Anda di halaman 1dari 56

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

TAMAR JALIS

Bercakap Dengan Jin


Jilid 7

Isi kandungan dalam jilid ini adalah hasil sumbangan para ahli dari Komuniti SBDJ (http://komunitisbdj..multiply.com dan http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com) PERHATIAN Anda boleh membaca & menyalin cerita ini dari naskah ini untuk dijadikan koleksi atau bacaan peribadi. Tapi DITEGAH SAMA SEKALI untuk tujuan komersil dan mengaut keuntungan darinya, menjual atau mencetak semula kandungannya tidak kira melalui apa cara sekalipun!

ISI KA DU GA [14 siri]

| Kembali Ke Senarai Jilid

(Jilid 07) Siri 97: Udin Tarzan Yang Tewas Jan 31, '10 8:45 AM (Jilid 07) Siri 98: Tubuh Terapung Di Udara Feb 2, '10 9:28 AM (Jilid 07) Siri 99: Kaki Berbulu Feb 11, '10 5:07 PM (Jilid 07) Siri 100: Orang Tua Misteri Feb 11, '10 5:55 PM (JILID 7) SIRI 101 : Muncul dan Hilang Sekelip Mata Feb 16, '10 5:34 AM (Jilid 07) Siri 102: Rahsia Sebuah Rumah Tinggal Feb 16, '10 10:42 PM (JILID 7) SIRI 103: Jamung Tengah Malam Feb 17, '10 2:53 AM (Jilid 7) SIRI 104 : DIKUASAI SUARA ANEH Feb 20, '10 5:40 AM (Jilid 7) SIRI 105 : MANDI DI AMBANG PINTU Feb 20, '10 12:46 PM (Jilid 7) SIRI 106 : Harimau Sembunyi Kuku Mar 2, '10 2:22 PM (JILID 7) SIRI 107 : MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN Feb 16, '10 2:36 AM (Jilid 7) Siri 108 : NISAN BERGERAK Apr 11, '10 2:43 AM (Jilid 7) Siri 109 : ILMU SUHAIMI KERABA Apr 11, '10 6:37 AM (Jilid 07) Siri 110: KURA-KURA MATA HIJAU Apr 13, '10 5:21 AM CHAPTER LIST

(Jilid 07) Siri 97: Udin Tarzan Yang Tewas Jan 31, '10 8:45 AM
by Tamar for group komunitisbdj

1 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Kita pergi ke tempat sabung ayam", cadangan dan permintaan yang tidak pernah saya duga akan terucap dari mulut Najib. Saya berhenti melangkah. Secara mendadak sahaja saya membayangkan wajah datuk dan pesannya yang melarang saya pergi ke tempat menyabung ayam. Kata datuk perbuatan manusia menyabung ayam adalah penyeksaan pada binatang. Allah melarang manusia menyeksa binatang dan dosa itu akan bertambah bila sabung ayam dijadikan judi. Mahu saya katakan perkara itu pada Najib. Entah mengapa, saya bagaikan tidak terdaya mahu meluahkan kata-kata itu. Saya bagaikan dipukau mengikut rentak langkah Najib. Kawasan sabung ayam itu bukannya dekat. Kami terpaksa naik bas menuju ke tempat yang bernama Air Terjun terletak dalam daerah Larut-Matang. Turun dari bas terpaksa jalan kaki meredah kawasan hutan yang berpaya kira-kira sebatu jauhnya. Mungkin untuk kemudahan para penyabung ayam, kawasan yang berpaya itu dibina jalan kecil yang dibuat dari batang kayu bakau. Saya lebih suka menyebutnya sebagai titi atau jambatan tetapi Najib menyebutnya "Jati", kependekan dari atau gabungan dari nama Jalan dan Titi. Cuma orang-orang tertentu dan biasa berkunjung ke kawasan tersebut sahaja yang tahu mencari jalan rahsia itu. Dari gigi jalan raya, jalan kayu itu tidak akan dapat dilihat kerana dilindung oleh pepohon tebal. Di celah-celah rimbunan pepohon tersebut terdapat lorong kecil yang boleh dilalui oleh manusia, basikal dan motosikal. Di penghujung lorong itu, terdapat kawasan lapang dengan beberapa buah bangsal yang dibina khas, beratapkan daun rumbia. Semua basikal dan motosikal orang yang mahu pergi ke tempat menyabung ayam ditinggalkan di situ. Bagi orang-orang yang datang dengan kereta, mereka menempatkan kereta di kawasan rumah orang yang terletak di sebelah kanan jalan raya, kira-kita dua rantai dari tempat kami turun dari bas. Kerana jalan kayu bakau itu dicantum kan tiga dan kemudian diikat dengan akar kayu rotan, membolehkan orang yang berani dan keras semangat berbasikal atau bermotosikal di titi tersebut tetapi, jumlah orang yang berbuat demikian tidak ramai. "Dalam paya ini banyak sawa rendam, ikan pun banyak", Najib memulakan cerita setelah sekian lama berdiam diri. Saya anggukkan kepala sambil melangkah dan memijak dengan hati-hati batang bakau beratur tiga. Kawasan paya yang tidak berair, jadi tempat beburung dan biawak bermain. Ada ketikanya saya melihat ulat bergerak di kawasan tersebut. Semua yang saya lihat amat menyenangkan serta menghiburkan. Najib yang kerap berkunjung ke tempat tersebut terus menceritakan keadaan sekitar pada saya dengan terperinci. Apa yang menakjubkan saya bila melihat bebunga teratai yang berkembang segar di pennukaan air. Kalau boleh saya mahu berhenti diatas titi kayu bakau untuk menikmati keindahan alam yang terpencil itu. Bila saya nyatakan hasrat tersebut itu pada Najib, dia segera membantah. "Tak ada sesiapa yang dibenarkan berhenti?" "Kenapa?", saya minta kepastian. "Itu aku tak tahu, tetapi perkara itu sudah menjadi semacam syarat dan undang-undang. Tak ada seorang pun dibenarkan berhenti dalam perjalanan. Kalau ada melanggar, buruk padahnya. Penjelasan yang diberikan oleh Najib membuat saya ingin mengetahui padah yang akan terjadi. Sambil melangkah macam-macam yang saya fikirkan tentang padah buruk yang dikatakan oleh Najib. "Apa padahnya Najib?", saya berhenti melangkah. Cepat-cepat Najib menolak tubuh saya supaya meneruskan perjalanan. Dari air mukanya, ternyata Najib tidak berkenan dengan tindakan yang saya lakukan. "Apa padahnya, Najib?", saya mengulangi. "Dipanah petir, dibaham harimau atau sebagainya", suara Najib tersangkut-sangkut. Langkahnya diperlahankan. Dia kelihatan bimbang dan seperti menyesal menjawab pertanyaan saya. Matanya merenung ke kawasan paya yang ada tanah dan ditumbuhi pepohon rendang. "Kau tengok, Tamar", jari telunjuk Najib menunjuk ke arah pepohon rendang. Saya terkejut, seekor ular sawa sebesar pemeluk bergerak di situ, menuju ke kawasan berpaya lalu berenang dalam paya. Perasaan saya jadi gementar, ular sawa itu menuju ke arah kami. Dan saya mula yakin tentang penunggu yang dikatakan oleh Najib. "Jib", kata saya lemah, bila melihat ular sawa mendekati titi. "Sabar, kau jangan tegur, kau cakap...", Najib berhenti bercakap. Wajahnya nampak pucat. Air dalam paya terus beralun akibat gerak badan ular sawa. Dalam sekelip mata ular sawa yang bercorak, macam kain batik itu sudah berada dalam jarak yang dekat dengan kami. Dalam beberapa minit dia boleh memanjat tiang jambatan lalu membelit dan menelan kami. Mengingati semuanya itu, perasaan gementar saya tidak boleh ditahan-tahan lagi. "Nak cakap apa Najib?", tanya saya terketar-ketar. "Aku dah lupa Tamar" "Kalau lupa, kita mati" "Mati", kata Najib dalam nada suara yang lemah. MULUT Saya toleh ke kanan, saya lihat wajah Najib seperti mahu menangis. Mulutnya separuh terbuka dan sepasang matanya merenung ke setiap sudut kawasan yang berpaya itu. Air paya terus beralun dan bergelombang. Ular sawa besar itu sudah pun berada di bawah titi lalu memanggungkan kepalanya. Saya bertambah cemas dan menyerahkan segala-galanya pada keadaan. Bila-bila masa sahaja ular sawa itu boleh memanjat ke atas titi. "Kita mesti bertindak, Najib", saya bersuara.

2 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Bertindak? Bertindak apa?", Najib bagaikan terkejut dari satu lamunan yang panjang. Dia sudah lupa dengan apa yang diucapkannya sebentar tadi. Barangkali dia terkena badi penunggu paya, fikir saya. "Kau kata tadi, kita mesti baca. Apa yang nak kita baca?", saya cuba mengingatkan. Kali ini, saya lihat Najib kedutkan dahi. Dia tersenyum. Langkahnya dipendekkan. "Kita cakap macam ini Tamar: Datuk nenek penunggu paya, anak cucu nak tumpang lalu, janganlah kacau kami, izinkan kami lalu", kata Najib dengan nada suara yang cukup tinggi, boleh didengar oleh sesiapa yang berada dalam jarak lima enam rantai. Dan saya tanpa segan-segan terus mengikuti kata-kata yang diucapkan oleh Najib dengan kuat. Suara saya dan Najib menguasai kawasan paya itu. Ular sawa di bawah titi bagaikan faham dengan apa yang kami katakan. Ekornya melibas ke kiri dan ke kanan, hingga air paya bergelombang. Kemudian ular sawa itu memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri macam mencari sesuatu. Akhirnya terus menyelam. Apa yang kami lihat ialah gelombang air paya yang bercampur dengan selut. Pepohon kecil di tepi paya bergerak lemah. "Selamat kita, penunggu paya tahu cakap kita", ujar Najib, mukanya kembali merah. Keriangan dan rasa megah terpamer di wajahnya. "Kau jangan berhenti lagi, berniat nak berhenti pun jangan ada dalam hati", satu ingatan keras dari Najib. "Ular sawa tu lari kerana terkejutkan suara kita, bukan kerana dia faham cakap kita, mana ada binatang yang faham cakap manusia", saya meningkah. "Kamu jaga mulut Tamar, kalau tak ada penunggu yang kacau kamu, aku hentak kamu dengan penumbuk ini", Najib acukan buku lima ke batang hidung saya. Sakit rasa hati dengan tindakan Najib itu. Dia mencabar kejantanan saya. Tak mengapalah, kepercayaannya pada perkara tahyul dan mengarut tidak boleh dibantah buat sementara waktu, fikir saya sambil menggigit bibir. Kami pun sampai ke tempat yang dituju. Memang tidak saya sangka kawasan sabung ayam itu cukup bersih dan cantik. Tidak jauh dari gelanggang sabung terdapat dua buah pondok yang lengkap dengan tandas, telaga, tempat tidur dan dapur masak. Pondok yang sebuah lagi itu, saya kira sebuah warung yang mennjual makanan, rokok dan lain-lain. Terdapat beberapa jalan rahsia untuk menyelamatkan diri jika diserbu oleh pihak berkuasa. Waktu saya tiba, dua ekor ayam sedang berlaga. Saya mendapat tahu salah seekor dari ayam itu, adalah ayam sabung jaguh dari Kelantan yang datang khas untuk melawan ayam jaguh tempatan. Orang yang bertaruh wang pun bukan sedikit jumlahnya. Kawasan hutan itu, bergegar dengan tempik sorak orang berjudi. Sedih saya melihat ayam sabung tempatan kalah dengan jaguh ayam sabung dari Kelantan. Tuan punya ayam sabung yang datang dari Kelantan itu kecil orangnya. ,Dia tidak mahu menyebut dirinya datang dari Kelantan. Dia megah, kalau disebut sebagai orang Melayu Pattani. "Mana jaguhnya?", seorang lelaki muncul di tepi gelanggang. Orangnya berbadan tegap, berkulit gelap dan memperkenalkan dirinya sebagai Agam sahaja. Semua orang berada di situ merenung ke arah Agam. Beberapa orang segera menghilangkan diri. Mereka syak, Agam anggota polis yang datang menyamar sebagai penyabung ayam. Dalam keadaan yang agak berkocak itu, Udin Tarzan muncul dari belakang warung. Mata Udin Tarzan tertumpu ke wajah saya. "Apa kamu buat di sini Tamar?", soalnya. "Saja datang" "Datuk kamu tahu kamu datang ke sini?" "Tak tahu" "Hum, kamu yang bawa orang yang bernama Agam ke sini?" "Tidak, baru kenal di sini" "Hummmm", keluh Udin Tarzan. Saya kenal benar dengan Udin Tarzan yang berbadan tegap. Lengan dan pahanya nampak berulas-ulas. Jaguh gaduh dan kaki pukul. Tetapi, dia pernah kecundang dengan datuk dan akhirnya amat menghormati datuk. Patutlah saya jarang bersua dengannya. Rupa-rupanya Udin Tarzan sudah jadi pengawal keselamatan tempat sabung ayam, bisik batin saya. Din Tarzan terus memerhatikan gerak-geri si Agam. Saya teringat secara tiba-tiba bagaimana Udin Tarzan mencabar datuk di depan masjid Kampung Kota, sebaik sahaja datuk keluar dari masjid setelah menunaikan sembahyang Zuhur. Udin Tarzan terus menghulurkan tangan kanan tetapi kakinya cuba menyepak pangkal paha datuk. Sebelum sepakan itu kena paha datuk, datuk undur setapak ke belakang. "Dengar khabar awak orang tua handal, boleh saya cuba?", tanyanya. "Saya tak pandai dan handal. Kau tahu, yang paling handal dan kuat ialah Allah, saya minta pertolongan dari-Nya", jelas datuk. "Saya anak Pulau Pangkor dari Sungai Pinang. Saya nak uji awak", Udin Tarzan terus mencabar. "Tak usahlah", kata datuk. "Saya nak cuba", Udin Tarzan keluarkan golok panjang. Datuk jadi cemas. Datuk terus membongkok dan ambil sepotong kayu. "Tak usahlah bergaduh, baik kau balik",datuk terus memujuk. "Orang tua penakut", Udin Tarzan terus mencabar.

3 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Baiklah, kau berhajat kau tetak saja kayu ini, kalau putus aku mengaku kalah", kata datuk lalu menghulurkan kayu yang dipegangnya pada Udin Tarzan. "Hiss...", sindir Udin Tarzan dengan sekaligus dia menetak kayu yang dihulurkan oleh datuk kepadanya. Dengan sekali tetak kayu itu putus dua, bahagian hujung yang terputus itu melayang ke depan lalu memukul pangkal kemaluan Udin Tarzan. Dia terpekik terlolong menahan kesakitan. Datuk segera merawatnya. Bila sakitnya hilang, dia segera berjabat tangan dengan datuk. "Saya tahu awak bukan orang tua sebarangan. Tua awak tua berisi. Belum pernah kayu yang ditetak datang pada orang yang menetaknya, bukan sekali dua saya menetak kayu yang dihulurkan orang, tetapi dengan awak saya terkena", kata Udin Tarzan. "Kamu mesti belajar lagi", ujar datuk sambil mengosok-gosok kepala Udin Tarzan. Sejak itu, rasa hormatnya pada datuk tidak terhingga. Kadang-kadang amat keterlaluan. Bila dia menghormati datuk dengan sendirinya dia amat segan dengan saya. Dia selalu memikirkan yang datuk telah mencurahkan bermacam-macam ilmu pada saya. "Kamu dari mana?", Udin rapat pada Agam. Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya tumpas. Agam tersenyum sambil melurut kepala ayam sabungnya dengan manja. "Aku dari Ulu Bernam. Dengar khabar ayam di sini jaguh-jaguh belaka, aku nak mencuba" "Kamu mata gelap polis", tuduh Udin Tarzan. "Tidak, kalau tak percaya sila periksa", jawab Agam segera diperiksa oleh kakitangan Udin Tarzan. Mereka puas hati, Agam bukan hantu polis. Udin Tarzan segera memberitahu ketuanya, (orang yang menjalankan judi sabung ayam haram) seorang lelaki keturunan Pakistan (emak Melayu, ayah Pakistan) yang berbadan tegap. Dia hanya muncul sekali-kali untuk mengutip bayaran pada orang yang menggunakan gelanggangnya. Orang yang menang kena bayar dan yang kalah pun kena bayar. Kalau membantah, Udin Tarzan akan bertindak. Bila ketua Udin Tarzan puas hati dengan laporan yang diberi, Udin Tarzan pun mengumumkan yang gelanggang boleh digunakan. Sebelum ayam sabung dilepaskan dalam kawasan gelanggang, Udin Tarzan minta tiga ringgit seorang dari orang yang mahu bersabung ayam. Orang ramai mula bersorak, orang dari Kelantan mula melepaskan ayam sabungnya di gelanggang. Agam masih berdiam iri. Orang dari Kelantan terpaksa mengambil ayamnya kembali. Agam terus duduk di bucu gelanggang. Matanya renung setiap wajah yang adadi situ. Bila matanya bertentang dengan mata saya, dada saya terus berdebar. "Aku rasa lain macam aje orang tua tu", bisik saya kepada Najib. "Ya, aku pun macam tu. Matanya macam ada satu kuasa. Namanya pun ganjil. Mana ada orang nama Agam, kalau Adam tu adalah", Najib memberikan pendapatnya. Saya tidak berani menentang mata Agam tetapi, saya merasa yakin kedatangan Agam disitu bukan untuk menyabung ayam.Dia ada mempunyai niat yang lain. Apakah tujuannya yang sebenar, saya tidak dapat memberikan jawapan. "Jangan-jangan dia penunggu paya yang menyerupai manusia", tercetus kata-kata itu dari Najib. Saya segera menjuihkan bibir ke depan. Kemudian saya senyum sinis padanya. Najib segera menarik wajah masam. Dia kurang senang dengan tingkah laku saya. "Kamu tak percaya dengan apa yang kamu tengok?", soal Najib mendadak. Saya terus gosok pangkal hidung beberapa kali. Sukar untuk memberikan jawapan. Silap jawab, boleh mengecilkan hati dan perasaannya. "Kau tak percaya, Tamar?", Najib minta kepastian. "Susah aku nak cakap, Najib" "Sama ada kau percaya atau tidak, itu hak kamu. Aku tak boleh paksa. Masing-masing ada pendirian. Aku harap pendirian kita yang berbeza, tak merosakkan hubungan kita" "Aku setuju Najib, pendirian dan persahabatan memang tidak sama" "Ya, kau betul, Tamar" Hati saya cukup lega. Najib terhindar dari rasa kecil hati. Saya yakin hubungan kami pasti terus erat. Masing-masing bersedia bertolak ansur. Menghormati dan menghargai pendirian serta pendapat antara satu sama lain. Saya menarik nafas lega dalam sinar matahari petang yang kian meredup. WAJAH Saya dongak ke langit, melihat gumpalan awan putih yang berarak menuju arah selatan. Beberapa orang yang berada di bucu gelanggang menjeling ke arah Agam dengan penuh rasa curiga. Sayalihat Agam tetap tenang, sesekali dia mengukir senyum sambil mengguris-guris tanah di depannya dengan ranting kayu. "Mana ayam awak? Gelanggang tak boleh dibiar lama-lama begini", Udin Tarzan bercekak pinggang depan Agam. Tanpa membuang masa Agam terus toleh kiri dan toleh kanan. "Tengok apa?", suara Udin Tarzan makin keras dan garang. "Heh, nanti orang bawa ayam datang" "Berapa lama saya nak tunggu?", Udin Tarzan genggam penumbuk. Terus berlegar-legar di depan Agam. Saya segera renung wajah Najib dengan rasa cemas. Bagaikan diarah oleh kuasa ghaib, serentak saya dan Najib beredar dari tepi gelanggang menuju ke pohon kundang condong. Saya kira, berada dalam jarak jauh dari gelanggang paling selamat. Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, boleh angkat kaki dengan segera.

4 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 07) Siri 98: Tubuh Terapung Di Udara Feb 2, '10 9:28 AM
by Tamar for group komunitisbdj "Hei Tamar, mahu ke mana?", jerit Udin Tarzan. Belum pun sempat menjawab, dia sudah berada di belakang kami. "Mahu ke mana?", ulang Udin Tarzan lagi. "Kami nak duduk jauh dari gelanggang", jawab Najib. "Kenapa?" "Kalau ada sesuatu yang buruk terjadi, kami sempat melarikan diri", jelas saya dengan jujur. "Hum, jangan pergi ke mana-mana. Aku ada, aku tak akan biarkan kamu mati katak", wajah Udin Tarzan kelihatan cukup bengis. Saya dan Najib berpandangan. "Mari", perintah Udin Tarzan. "Ha...", mulut Najib separuh terbuka. "Ikut saja cakapnya", bisik saya ke telinga Najib. Udin Tarzan tarik tangan kanan saya. Tidak ada bantahan. Saya hanya mengikut sahaja. Langkah Udin Tarzan cukup cepat. Sesekali saya terlihat ada sesuatu dalam saku seluarnya. Bentuk benda itu bulat dan berat. Saya terus menumpukan perhatian pada benda yang berada dalam saku seluar Udin Tarzan. Bila Udin Tarzan melangkah, benda dalam saku seluarnya dapat dilihat dengan jelas. Darah saya tersirap. Udin Tarzan memiliki pistol. Jenis apa? Saya sendiri tidak tahu. Dan saya tidak kuasa untuk menyoalnya. Itu bukan urusan saya. Kalau ditanya, mungkin menimbulkan kemarahan pada dirinya. "Kamu berdua duduk di sini", itu arahan Udin Tarzan. Saya dan Najib segera mematuhinya. Duduk tepi gelanggang dekat Agam yang kelihatan menggigit hujung jari kelingking. Lelaki dari Kelantan itu terus menepuk-nepuk kepala ayam sabungnya dengan penuh manja. Dia terus keliling gelanggang, mempamerkan rasa bangganya kerana memiliki ayam sabung yang handal. Bila sampai depan Agam, lelaki dari Kelantan itu terus menghentak-hentakkan kaki kanannya. Orang yang berada keliling gelanggang terus ketawa. Lucu melihat telatah lelaki dari Kelantan itu. Agam terus mengeliat dan turut ketawa. "Diam", jerit Udin Tarzan. Ketawa terus berhenti dengan serta-merta. Udin Tarzan keluarkan pistol. Muncung pistol dihalakannya ke dahi Agam. "Kamu mahu menggagalkan semua yang diatur", lanjut Udin Tarzan. Muncung pistol terus bertemu dengan kulit dahi Agam. Semua yang menyaksikan peristiwa itu jadi cemas. Tidak ada seorang pun yang berani bersuara. Lelaki dari Kelantan bersama ayam sabungnya terus menyembunyikan diri di perdu bertam. Ternyata pada lelaki itu, lebih mengutamakan eselamatan ayam sabungnya dari dirinya sendiri. Ayam sabungnya dimasukkan ke dalam bajunya. "Mahu lawan sabung atau tidak?", Udin Tarzan beri kata dua. Agam masih kelihatan tenang. Masih sempat senyum dan menjamah hujung pistol yang bertemu dengan dahinya. "Sabar, marah mainan syaitan. Orang yang waras tidak pernah marah", ucap Agam. "Jangan nak mengajar saya." "Tidak, saya bercakap perkara yang benar", tambah Agam. Perlahan-lahan pistol dari tangan Udin Tarzan diambilnya. Saya lihat Udin Tarzan tidak melawan. Kelihatan seperti kena pukau. "Kita mesti bertindak dengan tenang", tambah Agam. Pistol Udin Tarzan yang berada di tangannya dicampakkan ke tanah. Saya dan Najib gelengkan kepala, bila melihat telapak kaki kanan Agam memijak pistol milik Udin Tarzan. Pistol itu terbenam dalam bumi. Bila telapak kaki kanannya diangkat, badan pistol kelihatan berasap. Semua orang yang ada di situ gelengkan kepala. Pistol itu bertukar menjadi besi yang amat buruk serta berkarat. "Minta maaf, saya tak mahu bersabung ayam", ujar Agam lembut. Udin Tarzan terus gosok batang leher. Sinar matanya memancarkan kemarahan tetapi, dia tidak dapat bertindak atau melakukan sesuatu. "Kenapa? Tadi awak yang mencabar", suara Udin Tarzan amat perlahan sekali. Tunduk tidak berani menentang wajah Agam. Kehebatan, kesombongan dan kegagahan Udin Tarzan hilang dengan serta-merta. Semua orang yang berada di sekeliling gelanggang merasa hairan dan amat terkejut sekali. "Kenapa?", susul Udin Tarzan lagi. "Saya memang tak minat." "Kalau tak minat kenapa kamu mencabar?" "Saya cuma nak tengok muka orang yang ada menyimpan ayam sabung."

