Anda di halaman 1dari 4

PETIKAN KATA-KATA PERDANA MENTERI TENTANG PERPADUAN

Kemerdekaan ibarat obor yang menyala. Marilah kita julang obor ini setinggi-tingginya dengan bangga supaya cahayanya dapat menerangi sekitar alam. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (BH 1&3 Ogos 2009) Setiap kita harus hormat hak dan perasaan masing-masing, bertolak ansur dengan agama orang lain, adat dan tabiat, kerana menerusi kepelbagaian itu kita boleh mendapat perpaduan yang sebenar. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (BH 2 Ogos 2009) Dengan keamanan terdapatlah kebahagiaan dan kemakmuran dan bertambahlah kekayaan negara. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (BH 4 Ogos 2009) Kita mengamalkan sistem kerajaan demokratik dan tidak membuat perbezaan antara kaum. Kita percaya kepada sikap berlaku adil kepada semua. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (BH 5 Ogos 2009) Kumpulkan segala tenaga dan usaha bagi membina perasaan muhibah di kalangan rakyat untuk selama-lamanya bagi menjamin peristiwa pahit tidak berulang. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (BH 6 Ogos 2009) Rakyat dengan hati yang tabah hendaklah menegakkan satu bangsa dan satu negara, memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan akan mencapai keamanan dan kemakmuran, kesentosaan dan kebahagiaan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (BH 7 Ogos 2009) Kemajuan negara bergantung pada apa yang disumbangkan oleh rakyat. Tun Abdul Razak (BH 8 Ogos 2009) Kita memikir apakah sumbangan yang patut kita beri kepada negara dan janganlah kita sematamata memikirkan apa faedah kita patut dapat daripada kerajaan dan negara. Tun Abdul Razak (BH 9 Ogos 2009) Kita harus sedar bahawa kita hidup bebas dan merdeka hanya dengan adanya perpaduan di kalangan rakyat. Tun Abdul Razak (BH 10 Ogos 2009) Memupuk taat setia dan tidak berbelah bagi dan memahami hak serta keistimewaan masingmasing menjadi tanggungjawab utama rakyat kepada negara. Tun Abdul Razak (BH 11 Ogos 2009) Kita pegawai kerajaan ialah hamba rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat dan bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang mereka hadapi. Tun Abdul Razak (BH 12 Ogos 2009)

Rakyat diberi penuh kebebasan untuk menyubur dan mengembangkan agama masing-masing tanpa sebarang sekatan atau halangan. Tun Abdul Razak (BH 13 Ogos 2009) Semua kita dari apa kaum sekalipun mestilah menganggap Malaysia sebagai tempat tumpuan segala taat setia dan menjadikannya tempat kita semua berlindung. Tun Abdul Razak (BH 14 Ogos 2009) Malaysia adalah negara kita semua. Tidak kira asal keturunan kita, kepentingan masa depan negara adalah tanggungjawab kita bersama. Tun Hussein Onn (BH 15 Ogos 2009) Kuasa yang diberikan kepada kita bukan untuk digunakan terhadap orang lain, bukan untuk memperbaiki kedudukan kita sendiri, bukan juga untuk memperkayakan diri kita. Tun Hussein Onn (BH 16 Ogos 2009) Menjadi kewajipan semua masyarakat meletakkan kepentingan negara mendahului kepentingan sendiri kerana masa depan negara bergantung besar kepada sikap rakyat terhadap negara. Tun Hussein Onn (BH 17 Ogos 2009) Di mana ada harapan di situ ada usaha, di mana tiada keadilan, tidak akan ada keamanan, keharmonian dan muhibah. Tun Hussein Onn (BH 18 Ogos 2009) Malaysia akan terjerumus dalam pergolakan dan kekacauan jika rakyat berperasaan pelampau, perkauman, tamak haloba, serta mementingkan puak dan kaum dari kepentingan negara. Tun Hussein Onn (BH 19 Ogos 2009) Dalam menunaikan tugas terhadap masyarakat, kita hendaklah meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya. Tun Hussein Onn (BH 20 Ogos 2009) Tidak ada jalan pendek bagi mewujudkan asas yang kukuh dalam membangunkan negara. Kejayaan yang dicapai tidak seharusnya membuat kita berpuas hati dan berpeluk tubuh. Tun Hussein Onn (BH 21 Ogos 2009) Satu hari, kita pasti mampu mencipta pelbagai perkara bagi menyaingi negara maju lain. Tun Dr. Mahathir Mohamad (BH 22 Ogos 2009) Kepada anak-anak muda sekarang, percayalah dan yakin kita boleh. Tun Dr. Mahathir Mohamad (BH 23 Ogos 2009) Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan pada zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing. Tun Dr. Mahathir Mohamad (BH 24 Ogos 2009) Tiada ada sesuatu yang lebih melemahkan semangat daripada kurang pengetahuan.Kita tidak mahu rakyat Malaysia lemah semangat sehingga mudah ditawan. Tun Dr. Mahathir Mohamad (BH 25 Ogos 2005)

Marilah kita semua rakyat Malaysia, tanpa perlu rasa rendah, tanpa perlu rasa terpinggir, tanpa mengira bangsa dan agama bangun menjadi negarawan di bumi sendiri. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (BH 26 Ogos 2009) Kita mampu menjadi yang cemerlang, gemilang dan yang terbilang. Bersatulah tanpa mengira bangsa dan agama, melalui segala onak dan ranjau membangunkan negara. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (BH 27 Ogos 2009) Ummah dan negara tidak dapat dibangunkan melalui pidato dan retorik, janji dan slogan, jauh sekali aktiviti demonstrasi dan perbuatan huru-hara di jalan raya. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (BH 28 Ogos 2009) Tiada guna jika negara mempunyai ramai cerdik pandai, hasil bumi yang banyak dan memiliki teknologi tinggi jika tidak berpaksikan pada kesatuan dan perpaduan. Dato Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (BH 30 Ogos 2009) "Any one who given the right circumstances and who preseveres can attain his goal" (Dr.Ismail Mohamad Salleh, Pensayarah UKM)

"Kemahuan itu merupakan perkara penting. Ada bakat pun jika tiada kemahuan dan kesungguhan kita tidak boleh berjaya" (M.Jegathesan, Olahraga Malaysia 1966)

"Dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apa yang disuruh" (Lukman Al Hakim) "Jika engkau berada di rumah orang, hendaklah menjaga matamu; Jika engkau berada di antara orang ramai, hendaklah jaga lidahmu; Jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangai mu" (Lukman Al Hakim) "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" (Dr. Mahathir Mohamad)

"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala Lumpur Perhimpunan Agung MIC ke-42

"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 20 Jun 2002, Kuala Lumpur Perhimpunan Agung UMNO

"Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 31 Oktober 1995, Kuala Lumpur Pelancaran Keris Motion Sdn Bhd

"Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 Ogos 1984, Kuala Lumpur Perutusan Hari Kebangsaan Ke-27

"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 Ogos 1982, Kuala Lumpur Perutusan Hari Kebangsaan Ke-25

"...pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam harus berorientasikan tindakan atau action-oriented. Zaman kita menanti peluang-peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang, dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik adalah diperlukan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 22 Ogos 1989, Kuala Lumpur Majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia

"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein,

Anda mungkin juga menyukai