Anda di halaman 1dari 1

WARKAH GURINDAM BUAT BARISAN PEMIMPIN

Wahai Barisan pemimpin payungan negara Dalam leka mencatur kuasa Jangan kau lupahidup ini amat sementara Pulang nanti bakal dibicara Jangan dilupa kuasamu amanat diberi Usah diguna buat membuli Cuma mengotori wajah sendiri Melakar imej buruk sekali Biarpun mereka tidak bersamamu berdiri Jangan mereka disekat dibuli Kuasa di tangan bagai bola api Kelak nanti membakar diri Bersihkanlah perjuanganmu Wahai barisan pemimpinku Laluan mereka usah kau tutup Suara mereka jangan disekat Biarkan sampai jauh dan dekat Bukankah hak mereka kemas tersemat Di dalam perlembagaan pegangan keramat? Berikan hak merekakelak terpancar darimu keikhlasan kelak terbukti laungan sendiri

bukankah telah engkau laungi rakyatmu bijak jauhari mencari-pilih intan baiduri? Hentikan serangan bertubi Fitnah memfitnah aib mengaib buli membuli Usah kau pisah anak dan ayah, suami dan isteri Demi menjaga kedudukan diri Menggadai kemanusiaan melebur ehsan Memberi ruang kekejaman bersarang Itulah kezaliman yang nyata Buat menambah saham neraka Hingga penyokong mula meragui bimbang saham turut terkongsi kerana mandat diberi Kezaliman berterusan lagi Bimbang-ragu bila bertandang Pasti mengundang persoalan Membela rakyat ikhlaskah tuan Apakah matlamat sebenar perjuangan Sejahtera akhiratkah menjadi idaman Atau tipu-daya dunia jua dikejar-rebutkan? - Nukilan Juntaian Kesidang, Julai 2011

Anda mungkin juga menyukai