5 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Hum, awak permainkan kami", Udin Tarzan mengeluh. "Berjudi bukan mainan hidup saya", suara Agam bergetar. Dia menoleh ke kanan sambil menggosok pangkal hidungnya dua tidak kali. Agam terus tepuk pangkal lengan kanan dengan telapak tangan kiri, tiga kali berturut-turut. TEPUK Selesai sahaja Agam tepuk pangkal lengan kanannya. Udin Tarzan bagaikan tersedar dari lamunan. Dia terus bertempik sambil mengambil sepotong kayu yang berada di sudut kanan gelanggang. Udin Tarzan bersedia untuk memukul kepala Agam. Cita-citanya tidak diteruskan. Dihalang oleh suara yang menyebutnyebut namanya dari arah perdu pohon petai. Udin Tarzan segera menoleh ke arah tersebut. Kayu di tangan terus dicampakkannya keluar gelanggang. "Kau datang juga", sergah Udin Tarzan. "Kalau dah berjanji mesti datang. Belum pernah menolak kalau nak bersabung, ayam siapa lawan si jaguh aku?", kata lelaki yang muncul dari arah pokok petai. Dia memakai seluar panjang warna kuning, baju merah lengan pendek yang sudah pudar warnanya. "Banyak, dekat tujuh ratus ringgit, Ali", jawab Udin Tarzan penuh yakin. "Siapa lawan ayam saya?", tanya orang yang bernama Ali. "Jaguh seluruh Kelantan." "Mana dia mukanya?", Ali ketawa kecil. "lni dia orangnya", lelaki dari Kelantan muncul. Menerpa ke tepi gelanggang. Lelaki dari Kelantan itu terus melepaskan ayam dalam gelanggang. Sorak dan tepukan kian bertambah hebat. Ali renung tiap wajah yang berada di situ dengan senyum. Tiba-tiba, senyum Ali terus berhenti, bila matanya tertumpu ke wajah Agam. Tetapi,semuanya kembali berbunga, bila Agam memalingkan wajahnya ke arah hutan tebal. "Duit sewa gelanggang, serahkan di sini", pekik Udin Tarzan. Lelaki dari Kelantan dan Ali pun serahkan duit sewa gelanggang. Kemudian Udin Tarzan pun menyerahkan wang sewa gelanggang pada ketuanya. Dari jauh, Udin Tarzan angkat tangan kanannya tinggi-tinggi memberitahu pada orang yang hadir bahawa gelanggang boleh digunakan. Sorak dan tepuk tangan orang ramai bergemuruh menguasai kawasan terpencil itu. "Aku nak lepaskan ayam, Udin", jerit Ali. "Silakan", balas Udin Tarzan. Tepukan dan sorak bertambah gamat. "Kau lawan dia jaguh, kau bunuh dia dengan taji kamu", itu yang dibisikkan oleh Ali pada ayam sabungnya. Orang ramai yang bertaruh mula membuat kumpulan sendiri. Wajah mereka didakap kegembiraan yang amat sangat. Masing-masing mengharapkan tuah dan keuntungan yang berlipat ganda. Di tengah gelanggang, dua ekor ayam mula bertentangan. Mengembangkan kepak dan bulu leher kelihatan membesar, bersedia untuk menewaskan antara satu sama lain. Dua ekor ayam itu tidak tahu, bahawa nyawa mereka dipertaruhkan demi kepuasaan hati manusia yang selama ini dianggap bijak dan bertamadun mempunyai nilai budi dan perasaan yang tinggi. Bila berdepan dengan suasana demikian, saya segera terfikir bahawa ada waktu dan ketikanya, manusia ini lebih kejam, lebih bodoh dari dua ekor ayam sabung yang berada ditengah gelanggang. Setiap kali ayam milik Ali membenamkan tajinya ke leher ayam jaguh milik lelaki dari Kelantan, suara sorakan dari tepi gelanggang terus melangit. Ada yang terkinja-kinja menari macam beruk dapat belacan. Secara mendadak tepukan dan sorakan terus terhenti. Semua biji mata tertumpu ke arah Agam yang berdiri di tengah gelanggang. Bagaikan kilat Agam menangkap ayam milik lelaki dari Kelantan yang kelihatan terhoyong-hayang. Beberapa helai bulu kepaknya mula berjatuhan. Balungnya berdarah begitu juga dengan bahagian lehernya. Agam segera mendekati lelaki dari Kelantan. "Ambil ayam kamu", kata Agam pada lelaki dari Kelantan. "Kami berlaga ayam, apa hak kamu mengganggu kami?" "Islam melarang pengikutnya berbuat kejam dengan binatang." "Saya mencari rezeki." "Bukan ini caranya mencari rezeki." "Tapi..." "Tak ada tapinya, ambil ayam kamu dan pergi dari sini, kalau kamu tak dengar cakap aku, buruk padahnya nanti." Agam mula tunjuk taring. Lelaki dari Kelantan mula membantah tetapi, bila dilihatnya muka Agam, dia tidak jadi membantah. Tanpa banyak cakap dia terus ambil ayam sabungnya. Lelaki dari Kelantan itu mengatur langkah menuju ke arah pondok tempat ketua Udin Tarzan berehat. Agam renung ke kiri, didapatinya ayam sabung Ali tidak berada di gelanggang lagi. Sebahagian orang ramai yang berada di tepi gelanggang mula beredar. Masing-masing bersedia untuk menyelamatkan diri andainya tercetus sebarang perkelahian. "Eh, kamu ke mari dekat aku", ujar Agam pada Ali yang bersila di tepi gelanggang. Ali tidak memperhiraukan arahan dari Agam. Dia

6 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

terus membiarkan ayam sabungnya mematuk padi atas telapak tangannya. Sesekali, Ali meraba ulu golok yang terselit di pinggangnya. Dia terus bersiul-siul kecil. "Hei, ayam sesat jangan cuba nak tunjuk handal di tempat orang", Ali mula menyindir. Badan ayamnya diurut perlahan-lahan. "Pulanglah dan buat kerja lain", tingkah Agam. "Jangan nak ajar saya!", jawab Ali. "Bukan mengajar tapi nasihat." "Diam bangsat!" pekik Ali sambil mencabut golok di pinggang lalu di baling ke arah Agam. Cepat-cepat Agam mengelak. Golok melekat pada pohon pulai. Agam terus menerpa ke arah Ali. Cepat-cepat Ali melompat dan lari ke arah pondok tempat ketua Udin Tarzan berehat. Ayam Ali terlepas lari ke dalam semak. Agam masih berdiri di tengah gelanggang yang sudah ditinggalkan oleh para peminat sabung ayam. Saya dan Najib yang sejak tadi menjauhkan diri dari gelanggang mula gelisah. Tetapi kami yakin Agam tidak akan bertindak sesuatu terhadap kami. Demi keselamatan diri, kami segera berlindung di balik pohon besar. "Kita balik saja, Najib. Aku tak suka tengok orang bergaduh", kata saya lemah. "Kita tunggu dulu, Tamar, Kita tengok siapa handal. Lagipun kita duduk sembunyi di sini, tak ada siapa yang tahu." "Aku takut dan..." "Sudahlah Tamar, kau tengok tu." Saya segera tegakkan kepala. Sepasang mata saya tertumpu ke arah Agam yang sedang berdepan dengan ketua Udin Tarzan. Dalam jarak beberapa kaki dari ketuanya, kelihatan Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali. Mereka memegang kayu bulat yang panjangnya lebih dari enam kaki. MERANGKAK Saya dan Najib merangkak di celah-celah pohon kecil, mendekati mereka. Kami mahu mendengar apa yang akan diucapkan oleh ketua Udin Tarzan pada Agam. Tanpa diduga, Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali melakukan serangan yang serentak ke arah Agam. Saya lihat Agam begitu tangkas mengelakkan serangan yang datang bertubi-tubi. Agam lebih banyak bertahan dari melakukan serangan. Agam berusaha dengan sedaya upaya, agar orang yang menyerangnya tidak cedera. Dia lebih suka melihat mereka tewas akibat kepenatan. Ternyata taktik yang digunakan oleh Agam amat berkesan sekali. Ketiga-tiga penyerangnya tercungap-cungap dan terus jatuh ke bumi. "Aku tak mahu bergaduh, aku sekadar mahu membetulkan kamu dari membuat kerja maksiat, baliklah ke rumah kamu," tutur Agam dengan tenang. Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali segera bangun. Mereka seperti dipukau mencari lorong untuk pulang ke rumah masing-masing. Tanpa diduga, Udin Tarzan pusing ke kanan lalu mengeluarkan rantai basikal yang diikat pada kayu kecil dari saku seluarnya. Udin Tarzan menerpa ke arah Agam. Dia terus melibaskan rantai basikal ke badan Agam. Aneh, walaupun mata rantai basikal itu membelit ke tubuhnya tetapi, Agam tetap tenang dan tubuhnya tidak mengalami sebarang kecacatan. Tubuh Udin Tarzan menggeletar, dia jadi panik bila melihat mata rantai basikal relai, jatuh ke bumi dalam bentuk ketulan hitam yang kecil macam tahi kambing. Udin Tarzan terus buka langkah seribu. Langgar tunggul dan akar hingga jatuh tunggang langgang. Dia tetap bangun dan terus lari. Bahu Agam dipaut dengan kuatnya dari belakang. Sukar untuknya menoleh ke kiri dan ke kanan. Pautan itu seperti mencengkam dan terbenam dalam kulit tubuhnya. Agam yakin cengkaman itu bukannya dari jari jemari manusia. "Kamu belum tahu siapa aku. Kamu mencari penyakit datang ke tempat aku", suara parau dan keras menendang gegendang telnnga Agam. Serentak dengan itu cengkaman yang singgah di bahunya berakhir. Dia segera memusingkan tubuh dan wajahnya menatap orang yang bersuara. "Kamu tahu belum ada orang yang berani kacau aku. Ketua kampung penghulu dan ketua balai polis di sini tak berani kacau aku. Kenapa kamu pula yang sibuk?" Sebagai orang Islam aku berhak memberitahu atau membetulkan kesilapan yang kamu buat." "Apa kesilapan yang aku lakukan?" "Kamu bapak maksiat!", ucap Agam lantang. "Biadap!", sergah lelaki ketua Udin Tarzan. Agam tidak menjawab kutukan itu. Dia termenung sejenak. Macam ada sesuatu yang difikirkannya. Agam mengambil keputusan tidak mahu berkeras dengan lelaki berbadan tegap. Tingginya hampir enam kaki. "Nama aku Amjal Kamal", lelaki itu memperkenalkan dirinya. Dia membuka baju yang membalut tubuhnya. Baju yang dicampakkan ke bumi lalu dipijaknya. Kedua belah lengannya penuh dengan tangkal dan azimat. Lelaki itu mengeluarkan sebilah keris pendekar. Dia terus menikam perutnya dengan keris bertubi-tubi. Mata keris terus bengkok. Kulit perutnya tidak tercalar ataupun luka. Lelaki itu mencampakkan kerisnnya yang sudah patah itu ke dalam semak. "Kau nampak sekarang?", kata AmJal Kamal sambil ketawa. Dia keluarkan pistol dari paha kanannya (pistol itu diikat ke pangkal paha kanan dengan tali guni). Muncung pistol dituamkan ke dahinya. Kemudian dia menarik pemetik pistol. Satu letupan bergema. Amjal terus ketawa. Peluru pistol tidak mendatangkan sebarang kesan. Amjal Kamal terus memecahkan sebiji botol. Kaca dari botol tersebut terus ditelannya.

7 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Apa kamu sanggup menentang aku? Kalau tak sanggup, eloklah kau pulang. Jangan kacau kerja aku", Amjal Kamal renung muka Agam. "Kamu memang hebat, tubuh kamu tak makan peluru." "Kalau sudah tahu, kenapa kamu cari penyakit?" "Aku bukan mahu mencari penyakit. Aku mahu menyembuhkan penyakit kau." "Apa penyakit aku? Cakap!", tanya Amjal Kamal sambil menggosok-gosok pistolnya. "Kau tamak, tak pernah puas. Tak mahu ingatkan Allah. Kamu harus tahu, bila tamak dah menguasai diri kamu, kamu lupa diri sendiri lalu mahu menyesatkan orang lain." "Kurang ajar!" "Ya, aku nak ajar kamu. Tangkai dan azimat tidak dapat menentang kuasa Allah. Mulai hari ini, kamu jangan buka gelanggang di sini. Sebaik-baiknya kau berambus dari sini", Agam memberi amaran. SABAR Sampai di sini, Amjal Kamal sudah tidak menahan sabar. Dia segera menatang muncung pistol ke arah Agam. Beberapa saat kemudian terdengar letupan yang berturut-turut. Anehnya, pepohon di kiri kanan Agam jadi sasaran peluru pistol Amjal Kamal. Agam tidak mengalami sebarang kecederaan. Amjal Kamal renung kiri kanan. Dia mencampakkan pistol ke arah kami. Jatuh betul-betul di depan Najib dan terus meletup. Najib menjerit dan terus jatuh pengsan. Saya yang tidak tahu untuk berbuat sesuatu segera keluar dari tempat persembunyian. Agam mendekati saya tanpa membuang masa. Saya segera memberitahu padanya apa yang telah terjadi. "Kau jangan ke mana-mana, sebentar lagi kawan kamu akan sedar dari pengsan", katanya pada saya. Sebaik sahaja saya anggukkan kepala, Agam kembali merenung kearah Amjal Kamal yang sedang membawa sebatang besi. Saya tidak tahu dari mana Amjal Kamal memperolehi besi itu. Amjal Kamal terus mendekati Agam. Saya lihat, Agam bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dia biar Amjal Kamal mendekatinya. Bila Amjal Kamal angkat besi untuk memukul kepalanya, Agam menampar bumi. Besi di tangan Amjal Kamal terlepas. "Kamu memang handal tapi...", Amjal Kamal tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia terus melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah Agam. Amjal Kamal membuka silat Siam. Agam tetap bertenang dan menepis setiap serangan yang datang. Usaha Amjal Kamal untuk menewaskan Agam dengan kekasaran tidak berhasil. Kali ini, Amjal Kamal menggunakan ilmu kebatinannya untuk menundukkan Agam. Mereka berdiri bertentangan. Masing-masing memeluk tubuh. Agam memberi isyarat tangan pada saya supaya kembali ke tempat persembunyian. Bila saya sampai ke tempat tersebut, saya dapati Najib sudah pun sedar dari pengsan. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu saya terdengar bunyi petir dan diikuti dengan gumpalan asap hitam berkumpul di tengah gelanggang sabung ayam. Dari gumpalan asap itu keluar percikan bunga api yang menuju ke arah tubuh Agam. Pelik, bila percikan bunga api mahu mengenai tubuh Agam, percikan itu segera berpatah balik ke dalam gumpalan asap dan terus hilang. Muka Agam kelihatan berpeluh. Agam terus menajamkan kedua belah bibirnya sambil menghembuskan udara yang berkumpul dalam mulutnya ke arah gumpalan asap. Dengan sekelip mata asap tebal itu terus hilang. Apa yang saya dan Najib lihat ialah, lengan kanan Amjal Kamal ditumbuhi bulu macam bulu orang utan. Kukunya panjang macam kuku harimau tetapi, tangan kirinya tetap macam biasa. Muka sebelah kiri Amjal Kamal berubah bentuk iaitu kelihatan sama, tidak ada hidung, tidak ada mata, pipi dan bibir. Kelihatan rata macam papan yang sudah diketam. Amjal Kamal berdiri kaku macam patung batu. Dari bahagian belakangnya kelihatan kepulan asap yang menipis. Dada saya terus berdebar dan saya segera menoleh ke arah Najib. Dia kelihatan tergamam. "Tamar, apa yang kita lihat benar-benar terjadi?". tanya Najib. "Ya, aku yakin Amjal Kamal banyak ilmu dunianya, kebal dengan sihir. Dia melindungi syaitan", bisik saya ke telinga Najib. Sebaik sahaja saya selesai mengucapkan kata-kata tersebut, bulu tengkuk saya segera menegak. Badan terus menggeletar. Saya pun segera membaca beberapa ayat suci untuk menghalau syaitan. "Lihat, Tamar", Najib cuit bahu kanan saya. Tanpa membuang masa, saya renung ke arah Agam yang sedang menumpukan seluruh biji matanya ke arah tubuh Amjal Kamal. Setiap kali Agam menggerakkan kelopak matanya, tangkal di leher Amjal Kamal putus sendiri. Jatuh ke bumi lalu terbakar. Bila Agam gerakkan lehernya ke kanan. Azimat atau tangkal yang membelit di lengan Amjal Kamal segera relai menjadi habuk yang akhirnya berterbangan entah ke mana dibawa angin. "Heiiiii...", Amjal Kamal bertempik. Tangannya yang bertali diangkatnya tinggi-tinggi. Dalam sekelip mata sahaja, dia menjatuhkan dirinya ke bumi. Amjal Kamal menyondolkan mukanya ke tanah. Tidak ubah macam babi menyondol batas ubi keledek. Agam tetap tenang melihat keadaan yang amat ganjil itu. Semua gerak-geri Amjal Kamal diikuti dengan penuh teliti. Agam meramas-ramas jari-jemari tangan kanannya. Dia menarik nafas panjang, kelima-lima jari-jemari tangan kanannya menutup mata sebelah kirinya. "Heiiiii...", lagi sekali suara jeritan Amjal Kamal bergema menguasai kawasan hutan tersebut. Serentak dengan itu dia terus melompat dan berdiri lurus. Saya lihat wajahnya ke arah Agam. Dan tanpa disangka-sangka, Agam jatuh terlentang. Kedua belah kaki Agam terangkat dan badannya berpusing-pusing di bumi, macam ada tenaga ghaib yang memusingkannya. Saya dan Najib terpaku melihat keadaan yang tidak pernah kami fikirkan selama ini. Biasanya, keadaan seperti ini wujud dalam filem yang bertemakan kisah zaman purba. Tamar", Najib seperti berbisik. "Kenapa, Jib?", tanya saya perlahan-lahan. "Aku dengar macam ada uara orang sedang azan", jawab Najib. Matanya tetap liar. Renung kiri renung kanan. "Aku juga dengar Jib." "Di sini tak ada masjid, siapa pula yang azan tu. Waktu Asar pun belum masuk", Najib bersuara penuh keraguan.

8 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Sudahlah, jangan fikirkan. Itu kerja makhluk Allah, asalkan jangan ganggu kita sudah cukup." "Aku tak puas hati kalau tak tahu Tamar." "Kau jangan merepek", suara saya keras lalu menutup mulut Najib dengan telapak tangan kiri. KASAR Saya bersyukur pada Allah, tindakan saya yang agak kasar itu, tidak menyinggung perasaan Najib. Dia menerima semuanya itu sebagai satu perintah yang wajib dipatuhi. Kami segera mengarahkan biji mata kami ke arah Agam dan Amjal Kamal kembali. Saya lihat Agam sudah pun berdiri. Saya tidak tahu bagaimana dia bangun. Suara azan yang mengusik gegendang telinga saya dan Najib terus ghaib entah ke mana. Agam dan Amjal Kamal bertentang wajah. Kedua-duanya memeluk tubuh. Antara Amjal Kamal dan Agam, ternyata Amjal Kamal lebih hebat. Ulas-ulas lengannya kelihatan berketul-ketul. Dadanya nampak bidang dengan rambut panjang hitam terkandar atas sayap bahunya. Saya lihat dada bidang Amjal Kamal kelihatan berombak-ombak ketika dia menarik dan melepaskan nafas. Dari gerak-gerinya itu ternyata Amjal Kamal menggunakan semua ilmu batin yang diketahuinya untuk menentang Agam. "Aku tak mahu apa-apa dari kamu. Aku tidak mahu berlawan. Aku minta kau tinggalkan tempat ini", suara Agam lembut penuh sopan. "Kau tak berhak menahan apa juga keinginanku", cukup angkuh suara Amjal Kamal. Tangan kanannya merayap atas bahu kiri. Dia terus memulas hujung rambut. Setiap kali hujung rambutnya dipulas, Agam menjerit kesakitan. Macam ada benda tajam yang menusuk tiap sendi Agam. "Aku merayu, tinggalkan tempat ini," ujar Agam dalam kesakitan. "Tidak ", suara Amjal Kamal keras. Dia terus memintal-mintal hujung rambutnya. Agam terus mengerang kesakitan. Saya lihat kedua belah kaki Agam tidak mampu menahan tubuhnya. Dia jatuh perlahan-lahan dan terduduk atas bumi. Dari lubang hidung dan mulutnya keluar air macam air liur. "Allahu akbar", suara Agam meninggi. Serentak dengan itu saya lihat dia bertenaga kembali. Agam bagaikan mendapat satu tenaga ghaib. Air yang keluar dari mulut dan hidung berhenti terus. Agam menggosok-gosok kedua belah telapak tangannya. Saya lihat bibir Agam bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Tangan kirinya menepuk bumi dua kali. Amjal Kamal terus ketawa, dia seolah-olah mempersendakan apa yang dilakukan oleh Agam. "Aku merayu kepada kamu, tinggalkan tempat ini", Agam mohon belas ikhsan dari Amjal Kamal. Ternyata Amjal Kamal tidak berganjak dari keputusannya. Agam terus duduk bersila di bumi. Saya dongakkan kepala melihat beberapa ekor burung belatuk mematuk batang meranti yang sudah mati. Saya terasa aneh, belum pernah saya melihat burung belatuk begitu banyak. Beberapa helai daun tua mula gugur ke bumi dirempuh angin. Saya lihat langit begitu cerah dengan gumpalan awan putih bersih berarak lembut ke arah selatan. "Ini hutan, tak ada manusia yang diam di sini, sudahlah kau jangan merepek", Amjal Kamal terus mempersendakan Agam. Dia yakin, Agam akan tunduk padanya. Amjal Kamal mengambil seketul kayu lalu dibalingkan ke arah Agam. Saya dan Najib terpampan, bila melihat kayu yang dibalingkan ke arah Agam tidak menuju ke sasarannya. Kayu itu berpusing-pusing di udara untuk seketika kemudian hancur menjadi serbuk. "Kau nak tunjuk kehebatan kamu?", Amjal Kamal jadi marah. "Tidak, semuanya atas kehendak Allah. Aku berdoa pada Allah supaya diberikan perlindungan." "Hiss kamu", Amjal Kamal melompat dan menerkam ke arah Agam. Cepat-cepat Agam mengangkat tangan kanannya. Amjal Kamal terpekik. Dia tidak dapat bergerak ke mana-mana, terapung-apung di udara. Agam menurunkan tangannya perlahan-lahan. Tubuh Amjal Kamal yang terapung-apung di udara turut sama bergerak perlahan-lahan ke permukaan bumi. Bila telapak tangan Agam bertemu dengan bumi, tubuh Amjal Kamal terletak atas tanah. "Aku minta kamu berhenti dari membuat kerja maksiat", kata Agam masih berlembut. "Itu urusan aku." "Ya, aku tahu itu urusan kamu tapi...", Agam berhenti bercakap. "Tapi apa, manusia laknat?" "Orang-orang yang berjudi di sini sudah mengotorkan masjid dan surau tempat kami beribadat. Mereka kencing dan berak ikut suka hati." "Kamu bohong!", bantah Amjal Kamal. "Baik, aku buktikan", Agam merenung ke arah sebelah kiri. Tidak ada apa-apa yang dapat dilihat kecuali hutan kecil dengan pohon yang menghijau. "Aku bukannya budak-budak", Amjal Kamal menepuk dada dan meludah ke arah Agam. Tiba-tiba saya dan Najib terdengar bunyi suara orang membaca ayat-ayat suci. Saya amati pembacaan itu dengan teliti. Saya kagum, pembacaan itu memang betul, samada dari segi tajuwid, tekanan suara dan dengung. Pembacaan yang sempurna itu membuat saya terpesona. (bersambung)...

CHAPTER LIST

9 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

(Jilid 07) Siri 99: Kaki Berbulu Feb 11, '10 5:07 PM
by Tamar for group komunitisbdj Dalam irama pembacaan ayat-ayat suci itu, saya terdengar bunyi orang menumbuk padi dan berpantun. Terdengar kokok ayam dan hidung saya terbau nasi dan bau gulai. Saya dapati diri saya bagaikan berada di tengah-tengah sebuah perkampungan yang jumlah penghuninya bukan sedikit. Para penduduk sentiasa sibuk dan rajin berusaha. Taat pada perintah Allah. Semua yang saya rasakan itu tidak dapat saya lihat dengan mata kasar. "Beberapa orang anak-anak cucu aku patah kaki dan tangan dan luka akibat perbuatan orang-orang yang kau ajak berjudi di sini", tambah Agam. Sebaik sahaja Agam selesai bercakap terdengar suara budak-budak menangis menahan kesakitan. "Kamu sihir aku", bantah Amjal Kamal. "Tidak, kami makhluk Allah seperti kamu, kami minta sesuatu dari Allah", suara Agam lemah. "Bohong", sergah Amjal Kamal. "Ya, aku buktikan lihat sekarang", Agam meluruskan jari telunjuknya ke sebelah kanan. "Ajaib sungguh", keluh saya dalam hati. Najib tidak berkata apa-apa. Amjal Kamal bagaikan terpegun melihat apa yang wujud di depan matanya. Semuanya terjadi tanpa diduga. Saya gosok kelopak mata dua tiga kali hingga terasa pedih. Bagaikan mimpi rasanya, melihat sebuah perkampungan yang besar, lengkap dengan masjid dan rumah yang bentuknya seperti rumah orang-orang Melayu, berdinding tepas dan beratapkan rumbia. Keliling kawasan rumah terdapat pokok pisang, cabai dan terung. Binatang ternakan seperti ayam, itik dan kerbau. Para penghuni kampung tersebut, kebanyakannya berkulit cerah. Sama ada lelaki atau perempuan, bentuk tubuh mereka tetap besar dan tinggi. Sukar untuk mencari yang rendah. Pada hemat saya, rata-rata mereka berukuran sekitar lima kaki sepuluh inci atau lebih. Mereka nampak ramah sekali. Kanak-kanak yang berusia sekitar enam tahun, berkumpul di surau belajar membaca Quran. Mereka juga belajar hukum-hukum agama secara terperinci dari seorang lelaki yang berjubah hitam. Hampir semua orang lelaki memakai jubah warna putih bersih, ada juga yang memakai serban dan songkok dibuat dari kain putih. Semua orang perempuan di perkampungan tersebut memakai mini telekung putih. Baju dan kain juga dari kain putih. Suasana sekitar kampung terasa damai. Semuanya kelihatan bersih, setiap halaman rumah sukar untuk mencari daun. Orang-orang tua duduk di anjung rumah membaca Quran atau berkasidah memuji Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat. "Ini perkampungan, Islam", demikian hati kecil saya membuat kesimpulan. Saya segera bangun. "Nak ke mana Tamar?" Najib terkejut. "Aku nak masuk ke kampung tu, aku nak berkenalan dengan orang-orangnya", jelas saya. "Jangan", Najib segera memaut tangan kanan saya. "Kenapa?" "Boleh jadi apa yang kita lihat tu, hanya bayangan saja. Kau mesti ingat kita berada dalam hutan. Dalam hutan begini macam-macam boleh jadi", Najib mengingatkan saya. "Ah, aku nak pergi", saya membuat keputusan yang amat nekad. Saya cuba melangkah, tiba-tiba sahaja pangkal paha sebelah kanan saya terasa sakit. Kedua-dua belah bahu saya seperti dihempap dengan benda berat. Saya tidak terdaya berdiri dan terus jatuh. Apa yang saya alami, tidak mematahkan niat saya untuk pergi ke tempat tersebut. Makin berkobar-kobar semangat saya mahu pergi ke kampung tersebut, makin hebat sakit di pangkal paha kanan saya. Bila saya membatalkan niat tersebut. Semua sakit yang saya deritai terus hilang. Perasaan saya terasa lapang dan lega. Jadi, saya mengambil keputusan melupakan terus hasrat yang bersarang dalam dada. Bila melihat saya pulih, Najib mengucapkan syukur pada Allah beberapa kali. Dia mengajak saya pulang. Ajakannya itu saya bantah terus, Najib terpaksa tunduk pada kemahuan saya. "Kita tengok apa yang akan terjadi selanjutnya, Najib." "Merbahaya, Tamar." "Kita cuma tengok saja, bukan nak buat apa-apa." "OK, aku mengikut saja." "Bagus", bahu kanan Najib saya tepuk beberapa kali. Saya dongakkan kepala ke langit. Matahari sudah beransur condong. Berpandukan pada kedudukan matahari di langit, saya kira waktu itu dah hampir pukul empat petang. Tetapi, saya tidak merasa jemu atau bosan berdepan dengan peristiwa yang pada tanggapan saya amat menyeronokkan. Dan jarang-jarang pula terjadi. "Apa yang kamu ingini, sudah aku buktikan. Aku tidak berbohong dengan kamu. Aku bercakap sesuatu yang benar", terdengar suara Agam cukup lantang. Saya dan Najib tumpukan perhatian pada dirinya dan Amjal Kamal. "Kamu tak puas hati lagi?", tanya Agam. "Hum...", suara Amjal Kamal mendengus macam orang marah. HILANG Perkampungan di tengah hutan itu terus hilang. Kawasan tersebut segera ditumbuhi pokok-pokok kecil seperti pokok paku, pokok senduduk dan rumput-rampai yang menjalar menutup bumi. Kawasan yang ditumbuhi pokok kecil itu cukup luas. Di kiri kanan kawasan tersebut dipagari dengan pokok-pokok besar yang digayuti dengan akar, tempat monyet bergantung atau

