Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM HALAQAH AL-QURAN 1.

MUQADDIMAH Program Halaqah al-Quran adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh Badan Dakwah dan Rahani (BADANI) bagi membiasakan murid dengan al-Quran serta membetulkan bacaan dari segi tajwid serta tarannum di kalangan para pelajar dan warga SMK Agama Slim River. Sedikit sebanyak program yang disusun ini akan meningkatkan sahsiah, amalan serta sikap pelajar dan warga SMK Agama Slim River. 2. MATLAMAT Program yang dirancang adalah untuk kecemerlangan sahsiah pelajar SMK Agama Slim River sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program yang dirancang, perlu dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan. 3. OBJEKTIF 3.1 Melahirkan warga SMKA yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam. 3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadah demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi. 3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga SMKA. 3.4 Membiasakan warga SMK Agama Slim River dengan membaca alQuran. 4. JAWATANKUASA Pengerusi : Ketua Biro Ibadah BADANI

Timb. Pengerusi : Timbalan Ketua Biro Ibadah Setiausaha : Setiausaha Biro Ibadah

Timb. Setiausaha : Timbalan Setiausaha Biro Ibadah Bendahari AJK 5. AKTIVITI a. Naqib membaca bacaan contoh b. Ahli membaca seorang demi seorang. 6. KUMPULAN SASARAN Semua murid SMK Agama Slim River, Perak Darul Ridzuan. 7. Harapan Program yang dirancang oleh BADANI diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid SMK Agama Slim River. Semoga program yang diatur serta dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada kepada semua pihak khususnya murid. 9. ULASAN PENOLONG KANAN HEM . . 10. KELULUSAN PENGETUA Disediakan; ................................................... ( HJ JAMALUDDIN BIN HALID ) : Bendahari Biro Ibadah : AJK Biro Ibadah BADANI

Guru Penasihat BADANI SMK Agama Slim River.

Anda mungkin juga menyukai