuk 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150gm susu segar 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovallete Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) Pewarna sedikit esen vanilla Cara-cara 1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. 2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa. 3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). 4.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. 5.Picitkan blueberry filling secukupnya. 6.Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. 7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. jangan buka api besar kalau tak jadi apam mekar. PUDING ROTI

BAHAN-BAHAN

4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) Cara-cara Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (kali ni saya tambah 2 sudu besar oren sunquick dlm adunan warna asal tu) kacau cepat2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan

hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! BISKUT SUJI PELANGI Bahan-bahan ( 40-50 keping ) 100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata ) 50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata ) 1/8 sk garam halus 200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama 20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata ) pewarna merah,kuning,hijau Secukup gula halus - untuk tabur secukup paper cup Cara-cara 1.Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata. 2.Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi. 3.Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal. 4.Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh.... 5.Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing. 6.Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup TAT NANAS Bahan-bahan : 60 gm butter 190 gm majerin 70 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla 350 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung Jem Nenas.. 1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula 1/2 cawan air ] 1 cawan gula Bahan Glaze/pengilat 2 kuning telur 2 s/kecil air pewarna kuning Cara-cara : 1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata 3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. 4. Gaulkan sehingga rata dan sebati. 5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. 6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. 7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan. 8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas. 9. Sapukan dengan bahan glaze tadi. 10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit. 11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara dan ini pula resepi dari blog En.Mat Gebu yang tersohor itu : Bahan-bahan : 150 g minyak sapi (ghee) 100 g mentega 50 g gula aising 2 kuning telur 1 camca teh serbuk vanilin@esen vanilla 40 g tepung kastard 400 g tepung gandum Beberapa titik pewarna kuning Jem nenas secukupnya, digentel sebesar badam Kuning telur untuk disapu CARA MEMBUATNYA :-) 1.Putar minyak sapi, mentega, gula aising dan serbuk vanilin@esen vanilla hingga sebati (tak yah sampai kembang). Masukkan kuning telur satu persatu dan terus memutar hingga rata. 2.Masukkan tepung kastard, pewarna kuning dan putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh ditekan (jika menggunakan acuan tat jenis tekan....macam acuan kuih sampret...). Bila rasa dah ok, jgn letak tepung lagi... 3.Rehatkan doh 5 minit dan tutup dengan kitchen towel bersih yang lembap. Isi doh dalam acuan tekan yang dipasang mata untuk membuat tat gulung. Tekan memanjang (pastikan bahagian bercorak dok belah bawah), letak sebiji jem dan gulung doh tadi perlahan2 sehingga menutupi jem. Kerat dan alihkan ke dalam dulang pembakar

4.Buat hingga habis, sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 - 17 minit. Bergantung pada oven masing2. Biarkan tat suam diatas dulang pembakar sebelum dialih ke atas jaringan. Bila sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara... COK BANTAL Bahan-bahan ( 4-5 org makan ) 3 cawan tepung gandum - diayak 2 sudu teh yis 3 sudu teh garam 3 sudu besar gula halus 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik) 1 biji telur cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh) Bahan - Bahan Sambal Bilis 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan) 1 labu bawang besar dimayang 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend) 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend) 4-5 sudu cili boh 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend) cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam) Garam dan Gula secukupnya Cara-cara 1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP! 2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)

Bahan-bahan ROTI CANAI 3 cawan tepung gandum 1 hingga 1 1/2 cawan air 1 sudu besar marjerin Garam secukup rasa 2 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar minyak masak Cara-cara Air + garam + susu = di kacau = Bahan A Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin. Campur minyak masak Campur marjerin Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit. Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai) Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak) Tinggalkan selama 2 jam. Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu. PETUA utk buat roti canai: 1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak 2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis 3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais Fakhri dah 2 hari tak nak makan tapi tadi bila suapkan roti ni nak pulak dia. Rasa nak menitik air mata tengok dia makan jugak akhirnya walaupun xbanyak. Cepat sembuh dik ye!

Biskut Gajus

kak fida@myresipi.com Biskut raya,mudah untuk membuatnya.

Created on : 21-09-2008 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

11Share

Bahan-bahan ( 150 kpg atau lebih mengikut acuan. )


225 g mentega - lembut 140 g gula icing - ayak 1 biji kuning telur 140 g gajus - panggang dan kisar halus 380 g tepung gandum - ayak 1 sk baking powder 1 sk emplex atau lacinta (jika tk ada tk apa) 1 sk serbuk vanilli/esen vanilla secukup kuning telur - utk sapu secukup kacang gajus panggang - belah dua, utk hiasan

Cara-cara

1. Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.Masukkan pula vanilli,emplex,baking powder,gajus kisar dan kacau sebati lagi.

2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya.Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.

3. Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari,sapu kuning telur dan hias dgn kcg gajus. 4. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan. 5. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dlm bekas kedap udara.