10 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

melompat. Amjal Kamal menolak kenyataan yang wujud di depan matanya. Dendamnya belum berakhir. Dia berusaha untuk memusnahkan Agam yang pada hematnya cuba mencabar kebolehan dan kehandalan dirinya, cuba menghalang segala cita-citanya. Amjal Kamal mengeluarkan seketul batu kecil dari saku seluar sebelah kanannya. Batu kecil itu diletakkan atas telapak tangannya. Amjal Kamal hembus batu itu tiga kali berturut-turut. Beberapa detik kemudian terdengar bunyi deru angin yang kuat. Ribut besar pun berlaku di sekitar kawasan tersebut. Dahan pokok terus patah malah ada pokok tumbang. Saya dan Najib segera memeluk pokok di depan. Andainya kami tidak memeluk pokok besar kemungkinan tubuh kami akan diterbangkan oleh angin. Walaupun ada pokok yang tumbang tetapi, Agam tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Setengah jam kemudian, ribut besar yang menggila itu terus berhenti. Agam masih berada di tempatnya tetapi, Amjal Kamal terus hilang entah ke mana. Saya terdengar suara ganjil dari sebelah kiri. Saya amati suara tersebut dan saya pasti suara itu adalah suara beruang. Ramalan saya tidak tepat. Itu bukan suara beruang tetapi, suara Amjal Kamal yang sudah berubah wajah dan bentuk. Seluruh wajahnya ditumbuhi bulu tebal yang berwarna kemerah-merahan. Begitu juga dengan rambutnya. Sepasang mata Amjal Kamal bertukar jadi macam mata harimau dan bahagian mulut bertukar bentuk seperti mulut orang hutan. Sepasang kakinya berbulu hitam. Bahagian badannya berbelang macam belang harimau. Sepasang tangannya memiliki kuku, seperti kuku harimau. Amjal Kamal yang berubah rupa itu terus melompat, kedua belah tangannya bergerak ke kiri dan ke kanan. Mencakar dan mematah apa sahaja yang tersentuh oleh tangannya. Agam segera memanggil nama saya. Tanpa membuang masa saya terus mendekatinya. Badan saya terus berpeluh. Macam-macam yang datang dalam fikiran saya. "Kamu berubah dari situ, orang ini terlalu akrab dengan syaitan dan boleh melakukan apa sahaja untuk memesongkan setiap orang yang percayakan kewujudan Allah", itu perintah Agam. "Baiklah", balas saya. "Sekarang pindah", Agam mengamati saya. "Pindah ke tempat Iain Jib." "Pindah ke mana Tamar?", tanya Najlb. "Sebelah sana, kita berlindung balik pokok kempas besar." "Baiklah", sahut Najib. Kami pun berubah tempat. Saya gembira tempat yang saya pilih terletak di kawasan tanah yang agak tinggi. Pokok kempas yang saya pilih sebagai tempat berlindung cukup besar. Kawasan di bahagian perdunya bersih dan lapang. Mudah untuk melihat gerak-geri Agam dan Amjal Kamal. Dari perdu kempas saya lihat Amjal Kamal mendekati Agam yang berdiri tegap. Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. "Tak usahlah bergaduh, tinggalkan saja tempat ini. Itu saya permintaan aku. Bermusuh bukanlah tujuan hidup aku", Agam berusaha menenangkan perasaan Amjal Kamal. Sayang, Amjal Kamal yang sudah bertukar rupa itu tidak dapat berkata-kata. Setiap kali Agam bersuara dia akan mencabut anak-anak pokok yang berdekatan. Amjal Kamal menerpa ke arah Agam. Dengan tenang Agam menantinya. Kedua belah bibir Agam kelihatan bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Ketika Amjal Kamal mahu mencakar mukanya, Agam segera menegakkan ibu jari kirinya. Saya terkejut bila melihat Amjal Kamal jatuh dengan tiba-tlba. Dia berguling-guling atas tanah. Amjal Kamal bertempik dengan sekuat hatinya. Seluruh bulu yang melekat di tubuh Amjal Kamal gugur dengan sendirinya dan akhirnya terus hilang. Tubuh Amjal Kamal kembali dalam bentuk biasa. Terkapar di bumi, tidak terdaya mahu menggerakkan tangan dan kaki. Dalam keadaan hati saya yang cemas dan takut itu saya lihat empat orang lelaki muncul di kiri kanan Agam. Keempat-empat lelaki itu segera mengangkat Amjal Kamal lalu diletakkan di pangkal pokok jelutung. Tubuh Amjal Kamal lalu ditutup dengan daun pisang. Empat lelaki yang mengusung Amjal Kamal terus ghaib. "Ke mari Tamar", perintah Agam. Saya dan Najib segera mendekatinya. "Jangan apa-apakan kami", saya merayu. "Aku tidak akan apa apakan kamu berdua, kamu datang sekadar mahu melihat bukannya bermaksud jahat." "Kalau begitu biarlah kami balik dulu", Najib merayu. "Nanti dulu, aku nak bercerita pada kamu tentang Amjal Kamal", kata Agam. Serentak saya dan Najib anggukkan kepala. Agam pun bercerita. Memang sudah lama dia berusaha mengusir Amjal Kamal dan kuncu kuncunya yang membuka gelanggang sabung ayam ditempat tersebut. Cara yang dlilakukan oleh Agam ialah dengan melepaskan kerbau clan kambing setiap kali perjudian itu diadakan. Kadang-kadang dia sendiri memunculkan diri dalam bentuk manusia yang bertubuh besar dan hitam legam. Tetapi semua yang dilakukan itu tidak mendatangkan kesan. Amjal Kamal cukup keras kepala. SEPIT Bila sudah tersepit, Amjal Kamal akan menggunakan ilmu kebatinan yang dituntutnya dari orang-orang yang melakukan pertapaan di kaki gunung Hlmalaya. Memang datuk nenek Amjal Kamal berasal dan Nepal. Ayahnya dulu berkhidmat dalam Tentera British di cawangan Pasukan Gurkha. Dalam masa darurat sekitar 1948, pasukan yang dianggotai oleh ayahnya ditempatkan di bandar Sungai Petani, Kedah. Dengan kehendak Allah, ayahnya bertemu jodoh dengan perempuan rakyat Malaya berketurunan Bangladesh. Ayahnya memeluk Islam lalu memilih nama Abdul Kamal.

11 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Bila Amjal Kamal berusia dua tahun, ayahnya meninggal dunia akibat ditembak oleh pihak pengganas komunis dalam satu serangan hendap tidak jauh dari bandar Sungai Petani. Amjal Kamal terus membesar dalam jagaan ibunya, Aishah Kamdar. Amjal Kamal menamatkan persekolahan dalam tingkatan empat di salah sebuah sekolah Inggeris di Alor Setar. Kemudian pergi ke Bangladesh dan tinggal bersama keluarga ibunya. Setelah bekerja dengan sebuah syarikat perusahaan membuat jerami di Bangladesh selama lima tahun, Amjal Kamal berhenti kerja. Dia merantau ke Nepal untuk mencari kaum keluarga ayahnya. Di samping itu dia berhasrat untuk menjadi pemandu pada pendaki yang ingin menawan kemuncak Everest. Masa mencari keluarga ayahnya itu Amjal Kamal bertemu dengan bangsa Nepal yang menuntut ilmu kebatinan. Dia tertarik dan terus melibatkan diri dalam kumpulan tersebut. Bila merasakan ilmunya sndah cukup, Amjal Kamal kembali ke Malaya. Dia melakukan berbagai-bagai pekerjaan. Antara pekerjaan yang paling diminatinya ialah menyeludupkan beras dari Thailand ke Malaysia. Dia juga menjalankan kegiatan judi empat ekor secara haram. Padang Besar di Perlis, Bukit Kayu Hiram di Kedah dan Rantau Panjang serta Pengkalan Kubur di Kelantan adalah tempat yang sering digunakan oleh Amjal Kamal untuk menyeludup beras, ganja dan sebagainya. Supaya rancangannya berjalan lancar, dia memberi rasuah pada pihak tertentu. Mungkin kerana faktor usia atau mungkin kerana tindakan tegas dari pihak kerajaan membuat Amjal Kamal merasakan menjadi penyeludup tidak selamat. Dia pun membuka langkah lain untuk menampung hidupnya. "Salah satu dari caranya, mengadakan judi sabung ayam. Jadi perompak dan pecah rumah dengan ilmu pukau", Agam meraba pangkal kening kirinya. Saya lihat dia cukup tenang dan wajahnya mcmbayangkan kepuasan yang teramat sangat. "Dia memang hebat", Najib mengeluh. "Ya, dia memang hebat. Dia juga kepala mencuri kereta dan motosikal untuk dihantar ke Siam. Semua kerja-kerja yang dibuatnya tu, saya tak peduli, saya tak kisah", suara Agam mula meninggi. Dua tiga kali dia mengeluh. Matanya menatap wajah saya. "Jadi, apa sebab sebenar yang awak marahkan dia?" , soal Najib. "Saya marah, bila dia mencemar kampung halaman kami dengan membuka gelanggang sabung ayam. Ada masanya dia bawa perempuan Siam tidur di pondoknya. Khabarnya, perempuan-perempuan Siam tu diseludup dari Golok untuk dihantar ke bandar-bandar besar di Semenanjung", Agam genggam penumbuk. Dadanya kelihatan berombak melepaskan nafas yang berbaur dengan kemarahan. Saya dan Najib diam. Kami berpandangan dan keberatan untuk mengajukan sebarang pertanyaan. Pada hemat saya, biarkan dulu hati dan perasaan Agam tenang. Bila sudah tenang, mudahlah bercakap dan dia tentu bersedia menjawab apa-apa pertanyaan dari kami. Saya melihat dada langit kembali. Awan putih terus berarak. Sayup-sayup terdengar suara gagak di hujung rimba. Burung helang tetap terbang rendah bermain angin ketika sinar matahari mula meredup. "Kau orang baliklah, dulu. Jangan cerita pada sesiapa apa yang kamu tengok di sini", Agam menggaru pangkal lehernya berkali-kali. Ekor matanya menjeling tajam ke arah beberapa helai daun tua yang gugur. Melayang-layang dimain angin. "Kami boleh merahsiakan perkara ini. Tetapi, macam mana kalau ada orang lain yang tahu dan menghebahkannya?", saya beranikan diri meluahkan pendapat. Najib tersenyum, mungkin dia terasa lucu dengan pertanyaan yang saya ajukan pada Agam. "Orang lain, jangan ambil peduli. Apa yang penting saya mahu kamu berdua merahsiakan perkara ini. Itu saja yang saya harapkan dari kamu berdua", Agam meluahkan sebuah harapan. Penuh keikhlasan dan kejujuran. "Kami berjanji, tak akan ceritakan pada sesiapa apa yang kami lihat. Percayalah cakap kami", serentak saya dan Najib bersuara. Sepasang mata kami merauti paras Agam. Segaris senyum berlari di kelopak bibir Agam. Perlahan-lahan dia anggukkan kepala. Tanpa diduga, Agam menepuk kepala Najib beberapa kali, penuh kemesraan. "Kamu baliklah, mudah-mudahan Allah menyelamatkan perjalanan kamu berdua." "Terima kasih", kata saya. "Tapi...", Najib tidak dapat meneruskan kata-katanya. "Teruskan, apa yang mahu kamu tanyakan", Agam mendesak. "Kami nak tahu, siapa abang ini yang sebenar? Manusia atau penunggu tempat ini?", Dada saya berdebar. Memang di luar dugaan saya yang Najib boleh mengemukakan pertanyaan demikian. Saya kira pertanyaan itu agak keterlaluan dan bersifat peribadi. Boleh menimbulkan kemarahan kepada Agam. "Saya adalah hamba Allah seperti kamu. Saya bukan penunggu seperti apa yang kamu fikirkan. Saya ada karnpung halaman sendiri. Itu saja yang dapat saya terangkan", ujar Agam dengan wajah yang tenang. "Abang tak berbohong?", Najib minta kepastian. "Kamu tak percaya dengan apa yang aku katakan?", Agam menyoal Najib kembali. Saya lihat Najib mati akal. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan tersebut. Saya kenyit mata ke arah Najib. Beri isyarat supaya jangan mengkemukakan sebarang pertanyaan pada Agam. "Bagaimana, ada apa-apa yang mahu kamu tanyakan pada saya?", soal Agam lagi. Serentak saya dan Najib gelengkan kepala. Saya lihat Agam menarik nafas panjang. Tanda lega dan puas hati.

12 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Kamu berdua baliklah. Si Amjal Kamal sudah pun saya suruh orang-orang saya menghantarnya ke tepi jalan raya", tambah Agam dengan nada suara yang lembut. Dia hulurkan tangan kepada Najib untuk bersalaman. TANGAN Agam hulurkan tangan pada saya. Ketika bersalaman dengannya terasa telapak tangan Agam cukup lembut macam kapas. "Kau mesti inga, dalam dunia ini tak ada satu yang kekal. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya", bisik Agam ke telinga saya. "Saya faham", segera saya anggukan kepala. "Baguslah kalau kamu sudah faham. Semoga hidup kamu diberkati oleh Allah. Kita semua adalah hamba Allah yang tertakluk pada peraturan yang ditetapkan." "Peraturan apa?", mulut celupar Najib terus mengajukan pertanyaan. Agam tersenyum. Tangan saya tidak juga dilepaskannya. Rasa dingin terasa menjalar ke seluruh telapak tangan. Setiap kali tangan saya digoncangnya, hati saya terasa aman dan damai sekali. "Kita orang Islam kalau mahu hidup bahagia dan tenteram, patuhilah ajarannya. Berjanjilah untuk jadi orang Islam yang baik, patuh pada hukum-hukum yang ditetapkan", dalam keadaan yang suntuk itu, Agam masih sempat memberikan nasihat pada saya dan Najib. "Jangan sekali-kali menambahkan hukum yang ada dengan hukum baru", sambung Agam lagi. "Kalau ditambah bagaimana?", tanya saya. "Untuk apa menambah hukum dan ajaran yang sudah ada. Untuk apa?", soal Agam. Matanya menatap wajah saya. "Untuk mencari Allah, untuk mengenaliNya serta mendampingiNya", sahut Najib dengan penuh keyakinan. Agam gelengkan kepala. "Ramai manusia yang binasa dan sesat kerana mahu mencari Allah serta mahu mendampinginya", Agam jegilkan biji mata ke arah saya dan Najib. Kemudian Agam dongakkan kepala renung ke arah awan yang berarak lembut. "Kenapa kata macam tu. Perbuatan mereka baik", ujar saya. "Kerana mereka terlalu ghairah mahu mencari Allah mereka lupa pada diri mereka yang sebenar tanpa disedari mereka melakukan amalan yang bertentangan dengan ajaran agama yang sebenar. Niat suci mereka menjadi sebaliknya", Agam menarik nafas panjang. Telapak tangan saya yang digenggam segera dilepaskannya. Agam sandarkan tubuhnya ke pangkal pokok yang berhampiran dengannya. Buat beberapa saat saya dan Najib saling berpandangan. Suara burung liar terus berkicau. "Sesungguhnya, Allah sentiasa mendekati kita bila kita berpegang teguh pada ajaran Quran dan Hadis. Ikut segala hukum dan peraturan yang ditetapkan", Agam melanjutkan kata-kata dengan penuh tenang dan keyakinan. "Begitu", keluh Najib. "Apa yang diharapkan semoga kamu tidak akan tersesat dalam mencari kebenaran Allah. Selalulah bertanya pada alim-ulama dan orang yang pandai dalam hal agama bila menghadapi sesuatu masalah", lanjut Agam lagi. "Kalau belajar dari buku dalam hal-hal selok-belok agama boleh tak?", Najib bertanya. "Boleh. Sebaik-baiknya cari orang pandai untuk kita jadikan tempat rujukan. Jangan terlalu berharap pada buku semata-mata. Sebabnya, belajar hal agama mesti berguru dan guru itu rnestilah yang benar-benar arif. Jangan guru sebarang", Agam mengingatkan saya dan Najib. Agam berpusmg ke kanan. Maju dua tapak ke arah pokok besar. Dia berhenti di situ untuk beberapa saat. Agam berpaling ke arah saya dan Najib. "Baliklah. Semoga Allah melindungi kamu berdua dalam perjalanan, soal Amjal Kamal sudah saya suruh orang-orang saya menguruskannya", kata Agam lagi sambil mengangkat tangan kanannya separas telinga kiri. Dia tetap mempamerkan senyum pada kami. "Terima kasih atas nasihat", jerit saya. "Sama-sama", sahut Agam. Dia ketawa kecil mempamerkan gigi putihnya yang rapi. Agam berpusing ke kiri lalu membongkokkan badannya macam mencari sesuatu di celah pepohon renek. Saya dan Najib terdengar bunyi suara orang batuk dari arah belakang. Kami segera menoleh ke arah tersebut. Tidak ada tubuh manusia yang wujud di situ. Saya dan Najib merenung ke arah Agam kembali. Aneh, Agam hilang dari pandangan kami. Dia hilang entah ke mana. Sukar untuk dikesan. Najib cuba melaung-laung namanya. Tidak ada jawapan yang diperolehi. Kicau burung kian rancak. Sayup-sayup terdengar suara orang membaca Quran dalam hutan yang tebal dengan pepohon besar. Saya dan Najib jadi ceas. Bulu tengkok terasa kembang. "Tak boleh jadi kita ni", keluh saya. "Kita mesti cabut, tak boleh lama-lama di sini", jawab Najib. "Hum...", suara saya terkulum. Saya tersentak mendengar bunyi suara monyet menjerit macam dikejar sesuatu. Serentak dengan itu saya melihat sekawan gagak terbang rendah sambil berbunyi dengan nyaring. "Mari", saya terus menarik tangan Najib. Harap maklum, sila jangan menyalin bahan ini tanpa kebenaran. Kredit kepada pengimbas/jurutaip sahaja tidak mencukupi, kebenaran

13 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

perlu dipohon sebelum bahan ini boleh digunapakai. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 07) Siri 100: Orang Tua Misteri Feb 11, '10 5:55 PM
by Tamar for group komunitisbdj Kami pun terus berlari melanggar tunggul-tunggul buruk, melanggar akar yang menjalar di bumi. Matlamat kami mahu sampai segera ke tepi jalan raya yang jaraknya bukan dekat. Dua tiga kali kami jatuh dan setiap kali jatuh kami segera bangun. Apa yang menakjubkan diri saya, setiap kali saya bangun dari jatuh, saya rasa seperti ada orang membantu saya. Selain dari itu, saya juga merasai seperti ada orang yang mengikut atau menemani perjalanan kami. Saya tanyakan perkara tersebut pada Najib. Dia juga merasakan seperti apa yang saya alami. Akhirnya, kami sampai di tepi jalan raya Batu Hampar - Taiping. Seluruh tubuh kami dibasahi dengan pelih. Kami terpaksa berehat sebentar di bangsal tempat orang menanti bas. Bila rasa penat sudah hilang, perjalanan pulang ke rumah akan disambung kembali. "Eh kamu tak mahu tengok orang pengsan tepi jalan?", seorang lelaki yang berbasikal melintasi di depan bangsal tempat kami berhenti rehat. "Di mana?", jerit Najib. "Di depan sana," jawab lelaki itu tanpa mahu berhenti. Siapa pula hamba Allah yang malang itu? Ini sudah pasti jadi korban kenderaan yang lari. Memang, pemandu yang tidak bertimbang rasa patut dihukum. Fikir saya dalam hati. "Mari kita tengok Tamar." "Jom, siapa pula yang malang tu." "Kita tengok dulu baru kita tahu siapa orangnya." "Cakap kamu betul Najib." "Ah, sudahlah. Marilah", Najib segera menarik tangan saya. Dan kaki saya pun melangkah menuju ke arah tempat yang dikatakan oleh lelaki yang berbasikal tadi. SAMPAI Dari jauh saya dan Najib nampak orang ramai berkerumun tidak jauh dari tiang telefon. Ada beberapa buah kenderaan yang berhenti tetapi bergerak kembali sesudah melihat apa yang berlaku. Kami sampai ke tempat orang ramai. Tanpa membuang masa kami terus bergabung dengan mereka. Saya dan Najib terkejut. Kami segera berpandangan. Memang tidak kami duga orang ramai sedang mengerumuni Amjal Kamal yang terlentang atas rumput. Di tubuhnya tidak terdapat sebarang luka atau kecederaan. Anehnya Amjal Kamal tetap mengeluh dan mengadu sakit. Sepasang kelopak matanya berkeadaan separuh terbuka. Amjal Kamal memberitahu orang ramai yang mengelilinginya, kulit tubuhnya terasa pedih seperti kena bahang api yang cukup kuat. Sesekali dia membengkokkan badannya. "Siapa orangnya?", terdengar seseorang bertanya. "Aku tak berapa kenal, tapi pernah melihat rupanya sekali dua masa di pekan", terdengar suara dari seseorang. "Ah, ketua Udin Tarzan kepala judi dan penyamun. Biarkan dia di situ. Dia dah menerima balasan dari Allah kerana kejahatannya", jawab seseorang dari arah kanan saya. Amjal Kamal meracau tidak tentu arah. Kata-kata yang dituturkan sukar difahami. Mungkin Amjal Kamal bertutur dalam bahasa Nepal, bisik batin saya. Dua tiga orang yang berada di situ turut ketawa, bila mereka melihat Amjal Kamal menggerakkan badannya atas rumput macam ular sambil mengunyah rerumput yang hijau. "Jangan ketawakan dia, kita harus melakukan sesuatu," seorang tua muncul dari arah belakang saya. Seluruh perhatian orang ramai tertumpu pada orang tua itu. "Mengetawakan orang yang sedang sakit, bukan perbuatan orang yang beriman," lanjut orang tua itu. Dia segera menerpa ke dada jalan raya lalu mengangkat tangan kanannya menahan kereta yang lalu. Sebuah kereta berhenti. "Kenapa?", tanya pemandu kereta. "Tolong bawakan orang ini ke hospital." "Hospital Taiping?", tanya pemandu kereta Ford Escort yang berwarna hitam. Orang tua itu anggukkan kepala. Pemandu kereta termenung sejenak. Dia agak keberatan untuk memenuhi permintaan orang tua tersebut. Amjal Kamal masih terkapar atas rumput. "Bawalah dia ke hospital, kamu tak rugi menolongnya. Lagipun dia tak sakit kuat, kereta kamu tak kotor kerana tubuhnya tak berdarah, lepas kamu hantar ke hospital, kau tinggalkan saja dia di situ. Kerja semudah ini kamu keberatan menolongnya?", soal orang tua itu. "Sudahlah, jangan banyak cakap. Masukkan dia di belakang," suara pemandu kereta bersuara lantang. Amjal Kamal pun segera diangkat ke dalam kereta. "Ada sesiapa yang nak ikut ke Taiping?", tanya pemandu kereta pada orang ramai yang berada di situ. Bila mata pemandu kereta

14 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

tertumpu ke wajah saya, dia menghadiahkan senyum. Rasanya saya pernah melihat wajahnya tetapi di mana? Saya kurang pasti. "Itu Wak Juno, patutlah bahasa Jawanya pekat," kata Najib. "Ya, aku ingat sekarang. Dia dari Kampung Talang, selalu datang ke tempat kita, menjaja tikar mengkuang, tudung saji dan bakul, lama juga aku nak mengingatinya, Najib." "Kamu lemah ingatan," sindir Najib. Kami ketawa serentak. Orang ramai yang berada di situ merenung ke arah kami. "Biar saya yang menemaninya", orang tua itu membuat keputusan. Tanpa membuang masa lagi, dia masuk ke perut kereta. Beberapa minit kemudian kereta yang dipandu oleh Wak Juno terus bergerak meninggalkan kami. Orang ramai segera bersurai. Saya dan Najib kembali ke bangsal untuk menanti bas. Rasa cemas mula mengganggu perasaan saya. Macam-macam perkara buruk terbayang dalam tempurung kepala. Bas yang dinanti pun tiba. Saya dan Najib segera naik. Kami memilih tempat duduk tidak jauh dari pemandu bas. Saya menoleh ke kanan. Saya terlihat orang tua yang menahan kereta Wak Juno berada di situ. "Tadi pak cik ikut kereta Wak Juno?", tanya saya. "Hum", kata orang tua itu sambil gelengkan kepala. "Maafkan saya kerana tersalah orang", saya tersipu sipu malu. "Tak mengapa, salah silap perkara biasa dalam kehidupan manusia. Awak dah jumpa Agam?", orang tua itu mengajukan pertanyaan. Matanya merenung ke arah pepokok di kiri kanan jalan. Saya dan Najib sering sahaja membengkokkan badan ke kiri atau ke kanan bila bas menempuh selekoh yang tajam. Tetapi orang tua itu tetap tidak bergerak. Satu persoalan timbul dalam hati saya. Bagaimana orang tua ini mengetahui pertemuan saya dengan Agam? Siapa dirinya yang sebenar? "Pakcik ini siapa?, soal Najib. Bas terus meluncur. Penumpang bas tidak begitu ramai jumlahnya. Banyak bangku yang kosong. "Aku ni datuk pada Agam." "Berapa umur pakcik sekarang?" "Seratus tujuh puluh tahun." "Huh", kata saya separuh menjerit. Semua mata yang berada dalam bas tertumpu ke arah saya. Mana ada manusia yang berusia selanjut itu. Kalau ada pun, pasti tidak mampu melangkah, apalagi bergerak ke sana ke mari. "Mustahil", kata Najib. "Tidak ada yang mustahil, kalau Allah mengizinkannya," ungkap orang tua itu tenang. Saya terdiam. Bas terus meluncur dengan laju. Saya masih meragui kebenaran dari kata-kata yang diluahkan oleh lelaki tua itu. Ketika bas melalui selekoh yang agak tajam, orang tua itu bangun lalu menekan loceng bas. "Aku dah sampai, ingat tentang kebesaran Allah, bila kita ingatkan kebesaran Allah, tidak ada sesuatu yang mustahil di dunia. Tidak ada manusia yang boleh mengukur kelebihan Allah, cubalah mengenali diri sendiri," orang tua menujukan kata-kata itu pada saya. Memang terasa diri saya disindir. Pemandu bas cuma tersenyum sahaja. "Di sini hutan tebal, mana ada kampung di sini", Najib bersuara lalu merenung ke arah hutan tebal di kiri kanan jalan raya. Keadaannya amat menyeramkan dengan pokok-pokok besar. Apa yang terdengar ialah bunyi suara reriang rimba dan suara ungka liar. "Orang yang buta hati dan perasaan saja yang tak nampak kampung halaman makhluk lain. Orang yang hatinya suci dan hidupnya direstui Allah akan menemui makhluk lain selain dari manusia, selamat jalan." "Ha menyindir kami", kata saya. "Tidak, aku bercakap sesuatu yang benar," orang tua itu menolak tuduhan saya. Dia pun melangkah turun dari perut bas. Bas pun bergerak. Dari jendela bas saya lihat orang tua itu masuk ke dalam hutan tebal seperti orang berjalan di atas jalan raya. Dia melambaikan tangan ke arah para penumpang yang berada dalam bas. HAMPAR Saya masih ingat, tempat orang tua itu turun tidak jauh dari pekan kecil Batu Hampar. (Khabamya, disitu kini sudah dijadikan pintu jalan untuk masuk ke pusat Darul Arqam. Agaknya, di kawasan Darul Arqam itu suatu ketika dulu adalah kawasan perumahan orang tua misteri yang saya temui dalam bas satu ketika dulu). "Dalam sebulan dua kali orang tua itu turun dan naik di sini," jawab Mat Tupai dalam loghat Kedah. "Dia pergi ke mana?", desak Najib. "Kadang-kadang dia turun dekat pekan Air Terjun, kadang-kadang dekat tempat yang disebut Bendung Siam. Tapi, tempat yang dia turun itu semuanya kawasan hutan." "Selain dari dia, ada orang lain yang naik?" "Ada, orang perempuan, selalunya orang perempuan naik bas yang terakhir. Kadang-kadang...", Mat Tupai tidak meneruskan kata-katanya. dia terus memaut stereng bas dengan tenang dan aman. "Kadang-kadang apa?", saya cuba mengunckil rahsia. "Masa mereka naik, selalunya penumpang tak ramai. Paling tinggi dua orang. Bila dia ada dalam bas, satu bas jadi wangi. Mereka tak banyak cakap, mereka bayar duit tambang kemudian terdengar mereka berzikir."

