Anda di halaman 1dari 12

Bincangkan peranan guru sebagai agen perubahan dalam melaksanakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS)

Disediakan oleh: Nurul Fatin Bt. Ramli Seow Lee Fern 8SNED1

Pengenalan tentang LINUS


Definisi LINUS : LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening Definisi literasi keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk, mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Definisi numerasi keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam operasi matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikan dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang.

Matlamat
Untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.

Kumpulan Sasaran
Murid Tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Pelaksanaan
Merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal membaca & menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan pada 2006. Program LINUS bermula pada tahun 2010 ( Kohot 1) yang melibatkan murid Tahun 1.

Peranan guru sebagai agen perubahan dalam program LINUS Mengikuti kursus dalaman LINUS -Dikendalikan oleh guru LINUS Merancang jadual waktu untuk murid LINUS tegar Mengajar murid LINUS tegar Dapatkan kerjasama guru pemulihan di sekolah

Sebagai penilai
Menyedia dan menjalankan ujian saringan pada bulan Mac, Jun dan September untuk mengenal pasti murid murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan tercicir dalam arus perdana. Menjalankan Ujian Diagnostik untuk murid LINUS. Menjalankan ujian dan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

Sebagai pembimbing
Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu. Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan. Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS.

Sebagai terapeutik
Mengajar murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M. Menyediakan suasana bilik darjah yang sesuai dengan perancangan dan pengajaran.

Sebagai khidmat bantu


Membantu guru-guru LINUS merancang dan menambahbaikan aktiviti-aktiviti dan bahanbahan pengajaran. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenalpasti murid-murid yang memerlukan senarai pengajaran pemulihan. Melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.

Sebagai penghubung
Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid tertentu untuk mendapatkan maklumat lanjut. Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa cara mereka boleh membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak. Melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.

Rujukan
http://www.ppdjasin.edu.my/upload/kakitangan/Literasi%281%29.pdf http://fasilinus2010.blogspot.com/p/peranan-guru-linus.html http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.html http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/GURU%20DAN%20ALAM%2 0PENDIDIKAN.pdf http://skmensoncameron.blogspot.com/2010/02/strategi-pelaksanaanprogram-linus.html http://www.pelajaranperak.gov.my/minda/proses/M_aktiviti.php?idprog= 20&&idkat=2 http://www.scribd.com/doc/52424476/Peranan-Guru-Pemulihan-KhasDalam-Linus

Kuiz
1. Apakah nama penuh bagi LINUS dalam Bahasa English?