Anda di halaman 1dari 6

Dunia Sains dan Teknologi Subjek Baru Tahun Satu KSSR 2011

Disediakan oleh: 1. Liew Ying Hui 2. Ong Woan Min 3. Chew Lay Kwan 4. Hor Xiao Ying

Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun 2011 untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mata pelajaran baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain.

Sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi


Murid Tahun Satu Didedahkan dengan Penguasaan ICT yang fokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer bagi enam minggu pertama. Minggu pertama dan ke-2: Microsoft Word Minggu ke-3 dan ke-4: Microsoft Power Point Minggu ke-5 dan ke-6: Painting

Penguasaan kemahiran ICT tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan. Ia didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

Selepas pendedahan enam minggu, murid akan mengasah dan memantapkan kemahiran dikuasai itu secara berterusan dan menggunakannya merentasi kurikulum untuk membantu keberkesanan pembelajaran.

Pengisian Kurikulum Sains

Pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan.

Sains bahan yang membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk.

Sains fizikal yang berkaitan dengan semua jenis deria.

Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik.

Ia memang menarik kerana dapat mendedahkan murid tentang ICT dengan lebih banyak. Tetapi, janganlah jadikan murid-murid ini bahan kajian. Dan jangan pula pertukaran mata pelajaran ini hangat-hangat tahi ayam seperti mata pelajaran Alam dan Manusia suatu ketika dahulu. Apa yang perlu dilakukan ialah buatlah kajian terperinci dan mencari kesimpulan bahawa sama ada mata pelajaran ini sememangnya mendatangkan manfaat. Bagaimanapun bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, Kementerian Pelajaran perlu bertindak proaktif melengkapi semua sekolah rendah dengan kemudahan makmal komputer atau sekurang-kurang peralatan komputer di setiap kelas Tahun Satu. Masih ada sekolah rendah yang tidak memiliki kemudahan makmal komputer. Sekiranya tidak ditangani segera, ini akan menjejaskan matlamat pelaksanaan KSSR.

Sekian. Terima Kasih.