15 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Ramai yang naik tu?" "Kira-kira antara sepuluh hingga lima belas orang." "Hum", kata saya lalu termenung panjang. "Perkara macam ini, memang perkara biasa buat kami", kata Mat Tupai. Dia terus memandu bas, merempuh beberapa selekoh tajam. Mat Tupai senyum bangga. Menjelang waktu senja baru saya sampai dirumah. Datuk sudah menanti di kepala tangga. Wajahnya nampak serius sekali. "Kamu dari mana Tamar?" "Dari...", saya berhenti bercakap. "Dari hutan Air Terjun." "Ha he...", saya tidak dapat memberikan jawapan segera. Rasa serba salah mula datang ke dalam diri. Memang pada awalnya saya mahu bercakap bohong dengan datuk. Tetapi bila sudah begini keadaannya, saya tidak berdaya untuk berbohong. "Ya, saya ke sana tuk." "Kamu berjudi?" "Tidak, saya cuma nak tengok saja tuk." "Apa yang kamu dapat?" "Susah nak cakap tuk." "Lagi sekali kamu pergi ke situ, aku serahkan kamu kepada polis, biar kamu kena lokap," suara datuk cukup garang. Dia meninggalkan saya sendirian di kepala tangga. Datuk menuju ke masjid. Tanpa membuang masa saya naik kerumah. Saya segera mengambil kain basahan lantas menuju ke perigi. Kalau saya tidak mahu kemarahan datuk berlarutan, saya mesti menghadirkan diri di masjid, mesti sembahyang Maghrib bersama para jemaah yang lain-lain. "Eh, mandi di telaga", saya mula terdengar suara dalam keadaan hari yang beransur gelap. Saya toleh kiri, toleh ke kanan. Orang yang bersuara tidak juga saya temui. Saya persetankan tentang suara itu dan saya terus mandi. "Kamu berkawan dengan dia" Saya pasti itu suara Amjal Kamal. Dugaan saya tepat sekali, Amjal Kamal berdiri di depan saya sambil berpeluk tubuh. "Eh, kenapa?", tanya saya, serentak dengan itu batang tubuh Amjal Kamal terus hilang. Apa yang kedengaran ialah suara ketawanya yang memanjang dan nyaring. Saya terasa tubuh dilempar dengan tanah liat keras yang datangnya dari setiap penjuru. Tanpa membuang masa saya terus lari naik ke rumah dengan rasa cemas yang amat sangat. Nenek ketawa besar melihat telatah saya yang lucu. Apa yang dialami saya ceritakan pada nenek. Saya merasa hampa dan kecewa sekali. Nenek tidak dapat menerimanya dan menuduh saya lemah semangat. Nenek terus menggesa saya supaya segera pergi ke masjid. Saya tidak ada pilihan dan terus patuh pada perintahnya itu. Saya bersyukur, bila sampai di masjid, kemarahan datuk terus reda. Dia masih mahu senyum dengan saya. Malah, selesai sahaja sembahyang Isyak, saya dan datuk pulang bersaing. Seperti selalu, bila jalan berdua-duaan dengan datuk, dia tidak pernah sunyi memberikan nasihat dan petua pada saya. PERTEMUAN Tiga hari kemudian, tanpa disangka-sangka saya terserempak dengan Wak Juno di depan dewan orang ramai. Dia berhenti di situ kerana mempamerkan barang-barang dagangannya seperti tikar, tudung saji, bakul, nyiru dan lain-lain. Ada sesuatu yang saya rasakan aneh pada Wak Juno. Selalunya, dia lebih banyak bercakap tentang barang-barang yang dijualnya. Ada waktunya, dia bercerita pengalaman pahitnya menentang tentera Belanda di Jawa Tengah, terutama di daerah Solo tetapi, kali ini dia menceritakan pengalamannya membawa Amjal Kamal. Menurutnya, setelah Amjal Kamal naik kereta dengan ditemani oleh orang tua, dia terus memandu keretanya dengan tenang. Sepanjang perjalanan orang tua tersebut terus memandang wajah Amjal Kamal tanpa berkata apa-apa. Cuma Amjal Kamal sahaja menjerit minta tolong dan ampun pada orang tua itu, seperti ada sesuatu yang dilakukan oleh orang tua itu ke tubuh Amjal Kamal, padahal anggota tubuh orang tua itu tidak bergerak. Sesekali Amjal Kamal berjanji dan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatannya yang lalu dan bersedia mahu bertaubat. Setiap kali Amjal Kamal menjerit dia pasti akan terkencing. Akibat terlalu kerap menjerit dan kencing, bau air kencing itu bercampur dengan bau najis. Anehnya, Wak Juno tidak dapat menyatakan perkara yang tidak disenanginya itu pada orang tua tersebut. Setiap kali dia mahu bersuara, kerongkongnya seperti tersumbat. Macam ada sesuatu yang melekat di situ. "Bila saya berhenti depan hospital, orang tua terus buka pintu dan keluar. Saya tengok dia bercakap sendiri seperti mengeluarkan perintah pada seseorang yang tiada di depannya", Wak Juno bercerita sambil angkat tangan ke kanan dan ke kiri. Air liurnya mercik ke arah orang yang berada di depannya. Saya bertambah minat untuk mendengarnya lalu duduk bersila di tepi dewan orang ramai. "Selesai saja dia bercakap, saya lihat dua orang pekerja hospital bawa pengusung lalu mengangkat orang yang sakit ke bilik pemeriksaan", lanjut Wak Juno, wajahnya nampak resah. Dia renung kiri dan kanan. Bimbang kalau orang tua tersebut muncul cara mengejut. Dalam nada suara yang merendah, Wak Juno terus bersuara.

16 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Saya bersungut pada orang tua itu tentang keadaan kereta yang penuh dengan air kencing dan bau najis. Orang tua itu tersenyum lalu menumbuk pintu kereta belakang saya dua kali berturut-turut. "Lepas tu apa yang jadi?" , tanya seorang perempuan tua yang boleh dipanggil mak cik. "Bau air kencing dan najis hilang, kereta saya kembali bersih. Orang tua itu bersalam dengan saya sambil menghulurkan wang. Saya tolak pemberiannya, orang tua itu mengucapkan ribuan terima kasih. Dia hilang depan mata saya sendiri," sambung Wak Juno. Semua biji mata orang ramai yang berada di situ separuh terbeliak. Ramai di antara mereka yang menggelengkan kepala. Di wajah mereka terbayang rasa takjub yang amat sangat. Wak Juno mengakui peristiwa yang terjadi di depan matanya itu membuat dia cemas dan badannya menjadi seram sejuk. Akhirnya, dia menggeletar. Wak Juno segera mencari pekerja hospital yang mengusung Amjal Kamal tadi. Dengan diiringi pekerja hospital, Wak Juno dibawa ke wad Amjal Kamal ditempatkan. Pekerja hospital itu terkejut besar. Katil Amjal Kamal kosong. "Ke mana dia pergi?", pekerja bertanya pada orang berdekatan. "Tadi ada orang tua datang, beri dia minum segelas air", jawab orang yang ditanya. "Lepas itu apa dah jadi?", desak pekerja hospital. "Saya tengok si sakit terus baik dan minta ampun pada orang tua. Orang tua tu tampar mukanya sekali. Dia bangun dan terus keluar dari wad ini." "Orang tua tu pergi ke mana?", tanya Wak Juno. "Dia hilang dengan sekelip mata saja." Pekerja hospital dan Wak Juno saling berpandangan. Tanpa mengucapkan sesuatu pekerja hospital meninggalkan Wak Juno sendirian di situ. Beberapa minit kemudian Wak Juno pun meninggalkan wad tersebut dengan seribu keanehan yang berserabut dalam tempurung kepalanya. "Sejak kejadian tu saya selalu rasa takut, bawa kereta seorang diri pun rasa cemas. Saya rasa macam ada orang yang ikut," begitulah Wak Juno membongkar pengalamannya pada para pelanggannya. "Sekarang ni awak ingat orang tua tu ada tak dekat sini?", satu pertanyaan nakal dari pelanggan Wak Juno. Bukan pertanyaan yang ikhlas. Orang itu mempersendakan Wak Juno. Sebagai orang yang kaya dengan pengalaman dan karenah kehidupan manusia, Wak Juno hanya tersenyum sahaja. "Bagi orang yang tak pernah mengalaminya tentu tak mahu percaya, terpulanglah," Wak Juno merendah diri. Dia terus mengemaskan barang-barang dagangannya untuk dimuat ke dalam kereta. MUNCUL "Wak Juno", jerit Udin Tarzan yang muncul secara tiba-tiba. Keadaan diri Udin Tarzan kali ini agak berbeza dari apa yang pernah saya lihat. Udin Tarzan bercakap agak sopan, tidak membanggakan diri. Dari wajahnya, saya lihat dia sedang menghadapi tekanan perasaan yang amat sangat. Sentiasa resah dan cemas. Kali ini Udin Tarzan memakai baju Melayu potongan Teluk Belanga warna merah jambu serta bersongkok lebai warna hijau. Sekali pandang, memang dia nampak macam orang alim atau orang baik-baik. Mungkin kerana jarang bertemu atau tidak pernah bertemu dengan orang yang menyebut namanya, membuat Wak Juno termenung sejenak seperti mengingati sesuatu. "Ya, saya dah lupa, di mana kita pernah berjumpa? Apa khabar sekarang?", Wak Juno hulurkan tangan pada Udin Tarzan. Tetapi Udin Tarzan seperti keberatan untuk menyambut huluran tangan dari Wak Juno. Akhirnya, Udin Tarzan terpaksa menyambutnya dengan perasaan separuh hati. "Wak mungkin tak kenal dengan saya, tapi, saya kenal dengan Wak maklumlah Wak orang berdagang", ujar Udin Tarzan. Wak Juno terus mengedutkan dahinya. "Saya ingat. Awak pernah cekak leher baju saya, awak tekan mata pisau belati ke leher saya, kemudian awak ambil duit jualan tikar saya, kira-kira dua ratus ringgit," suara Wak Juno tersekat-sekat. Harap maklum, sila jangan menyalin bahan ini tanpa kebenaran. Kredit kepada pengimbas/jurutaip sahaja tidak mencukupi, kebenaran perlu dipohon sebelum bahan ini boleh digunapakai. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(JILID 7) SIRI 101 : Muncul dan Hilang Sekelip Mata Feb 16, '10 5:34 AM
by Tamar for group komunitisbdj Kredit kepada ahli komunitisbdj sidaksemandin yang menaip semula siri ini. Din Tarzan tunduk merenung bumi " Awak rompak saya dekat Changkat Jering." Tambah Wak Juno. "Ya," tidak diduga Din Tarzan yang gagah dan bongkak membuat pengakuan secara terbuka.

17 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Kau nak duit lagi, nanti saya beri, jangan kacau saya nak cari rezeki cara halal, berapa banyak yang awak mahu?" Muka Wak Juno pucat. "Saya tak mahu semuanya tu, saya nak minta maaf pada awak tentang perangai saya yang lalu." "Saya sudak maafkan, saya halalkan wang yang awak rompak dari saya tu." "Ha...", Din Tarzan terkejut lalu memeluk tubuh Wak Juno. Kemudian Din Tarzan menangis, meraung dengan sekuat hati. Perbuatannya itu menarik perhatian orang ramai. Kejadian yang menyayat perasaan itu berlaku sekitar lima minit. Orang ramai terpegun dan tidak berkata apa-apa. "Lupakan perkara yang lalu, bila kamu datang jumpa aku minta maaf, ertinya kamu berusaha untuk membetulkan kesilapan kamu lalu, perbuatan kamu ini semua digerakkan oleh Allah, ini menandakan Allah masih sayangkan kamu," Wak Juno cuba menenangkan perasaan Din Tarzan. Pertama Kali, saya dengar Din Tarzan mengucap dua kalimah syahdat dan menyebut nama Allah berkali-kali. "Saya sekarang mahu jumpa semua orang yang saya aniaya, saya nak minta maaf." jelas Din Tarzan. Din Tarzan juga memberitahu pada orang ramai yang berada di situ bahawa sejak akhir-akhir ini, bila sampai waktu sembahyang, dia sering dikunjungi oleh seorang lelaki tua yang mendesak dirinya supaya menunaikan sembahyang dengan segera. Kalau dia berlengahlengah, orang tua itu akan memukul tubuhnya dengan rotan. "Pukul satu, pukul tiga pagi dia mengejutkan saya dari tidur, suruh saya bertaubah, dia suruh saya minta ampun pada orang-orang yang saya aniaya," kata Din Tarzan sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya. "Kau kenal orangnya?" Tanya saya. "Tak kenal." "Tak apalah, apa yang penting orang itu mengajar kamu supaya menjadi manusia yang baik," Wak Juno bersuara lembut. Din Tarzan tunduk merenung tanah. "Orang yang Wak bawa ke hospital dulu, sudah mati." Din Tarzan membuka rahsia. Saya dan Wak Juno terkejut besar. "Mana kamu tahu?" Soal saya. "Orang tua itu beritahu saya, katanya dia membawa Amjal Kamal ke masjid untuk sembahyang. Amjal tak mahu malah dia lari ke arah Bukit Larut, masuk dalam hutan di situ terus berlari-lari di celah-celah batu, akhirnya jatuh ke dalam gaung." lanjut Din Tarzan. Saya menarik nafas panjang. Din Tarzan minta maaf untuk kali yang kedua pada Wak Juno. Dia tetap melahirkan hasratnya untuk mencari orang-orang yang pernah dianiayanya untuk memohon maaf. Din Tarzan bersedia menerima sebarang risiko. Rela dituduh atau dimaki hamun. Saya membatalkan niat saya untuk menemui Najib. Wak Juno saya tinggalkan dan terus kembali ke rumah. Fikiran saya masih berlegar-legar tentang apa yang diceritakan oleh Wak Juno dan Din Tarzan. Saya masih tertanya-tanya apakah orang tua yang ditemui oleh Wak Juno dan Din Tarzan adalah orang tua yang sama. Mungkin orang tua yang mereka temui itu juga orang tua yang saya jumpai. Semuanya berlegar-legar dalam kepala saya. MENUNG Saya terus termenung di pangkal pokok manggis. Jaraknya dari rumah kira-kira tiga rantai sahaja. Tempurung kepala masih digayuti persoalan tentang orang tua yang dikisahkan oleh Wak Juno sebentar tadi. Timbul pertanyaan dalam diri, kenapa kejadian yang tidak masuk di akal, harus terjadi pada saya? Dalam usaha mencari jawapan pertanyaan tersebut, tanpa diduga Agam muncul di depan saya. Dari arah mana dia muncul, sukar untuk dipastikan. Agam hulurkan tangan. Segara saya sambut. "Aku sekadar nak menumpang lalu saya di sini Tamar. Aku gembira kau sihat." "Abang ini dari mana?" Aku segera memanggilnya abang, tanda hormat pada orang yang lebih tua, "singgah dulu, jumpa datuk dan nenek saya." "Tak payahlah, sampaikan salam aku pada datuk kau, sebut nama aku dia mesti tahu." "Betul tak mahu naik?" Agam melepaskan telapak tangan saya yang digenggamnya. "Betul Tamar, aku tak menentang niat." "Niat aku Cuma nak menumpang lalu, bila aku selesai melihat saudaraku yang sakit di hujung kampung," jelas Agam sambil jari telunjuknya menunding ke arah hutan kecil di pinggir kampung yang tak pernah dikunjungi oleh sesiapa pun. Orang-orang kampung mendakwa kawasan hutan kecil itu dijagai oleh orang Bunian. Sesiapa yang masuk ke situ pasti sesat sampai berminggu-minggu dan pulang dalam keadaan bodoh. "Sekejap pun tak boleh?", desak saya. "Saya tak boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah terniat dalam hati." "Begitu." "Memang begitu aturan hidup saya," Agam hulurkan tangan untuk bersalam. Tiba-tiba darah tersirap, dua tiga kali saya gerakkan kelopak mata. Macam mana tidak terkejut, telapak tangan Agam yang digenggam erat ghaib secara tiba-tiba. Sekujur tubuhnya turut sama hilang. Dahi segera saya tepuk dua tiga kali sambil menarik nafas dalam-dalam. Gegendang telinga menangkap bunyi telapak kaki orang melangkah di sebelah kanan. Saya toleh ke kanan, apa yang saya lihat ialah

18 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

dedaun pokok yang bergerak seperti baru dirempuh atau disentuh sesuatu. Ah, tak mengapalah, kenapa perkara sekecil ini harus difikirkan setengah mati, fikir saya. Saya terus duduk di pangkal manggis kembali. Seronok juga melihat beberapa ekor burung murai melompat direranting. Sesekali dedaun manggis bergoyang-goyang akibat dilompati tupai jantan yang mengejar tupai betina. Bayu yang bertiup membuat kelopak mata terasa berat. Rasa mengantuk mula datang. Dua tiga kali saya tersenguk-senguk dan hampir terlelap. Antara sedar dengan tidak, saya bagaikan terpandang-pandang batang tubuh orang tua yang diperkatakan oleh Wak Juno. Rasanya, orang tua itu bagaikan berdiri di depan saya. Anehnya, bila saya buka kelopak mata lebar-lebar, bebayang orang tua itu hilang. Perkara itu berlaku berulangkali, akhirnya saya merasa terkhayal. Perasaan saya seperti mengembara ke satu tempat yang amat jauh, merempuh padang, merempuh paya dan hutan belukar. Dalam khayalan yang tidak bertepi itu, saya berhenti di tebing sungai yang airnya mengalir jernih. "Kau pernah tengok aku?" Saya segera dongakkan kepala menatap orang tua yang berdiri di depan. Dia senyum sambil menggaru-garu pelipis sebelas kanannya. "Pernah." jawab saya. "Dalam bas. Kemudian kau terkejut melihat aku turun di kawasan hutan tebal." lanjut orang tua itu. "Ya." Saya anggukkan kepala. "Kemudian kau terus-menerus memikirkan tentang diri aku, bukan begitu hai orang muda?" tanyanya dengan wajah selamba sambil tersenyum. "Betul." "Sekarang sudah berdepan dengan aku. Apa kau masih memikirkan tentang diri aku lagi.?" Saya terdiam. Susah untuk memberikan sebuah jawapan. Sesungguhnya, orang tua itu tidak jauh bezanya dengan orang-orang tua yang terdapat di kampung saya. Cuma yang peliknya, orang tua di depan saya ini boleh muncul dan hilang dengan tiba-tiba. "Orang-orang yang bijak tidak mempersoalkan kebesaran Allah tetapi mereka mengkaguminya, kerana apa yang dikehendaki oleh Allah itulah yang berlaku. Mana yang tidak dikehendaki oleh Allah pasti tidak akan berlaku," orang tua itu memberi ceramah pendek, secara tidak langsung mematahkan hasrah saya untuk menyoal dirinya. "Kau kenal Agam?", tanyanya. "Ya," cepat-cepat saya anggukkan kepala. "Dunia aku, kampung halaman aku, asal-usulku serupa dengan Agam, sesungguhnya makhluk kamu dan makhluk aku dijadikan oleh Allah untuk menyembah-Nya," lanjut orang tua itu lagi. Saya tetap setuu dengan kata-katanya itu. Saya bersedia mendengarnya kalau dia mahu melanjutkan percakapan. MUKA Perlahan-lahan orang tua itu memalingkan mukanya ke kanan. Dia melihat air yang mengalir dan dedaun yang bergerak disentuh angin. Dia merenung ke arah saya kembali. "Terlalu banyak yang Allah berikan pada makhluk tetapi terlalu sedikit pula yang makhluk berikan kepada Allah, kau tidak pernah mengucapkan syukur atau berterima kasih pada Allah yang menjadikan angin dan air sungai ," lanjutnya. Saya menggigit bibir. Saya akui apa yang dikatakannya itu. "Barangkali, kau tidak berapa senang dengan apa yang aku katakan. Tak apalah, cukup setakat ini saja. Kau pun sudah tahu siapa aku yang sebenarnya. Jangan peningkan kepala kamu memikirkan tentang diri aku," orang tua itu terus menepuk bahu saya tiga kali berturut-turut. Dia ketawa kecil sambil jari kelengkengnya menggaru hujung pelipis sebelah kiri. "Apa lagi yang mahu kau tanya padaku?" soalnya, saya terus menelan air liur, sambil terus berfikir tentang pertanyaan yang akan saya ajukan padanya. "Kata Din Tarzan, Amjal Kamal dah mati, betulkah cakapnya itu." Saya kira itu pertanyaan yang paling baik untuknya. Orang tua itu termenung sejenak. "Ya, dia sudah mati," katanya dengan nada suara yang merendah. Matanya merenung sayu ke arah pepohon dan air sungai yang mengalir, "Dia mati kerana menyangkakan ilmu dunia yang dituntut itu dapat melawan kekuasaan Allah," tambahnya dengan tenang. "Dia melawan awak?" "Berbudi bahasa sedikit, hormatilah orang tua kerana kamu juga akan tua, bila kamu tak mahu menghormati orang tua, jangan marah bila kamu sudah tua nanti orang muda tidak mahu menghormati kamu." "Maafkan saya." "Aku lebih tua dari datuk kamu." "Maafkan saya tuk aku," saya segera menundukkan kepala setelah menyedari kesilapan yang telah saya lakukan. Saya jadi malu pada diri sendiri. "Dia lari bila aku ajak ke masjid, paling menyakitkan hati bila mengejek-ejek dan mengetawakan aku, bila aku ajak dia sembahyang," wajah orang tua itu dibalut rasa kesal yang amat sangat. "Ke mana dia lari?" "Lari ke arah Bukit Larut, dia tak peduli dengan orang mengejarnya. Sesiapa yang cuba menangkap, semuanya kena tendang."

19 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Apa yang dibuatnya ke situ?" "Dia panjat batu besar lalu berdiri di situ, sepasang tangannya diluruskan ke arah matahari, macam orang menyembah sesuatu. Entah macam mana badannya terlayah jatuh dalam gaung." "Kesian," saya gelengkan kepala. Orang tua itu meraba pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya tetap merenung awan yang berarak lemah di dada langit. Dalam diam-diam saya gambarkan wajah Amjal Kamal dalam kepala. Orang tua itu terus meraba-raba kulit pipi sebelah kanannya. "Dari tempat tinggi aku lihat tubuhnya terkapar di bumi, tidak bergerak-gerak. Aku segera mendekatinya tetapi...." orang tua itu mengerutkan dahinya. "Apa yang jadi padanya?" Tergesa-gesa saya menyoal. "Tubuhnya hilang, apa yang aku lihat ialah kesan darah. Aku yakin dia akan menuntut bela terutama pada orang yang pernah melihat dia berlawan dengan Agam." "Ha," kata saya dengan cemas, "Betul dia mahu menuntut bela?" "Barangkali begitulah, mengikut andaian aku. Dia akan menuntut bela dalam bentuk lain, kamu harus hati-hati," lanjut orang tua itu. Saya tergamam. Macam-macam perkara buruk datang bertandang dalam tempurung kepala saya. "Jangan susah hati," bahu kanan saya ditepuknya dua kali berturut-turut, "aku nak balik dulu," sambung orang tua itu. Kali ini suaranya terdengar sayup-sayup. Bahu kanan saya yang ditepuknya terasa amat sakit. Orang tua yang tadi nampak cukup jelas terus bertukar menjadi samar-samar dan berbalam. Akhirnya terus hilang. "Asthaghafilrullah," kata saya sambil menepuk dahi. Cepat-cepat saya menoleh ke kiri dan ke kanan. Saya yakin, bahawa saya tidak lagi berada dalam dunia khayalan. Saya dongakkan kepala, merenung reranting dan dedaun manggis. Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya puas hati. Apa yang selama ini menjadi tanda-tanda sudah pun terjawab. Apa yang saya ketahui dan saya alai harus diberitahu pada Najib. Kemudian meminta dia merahsiakannya daripada orang ramai. Pada datuk dan nenek juga perkara ini mesti dirahsiakan, saya membuat keputusan tersendiri. BANGUN Sebelum beredar dari bawah pohon manggis, saya terpaksa menggeliat dua tiga kali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di sendi pinggang dan di pelipat kaki. Saya memutuskan untuk pulang ke rumah, kalau saya rajin boleh ikut nenek ke ladang. "Eh Tamar, bagaikan nak mampus aku mencari kamu, rupanya kamu bersenang-senang di sini," teriak Najb dalam jarak tiga rantai dari saya. Mata saya, tertumpu ke arah seorang anak muda yang memakai baju putih dan berseluar hitam, berdiri di samping Najib. Setelah puas mengamat-amatinya, saya yakin anak muda itu tidak saya kenali. Dia orang baru, mungkin keluarga Najib atau kenalan rapatnya, fikir saya dalam hati. Najib dan anak muda itu terus melangkah mendekati saya. Dan saya menanti dengan penuh sabar. Dari jauh anak muda yang mengekorinya memberikan senyumah keramahan dan persahabatan untuk saya. "Ramli Ahmad dari Kota Sarung Semut, Kedah," Najib memperkenalkannya pada saya. Segera saya hulurkan tangan. Buat beberapa saat tangan kami bergoncang. "Saya Tamar, saya gembira berkenalan dengan awak, saya harap awak gembira di sini." kata saya berbudi bahasa. "Ya, saya juga megah dan gembira kerana berjumpa dengan awak. Najib dah banyak ceritakan tentang diri awak pada saya," kata-kata Ramli itu amat mengejutkan saya. Wajah Najib segerea saya renungi. Dia senyum lalu menganggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diungkapkan oleh Ramli. Hati saya berdebar, mungkin Najib sudah menceritakan sesuatu yang tidak wajar diceritakan pada Ramli. Saya memisahkan diri dengan Ramli lalu mendekati Najib. "Apa yang kau cakapkan dengannya Jib?" "Tak ada apa-apa, Cuma aku ceritakan tentang keberaniaanmun, Tamar." "Aku tak percaya." "Sumpah, aku tak tipu kamu," jelas Najib tetapi rasa ragu-ragu terus menyelubungi diri saya. "Kau ceritakan apa yang kita alami dalam hutan dulu?" Aku mula membuat tuduhan melulu. "Kau gila, aku tak sebodoh itu. Aku bukannya budak-budak tau!" Herdik Najib. Mukanya mula merah padam. Bila sudah sampai tahap tersebut, saya tidak berani melemparkan sebarang tuduhan lagi pada diri Najib. Kalau diteruskan, boleh menimbulkan kemarahannya. Saya terus membisu dan membuat kesimpulan Najib memang bercakap benar dengan saya. Ramli terus mendekati kami. "Ke mana lagi kita nak pergi?" Ramli mengajukan pertanyaan pada Najib. Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya harus mengambil kesempatan ini untuk menenangkan perasaan Najib. "Bagaimana kalau kita melihat jerat pelanduk," kata saya. "Boleh juga," sahut Ramli lalu merenung muka Najib sepupunya. Najib tersenyum lalu merenung ke arah saya. Dia gelengkan kepala. "Kenapa Najib?" Saya menyoal. "Tak ada apa-apa tetapi aku keberatan untuk pergi ke dalam hutan lagi, susah aku nak cakapkan pada kamu, Tamar. Tapi aku harap kamu faham kenapa aku tak mahu pergi," satu penjelasan dari Najib yang jawapannya sudah ada dalam tempurung kepala saya. Dan saya tidak pula mendesak. Perkara itu mati di situ sahaja.

