Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan Pencegahan Dadah 1 Malaysia Membanteras Dadah

Peranan Untuk Mewujudkan Generasi Tanpa Dadah


Peranan Individu
Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan juga orang di sekeliling mereka .

Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah .

Peranan Guru
Setiap masa , para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah .

Peranan Pemimpin Masyarakat


Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota masyarakat berganding bahu , sepakat dan sekata untuk bersama-sama membasmi dadah . Hanya pemimpin yang benar-benar komited dengan masalah ini akan berjaya dalam membentuk generasi tanpa dadah .

Peranan Majikan
Pihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan sekali terhadap pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas daripada dadah .

Peranan Pekerja
Pekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka sekiranya diminta menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah .

Peranan Belia
Para belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan untuk memimpin negara pada masa depan . Oleh itu , mereka perlu membuat persediaan diri untuk memikul tanggungjawab ini .

Peranan Pelajar
Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan dadah . Slogan Katakan Tidak Kepada Dadah perlu dijadikan satu pegangan hidup kepada para pelajar .

Peranan Media Massa


Pihak media berperanan unmtuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai penyalahgunaan dadah memandangkan media massa merupakan alat sebaran am yang paling utama dan bahan yang muda didapati oleh pelbagai lapisan pembaca .

Peranan Pertubuhan Sukarela


Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk genarasi tanpa dadah perlu menyumbangkan masa , tenaga dankadangkala wang ringgit untuk mencapai misi ini . Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segalan apa cabaran memandangkan tugas untuk membasmi dadah adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan .

Zuraidi Samad Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Manjung