20 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Demi kebaikan dalam persahabatan, saya penuhi permintaan Najb yang mengajak saya minum kopi di warung Pak Mah Noh. Sesungguhnya, minum di warung sama ada minum kopi atau minum minuman dalam botol, bukanlah kegemaran saya. Pesan datuk, sebaik-baiknya saya mengelakkan diri dari minum di warung, kecuali kalau sudah terdesak. Di warung Pak Mat Noh, Najib minum kopi, Ramli minum teh dan saya minum air sejuk yang sudak dimasak. Najib memberitahu, sepupunya masih menuntut di salah sebuah sekolah Inggeris di negerinya. Musim cuti dia suka menghabiskan masanya dengan mengembara dalam hutan serta memanjat gunung lalu berkhemah di situ bersama kawan-kawan yang sehaluan dengannya. "Cuti kali ni, orang tua saya tak benarkan saya pergi masuk hutan atau daki gunung." Ramli membuka rahsia dirinya. "Jadi kerana itu kau datang ke mari," celah saya. "Ya, memang tepat," jawabnya ringkas lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Kemesraan dalam keramahan segera terjalin dengan eratnya antara saya dengan Ramli. Banyak pengalaman menarik yang dialaminya ketika mendaki gunung diceritakan pada saya. Lepas minum di warung Pak Mat Noh, saya dan Najib membawa Ramli ke gelanggang orang belajar silat. Kemudian membawa dia ke rumah Pak Din yang handal membuat wau dan gasing. Akhirnya, kami berkubang di sungai. Bila sudah kecut kulit badan baru berhenti mandi. Kata Ramli, pengalaman yang diperolehinya bersama saya dan Najib amat menyeronokkan. Saya terpisah dengan Najib dan Ramli. Kami berjanji untuk bertemu pada petang besoknya dengan beberapa rancangan yang menarik. PULANG Seminggu Ramli di kampung, saya rasa cukup seronok dan bahagia sekali. Ramli yang tidak dapat memisahkan dirinya dari bercakap dalam loghat Kedah itu, ternyata manusia yang kaya denga humour. Kadang-kadang dia membuat saya ketawa hingga tidak kering gusi. Tidak hairanlah, ketika dia mahu berangkat ke Kota Sarang Semut, saya dan Najib seperti keberatan mahu melepaskannya. "Sebenarnya, aku nak balik minggu depan tapi, orang tua aku dah datang ambil, aku tak boleh buat apa-apa," katanya pada saya dari tingkap kereta Austin Eight, berwarna hitam milik ayahnya. "Cuti yang akan datang, dia tak boleh ke mana-mana. Dia mesti menumpukan masa pada pelajaran," tanpa diduga ayah Ramli yang jadi guru sekolah Melayu di tempatnya memberikan keputusan muktamad. Saya dan Najib berpandangan. Kereta Austin Eight yang membawa Ramli pun bergerak meninggalkan kami. Beberapa tahun kemudian, saya mendapat tahu Ramli telah melanjutkan pelajarannya ke Jerman Barat, kemudian bekerja di Singapura, di Kedah iaitu di Sungai Petani. Akhir sekali dia berkhidmat dengan MARA di Kuala Lumpur. Beberapa jam selepas Ramli pulang, saya meninggalkan rumah Najib tetapi hasrat kami untuk pergi ke Alor Setar tetap tidak pudar. Bila sampai ketika dan saat yang baik semuanya akan dilaksanakan. Kerana hari sudah hampir gelap, saya mengambil jalan dekat untuk pulang ke rumah. Bila saya memilih jalan dekat, ertinya saya terpaksa melalui kawasan getah yang amat luas dan sunyi. Cuma ada sebuah sahaja rumah dalam ladang getah tersebut. Rumah itu sudah lama tidak didiami tetapi, masih ditunggui oleh beberapa ekor anjing. Pemilik rumah sebuah di tengah ladang itu seorang lelaki India yang berusia sekitar empat puluhan. Dia ditugaskan oleh pemilik ladang tersebut mengawasi pokok getahnya dari ditoreh secara curi pada sebelah petang oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kira-kira tiga bulan yang lalu, lelaki India itu telah mengamuk, memburu dua orang anak lelakinya yang berusia sekitar 16-17 tahun dari pangkal ladang hingga ke hujung ladang dengan pisau sabit. Dia jadi demikian, kerana kecewa dengan sikap isterinya yang lari dari rumah mengikut lelaki lain. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 07) Siri 102: Rahsia Sebuah Rumah Tinggal Feb 16, '10 10:42 PM
by alexander for group komunitisbdj Sejak kejadian itu, kedua-dua anaknya tidak pulang ke rumah. Lelaki India itu merasa amat kecewa dengan nasib malang yang menimpa dirinya. Akhirnya, lelaki India itu mengambil keputusan gantung diri dalam rumah hingga mati. Mulai dari tarikh itu, rumah yang sebuah itu terus kosong. Hanya anjing peliharaannya sahaja yang masih setia menunggu rumah. Biasanya, kalau saya yang lalu di situ anjing peliharaan tidak menyalak atau mengejar saya. Mungkin anjing itu sudah biasa dengan bau badan saya. Berdebar juga ketika melintas rumah kosong, maklumlah hari sudah samar-samar. matahari sudah berada di kaki langit. Pepohon getah yang rapat dan berdaun lebat membuat cuaca di jalan tanah merah yang saya lalui bertambah suram. Kalau saya ikut jalan raya (jalan jauh) saya tidak menghadapi masalah sesulit ini. Angin yang bertiup terus menggerakkan dedaun dan reranting getah. Dedaun getah yang tua gugur ke bumi. Beberapa kali langkah saya terhenti, diganggu oleh monyet liar yang melompat di dahan getah. Saya kian mendekati rumah usang dan cara mendadak darah saya tersirap. Suara salakan anjing bertalu-talu membuat tubuh saya gementar. Buah getah dan reranting getah berguguran, macam ada kuasa yang mengugurkan. Monyet-monyet liar berlompatan dari dahan ke dahan macam dikejar sesuatu. Dedaun getah yang bergerak macam disentuh ribut mengeluarkan bunyi yang amat menggerunkan. Dari celah-celah daun yang lebat itu, saya melihat ke dada langit. Awan nampak bersih, cahaya matahari sudah tidak kelihatan lagi. Saya cuba berlari tetapi, tidak terdaya saya lakukan. Sepasang lutut saya terasa cukup lemah.

21 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Saya cuba bertenang dan cuba menguasai perasaan gementar supaya tidak bertambah kuat. Usaha saya itu berhasil, saya berjaya mengawal perasaan cemas dan takut. Akal fikiran saya mula terbuka, bersedia untuk bertindak untuk menghadapi sesuatu. Memang betul, cakap datuk yang pernah menasihatkan saya supaya bersikap tenang, gunakan fikiran, jangan panik bila berdepan dengan suasana yang mencemaskan. SALAKAN Suara salakan anjing terus menguasai kawasan ladang. Saya sudah bersedia untuk melawan anjing-anjing tersebut, sekiranya saya diserang. Saya segera mengambil sepotong dahan getah yang panjangnya kira-kira tiga kaki. Kayu itu tetap saya jadikan senjata untuk mempertahankan batang tubuh saya dari digigit oleh gigi anjing yang tajam itu. Lama saya menunggu, anjing-anjing yang dijangka menyerang saya itu tidak datang. "Kenapa? Mesti ada sesuatu," bentak batin saya. Seluruh pandangan saya tujukan ke arah pondok usang. Saya lihat dua ekor anjing menyalak ke arah tumah usang. Dua tiga ekor lagi megelilingi rumah tersebut. Biasanya, bila anjing menyalak mesti ada sesuatu. Anjing tidak akan menyalak tanpa sebab. Siapakah yang berada di dalam rumah usang waktu senja begini? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Rasa cemas kembali menguasai hati, bila saya terdengar bunyi suara gagak atas bumbung rumah tersebut. Serentak dengan itu saya terihat pintu rumah usang yang tertutup rapat, terbuka perlahan-lahan. Saya juga melihat cahaya lampu minyak tanah. Ada bebayang manusia bergerak dalam rumah. Saya terhidu bau tembakau rokok. Bila saya ama-amati ternyata bau tersebut datang dari arah rumah usang. Dua kali saya terdengar suara orang batuk dan dituruti dengan suara orang bercakap. Saya pasti yang bercakap itu seorang lelaki Melayu dan seorang lagi lelaki India. Mereka bercakap tentang masalah kewangan. Beberapa ekor anjing meluru ke arah saya. Kayu di tangan saya pegang erat-erat dan bersedia untuk dihayunkan ke arah anjing-anjing tersebut. apa yang mengejutkan, bila anjing-anjing itu berada dalam jarak yang dekat dengan saya, terus berhenti menyalak, seolah-olah memperlihatkan sikap persahabatan. Semua anjing-anjing itu menggoyang-goyangkan ekor sambil mengelilingi saya. Salah seekor dari anjing tersebut yang berwarna kuning, berbadan besar dan tegap, berlari berulangkali ke arah rumah usang sambil berbuny. Kemudian datang kearah saya. Tiga kali saya biarkan anjjing itu berbuat demikian, hingga timbul dalam hati saya yang anjing tersebut mahu menyatakan sesuatu tentang apa yang ada di dalam rumah usang. Saya nekad untuk pergi ke rumah usang. Hati saya tiba-tiba sahaja jadi berani, beberapa ekor anjing yang mengelilingi saya terus meluru ke depan, seolah-olah menjadi kepala jalan yang sekaligus melindungi saya. Langkah kian teratur menuju ke pintu rumah. Sebaik sahaja saya berdiri di depan pintu, secara mendadak pintu rumah terbuak perlahan sambil mengeluarkan bunyi yang nyaring akibat engselnya sudah berkarat kerana sudah lama tidak digunakan. Sarang labah-labah dan sawang yang bergantungan di muka pintu bergerak-gerak lembut dan akhirnya pecah akibat diterpa angin. Saya terpaku di muak pintu, tidak tahu, apa yang harus saya lakukan. Cahaya lampu minyak tanah terus menerangi ruang depan rumah. Anjing-anjing yang mengiringi saya segera duduk di tanah sambil merendah-rendahkan muncungnya macam mahu menyondol tanah. Anjing-anjing itu tidak menyalak lagi tetapi, bersuara mendayu-dayu. Beberapa minit kemudian semua anjing-anjing itu melengking dengan suara yang tinggi dan melompat lalu lari ke arah kawasan pinggir ladang getah. Saya yakin, semua anjing-anjing itu dipukul. tekaan saya tidak salah, bila melihat beberapa ekor badan anjing itu berdarah dan berlari terjingkit-jingkit. Siapa yang memukulnya? "Siapa di dalam?" Jerit saya. "Aku, kenapa? Apa yang kau mahu?" "Ha....."saya gagal meneruskan kata-kata kerana terkejut menerima jawapan yang diluar jangkaan saya. Suara orang ketawa memanjang dalam rumah usang jelas kedengaran. Keadaan cuaca terus beransur gelap dan saya berazam untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Saya maju setapak, berdiri tidak jauh dari ambang pintu. Bila saya sudah melangkah setapak ke depan, ertinya saya sanggup menerima sebarang risiko. Saya jenguk ke dalam rumah. Lampu minyak tanah terlekap di dinding. Sesekali terdengar suara orang berbisik. "Ya Allah...", saya separuh menjerit. Ranjan (pemilik rumah usang) berdiri di depan saya. Bagaimana orang yang sudah mati boleh hidup semula? Tanya hati kecil saya. Walaupun demikian tubuh Ranjan yang terpacak di depan terus saya renungi. Saya lihat di batang lehernya terdapat kesan luka akibat dijerut dengan tali belati. Saya tidak mengizinkan sepasang mata saya merenung lehernya lama-lama. Suara raungan anjing-anjing terdengar sayup-sayup di hujung ladang getah. Entah mengapa saya jadi berani secara tiba-tiba sahaja. Bagaikan ada sesuatu kekuatan yang tersendiri datang dalam diri saya. Ranjan terus merenung saya sambil membuka mulutnya perlahan-lahan. Bila mulutnya sudah ternganga lebar. Saya lihat lidah pucatnya bergerak-gerak dalam rongga mulut. Lidah itu kelihatan membesar dan menjulur sedikit demi sedikit hingga sampai ke paras dada. Lidah tersebut kelihatan terbuai-buai ke kiri ke kanan, macam daun pisang dara dirempuh angin. Serentak dengan itu terdengar suara orang bersorak dengan gamat yang datangnya dari arah kiri dan kanan rumah. Suara tanpa manusia itu mendebarkan hati. Bunyi dengung lalt, langau bagaikan mahu memecahkan gegendang telinga. Saya segera menekup telinga dengan sepasang telapak tangan. Ranjan mengangkat kedua belah tangannya lalu menghalakan ke arah batang leher saya. Sampai di sini keberanian tidak dapat saya pertahankan, semuanya hancur berderai. Badan saya berpeluh dan menggigil. Segera saya pusingkan tubuh ke kanan sambil merendahkan badan. Tanpa membuang masa, saya terus melompat dalam jarak dua kaki sebelum berdiri untuk membuka langkah lari seribu langkah. SUARA

22 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Saya terus berlari, suara cengkerik, suara katak dan bunyi burung tukang, bagaikan mempersenda-sendakan langkah saya. Hati terus dibalut rasa cemas dan takut. "Hai, nanti dulu Tamar," Saay segera toleh ke kanan, ke arah suara itu datang. Kali ini langkah saya benar-benar kaku. Amjal Kamal berdiri senang di bawah pohon cempedak. Sepasang matanya yang hampir tersembul merenung ke arah saya. Kulit dahinya terkoyak hingga menampakkan kedua belah tulang keningnya. Darah merah segar mengalir di kedua belah pipinya. Daging pipi sebelah kirinya terkeluar, bergantuingan macam daging lembu yang digantung di pasar untuk dijual. Tulang dagunya terkopak macam dihentak atau terhempas pada benda yang keras. telinga kirnya terkoyak dan bibir bawahnya pecah. Hidungnya tiada dan kulit di batang lehernya terkopak, urat dan tulang leher jelas kelihatan, buah halkumnya bergerak lemah bercampur dengan darah. Baju yang dipakainya semuanya koyak rabak, begitu juga dengan seluarnya. Saya tidak tahu apa yang wajar saya lakukan? Apakah saya perlu memberikan pertolongan padanya? Jangan cari penyakit, cara yang paling baik dan selamat tinggalkan dia sendirian di situ. Sebelum saya memulakan langkah, lagi sekali wajah Amjal Kamal yang aneh itu saya tatap. Sepasang matanya yang tersembul tetap merenung sayu ke arah saya. Seolah-olah minta pertolongan dan simpati. Renungannya begitu sayu dan bersahaja sekali. Dia menangis, kata saya bila melihat air matanya mengalir atas daging pipinya lalu bersatu dengan dengan darah. Saya jadi simpati. Rasanya, tidak sampai membiarkan dia sendirian. Saya menarik nafas dalam-dalam. Rasa simpati yang datang dalam hati, membunuh rasa takut dan cemas dalam diri saya. Setiap kali melihatkelopak matanya yang tersembul berkelip, rasa mahu menolongnya kian menjadi-jadi dalam hati. "Kenapa kamu jadi macam ini?" Tanya saya. Tidak ada jawapan yang saya terima, cuma renungannya kian redup, kian sayu, minta dikasihani. "Kenapa kamu lari, waktu orang ajak kamu pergi ke masjid?" Soal saya. Macam tadi juga, jawapannya tidak saya perolehi. Matanya tetap merauti seluruh wajah saya. Bila saya terlalu lama merenunginya begitu tanpa berkedip, mebuat hati saya jadi cemas kembali. Saya terpaksa menggunakan senjata terakhir, iaitu membuka langkah untuk pulang ke rumah. Suara lolongan anjing sudah lama berhenti tetapi, sura cengkerik, katak dan burung hantu tetap menyanyi tanpa irama yang tertentu. Sambil berlari, saya terus menoleh ke belakang, saya lihat Amjal Kamal yang sudah berubah bentuk itu tetap berada dekat saya. Dia seolah-olah mengapai-gapaikan tangannya untuk berpaut pada baju saya. Ketika itu juga saya teringat cakap orang tua ganjil bahawa Amjal Kamal yang mati akan kembali dalam bentuk dan cara lain untuk menjahanamkan siapa sahaja yang pernah menghalang cita-citanya. Malangnya, orang tua itu tidak memberitahu saya bagaimana cara-cara untuk menghancurkan penjelmaan kembali Amjal Kamal itu. "Tamar, ke mana kamu nak pergi?" Saya pasti itu suara datuk. Tetapi saya tidak mampu memperlahankan langkah kaki yang sedang berlari. Terasa sekujur tubuh Amjal Kamal dengan wajah yang mengerikan tetap mengekori saya. Datang lagi suara datuk. Saya segera menoleh ke kiri tanpa disangka tubuh terlanggar pohon petai. Bahu kiri, terasa seperti mahu tercabut. Amjal Kamal dengan wajah yang menakutkan terus hilang entah ke mana. GELAP Cuaca bertambah gelap. Dalam keadaan yang terhoyong-hayang itu, sepasang tangan kasar memeluk tubuh dengan kuat. Saya terus meronta-0ronta dan suara datuk terus memukul gegendang telinga saya. Wajahnyatidak dapat saya lihat. Usaha saya berhasil, sepasang tangan yang memaut tubuh dapat saya buka dengan membantingkan tubuh orang itu ke perdu petai. Orang itu mengerang kesakitan, saya tidak dapat mempastikan siapakah yang jadi mangsa saya. Apakah orang itu patah atau pengsan bukanlah urusan saya. Apa yang penting, saya harus berlari ke mana sahaja mengikut kata hati. Saya halakan tubuh ke arah matahari jatuh sambil memulakan langkah. "Uhhhhh...," pekik saya sekuat hati. Sepasang tangan saya gawangkan ke kiri dan ke kanan. Saya tidak dapat berdiri dengan baik. Ada yang menaburkan jala besar ke arah saya. Sepenuh tenaga saya melompat hingga jala yang menyerkup saya pecah berderai. Dalam keadaan kelam kabut itu, saya terasa ada orang menyarungkan guni padi ke kepala saya. Satu tumbukan yang padu dan kuat singgah di rusuk kanan. Saya tidak dapat berdiri lalu jatuh terduduk. Sepasang kaki saya ditarik dan dada saya ditekan. Saya terbaring dan tubuh yang sudah dibalut dengan guni itu terus digolek ke mana-mana. Tubuh saya diangkat dan diusung. Akhirnya, dihumbankan ke dalam sebuah kolam. Saya mual kelemasan dan terus menelan air kolam, tekak terasa payau. Terasa ada orang merentap guni yang membalut tubuh. Telinga saya masih menangkap suara orang bercakap. entah apa yang dicakapkan, saya sendiri tidak tahu. Fikiran saya sekejap berada di satu tempat lain dan sekejap berada di tempat apa yang sedang saya alami sekarang. Tubuh saya diangkat dari perut kolam. Diletakkan di atas tanah. Dalam keadaan yang tercungap-cungap itu, saya masih mampu melihat api jamung dari daun kelapa menerangi sekitar kolam. Sukar untuk mengenali orang-orang yang mengelilingi saya. Pandangan saya agak kabur kerana air kolam masih lagi menguasai kelopak mata. Badan saya menggeletar kesejukan. "Apa dah jadi dengan kamu, Tamar?" Perlahan-lahan saya pusingkan leher ke kiri. Untuk seketika, wajah datuk yang duduk mencangkung itu saya tatap. Entah, mengapa saya tidak berminat mendengar suara dan wajahnya. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke langit.

23 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Saya tatap gumpalan awan dan bintang di langit. Tidak semena-mena, muncul Amjal Kamal di awang-awangan. Bergerak bebas ke sana ke maro sambil melambai-lambaikan tangan ke arah saya. "Hei, nanti dulu Tamar," katanya. Dia berhenti betul-betul di depan mata saya. Aneh, saya tidak berlari atau berjalan tetapi, kenapa dia menyuruh saya menantinya. Dalam keadaan fikiran yang bercelaru itu. Amjal Kamal terus mendekati saya. Dia membalingkan seketul tanah di muka saya. Bila tanah menyentuh kulit muka, terasa panas macam kena api. Buat beberapa detik saya tidak tentu arah. "Kamu sekarang, tunduk dengan aku, kamu faham!" Ujarnya. "Faham," jawab saya. "Kamu ikut perintah aku, tunduk dengan kata-kata ini: Dari hati, dari perasaan, dari semangat rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku suruh," "Saya faham," nada suara saya lembut. Amjal Kamal yang berada di awang-awangan itu ketawa berdekah-dekah. Saya tidak tahu, apakah ketawanya didengar oleh datuk dan rakan-rakannya. "Kamu kenal siapa ini?" Amjal Kamal mengeluarkan sebuah patung dari celah ketiaknya. Patung itu ditayangkan pada saya seketika. Saya gelengkan kepala. Memang sukar untuk mengenali patung tersebut berwajah siapa dari jarak jauh. "Baiklah, sekarang kaulihat dengan teliti," kata Amjal Kamal lalu membesarkan patung itu seperti bentuk manusia biasa. "Kau kenal, siapa orangnya, Tamar?" "Kenal." "Siapa dia, Tamar?" "Datuk saya." "Sebenarnya, dia musuh kamu." "Bukan, dia bukan musuh saya, dia datuk saya," begitu yakin saya mengucapkan kata-kata itu. Amjal Kamal gelengkan kepala beberapa kali. "Cuba kau perhatikan dengan teliti Tamar." Saya pun mematuhi arahan Amjal Kamal. Saya perhatikan dan saya telek patung sebesar manusia itu dengan teliti. Memang bukan datuk, cuma bentuk tubuh dan wajahnya hampir menyamai datuk "Kau puas Tamar?" "Ya. Saya puas hati, buka datuk saya." Saya segera anggukkan kepala. Amjal Kamal tersenyum. Dia suruh saya merenung ke arah dada kiri patung. Apa yang disuruhnya saya patuhi. Bila saya renung ke arah dada kiri patung itu, kelihatan cahaya berkelip-kelip macam cahaya batu delima. Betul-betul berada di bahagian jantung. makin lama direnung, mata jadi silau dan kepala terasa pening. Timbul keinginan dalam diri saya untuk memiliki benda yang memancar seperti batu delima itu. "Tamar, dengar sini. Ini perintah, dari hati, dari perasaan dari semangat rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku suruh, Tamar," terdengar suara Amjal Kamal bergema dari setiap sudut. Wajahnya tidak dapat saya lihat. Suara Amjal Kamal makin lama, makin kuat dan nyaring. Saya kira, kalau tidak dijawab, suara itu tidak akan berhenti lalu saya membuat keputusan: "Ya, aku patuh pada perintah kamu." "Bagus, kau pengikut yang setia." "Apa perintah untuk aku?" "Kamu mesti menikam ke atah dada orang yang bercahaya itu." "Mahu ditikam dengan apa?" "Dengan pisau." "Dengan pisau? Perintah bodoh. Mana ada pisau pada aku?" "Ada, kau raba bawah ketiak kamu." RABA Perintah itu saya turuti. Memang benar, sebilah pisau pendek saya temui di bawah ketiak sebelah kanan. Hulu pisau saya pegang erat-erat. Suara ghaib terus bergema memerintah saya menikam ke arah benda bercahaya. Saya tidak ada pilihan lain. Dengan sepenuh tenaga, saya balingkan pisau ke arah benda yang berkelip itu. Tepat pada sasarannya. Terdengar jeritan dan benda yang berkilat itu hancur berkecai, badan patung berkecai dan berterbangan. Melihat kejadian yang tidak pernah diduga, saya terkejut. Seluruh badan saya menggeletar. Badan saya terasa kecil dan mula terpisah dari keadaan yang saya alami. Telinga saya mula terdengar suara orang bercakap. Antara sedar dengan tidak, saya cuba menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Tidak mahu memandang ke langit lagi. "Curahkan air ke mukanya, dia masih khayal." saya mendengar suara datuk. Belum pun sempat saya mengeluh atau bersuara. Satu baldi air tercurah ke muka. Saya seperti terpinga-pinga melihat jamung yang

24 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

marak menyala. Saya ditempatkan atas pengusung yang dibuat dari buluh. Kedua belah tangan dan kaki saya diikat dengan rotan. Saya lihat Mat Daud dan Azizi Jabar masih berdiri di tepi kolam ikan milik Haji Sulung. Kedua-duanya membimbit baldi kosong. Salah satu dari baldi itu digunakan untuk mencurahkan air dari kolam ikan ke muka saya. "Macam mana saya boleh berada disini?" Tanya saya pada Uda Lamat yang berdiri dekat pengusung. Orang tua itu tersenyum. Saya cuba menggerakkan jejari tangan dan kaki yang terasa kaku dan kebas. "Kamu lari satu ladang ni sambil bertempik macam gajah hilang anak." ujar Uda Lamat, disambut dengan ketawa oleh beberapa orang yang berada di situ. "Nak tangkap kamu terpaksa di jala." celah Mat Daud yang tiba-tiba diri dekat Uda Lamat. "Kemudian dihumban ke dalam kolam ikan, lepas itu diikat pada pengusung, kalau tak dibuat macam ni, entah kaki gunung mana kamu pergi." tambah Uda Lamat lagi. Dalam keadaan terkapar atas pengusung, saya terus mengingati punca kejadian itu berlaku. Semuanya jelas terbayang tetapi saya tidak menduga sama sekali yang saya mengalami keadaan seperti ini. Menggemparkan orang kampung hingga mereka terpaksa menggunakan kemampuan apa yang ada pada mereka untuk menangkap saya. "Huh...," saya mengeluh dan tubuh mulai terasa sejuk. "Kenapa Tamar?" Uda Lamat mendekati saya. "Sejuk, saya sejuk," kata saya pendek. "Pukul berapa sekarang?" "Entah, aku tak ada jam," Uda Lamat terus memandang ke arah Mat Daud yang menyeluk saku. Mat Daud mengeluarkan jam sakunya. Jam saku yang bulat dan berantai itu dibawanya ke bawah api jamung yang marak. "Lagi sepuluh minit pukul sepuluh," jerit Mat Daud ke arah saya dengan kuat. Lagi sekali saya mengeluh, sesungguhnya saya sudah membuat masa yang begitu lama dalam ladang getah," tidak mendatangkan apa-apa hasil yang menguntungkan. Andainya saya ikut jalan raya, tentu peristiwa semacam ini tidak terjadi? DIRI Secara spontan timbuk pertanyaan dalam diri saya. Apakah semua yang saya alami ini bernar-benar terjadi atau hanya khayalan dari perasaan saya sahaja? Lagi sekali saya menarik nafas atas pengusung. "Bawa saja ke rumah, sampai di rumah boleh dikisahkan mana yang patut." beritahu datuk pada Mat Daud. Selesai sahaja datuk bercakap, pengusung pun diikat. Dan malam itu saya bagaikan putera raja diarak dalam kebun getah dengan diterangi cahaya dari jamung. Sampai di rumah saya disambut oleh nenek dengan tangisan. Atas kemahuan datuk, saya diletakkan di anjung rumah. Jiran tetangga dari kaum perempuan dilarang menghampiri saya. Hati nenek bertambah hiba bila datuk mengeluarkan perintah demikian. Lebih dari sepuluh minit saya dibiarkan terkapar atas pengusung di anjung. Kemudian datuk meletakkan telapak tangan kirinya atas dahi saya. Dari dahi telapak tanagn kiri itu digerakkan ke bawah menyentuh dada, perut dan akhirnya berhenti di hujung ibu jari sebelah kanan. Rotan yang mengikat sepasang kaki dan tangan pun dibuka. Saya disuruh duduk dan dipaksa meneguk air dingin dari labu tanah. "Sekaranf kamu jangan memikirkan apa yang sudah kamu rasakan." ujar datuk dengan tenang. Saya terdiam, sukar untuk saya melupakan sesuatu keanehan yang saya alami. Walaupun, permintaan datuk tetap saya patuhi meskipun perkara itu sukar untuk saya lakukan. "Kamu faham dengan apa yang aku cakapkan tadi, Tamar?" datuk renung seluruh wajah saya. "Faham." "Sekarang pergi mandi," datuk keluarkan perintah. Matanya tertuju ke wajah nenek. Dan nenek bagaikan mengerti dengan renungan datuk itu. Tanpa membuang masa nenek segera mendekati saya. Pergelangan kaki dan tangan saya disapunya dengan sejenis minyak. Tujuan nenek berbuat demikian supaya bekas ikatan rotan di tempat tersebut tidak bengkak atau luka. Nenek memapah saya ke bilik mandi. Nenek tidak membenarkan saya memegang gayung dan menjirus air ke tubuh sendiri. Saya disuruh meniarap atas simen dengan dagu berlapikkan tempurung jantan. Tiga kali nenek jiruskan air atas pusat. Setiap kali air menyentuh pusat, sejuknya bukan kepalang, terasa meresap hingga ke tulang belakang. Saya tidak berani membantah, mungkin apa yang nenek lakukan itu, sudah diberitahu oleh nenek terlebih dahulu kepadanya. Upacara mandi malam itu diakhiri dengan mandi air daun pandan yang sudah direbus. Dijirus mulai bahu sebelah kanan, membawa ke kiri. Air itu tidak boleh menjamah kulit telapak kaki. Setelah itu tubuh saya dibalut dengan kain pelikat. Saya dibawa ke anjung kembali. Kawan-kawan datuk yang membantunya menangkap saya di ladang getah, sudah pulang kecuali Uda Lamat. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(JILID 7) SIRI 103: Jamung Tengah Malam Feb 17, '10 2:53 AM
by Tamar for group komunitisbdj Kredit kepada ahli komunitisbdj pgsmart yang menaip semula siri ini. Entah mengapa, Uda Lamat yang pendiam dengan usianya yang muda beberapa tahuin dari datuk, masih mahu bercakap dengan datuk.

25 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Paling membosankan perkara yang dikaitkan ialah tentang diri saya. Datuk ternyata terpengaruhh dengan pendapat Uda Lamat. "Bukan lari sebarang lari, perkara macam ni pernah saya alami masa saya muda-muda dulu," Uda Lamat memperkemaskan silanya. Paha kanan diletakkan diatas peha kiri. Jejari kakinya bergerak- gerak. "Di mana?" "Di kampung saya, anak buah saya sendiri yang mengalaminya. Menurut bomoh masa itu, anak buah saya diresapi roh jahat. Fasal tu dia buat perkara tak senonoh," lanjut Uda Lamat. "Kesudahannya macam mana?" Tanya Datuk lagi. "Mati." Datuk terkejut, biji matanya terbeliak. "Dia masuk ke hutan cari harimau, bawa parang mahu tetak tengkuk harimau, kesudahannya leher anak buah saya itu dipatahkan oleh harimau, saya berharap perkara macam itu tidak akan jadi pada cucu awak." "Saya juga harap perkara buruk tak akan terjadi," datuk garu pangkal dagu. Mereka berhenti bercakap. Tiba-tiba rasa cemas dan takut menguasai diri saya. Ada bermacam-macam suara datang ke lubang telinga saya. "Apa yang saya suruh awak buat tadi, semuanya itu, petua yang dibuat oleh orang tua lelaki saya pada anak buah saya yang mengalami perkara yang saya sebutkan tadi," cukup teratur Uda Lamat mengungkapkan kata-kata. Dan saya mula faham, apa yang dilakukan oleh nenek pada saya di bilik mandi tadi, adalah petua dari Uda Lamat. "Ya, petua ni kadang-kadang menjadi kadang-kadang tidak," datuk menyanggah. Saya lihat Uda Lamat anggukkan kepala. "Memang betul cakap awak. Satu perkara yang pasti, setiap kerja mesti kita mulakan dengan Bismillah. Kerja petua juga dimulakan dengan Bismillah sambil hati mengharapkan Allah yang maha besar menghilangkan penyakit." "Betul, betul," datuk angguk kepala. Uda Lamat hirup kopi yang disediakan oleh nenek. Malam kian larut, suasana terasa sunyi. Sesekali terdengar bunyi suara burung jampuk dan jeritan tikus liar di bawah rumah. Kesunyian malam yang kian tua itu membekalkan rasa dingin yang keterlaluan. Tetapi, saya masih mahu bertahan untuk berada di anjung dalam keadaan berbaring. Hati kecil saya bagaikan dipaksa-paksa untuk mengikuti perbualan selanjutnya antara Uda Lamat dan datuk. Saya rasakan kemesraan yang diperlihatkan oleh Uda Lamat itu, adalah sesuatu yang baru. Lelaki tua berkulit hitam, berbadan tegap, berambut putih yang mengelilingi botak di tengah kepalanya itu, tidak pernah merelakan dirinya menghabiskan masa malamnya di rumah orang. Biasanya, dia merasa bahagia menghabiskan waktu malamnya dengan salah seorang isteri mudanya. Semua orang tahu Uda Lamat ada empat isteri. Isteri pertamanya sudah berusi lebih dari lima puluh tahun. Tetapi, tiga orang lagi isterinya, berusia sekitar tiga puluhan hingga empat puluhan. Ketiga-tiganya memiliki wajah yang menarik. Kekayaannya memiliki berekar-ekar tanah sawah dan kebun getah memberi peluang padanya mempunyai isteri muda. Satu keistimewaan Uda Lamat, tiga orang isteri mudanya cacat anggota, ada yang berjalan tempang, tangan kudung dan bisu. Satu hal yang pasti mereka memiliki raut wajah yang ayu. Kata orang, Uda Lamat kahwin bukan kerana nafsu tetapi lebih banyak didorong oleh rasa simpati mahu menolong sesama insan yang cacat. Inilah yang membuatkan orang kampung mengkagumi dan menghormati Uda Lamat. Dan Uda Lamat pula tidak pernah merasakan dirinya besar kerana penghormatan itu. Malah, dia sendiri merasakan penghormatan itu tidak pernah wujud pada dirinya. Jam di dinding rumah berbunyi dua belas kali. Satu teko kopi tanpa susu yang disediakan oleh neneh sudah habis diminum, sedangkan saya sudah dua kali terlelap. Bualan datuk dengan Uda Lamat kian mengendur. Tidak serancak tadi. Uda Lamat sudah beberapa kali menguap panjang. "Dah pukul dua belas malam," Uda Lamat menggosok belakang tangan kanannya. Datuk mendirikan lutut kanannya. Dia senyum ke arah Uda Lamat. "Ngape, dah mengantuk ke?" "Tidak, tapi sejuk," "Kalau begitu kena baliklah, kena cari kawan yang boleh menghilangkan sejuk," datuk berjenaka lalu disambut oleh Uda Lamat dengan ketawa panjang. Matanya berair. Dua tiga kali telapak tangan kanannya memukul lantai anjung. Usikan datuk itu amat mencuit hatinya. "Kalau begitu nasihat awak, biarlah saya balik," kata Uda Lamat setelah ketawanya berakhir. Saya yang baring segera angkat kepala. Saya kira Uda Lamat pasti angkat punggung sebaik sahaja kata-katanya berakhir. Sangkaan saya meleset. Uda Lamat kian memperkemaskan silanya. "Tunggulah sampai subuh, lepas tu bolehlah balik, kalau ada perkara yang tak baik jadi pada cucu saya, bolehlah awak beri petua," datuk menjentik kepala lutut Uda Lamat. "Saya rasa cucu awak tak apa-apa." "Tapi saya mahu awak menemani saya." "Tak apa, dia dah pulih, saya yakin perasaannya sudah aman dan tenteram, cucu awak dah pulih. Biarlah saya balik dulu," Uda Lamat segera bangun. Datuk garu hujung dagunya beberapa kali. Datuk turut bangun dan berdiri di sisi Uda Lamat. "Saya tak berapa seronok, bila awak balik cepat. Rasanya, saya perlukan pertolongan awak, banyak perkara yang boleh awak tolong saya," datuk luahkan perasaannya. Tangan kanannya diletakkan atas bahu kiri Uda Lamat. Buat beberapa saat Uda Lamat genggam tangan datuk erat-erat. Perlahan-lahan tangan datuk yang tersadai atas bahu dijatuhkannya. "Tak apa, dengan izin Allah. Cucu awak tak apa-apa. Awak bacalah Quran sampai subuh," Uda Lamat tepuk bahu datuk berkali-kali. Senyum datuk terukir di bibir. Saya tahu, senyum itu sekadar untuk melindungi keresahan dalam dirinya. Dia tidak berhasil menahan

26 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Uda Lamat bertahan di rumah hingga menjelang subuh. "Biar saya pergi dulu." Uda Lamat menghulurkan tangan. Datuk sambut dengan perasaan yang berbelah bagi. Datuk mengiringi langkah Uda Lamat hingga ke muka pintu. Jamung di kaki tangga pun dinyalakan. Angin malam yang bertiup terus merempuh di jamung yang mula marak. Kokok ayam terdengar sayup-sayup. "Saya balik dulu." "Ya, selamat jalan. Terima kasih kerana awak sanggup bersusah payah menolong saya," suara datuk merendah. "Itu hanya adat, hidup sekampung kenalah tolong-menolong." "Hanya Allah saja dapat membalas jasa awak." "Apa yang kita lakukan adalah atas kemahuan-Nya juga," Uda Lamat merendahkan diri. Dia pun memulakan langkah pertamanya. JAMUNG Bertemankan cahaya jamung, Uda Lamat terus membelah malan yang kian tua. Api jamung melintuk-liuk dirempuh angin. Langkah Uda Lamat tetap teratur. Makin lama, makin jauh dan mengecil api jamung yang dijulang oleh Uda Lamat dari penglihatan mata datuk. Kokok ayam kian bertalu-talu. Dan angin pun kian rancak berhembus menyentuh dedaun dan reranting pokok hingga melahirkan bunyi yang tidak menentu. Datuk masuk ke rumah. Daun pintu dirapatkan, terus dikunci. Datuk menyuruh saya masuk ke bilik. Saya mohon padanya supaya saya dibenarkan tidur di ruang anjung. "Masuk ke dalam bilik," suara datuk keras. "Saya rasa di sini selesa, tuk." "Jangan bantah cakap aku, masuk ke dalam. Kalau ada apa-apa hal senang nak bertindak. Kalau tidur di luar nanti kamu melompat tingkap susah pula nanti." "Hmm.." Saya lepaskan keluhan kecil. Panas rasa hati, bila datuk menyindir saya begitu. Rasa benci terhadap datuk datang meluap-luap. Saya mula terdengar suara Amjal Kamal mengeluarkan perintah yang berbunyi: "Ini perintah, dari hati dari perasaan, dari semangat rohani dan jasmani. Kau ikut apa yang aku perintah. Orang itu adalah musuh." Saya termanggu-manggu, suara itu datang dari segenap sudut, bagaikan mahu pecah gegendang telinga saya dibuatnya. Saya tidak ada jalan lain, terpaksa menekup kedua belah telinga dengan telapak tangan. Suara itu masih bergema juga. Saya terpaksa melekapkan telinga ke celah paha. Usaha saya tidak juga berhasil. Batang tubuh Amjal Kamal terpamer di depan mata. Dia mengangkat tangan menyuruh saya melakukan sesuatu. "Ya, dia musuh," kata saya. "Mesti dibunuh, kaulihat kerlipan di bahagian dada kirinya." "Ya, saya nampak saya harus membunuhnya. Saya mesti menikamnya dengan pisau belati," sehabis sahaja saya memberikan pengakuan sebilah pisau belati jatuh di depan saya. Segera saya ambil. Saya merasai diri saya bukan berada di dalam rumah. Tetapi, berada di satu ruang bangunan yang luas macam istana. Seorang lelaki yang kurang jelas wajahnya berdiri di depan saya. Dada sebelah kirinya mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip. Rasa marah datang meluap-luap dalam rongga dada. Saya mendekati lelaki itu dengan pisau di tangan. Aneh lelaki itu tetap menanti saya. Inilah yang membuatkan saya bertambah marah. Saya renung benda yang bekelip-kelip di dada sebelah kiri lelaki itu. Saya terus membuat perhitungan untuk membenamkan pisau ke dada lelaki itu. Saya sudah menemui sasarannya. Dengan sekali tikam sahaja, saya yakin lelaki itu akan tergolek di lantai. Saya juga yakin, bila semuanya terlaksana dengan baik. Suara ghaib, yang memerintah saya melakukan perbuatan itu akan memuji saya. Tentu saya diberikan hadiah. "Kau sudah sampai saatnya," terdengar lagi perintah ghaib. "Tapi," perasaan saya bersuara. "Tidak ada tapi, inilah saatnya untuk kamu membunuh musuh, tikam dengan cepat," datang lagi suara ghaib. Saya masih berdepan dengan lelaki yang wajahnya tidak jelas. Saya sudah nekad untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Secepat kilat, saya meluru ke arah lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas itu. Tanpa membuang masa, saya melepaskan tikaman dengan sekuat hati ke dada kiri lelaki yang bekelip-kelip itu. "Tamar, kamu melawan," satu tempikan yang kuat menyumbat ke lubang telinga saya. Badan saya terasa bergoyang. Muka saya menerima tamparan yang kuat. Kulit muka terasa pecah kepedihannya tidak dapat saya gambarkan. Kerana tidak terdaya menahan sakit, saya rebahkan badan di lantai. Saya terdengan bunyi suara yang amat kuat macam suara deru keretapi. Saya pejamkan mata kerana dalam perhitungan saya, saat kematian sudah sampai. WAJAH Bila suara menderu macam keretapi itu hilang. Terasa suasana jadi fana dan sepi sekali. Saya buka mata, orang pertama yang saya lihat ialah wajah datuk. "Kenapa tuk?" Tanya saya. "Tak ada apa-apa," jawabnya. Sungguhnya jawapan itu tidak dapat saya terima. Datuk menyembunyikan sesuatu dari saya. Saya kumpulkan segala fikiran untuk menyorot apa yang terjadi. Semuanya tidak berhasil. Saya tidak dapat mengingati apa-apa pun.

27 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Kenapa tuk?" Ulang saya lagi. "Kau menumbuk dada aku tamar," suara datuk kesal. Saya terdiam, hampir mahu menangis saya mendengar kata-kata dari datuk. Dialah satu-satunya lelaki di dunia ini yang saya hormati dan saya sayangi. "Maafkan saya tuk, saya tak sedar dengan apa yang saya lakukan," saya berlutut di depan datuk. "Sudahlah, aku secara tak sengaja menampar kamu," datuk terus memeluk saya. Pipi saya diusapnya berkali-kali. Wajah datuk nampak sungguh sedih. Dalam keaadan yang agak gawat itu dia mencium dahi saya. Tanpa disedari saya menangis. "Sudahlah Tamar, masuk ke bilik. Pergi tidur." "Maafkan saya tuk, saya tak tahu dan tak ingat apa yang saya buat." "Sudahlah, ada sesuatu yang tak kena pada kamu, pergilah tidur," begitu lembut nada suara datuk. Permintaannya segera saya akur. Perasaan saya sungguh terharu, datuk sendiri mengemaskan ranjang tidur untuk saya. Datuk selimut tubuh saya. MIMPI Seperti selalu, datuk tetap mengingatkan saya untuk membaca ayat-ayat suci sebelum mengajak mata tidur. Itu pun saya lakukan. Saya baca fatihah dua puluh satu kali, baca ayat kursi tujuh kali, mengucap dan beberapa ayat lain lagi saya baca. Saya bersyukur setelah mematuhi cakap datuk itu, saya dapat tidur dengan lena. Tidak ada mimpi yang kurang menyenangkan saya alami. "Bangun Tamar." Badan saya digoncang berkali-kali. Antara mahu dengan tidak, saya terpaksa membuka kelopak mata. Buang gebar tebal yang membaluti tubuh. "Bangun sembahyang," Sambung datuk. "Ya," saya terus bangun. Duduk mencangkung di bibir ranjang. "Sebelum ambil air sembahyang, buat senanam dulu Tamar." "Ya," jawab saya pendek. Senaman yang biasa saya amalkan terus saya lakukan. Datuk melakukan sembahyang sunat subuh. Selesai senaman, saya pun mahu bergegas ke bilik mandi. Tetapi, saya tidak meneruskan langkah tersebut. "Tamar." "Ya tuk." "Kita Sembahyang sendirian." "Baiklah tuk," saya pun meneruskan langkah yang terhenti. Rancangan yang sudah disusun mengalami gangguan sebentar. Pintu bilik air tertutup rapat. Nenek sedang mandi, saya terpaksa menunggu. Sementara menanti nenek keluar, saya duduk di bangku tidak jauh dari bilik air. Pada mulanya saya berjuntai kaki, kerana tidak tahan disebabkan kedinginan, kaki segera saya letakkan diatas bangku. Saya berpeluk tubuh. Sepatutnya, saya tidak mengalami rasa kedinginan, saya sudah bersenam dan peluh pun sudah pecah. Barangkali angin pagi bertiup kencang di luar, fikir saya dalam hati sambil menguap panjang. Rasa mengantuk masih terasa. "Tamar." Saya merenung wajah nenek. "datuk kamu di mana?" Sambung nenek. "Di atas." "Dia biarkan kamu seorang diri di sini?" Nenek tidak berpuas hati dengan tindakan datuk. Saya tersenyum dan saya harus bertindak dengan bijak agar tidak berlaku sebarang ketegangan antara datuk dengan nenek yang berpunca dari saya. "Saya yang minta datuk, jangan ikut saya." "Kamu ni, dah sihat benarkah?" "Sihat, saya memang tidak apa-apa nenek." "Hum tak ada apa-apa, bila kau memekik dan nak lari tu bukan apa-apa namanya," nenek jegilkan biji mata ke arah saya. Tidak ada jawapan yan dapat saya berikan untuk menafikan kata-kata yang nenek ungkapkan itu. "Pergi, biar aku tunggu kamu di sini." "Tak payah tunggu saya nek, saya tak apa-apa. Kalau nenek tunggu, saya tak mahu masuk ke bilik air," saya menggunakan senjata ugutan. Malu rasanya sudah besar begini, masih ditunggu nenek. "Kamu memang keras kepala, tak apalah aku tak tunggu tapi, ada apa-apa cepat-ceoat beritahu aku," kata nenek. "Saya tahu, nenek." "Hisss....." nenek menjuihkan bibir ke bawah. Kemudian melangkah kebiliknya. Saya tersenyum lalu bersiul kecil sambil melangkah ke bilik air. Pada mulanya, saya bercadang mahu mengambil air sembahyang sahaja. Tetapi, bila sudah berada dalam bilik air, seluruh tubuh terasa panas. Saya membuat keputusan mengejut. Ambil gayung lalu jirus air ke tubuh. Sebaik sahaja air satu gayung menyentuh badan, terdengar bunyi tapak kaki orang berlari. Saya tergamam dan gayung di tangan tidak jadi menyeduk air dalam kolah. "Tamar, kau buat apa tu," terdengar suara nenek.

28 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Saya mandi." "Selalunya kau tak mandi pagi, kenapa kau mandi pagi kali ni, Tamar." "Nek, saya sedar apa yang saya buat," kata saya lalu membuka pintu bilik air. HULUR Saya hulurkan kepala untuk nenek melihat keadaan saya yang sebenar. Ternyata perbuatan saya itu dapat menyakinkan nenek yang saya masih waras. Masih berada di alam nyata. Tanpa diduga, tindak-tanduk saya itu membuatkan nenek ketawa terkekeh. Agaknya, dia terasa lucu. Nenek kembali ke tempatnya. Pintu bilik mandi saya rapatkan. Mandi yang tergangu, saya teruskan kembali. Baru lima gayung air membasahi tubuh, saya terasa sejuk dan terus mengigil. Gigi atas dengan gigi bawah terus berlaga hingga mengeluarkan bunyi. Saya berhenti mandi dan mengambil air sembahyang, kesejukan yang menguasai tubuh membuat saya merasa kurang selesa untuk berjalan atau bergerak ke mana-mana. Ini merupakan gangguan yang kurang menyenangkan. Tetapi saya terus melawan rasa sejuk itu dengan melakukan senaman dan berlari hingga sampai ke dalam bilik tidur. Saya sarung kain, pakai baju dan songkok. Saya melangkah dari bilik tidur untuk melakukan sembahyang subuh. Datuk masih duduk tertonggok membaca al-Quran. Suaranya cukup jelas dan nyaring. Sebaik sahaja saya melangkah bendul pinti bilik, kaki kiri saya terasa berat untuk menerusan langkah ke arah sejadah yang terbentang di sisi datuk. Telapak kaki saya bagaikan melekat di papan. Rasa cemas dan mengelabah mula datang ke dalam diri, darah gemuruh mula terasa. Saya jadi marah dengan keadaan yang saya lalui. Saya kumpulkan tenaga, fikiran dan perhatian untuk melawan keadaan yang melingkari diri saya ketika itu. Dalam saat yang genting itu, saya merasai seluruh tubuh badan terumbang-ambing, perasaan dan fikiran saya seperti berada dalam satu tempat atau suasana yang berlainan, seolah-olah saya berada dalam dunia yang serba asing. Diri saya berada dalam satu ruang dewan yang cukup luas. Penuh dengan bangku-bangku yang tersusun rapi tidak diduduki oleh manusia. Ada irama muzik yang lembut. Di pentas, seorang lelaki dengan wajah yang tidak berapa jelas berdiri di situ. Sekali imbas, wajah lelaki itu menyerupai wajah datuk tetapi bila direnung lama-lama wajah itu bertukar menjadi samar-samar serta tidak begitu jelas. Saya jadi terpaku dengan apa yang saya hadapi. Saya jadi bodoh, tidak tahu apa yang mesti saya lakukan. Dalam keadaan terpinga-pinga itu, saya terdengar bunyi deru keretapi malam yang memekakkan anak telinga, kepala terasa sakit, ruang dewan nampak bergegar. Bangku-bangku kosong berlaga sesama sendiri. Saya tutup telinga dengan telapak tangan. Saya pejamkan sepasang kelopak mata dengan serapat-rapatnya. Saya berusaha berhempas pulas untuk melepaskan diri dari keadaan yang tidak menyenangkan itu. Dalam pergelutan itu, tanpa diduga wajah Amjal Kamal muncul beberapa detik di ruang mata. Bila wajanhnya hilang, bunyi yang tidak menyenangkan itu juga turut hilang. Suasana teramat amat sepi. Kalau sebatang jarum jatuh pun pasti dapat didengar. Dalam suasana yang hening itu terdengar suara Amjal Kamal bergema dari sudut ruang, mengeluarkan perintah: "Ini perintah, dari hati dair perasaan, dari semangat rohani dan jasmani, kau ikut apa yang aku perintah. Orang itu adalah musuh." (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 7) SIRI 104 : DIKUASAI SUARA ANEH Feb 20, '10 5:40 AM
by jaja for group komunitisbdj SIRI 104 : DIKUASAI SUARA ANEH Kerana sudah kerapkali berdepan dengan kejadian demikian, saya jadi arif untuk menjawab dan memberhentikan suara yang bergema dari setiap sudut ruang. Seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah orang di atas pentas yang wajahnya tidak berapa jelas. "Ya, dia memang musuh kita," terkeluar kata-kata dari kelopak bibir saya. Suara orang ketawa bergema di ruang dewan. Bila gema ketawa berakhir, gegendang telinga saya menangkap suara orang berbentuk perintah. "Kau mesti membunuhnya. Kau nampak kerlipan di bahagian dada kirinya?" "Saya nampak kerdipan itu, saya mesti membunuhnya." "Bagus, kaulah perwira satria. Ayuh lakukan!" Pujian muncul dari setiap ruang dewan. Telinga saya terasa pekak. Semangat baru meresap ke dalam urat saraf. Hidup mati saya semata-mata untuk mematuhi perintah suara aneh itu. "Ya, saya mesti melakukannya sekarang. Saya mesti menikamnya dengan pisau sampai mati," satu tekad yang bulat berpadu dalam diri saya. "Ya, untuk kebenaran dan keadilan, kau lakukan segera. Jangan berlengah-lengah lagi, jangan bertangguh-tangguh." "Ya, kata saya penuh semangat. Pisau yang terselit di pinggang segera saya pegang. Saya cabut dari sarungnya. Dengan tenang dan penuh keyakinan, saya ,melangkah ke arah lelaki di tengah pentras. Saya berlagak dan berpura-pura memberi penghormatan padanya. Makin lama, makin dekat saya dengannya. Kerlipan di bahagian dada kirinya terus memancar. Menyilaukan mata tetapi semuanya itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya. Saya pasti kerlipan itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya. Sata pasti, kerlipan yang memancar dari bahagian kirinya itu ialah sebuah medal berbentuk empat segi yang melambangkan seekor tupai bertarung dengan ular senduk. Medal itu

29 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

dibuat dari tembaga kuning yang berkilat. Saya naik ke pentas dari sebelah kanan. Dari tepi pentas, saya menghintung langkah hingga sepuluh. Berhenti betul-betul di depan lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas. Pencarian dari medal yang dipakainya tetap menyilaukan mata saya. Tanpa membuang masa, saya terus menundukkan kepala memberi hormat padanya. "Kamu," lelaki itu bersuara dengan rasa terkejut. "Ya" jawab saya. TAHU Seperti mengetahui apa yang akan saya lakukan terhadapnya, lelaki itu memusingkan badannya, membelangkangi saya. Kerlipan dari medal yang dipakainya tidak dapat saya lihat. Pandangan saya jadi gelap, dalam keadaan yang agak cemas itu pisau di tangan saya angkat tinggi-tinggi. Saya cuba menahan diri dari melakukan sesuatu. Kerana pisau sudah di angkat tinggi, usaha saya menemui kegagalan. Cukup pantas sekali saya rasakan gerakan tangan. Pisau terus terbenam ke bahagian belakang lelaki itu. Saya lihat tubuh lelaki itu berkecai dalam percikan cahaya bersinar. Medal yang berkilau-kilau bergeral pada setiap ruang dewan. Akhirnya, berlaga dengan dinding dewan, berkecai menjadi serpihan yang halus. Di mana-mana saya lihat api menyala dengan marak sekali. Saya juga terdengar suara dari setiap sudut dewan, bergema dengan sejuta pujian. Semuanya memberi ucapan tahniah dan menganggap saya sebagai seorang pahlawan besar yang berjaya menghancurkan kedurjanaan demi untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Saya terasa dan melihat jambangan bunga tidak putus-putus di campakkan ke arah saya. Berlonggok-longgok di tengah ruang dewan. Saya tersenyum bangga, suara pujian terus bergema. "Kamu dah jalankan tugas suci," terdengar suara Amjal Kamal. Segera saya toleh ke kiri, dalam keadaan yang samar-samar itu, saya lihat Amjal Kamal tersenyum ke arah saya. Bila saya membuka kelopak bibir untuk mengucapkan sesuatu, Amjal Kamal terus hilang dari penglihatan saya. Kerana yakin masih ada perintah selanjutnya, saya terus berdiri di tengah ruang dewqn dengan pisau di tangan. Masa terus berlalu, perintah yang diharapkan tidak juga muncul. Saya terus memandang ke arah longgokkan bunga di tengah ruang dewan. Aneh sungguh, longgokan bunga itu bergerak secara perlahan-lahan. "Aduh, sakitnya," terdengar suara dari celah-celah longgokan bunga. Suasana cukup sepi sekali. Antara sedar dengan tidak, diri terasa mengembara dari alam khayal menuju ke alam nyata. PANGKAL Di saat-saat terumbang-ambing itu, saya terasa pangkal peha kanan saya dihentak oleh sesuatu dengan kuat sekali. Tubuh saya terpelanting ke dinding. Dari dinding bergerak ke kanan lalu terkandas pada almari cermin. Kaca almari pecah berderai. "Ah," saya mengeluh seprti tersedar dari mimpi. Pecahan kaca terdampar atas kepala, bahu dan belakang. Saya masih bernasib baik kerana tidak luka. Saya cuba bangun tetapi tidak berjaya. Bahagian rusuk kanan saya terasa pedih bila saya cuba berdiri. Saya terpandangkan nenek yang berdiri di sebelah kiri. Dengan lembut perempuan itu mengutip pecahan kaca di tubuh saya. Semua pecahan kaca itu di isi di dalam baldi plastik. "Apa kena kamu ni, Tamar. Tak habis-habis buat hal," nenek merungut. "Kenapa nek?" Tanya saya. "Kamu tengok sendiri," nada suara nenek separuh keras. Jari telunjuknya menghala ke arah datuk. Saya lihat datuk mengerang kesakitan. Kesan darah masih dapat dilihat pada kain putih yang melilit bahagian rusuk kirinya. Di hujung sejadahnya, saya terlihat pisau pemotong bawang tersadai berlumuran darah. Beberapa orang jiran tetangga bermunculan di muka pintu di pagi yang bening itu. Barangkali, mereka dapat mengikuti apa yang terjadi dalam rumah sejak subuh tadi. "Kenapa dengan Tuk ini?" soal saya dengan rasa terkejut. Nenek gelengkan kepala. "Kamu tikam dia, Tamar," jelas nenek. "Ya Allah," saya mula meraung sekuat hati. Seluruh isi kampung menjadi gempar. Raungan saya itu menambahkan lagi para jiran berdatangan ke rumah. Semuanya terpaku dan terpukau melihat apa yang terjadi. Beberapa orang jiran bersedia untuk mengusung datuk ke hospital tetapi datuk menolak budi para jiran itu. Menurut datuk, luka yang dialami tidak besar, boleh diubati secara kampung. Beberapa orang lelaki terus menangkap saya. Mereka juga memerintahkan nenek supaya menyimpan benda-benda tajam di tempat selamat. "Ikat," ujar jiran kepada seorang jiran yang lain. Dalam beberapa saat sahaja sepasang tangan saya diikat dengan tali belati. Begitu juga dengan sepasang kaki saya. Tidak ada perlawanan yang saya lakukan kerana saya sendiri tidak sedar bagaimana saya melakukan perkara tersebut. "Kita serahkan pada polis, biar dibawa ke hospital. Boleh otaknya diperiksa. Budak ni dah gila. Kalau dibiarkan di rumah, ramai orang yang mati," seorang perempuan bermulut celupar mengeluarkan pendapat. Saya lihat kebanyakan jiran bersetuju dengan pendapatnya itu. Nenek termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Datuk meraba ke arah balutan lukanya. "Jangan dipengapakan dia. Apa yang dibuatnya, dia sendiri tidak tahu. Ada kuasa lain yang meresap ke dalam dirinya," kata datuk. Dia berdiri sambil menekan ke arah bahagian berbalut. Nenek tidak berkata apa-apa. Matanya masih terpaku ke arah tali belati yang membelit sepasang tangan dan kaki saya. "Saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian kawan-kawan. Bukakan tali belati itu," datuk mengeluarkan arahan. Ikatan di tangan

30 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

dan kaki saya segera dibuka. Beberapa orang jiran berpandangan sesama sendiri. Mereka kurang senang dengan tindakan datuk yang enggan menyerahkan saya kepada pihak polis untuk ditahan dan dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental. KELUAR Memang wajar mereka memprotes tindakan datuk itu, kerana perbuatan yang saya perlihatkan pada mereka membayangkan diri saya kurang waras. Orang yang berfikiran warsa, tidak akan menikam datuknya yang mahu bersembahyang. Mereka bimbang kalau perbuatan itu melarat keluar rumah. Mungkin satu ketika, saya menyerbu ke masjid lalu menikam orang-orang yang sedang berjemaah di situ. "Saya tahu, apa yang semua bimbangkan. Percayalah pada saya, dengan izin Allah, masalah cucu saya ni, boleh diselesaikan dengan baik," datuk memberitahu para jiran yang seakan-akan enggan bergerak dari ruang rumah. "Saya berjanji kalau tak boleh diatasi, saya serahkan pada awak semua untuk dihantarkan ke Tampoi atau Tanjung Rambutan," datuk memberikan janji yang padu. "Kami bukan apa-apa, kami takut kalau dia mengacau orang lain," para jiran menyatakan pendapatnya. "Saya faham. Kalau awak susah, saya lagi susah. Dia cucu saya, berapalah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya tak suka perkara begini, apakan daya sudah takdir untuk saya menerimanya," datuk merayu penuh keikhlasan. Wajahnya berkerut. Mungkin dia menahan rasa sakit. "Kami faham, sebagai jiran kami juga ada rasa bimbang dan takut," sambung jiran itu lagi. "Bimbang dan takut tu, memang hak kamu. Aku tak marah dan tak kecil hati. Berilah kesempatan pada aku untuk memulihkannya," begitu lembut nada suara datuk. Tanpa banyak cakap, para jiran meninggalkan rumah dengan wajah yang tenang, beberapa orang daripada mereka terus memeluk datuk menyatakan rasa simpati sambil berjanji tidak akan membiarkan datuk bersendirian di dalam masalah ini. LUKA Bagi menyembuhkan segera luka yang dialami, datuk memanfaatkan perubatan secara tradisional. Dia menggunakan ramuan beberapa helai daun dan kulit pokok. Bahan-bahan itu disatukan lalu ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan setitik embun jantan. Sebelum bahan-bahan itu digunakan, datuk membersihkan luka di rusuk kiri dengan air panas. Setelah bahan-bahan itu disapukan ke tempat yang luka, datuk terus minum segelas air kunyit dan segelas air rebusan dari akar-akar kayu. Dalam beberapa jam luka itu terus kering. Tidak bengkak dan tidak bernanah. Datuk boleh bergerak ke mana sahaja, seolah-olah dia tidak mengalami sebarang kecelakaan. "Tak apalah Tamar, semuanya terjadi masa kau tak sedar," itulah ungkapan pertama dari datuk setelah empat jam peristiwa yang mengerikan itu berlalu. Datuk tidak memperlihatkan rasa kurang senang dan gundah gulana dengan apa yang telah berlalu. Dia tetap melayani saya seperti biasa. Masih mahu bercerita tentang akar dan dedaun kayu yang boleh dijadikan ubat luka. Datuk menasihati saya supaya jangan susah hati. Saya kira sebagai seorang tua, rasa bimbang dan cemas itu pasti ada di dalam diri datuk. Dia tahu, sejak tadi saya tidak berubah tempat, masih termenung. Mungkin juga dia tahu yang seluruh pemikiran saya masih berpusat pada suara-suara ghaib yang menyuruh saya melakukan sesuatu. Apa yang pasti, datuk tidak mahu dirinya berada dalam jarak yang jauh dengan saya. Gerak-geri saya sentiasa di dalam pengawasannya. "Tamar," itu suara datuk. Saya renung ke arahnya dan melihat kelopak bibirnya bergerak. Saya tidak menjawab panggilan datuk itu kerana saya merasakan itu bukanlah suara datuk tetapi suara Amjal Kamal yang keluar dari kelopak bibir datuk. "Tamar, Tamar, dengar sini." "Ya, saya faham dan bersedia patuh dengan perintah." "Tamaaaaaarrr," jerit datuk lalu badan saya digoncangnya berkali-kali. Serentak dengan itu dia membaca surah Al-Ikhlas. "Tamar," nada suaranya bertambah lunak. "Tamar," ulang datuk lagi. Nada suaranya kali ini cukup lunak. Saya raba jejari saya, saya raba pipinya dan datuk membiarkan sahaja yang saya lakukan. "Ini datuk?" "Ya." "Tadi suara datuk panggil nama saya?" "Ya, Tamar." "Jadi, tadi bukanlah suara Amjal Kamal? Apakah yang saya dengar tadi, suara datuk?" Saya seperti merungut. Datuk anggukkan kepala. Perlahan-lahan datuk memaut tubuh saya, disuruhnya saya berdiri. Kemudian saya dibimbingnya ke anjung rumah. Disuruh duduk menghala ke arah matahari jatuh. "Amjal Kamal tu, kawan kamu Tamar?" Soal datuk. Saya gelengkan kepala. Datuk menarik nafas panjag. Sesekali datuk renung ke arah halaman rumah yang disinari matahari pagi. "Tapi kau kenal dia, walapun kau tidak begitu rapat dengannya?" menyusul lagi pertanyaan daripada datuk yang membuat saya lemah. Perasaan saya kian resah. Entah mengapa, saya begitu cemas dan takut bila nama Amjal Kamal disebut-sebut. Setelah berfikir panjang beberapa kali, saya terus menceritakan apa yang telah saya lalui pada datuk. "Ini perkara biasa Tamar. Orang yang lemah semangat, lemah iman dan tidak ada kekuatan batin selalu dikuasai oleh pihak yang mahu menjahanamkan manusia," itu komentar datuk setelah mendengar cerita dari saya. "Apa saya memang lemah?"

31 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Boleh jadi," datuk tersenyum lalu merenung ke kaki tangga. Dia menyambut salam Uda Lamat. "Naiklah," jemput datuk. "Tak disuruh pun saya tetap naik," sahut Uda Lamat lalu naik ke anjung dan duduk dekat datuk. ZIARAH Kedatangan Uda Lamat pagi itu, semata-mata untuk menziarahi saya. Dia amat gembira kerana keadaan saya agak baik. Semua pergelengangan kaki dan tangan serta sendi-sendi saya diperiksa dan dipicit. Kemudian Uda Lamat membuka kelopak mata kiri dan kanan saya. "Tidak begitu baik lagi," bisiknya lembut kepada datuk. "Apa yang patut dibuat?" "Berikhtiar minta pertolongan dari Allah. Syaitan, kalau sudah meresap ke dalam tubuh payah mahu keluar," tambah Uda Lamat lagi. Datuk menarik nafas panjang-panjang. Tiba-tiba badan saya menggeletar. Suara-suara aneh mula terdengar. Wajah Amjal Kamal tenggelam timbul di depan mata. Saya mula terasa tubuh memiliki kekuatan yang luar biasa. "Tamar," sergah datuk. "Apa yang kamu mahu?" saya mula menentang wajah datuk. Saya rasa datuk terlalu kecil berdiri di depan saya. Walaupun demikian, setiap kali datuk malafazkan kalimat-kalimat Allah ke arah saya, seluruh badan sata terasa panas. "Jangan, saya tak tahan," rayuan saya tidak dipedulikan oleh datuk. Dia terus membaca hingga saya tidak sanggup menetang biji matanya. Saya rebah di depan datuk. Ketika itu saya terdengar suara aneh yang mengutuk diri saya. Mereka tuduh saya pengkhianat, tidak setia pada perintah. Mereka mahu menamatkan riwayat hidup saya dengan membenamkan tubuh saya ke dalam tasik yang berbuih. Saya segera merenung minta tolong. "Tamar," seru datuk serentak dengan itu satu baldi air jatuh ke muka. "Tamar kau tidak apa-apa, ingat Allah berkuasa atas segala-galanya," Uda Lamat bersuara lembut. Dia duduk mencangkung di depan saya. Biji matanya dengan biji mata saya berlaga. "Mengucap Tamar, Ashaduan la...," tambah Uda Lamat. Tanpa bertanguh-tangguh lagi saya terus mengikut Uda Lamat mengucap hingga akhir. "Bagus, bagus," Uda Lamat terus menepuk bahu saya bertalu-talu. Tidak memadai dengan itu, tubuh saya yang basah terus dipeluknya erat-erat. Datuk tidak berkata apa-apa. Dia kelihatan tenang. Bibirnya kelihatan bergerak-gerak. Pasti datuk membaca ayat-ayat suci. "Saya dahaga," kata saya pada Uda Lamat. Cepat-cepat Uda Lamat memberitahu kepada nenek. Tidak sampai dua saat, secawan air sejuk sudah berada di depan saya. Ketika tangkai cawan saya sentuh, datuk segera menarik cawan yang berisi air dingin ke arahnya. Perbuatan datuk itu menghampakan saya. "Saya dahaga," saya merayu. "Aku tahu, apa kau tak boleh sabar sedikit," tengking datuk. "Haaa..," saya terkejut dan hampir menitiskan air mata. Uda Lamat memperkemaskan duduknya bersedia melakukan apa sahaja andainya saya bertindak secara mengejut. Rasa dahaga bagaikan tidak tertahan, tekak terasa pedih dan perit. Apa yang saya fikirkan, ialah air untuk membasahkan tekak. Tidak terniat di hati saya untuk melakukan sesuatu, apatah lagi untuk melawan datuk. Datuk terus mmbaca sesuatu di bibir cawan. Bila pembacaannya selesai, cawan berisi air itu diserahkan pada Uda Lamat. "Berikan padanya," datuk mengeluarkan perintah. "Awak baca surah apa?" Tanya Uda Lamat. "Saya baca Al-Fatihah 20 kali, dengan izin Allah, syaitan dan Iblis yang berlindung dalam diri cucu saya akan keluar. "Saya faham, Allah berhak melakukan sesuatu, kita memohon padanya," sanggah Uda Lamat. Saya resah, terasa cukup lama cawan itu berada di tangan Uda Lamat. Kenapa saya diseksa begitu kejam. "Nah, Tamar." Uda Lamat menghulurkan cawan berisi air kepada saya. Cepat-cepat saya menyambutnya lalu dilekatkan ke bibir. "Nanti dulu, baca Bismillah sebelum diminum," Uda Lamat pegang pergelangan tangan saya. Apa yang disuruh oleh Uda Lamat segera saya patuhi. Setelah selesai membaca Bismillah, saya terus meneguk air tersebut. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 7) SIRI 105 : MANDI DI AMBANG PINTU Feb 20, '10 12:46 PM
by jaja for group komunitisbdj SIRI 105 : MANDI DI AMBANG PINTU

32 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Sebaik sahaja air sejuk berlari di kerongkong, urat saraf di setiap sendi badan terasa seperti disentap-sentap. Serentak dengan itu terdengar bunyi dentuman yang kuat di telinga macam bunyi petir. Cawan di tangan terlepas lalu jatuh di atas lantai. Pecah berderai. Tenaga saya makin lemah. "Tamar dengar cakap aku ini. Allah itu maha ESA, berkuasa atas segalanya. Pada Allah kita minta pertolongan, bacalah surah Al-Ikhlas, Qulhuwallah," Uda Lamat memberi arahan. Saya terus mengikuti arahannya. Tiga kali saya baca surah Al-Ikhlas dengan penuh khusyuk. "Tamar, renung ke sini." Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Serentak dengan itu datuk memegang pergelangan tangan kanan saya. Dia memaksa saya merenung ke arah biji matanya. "Renung biji mata aku, Tamar." "Baik, tuk." "Ikut gerak bibir aku, Tamar." "Ya, tuk." "Tumpukan perhatian padanya, pasang telinga kau. Dengar apa yang dicakapkan," Uda Lamat memberikan petunjuk. Saya terus anggukkan kepala. Sedia patuh dengan apa jua perintah. Memang tidak sukar bagi saya mengikuti kalimah-kalimah yang diucapkan oleh datuk. Datuk membaca beberapa rangkaian ayat dari al-Quran yang pernah saya baca pada setiap malam Jumaat. Ayat-ayat itu bagaikan luput dari ingatan sejak suara aneh menguasai diri saya. Bila datuk menyebutnya di depan saya, barulah saya teringat dengan ayat-ayat tersebut. Pada mulanya, pembacaan saya memang tidak lancar. Setelah tiga kali berturut-turut mendengar dan mengikuti gerak bibir datuk barulah saya faham. Tidak saya nafikan, setiap kali ayat-ayat yang datuk lafazkan itu, saya ikuti dengan penuh perasaan, dada terasa amat panas. Hati tidak tentu arah, menggelabah tanpa sebab. Uda Lamat, orang tua yang banyak pengalaman dan asam garam dalam kehidupan itu, tidak mahu meninggalkan datuk sendirian di ruang anjung rumah. Setiap gerak geri saya diawasinya, hinggakan gerak telinga, pernafasan, jejari saya tidak terlepas dari pengawasan Uda Lamat. Pada hemat saya, kedatangan Uda Lamat memang dirancang untuk jadi pembantu datuk dalam usaha memulihkan diri saya. "Bertenang, Tamar," kata Uda Lamat. Bila melihat tubuh saya tersentap-sentap macam terkena kejutan elektrik. Badan saya berpeluh dengan banyak. Mungkin peluh itu terjadi akibat cuaca pagi yang kian membahang di luar atau akibat dari tekanan perasaan dalam diri saya. "Dia dah lemah tu," sayup-sayup terdengar suara datuk. "Baca lagi, hingga lemah betul," suara Uda Lamat masih dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya. Ketika itu, saya merasai diri saya berada dalam keadaan fana dan sepi. Antara fana dan sepi tiu, saya terlihat ada bayang-bayang nipis yang keluar dari tubuh saya, (lebih tepat dari bahagian dada). Kepulan asap yang nipis itu berpusu-pusu di sebelah kiri saya. Aneh sekali, kepulan asap yang nipis itu membentuk sifat diri saya. Saya tidak berkata apa-apa. Suara saya tidak keluar. Mulut bagaikan terkunci. Cuma tangan daya tergapai-gapai ke kiri dan ke kanan. Maksud saya itu, tidak dapat ditangkap oleh datuk dan Uda Lamat. Mungkin mereka tidak sedar dengan apa yang terjadi. Bayang-bayang nipis dan halus yang menyerupai diri saya itu terus bergerak ke pintu rumah. Berdiri di ambang pintu, saya lihat diri saya menangis dan meratap hiba di situ. Menghempaskan diri pada jenang pintu hingga mengeluarkan darah dari kepala dan muka. Paling akhir, saya lihat diri saya bertukar menjadi batang tubuh Amjal Kamal, pamerkan diri di depan datuk. Tetapi, bila datuk melafazkan beberapa ayat dari surah Al-Imran, bebayang tubuh amjal Kamal berkecai dan hancur lalu bersatu dengan udara. Keluar dari rumah dengan meninggalkan jeritan yang halus dan cukup nyaring. Saya bertambah lemah. Dalam usaha memulihkan saya, sama ada dari segi kekuatan tubuh dan otak, datuk lagi sekali menggunakan ramuan tradisional. Dia tidak memerlukan pertolongan dari nenek, kecuali untuk menyediakan dua gelas air panas, kali ini datuk memerlukan tenaga dari Uda Lamat yang begitu matang dengan akar kayu dan pepucuk berkhasiat. PERTAMA Petua pertama datuk dan Uda Lamat lakukan terhadap saya ialah mandi di ambang pintu. Kemudian disuruh berjemur di tengah panas untuk kira-kira lima minit. Masa berjemur saya diawasi oleh Uda Lamat. Datuk merebus pepucuk daun. Akar kayu diketuk atau dihimpit dengan satu alat keras dan berat hingga mengeluarkan air. Pepucuk daun yang direbus, disuruh makan begitu sahaja. Kepalang pahitnya, apakan daya saya tidak terdaya membantah. Saya disuruh berehat selama lima minit dengan berbaring hingga saya tertidur. Saya dikejutkan semula, disuruh minum air madu lebah yang dicampurkan dengan air dari akar kayu. "Minum dengan sekali nafas sebelum minum. Baca Bismillah dan mohon pada Allah supaya diberikan kekuatan fikiran seperti sediakala, terhindar dari pengaruh tidak sihat," datuk mengingatkan saya. "Apa doanya tuk?" "Berdoa dalam Bahasa Melayu. Allah mengerti apa bahasa yang diucapkan oleh makhluknya. Apa yang penting permintaan itu mesti ikhlas," sahut datuk. Saya lakukan apa yang datuk suruh. Manisan lebah yang bercampur dengan air akar kayu terus saya teguk. Rasa pahit dengan manis terus menguasai anak tekak. Datuk tersenyum melihat muka saya mula kemerah-merahan. "Madu lebah ni, memang banyak khasiatnya. Sayangnya, orang kita tak tahu menggunakannya. Orang tua-tua yang tahu macam mana menjadikan madu lebah ini sebagai ubat, tidak pula menurunkan petua itu pada orang-orang terkemudian darinya," datuk memulakan satu ceramah kecil di depan saya dan Uda Lamat. Saya tidak memberikan sebarang komentar, dada saya terasa lapang. Dalam beberapa saat sahaja badan saya berpeluh. Terasa bertenaga kembali. Fikiran tidak pula bercelaru, terasa amat lapang sekali.

33 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Kadang-kadang orang tua-tua ada memberikan petua. Tetapi, golongan baru tak mahu amalkan petua tu, kononya, petua adalah pendapat kuno, tidak sesuai dengan peredaran zaman sains dan teknologi. Akibatnya petua itu dilupakan. Kita ni, setinggi melangit sekalipun pelajaran, pandai bergaul dan berbudaya moden, sebaik-baiknya petua orang tua-tua jangan dilupakan," Uda Lamat seperti menyokong pendapat datuk. "Bila kita tidak lupa asal budaya, petua nenek moyang kita sendiri, selamat kita dalam hidup," tambah datuk. Saya tersenyum. Di luar panas kian terik, angin pun tidak bertiup. Entah mengapa, dalam cuaca yang agak panas itu, saya rasa mengantuk. Uda Lamat menasihatkan saya supaya membasuh muka. Saya terus ke dapur dan masuh muka. "Macam mana Tamar?" Tanyanya ketika saya melintasi di ruang tengah. "Setakat ini, tidak ada apa-apa," kata saya. "Kamu kena badi hutan." "Entah," saya terus gelengkan kepala. Meneruskan langkah yang terhenti. Sebenarnya, saya tidak mahu mengingati dengan apa yang telah saya alami. Dan secara kebetulan pula, beberapa bahagian dari peristiwa itu bagaikan terus hilang dari ingatan saya,. Jika ada orang yang meminta saya menceritakan kembali, mungkin sebahagian kecil sahaja yang saya ingati. "Duduk sini," Uda Lamat memanggil saya. Bila dilihatnya saya mahu duduk di sudut kanan anjung rumah. Sebaik sahaja saya duduk datuk terus bangun, dia menuju ke halaman rumah membetulkan kedudukan beberapa batang buluh yang dijemurnya. Menjemur batang-batang buluh yang baru ditebang, memang kerja datuk. Bila buluh-buluh itu berubah warna, datuk terus membelahnya untuk dijadikan bilah lokah atau dibuat raga besar bagi mengisi pisang. Saya tersenyum, melihat muka datuk berkerut-kerut menahan panas, kedua belah pelipisnya mula ditumbuhi peluh-peluh halus. "Saya nak tanya," kata saya pada Uda Lamat. "Silakan, Tamar." "Benarkah apa yang terjadi pada saya ni, kerana ketegur atau kena badi orang mati bunuh diri?" Tanpa segan-segan saya ajukan pertanyaan pada Uda Lamat, sata rasa gembira angin yang bertiup di luar rumah masuk ke ruang anjung, badan terasa sejuk. Saya renung jam yang tersangkut di dinding, sudah hampir pukul sebelas pagi. "Kamu jangan tak tahu Tamar, itu bukannya badi, bukannya penunggu atau ketegur, tetapi semuanya itu kerja iblis," suara Uda Lamat meninggi. Matanya merenung ke arah datuk yang melangkah dalam panas ke arah anjung rumah. "Saya membaca ayat-ayat suci, waktu berdepan dengan perkara-perkara yang pelik yang saya fikirkan ada iblis atau syaitan terlibat sama," ujar saya penuh yakin. Datuk sampai ke ruang anjung, terus duduk. "Soalnya, masa kamu menyebut ayat-ayat suci itu, adakah kamu yakin yang hati dan perasaan kamu tidak was-was padanya. Dengan bisikan jahat dan was-was inilah iblis telah menipu Nabi Adam. Menimbulkan rasa was-was, memang kerja iblis," tanpa diduga datuk turut campur dalam perbualan saya dengan Uda Lamat. SERONOK Bila datuk campur tangan dalam hal seperti ini, hati saya tidak begitu seronok. Datuk selalu bertindak mahu mengajar dan membetulkan kesilapan diri saya di depan tetamu, perbuatannya itu secara tidak langsung memperbodoh-bodohkan diri saya. Inilah perkara uyang memang tidak saya gemari. Sebabnya, saya merasakan diri saya bukan budak-budak yang berusia antara sembilan hingga sepuluh tahun. "Apa yang datuk kamu cakap itu memang betul," Uda Lamat renung muka saya. Sebagai mengambil hati dan rasa hormat pada orang tua, saya terus tersengih. Datuk anggukkan kepala. Matanya merenung ke halaman rumah yang kelihatan membahang dengan cuaca panas. "Selain daripada bentuk asalnya, iblis dan syaitan kadang-kadang menyerupai manusa. Boleh bercakap-cakap dengan manusia, memberi nasihat pada kita," lanjut Uda Lamat dengan wajah yang serius. "Peliknya, iblis boleh menyuruh dan menegah manusia daripada melakukan sesuatu," sampuk datuk. Uda Lamat kelihatan bertambah bersemangat. Kemudian, datuk dan Uda Lamat terus menceritakan tentang peranan iblis dalam tingkah laku anak Adam. Biasanya, iblis atau syaitan akan menggoda manusia ketika seseorang itu berada dalam keadaan: Marah dan bernafsu. Melalui rasa dengki yang membara pada diri. Waktu manusia terlalu kenyang dengan makanan dan minuman. Ketika manusia menyukai perhiasan yang berlebihan, seperti hiasan bangunan, pakaian dan barang-barang kemas. Sifat tamak. Sifat terburu-buru. Menerusi sifat bakhil. Menerusi rasa fanatik mazhab. Waktu manusia mementingkan diri sendiri. Menerusi rasa atau sifat prasangka buruk terhadap saudaranya yang Islam. Demikian datuk dan Uda Lamat menguraikan peranan iblis. Saya menerima keterangannya itu sambil berfikir bahawa iblis ada seribu cara untuk meruntuhkan dan mendorong manusia ke arah jalan yang tidak diredhai oleh Allah. Saya terus menarik bafas panjang. "Bila dalam diri manusia terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi, mudah saja syaitan dan iblis menjalankan jarumnya," dengan

34 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

nada suara yang lembut datuk mengungkapkan kata-kata itu. Dia renung ke arah saya. Cepat-cepat saya menundukkan kepala. Terasa angin yang berlegar-legar dalam ruang anjung menyentuh hujung rambut di pelipis kiri. Tanpa diduga, nenek menghidangkan satu teko kopi panas bersama dua cawan kosong. Saya kira nenek terlalu lambat menyediakan semuanya itu. Kenapa sudah berjam-jam Uda Lamat berada di rumah, baru disogokkan dengan kopi. Apakah datuk mengeluarkan perintah agar nenek berbuat demikian? Timbul pertanyaan dalam diri saya. "Minta maaf,saya terlambat," nenek bersuara. "Awak buat apa hingga terlambat?" Soal datuk. "Tadi, saya ke kedai nak beli tepung untuk buat kuih nak jamu awak dan Uda Lamat, sampai ke kedai runcit saya tersangkut." "Mendengar cerita orang tau belajar mengumpat," datuk membuat tuduhan secara terbuka pada nenek. Saya lihat wajah nenek berubah. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang gembira bila dituduh secara melulu di depan tetamu. Sebagai isteri yang penyabar,kaya dengan pengalaman serta asam garam kehidupan, Nenek tidak memperlihatkan kemarahannya. Dia tetap tenang dengan senyum segar di bibir tua. "Beberapa orang menasihatkan saya.. ," nenek berhenti bercakap. Dia tuangkan air kopi ke cawan untuk datuk. "Apa yang mereka nasihatkan awak?" Tanya datuk lalu berdirikan lututnya. Telapak tangan kanannya diletakkan ke atas tempurung kepala lutut kiri. Dia terus termenung sambil mengerutkan dahinya. Tetapi sepasang matanya tertumpu ke wajah Uda Lamat. "Siapa yang menasihatkan awak tu?" Datuk mula cungkil rahsia. Nenek tetap tenang. Dia bersila di depan datuk. "Tuan kedai menasihatkan kita supaya mengadakan jamuan atau semahan," nenek mulakan cerita dengan wajah bersahaja. "Tujuannya, untuk menjamu penunggu hutan, penunggu gunung, penunggu paya supaya jangan mengganggu cucu kita dan orang-orang kampung yang lain," nenek berhenti bercakap. Dia menelan air liur. "Tuan kedai tempat awak mengambil barang tu namanya, Haji Taufik?" Uda Lamat kemukakan pertanyaan. Nenek anggukkan kepala. Saya lihat datuk resah, macam ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman dirinya. "Kenapa Pak Haji menyuruh kita membuat sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah," Uda lamat seperti mengeluh. Nenek terus bangun, menuju ke ruang dapur. Datang kembali ke anjung rumah membawa segelas air halia yang sudah ditaruh dengan beberapa titik madu lebah. Air itu, adalah untuk saya. Mungkin air halia bercampur dengan madu lebah mempunyai khasiatnya tersendiri. Tidak mengapa, bila Uda Lamat pulang, perkara itu akan saya tanyakan pada nenek atau datuk. "Perbuatan khurafat," suara datuk keras. Sepasang biji matanya terbeliak merenung muka saya. Menggigit bibir bersama rasa kesal yang amat sangat. "Iblis memang tidak pernah berhenti dari berusaha menjadikan manusia memandang yang buruk itu baik, yang baik itu buruk, memang sudah aku duga perkara seperti ini akan timbul," lanjut datuk lagi. "Tak mengapa, kita harus membetulkan anggapan yang silap itu. Kita beritahu tempat kita mengadu dan meminta hanyalah pada Allah yang Maha Besar, bukannya pada penunggu, bukannya pada keramat," Uda Lamat cuba menyejukkan hati datuk. "Ya, kita berusaha ke arah itu," sahut datuk. Saya kira, perkara yang dibincangkan itu habis di situ sahaja. Ternyata perkiraan saya itu tidak tepat, datuk dan Uda Lamat terus bercerita tentang masalah yang bersangkut paut dengan pendirian masing-masing. Tentu sahaja perkara semacam ini, tidak mengembirakan saya. "Saya nak keluar, jalan-jalan keliling kampung tuk," saya ajukan permintaan pada datuk. Uda Lamat renung muka saya. "Jalan keliling kampung tu di mana?" Datuk meminta kepastian. Biji matanya tertumbuk ke wajah saya. Rasa cemas kembali bertandang dalam diri saya. "Saya nak ke kebun, saya nak tengok pokok pisang, betik dan lain-lain lagi," ungkap saya penuh ikhlas. "Tak payah," datuk memberikan kata muktamad. Saya menelan air liur kecewa. Uda Lamat dapat membaca rasa hampa dalam diri saya melalui riak muka. "Tak payah pergi Tamar, dengar cakap datuk kau tu. Kamu tak berapa sihat," Uda Lamat menyejukkan hati dan perasaan saya. Nasihatnya itu saya terima. "Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita adalah orang yang bertuah dan beruntung di dunia," Uda Lamat lunjurkan kedua belah kakinya, membayangkan dia mahu bercerita secara serius dan panjang pula. "Kenapa awak kata macam tu?" Tanya datuk. "Apa yang ada pada kita, tidak ada pada orang Jepun, tidak ada pula pada orang Inggeris dan tidak ada pada orang Amerika," jawab Uda Lamat. Jawapannya itu tidak menyenangkan diri datuk. Saya mula merasakan keterangan Uda Lamat itu kebudak-budakkan. Sebabnya, pada hemat saya orang-orang Jepun, Perancis, Amerika dan Inggeris satu bangsa yang maju dapat bergerak dan berkembang seiring dengan arus zaman abad kedua puluh. Masakan orang dapat mengikuti atau memiliki dengan apa yang ada pada diri mereka. "Apa yang tak ada pada mereka tu? Kau nak kata mereka tak berilmu? Tak ada Tuhan, tak ada adat dan budaya, sedangkan mereka menguasai semua bidang dalam dunia ini," datuk menyanggah pendapat Uda Lamat. Dalam hati kecil, saya setuju dengan pendapat datuk itu. Saya kira Uda lanat tidak dapat menghujah pendapat datuk. Uda lamat terus termenung. Agaknya berfikir untuk mencari jawapan. "Apa yang tak ada pada mereka?" soal datuk lagi. "Mereka tak ada IMAN," jawab Uda Lamat, membuat saya dan datuk berpandangan sesama sendiri. (bersambung)...

35 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

CHAPTER LIST

(Jilid 7) SIRI 106 : Harimau Sembunyi Kuku Mar 2, '10 2:22 PM


by Tamar for group komunitisbdj Kredit kepada ahli komunitisbdj quesera dan pgsmart yang bersusah payah menaip semula siri ini. Buat seketika, tidak terucap sepatah kata dari kelopak bibir kami bertiga. Datuk memicit-micit pangkal pehanya, mungkin dia lenguh kerana terlalu lama duduk. Saya mengarahkan sepasang mata ke arah halaman rumah yang dipancar matahari. Hati bagai digeletek untuk mendengar penerangan selanjutnya tentang iman dari Uda Lamat. "Tambah kopi lagi, Uda." Datuk terus pegang teko lalu menuang kopi ke cawan Uda Lamat. "Cukup, cukup, "tahan Uda Lamat sambil memperkemaskan silanya Datuk berhenti menuang air kopi. "Berborak begini sambil minum memang seronok," ujar datuk lalu menghirup air kopi. Uda Lamat angguk kepala sambil memandang ke aras saya. "Apa macam Tamar, betul tak mereka tak ada iman?" Tanya Uda Lamat. Saya jadi serba salah, sukar untuk memberikan penjelasan. Saya bukanlah orang yang pandai tentang agama. "Entah, saya tak tahu," jawab saya spontan. "Betul kau tak tahu?" Uda Lamat jegilkan biji mata ke arah saya. Perbuatannya itu membuat saya jadi serba salah. Apa yang buat saya terasa tidak kena belaka. "Betul saya tak tahu, saya tak main-main," suara saya merendah. Memang terasa malu mengaku kebodohan sendiri di depan datuk dan Uda Lamat. "Bagus, bercakap dengan jujur. Orang bodoh saja yang mengaku tahu terhadap perkara yang dia tidak tahu. Orang bijak tidak macam itu," ungkap Uda Lamat lalu menepuk bahu saya berkali-kali. Saya kembali bersemangat. "Kamu memang budak yang bijak," sambung Uda Lamat memuji saya. Rasa megah datang ke dalam hati. Muka terasa kembang dan hati bertambah bangga. Saya mula berani angkat kepala. Berani tatap wajah datuk dan Uda Lamat. Dua kali datuk batuk. Itu batuk pura-pura untuk menyindir saya, agar jangan mabuk kerana pujian. Sambil menghirup air kopi, Uda Lamat kemaskan sila. "Kita percayakan Allah dan Rasul, ini adalah sebahagian dari rukun iman. Dan iman itu sendiri ertinya, kepercayaan yang terbit dari hati seseorang iaitu, mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa api yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah benar yang datangnya dari Allah Subhanahu Wataala," Uda Lamat angkat muka. Biji matanya tajam menyorot ke wajah saya. Biasanya bila dia berkeadaan demikian, pasti mahu memulakan sebuah kuliah yang tidak dapat dijangka masanya sama ada panjang atau pendek. "Maka," Uda Lamat tegakkan lutut kanan dan kepala lutut dijadikan tempat meletakkan telapak tangan, "ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakan pengenalan iman. Orang lelaki yang beriman dipanggil atau disebut Mukmin dan perempuan yang beriman disebut Mukminat," Uda Lamat telan air liur. Dia berhenti bercakap. Jejari tangan kanannya bergerak-gerak memukul lantai.i "Saya nak tambah sikit boleh tak?" Datuk angkat kepala. Renung muka Uda Lamat. Perlahan-lahan Uda Lamat menagangguk memberi jalan pada datuk. "Iman dan Isam tak boleh diceraikan untuk mendapatkan kelepasan azab di hari akhirat nanti," kata datuk. Uda Lamat tegakkan ibu jari kanan. Lagi sekali dia anggukkan kepala, setuju dengan pendapat datuk. RESAH Saya makin diamuk keresahan. Bila datuk dan Uda Lamat memulakan perdebatan semacam itu, ertinya saya harus duduk lama di sisi mereka. Saya terus berfikir apa yang patut saya lakukan untuk menjauhkan diri dari mereka. "Kerana mereka tidak ada iman, semakin maju mereka bergerak mengikut arus kemodenan, semakin pincang masyarakat mereka jadi tidak tentu arah. Mereka kehilangan arah," itu hujah Uda Lamat, "mereka seperti mahu kembali ke zaman kuno," tambahnya seiring dengan senyum. "Haa sebab itulah," datuk angkat tangan kanan, matanya terbeliak,, "pakaian mereka tak tentu arah, berambut panjang, kalau menyanyi terjerit-jerit macam beruk kena belacan, tak payah nikah, jantan betina duduk sebilik, lahirkan anak haram, alas an mereka ini kebebasan dan ini kemajuan," sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-kata tergambar kepuasan di wajahnya. Hampir sahaj saya mahu ketawa melihat telatah datuk yang agak melucukan itu. Tetapi, nampaknya Uda Lamat sejalan dengan fikiran datuk. Buktinya yanga paling nyata, dia sering sahaja anggukkan kepala dan mengharapkan datuk meluahkan buah fikiran selanjutnya. Datuk menggaru pangkal telinganya dua tiga kali. Mungkin otaknya berjalan memikirkan sesuatu. "Perkara yang tak senonoh tu, jadi ikutan anak-anak muda kita yang beragama Islam, segala morfin ganja semuanya berasal dari sana," datuk lahirkan pendapat. "Entahlah, apa nak jadi, aku sendir pun tak tahu nak cakap,: Uda Lamat bagaikan mengeluh. "Agaknya, pegangan keimanan kita sudah nipis, fasal itu kita meniru orang lain," tingkah datuk lalu menarik nafas dalam-dalam. Rasa jemu yang menguasai diri membuat saya meluruskan sepasang kaki. Bahang panas di luar membuat badan saya terasa bergetah. Saya jadi tidak selesa. "Otak mereka bergeliga tetapi rohani mereka kosong. Tidak diisikan dengan iman, kerana itu mereka teraba-raba mencari pegangan

36 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

dalam hidup," suara Uda Lamat lembut dan saya tertarik dengan pendapatnya itu. "Dalam mencari itulah mereka jadi sesat, lalu lahir bermacam agama baru yang bertujuan untuk mencari ketenangan rohani, bila perkara yang dicari tidak dapat ditemui mereka membunuh diri beramai-ramai, semuanya ini kerana mereka tidak ada iman," lanjutnya Uda Lamat lagi. Datuk angguk kepala. Kagum juga saya, orang kampong macam Uda Lamat dapat memberikan pendapat yang baik. Mungkin dia bercakap berdasarkan perhatiannya yang teliti dan mungkin juga berdasarkan pada pengalaman. Dalam saat itu juga saya teringatkan berita yang pernah saya baca dalam akhbar berhubung dengan tindakan beberapa orang bijak pandai Negara Barat, tidak kira dari Blok Komunis atau sebagainya bertindak membunuh diri, bila mereka merasakan yang diri mereka tidak dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan. Seorang novelis boleh membunuh diri kerana merasakan dirinya tidak akan dapat melahirkan mahakarya seperti dihasilkan sebelumnya. Begitu dengan pelakon filem, penyanyi dan sebagainya, bila mereka merasakan apa yang mereka hasilkan kini, tidak sebaik masa lalu, mereka segera mencari pelarian dengan melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan boleh memberi ketenangan, mereka mencipta pakaian yang manjolok mata, bersekedudukan, melakukan hubungan sesame jenis, bunuh diri namun ketenangan rohani yang mereka cari makin jauh dari mereka. "Iman adalah sinar kehidupan manusia sedunia," Uda Lamat meninggikan suaranya untuk menarik perhatian saya yang termenung. Apa yang bermain dalam tempurung kepala saya segera berakhir. Datuk menghirup kopi lagi. "Bila iman sudah berada dalam diri seseorang, dia akan merasai dirinya cukup kecil, mahu melakukan sesuatu dengan penuh kerelaan demi Allah yang maha besar," datuk menyampuk. "Ya, itu sudah tentu, sebab dia sudah tahu ke mana akhirnya kehidupan yang dilaluinya," tingkau Uda Lamat. "Kembali pada yang menjadikan dirinya sebagai hamba," sahut datuk. Lagi sekali Uda Lamat tegakkan ibu jari kanannya ke arah datuk. "Orang yang beriman tidak takut pada manusia. Dia hanya takut pada Allah, kerana itu bila dia sendiri atau makan gaji dia akan bekerja dengan jujuir, tidak mahu ponteng, tidak mahu menerima rasuah, tidak mahu melakukan penyelewengan, tidak mahu menindas. Kalau jadi ketua akan jadi ketua yang bertimbang rasa dan tegas kerana dia sedar apa yang berbuatnya itu adalah amanat Allah," satu kuliah pendek yang amat berkesan dir Uda Lamat. Membuat saya termenung panjang sambil berfikir. DALAM Kenapa orang yang beriman itu jadi begitu? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, jawapan dari pertanyaan itu datang sendiri ke dalam hati saya, orang yang beriman itu mempunyai kekuatan yang tersendiri, ada pegangan dalam kehidupannya. Selalu mahu melakukan kerja yang baik dan diredhai Allah. Jiwanya jadi tenang kerana menyandarkan hidupnya pada Allah. Garis kehidupan tidak lari dari panduan Allah dan Rasul. "Satu hal yang mesti kita ingat untuk mencari iman yang penuh, kita mesti mempunyai kesungguhan dan ilmu itu perlu dicari," datuk mengejutkan diri saya dari berjawab dengan perasaan sendir. Uda Lamat tidak memberikan sebarang komen terhadap kata-kata yang datuk luahkan itu. Dan saya sendiri tidak mahu mengemukakan sebarang soalan padanya. Apa yang pasti, saya mesti mencari kebenaran dari kata yang diucapkan oleh Uda Lamat itu dari ulama yang diakui tentang ketinggian ilmunya. Mungkin perkara itu memakan masa sedikit, tidak mengapa kerana ilmu boleh dicari dalam sehari dua. "Orang Islam terdahulu dari kita kuat imannya kerana itulah pernah wujud Empayar Islam yang menguasai sebahagian dari benua Eropah, mempunyai angkatan perang yang kuat dan dikagumi oleh orang bukan Islam. Mempunyai cerdik pandai yang terbilang, ibu negara Islam jadi pusat sejarah Islam pula. Ternyatata orang tua yang kelihatan tidak ada apa-apa itu sebenarnya seorang yang luas pengetahuannya tentang Islam. "Agaknya mereka berjaya kerana mereka melakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana mahu pangkat atau nama, mereka curahkan ilmu pada orang lain demi kemajuan Islam," tanya saya. "Ya, mereka melakukan sesuatu berlandaskan hukum Islam yang betul, kuat beriman pada Allah. Tetapi, sekarang kebesaran Islam mula runtuh mungkin kerana iman orang Islam sudah menipis. Dahulu orang Islam dihormati kerana ketinggian ilmu dalam segala bidang, sekarang orang Islam mengemis ilmu pada orang bukan Islam sedangkan ilmu itu dulu dipelopori oleh orang Islam," nada suara Uda Lamat mengandungi rasa kesal. Dia merenung ke kiri dan kanan. "Apa mahu dikatakan lagui semuanya sudah berlalu, tidak guna dikenang, buat menyakitkan hati saja," rasa putus asa yang diluahkan oleh datuk memang menusuk perasaan saya. "Perkara ini timbul kerana memperkatakan tentang iman," sahut Uda Lamat, dia seolah-olah merasa kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan oleh datuk. "Saya faham iman dan Islam memang tidak boleh dipisahkan," datuk bagaikan tersedar tentang kesilapan kecilyang dilakukannya. "Mengenangi untung malang masa lau untuk dijadikan panduan teladan bagi masa depan, hukumnya harus, tidak salah kerana kita mencari kebaikan, setiap yang baik itu memang digalakkan oleh Islam dari perkara kecil sebegini boleh memberikan baja pada rohani kita untuk menguatkan iman ini salah satu cara yang paling mudah dan kecil kita lakukan." Ternyata secara tidak langsung, Uda Lamat memberikan ilmu yang baik untuk diamalkan. "Betul cakap awak tu," datuk bersuara. "Jangan cepat kata betul, fikir dan kaji apa yang saya katankan itu," Uda Lamat mula bangun. Dia mengeliat bagi menghilangkan rasa lenguh di setiap sendir anggota tubuhnya. BANGUN Saya bangun lalu mengumpulkan cawan-cawan kosong, kemudian saya serahkan pada nenek di dapur. Waktu saya dating ke ruang anjung semula, saya dapati Uda Lamat sudah pun berdiri di anak tangga. "Awak tak usahlah bimbang, apa yang terjadi pada cucu awak dengan izin Allah tak akan berulang lagi. Awak sendiri tahu bagaimana mahu mengatasi perkara buruk macam itu," sambil bercakap Uda Lamat tening muka datuk. "Saya tahu, tapi iblis dan syaitan tak mudah mengaku kalah," sahut datuk.

37 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Sebagai hamba Allah kita harus berikhtiar dan meminta perlindungan dari Allah." Uda Lamat hulurkan tangan pada datuk. Mereka bersalaman, bebrapa detik kemudian Uda Lamat melangkah turun dan akhirnya sarungkan capal ke kaki. "Saya jalan dulu," Uda Lamat dongak muka ke arah datu. "Silakan," balas datuk dengan senyum. Uda Lamat pun mengatur langkah lalu meredah panas terik. Datuk yang berdiri di ambang pint uterus menyorot langkah Uda Lamat hingga hilang dari pandangannya. Saya yang masih duduk bersila di rauang anjung terus melunjurkan kedua belah kaki. Walaupun saya berusaha melupakan apa yang telah terjadi pada diri saya tetapi, peristiwa itu sesekali menerpa juga ke dalam tempurung kepala yang membuat saya merasa cemas dan bimbang tidak menentu. "Dia macam harimau yang menyembunyikan kuku," datuk segera pusingkan badan. Merenung tepat ke arah batang hidung saya. "Siapa yang tuk maksudkan?"uk kata macam tu padanya?" "Uda Lamat." "Kenapa tuk kata macam tu padanya?" Saya mendesak. "Dia orang berilmu tapi, ramai yang tidak tahu tentang kebolehannya, dia selalu merendahkan diri walau dia ada harta kerana sikapnya itu, orang selalu memikirkan dirinya tidak ada apa," datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Anak matanya menyorot sayu ke halam rumah yang terbentang dipanggang matahari yang terik. "Siapa sebenranya Uda Lamat tu, tuk?" "Dia tu pengasas sebuah sekolah Arab di Selangor, kerana semangatnya yang meluap-luap meentang Inggeris dia ditangkap, bertahun duduk dalam tahanan di Singapura, Morib, Melaka, bila dibebaskan dia terus membuka kedai buku-buku agama di Pulau Pinang. Dia juga menulis buku-bku atau kitab-kitab agama." "Dah tu macam mana dia dating sini, agaknya dia memang oaring kampong kita tuk?" "Memang datuk neneknya orang sini, bila dia tak berniaga dia terus menetap di sini, dia jadi petani dan tumpukan kerja pada hal-hal kebajikan serta keagamaan," demikian datuk menjelaskan pada saya. Sesunggunhnya, penjelasan itu membunuh keraguan dan anggapan nuruk saya terhadap Uda Lamat. Selama ini, saya anggap dirinya sebagai manusia yang menggunakan kekayaan untuk menarik perhatian orang-orang kampong, suka menikah dengan perempuan yang diingini. Saya juga selalu memikirkan yang Uda Lamat itu tidak ada apa-apa, tarafnya sama dengan orang-orang kampong yang rata-ratanya tidaj mendapat pendirdikan hingga tahap sekolah menengah. Jauh di dalam hati, saya menyesali diri sendir kerana terlalu cepat memberi penilaian atau label terhadap seseorang mengikut kacamata sendiri. "Ada lagi yang nak kautanyakan tentang Uda Lamat dari aku, Tamar?" Datuk ajukan pertanyaan pada saya. Nada suaranya keras bersama wajah yang tidak menyenangkan. Tanpa berfikri panjang, saya terus menjawab. "Tak ada lagi nak Tanya tuj. Dia orang yang berilmu." "Kamu harus berguru dengannya, dampingi dirinya untuk mencari sesuatu yang berguna darinya," sebaik sahaja selesai berkata-kata datuk meninggalkan saya sendirian di ruang anjung rumah. PERANGAI Saya sudah faham benar dengan perangai datuk, bila sahaja ada orang yang difikirkannya memilik ilmu yang tinggi, sama ada ilmu dunia atau akhirat, dia akan menggesa saya mendekati orang itu untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dari orang tersebut. Inilah perangai datuk yang tidak saya senangi. Apakah datuk memikirkan tiap inci ruang dalam kepala saya ini, mesti diisi dengan ilmu yang dikutip dari orang tertentu. Apakah datuk fikir setiap orang yang berilmu itu, amat mudah mahu mencurahkan ilmu pada cucunya yang bernama Tamar Jalis. Suara batin saya terus bergolak dalam dada. Tidak terdaya mahu saya luahkan pada datuk. Saya tidak sanggup menerima tengking herdik dari datuk bila perkara seperti itu dinyatakan secara terbuka padanya. Memang pantang datuk tujuh keturunan mengaku kalah sebelum mencuba. Dalam istilah kehidupan seharian datuk tidak ada perkataan kalah sebelum berjuang. Datukselalu memuji dan hormat dengan sesiapa yang sudah mencuba atau berusaha sedaya upaya tetapi akhirnya kalah. "Orang seperti itu memang patut dipuji dan dihormati, mereka ada kemahuan, ada semangat dan sanggup menghadapi cabaran tetapi tuah tidak ada pada mereka. Dalam budaya orang-orang Melayu mencuba dan berjuang memang diutamakan tetapi budaya itu, kini sudah luput, apa yang ada pada kita ialah mengaku kalah sebelum berjuang," secara mendadak sahaja saya teringatkan kata-kata yang pernah datuk ucapkan pada saya. SURAT Dengan izin Allah, berkat doa dan usaha dari datu dan Uda Lamat, saya dapat mengikis kenangan pada peristiwa ganjil yang telah saya alamai dari kotak ingatan saya. Rasa yakin pada diri sendir semakin menebal di hati malah, batang tubuh dan wajah Amjal Kamal tidak lagi di ruang mata, ketika saya duduk mengelamun sendirian. Dalam waktu tertentu, terutama menjelang waktu senja, saya akan terserempak dengan Agam melintasi kawasan belakang rumah. Bila terserempak begitu, kami tidak berkata apa-apa. Kadang-kadang baru sahaja terniat mahu memberi salam Agam terus hilang dengan sekelip mata sahaja. Bila hal itu saya sampaikan pada datuk, dia Cuma mengingatkan saya, supaya berhati-hati. Memang tidak pernah terfikir yang saya boleh menjalin hubungan dengan Uda Lamat penuh akrab. Saya sering bertandang ke rumahnya bila ada waktu terluang. Dia memang handal tentang sejarah Islam, nama pahlawan dan pemimpin Islam zaman nabi hingga kini terkumpul dalam kepalanya. Tanyalah tentang apa sahaja yang berhubung dengan keagungan dan sebab-sebab keruntuhan empayar Islam, dia akan menjelaskannya dengan terperinci sekali. Setiap kali saya meninggalkan rumahnya, Uda Lamat sering mengingatkan saya supaya memperbanyakkan sembahyang sunat. Menurutnya bila kita banyak melakukan sembahyang sunat, secara tidak langsung kita akan memperdekatkan diri dengan Allah dan Allah akan memberikan kekuatan zahir dan batin, kita akan terlindung dari gangguan m,akluk jahat seperti iblis dan syaitan. Saya berazam unutk menunaikan segala nasihat yang baik dari Uad Lamat itu.

38 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Pada suatu hari, tanpa diduga datuk menerima sepucuk surat dari keluarga jauh yang bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu di Prai dalam bahagian bengkel. Dalam surat itu Mat Prai (nama timangan yang digunakan untuk keluarga jauh itu) mengundang datuk sekeluarga ke rumahnya. Saya bagaikan tidak percaya, bila datuk menyatakan yang dia mahu memenuhi permintaan Mat Prai. Setahu saya hubungan datuk dengan Mat Prai tidak seakrab atau semesra hubungan dengan saudara mara yang lain. "Kenapa tiba-tiba awak nak pergi?" Soal nenek. "Kalau fikirkan perangai serta perbuatannya pada adik-adiknya, saya memang tak mahu pergi." "Tapi sekarang kenapa beria-ia nak pergi?" Desak nenek lagi. "Ada tiga sebab, pertama aku tak mahu dia anggap aku memulaukannya. Kedua, aku mahu merapatkan kembali hubungannya yang renggang. Ketiga, dia sudah mengalah dengan menulis surat kepadaku dan aku kira dia dalam kesusahan sekarang, tak usah halang aku nak pergi," datuk memberikan keputusan muktamad. Nenek hanya angguk kepala sambil tersenyum mengakhiri dialog kecil antara keluarga pada petang di meja makan. Nenek terus menyatakan, yang dia tak mahu ke Prai kerana urusan binatang ternakan ayam, itik dan kambing serta kerbau. Selain dari itu nenek sudah tidak berdaya untuk duduk di bangku keretapi, bas atu teksi lebih dari setengah jam. Lebih dari masa itu, pasti nenek mengalami sakit pinggang dan dalam tempoh dua puluh empat jam seluruh sendinya akan mengalami bengkak.Nenek juga akan mengalami kesukaran membuang air kecil dan air besar. Dapat dapat menerima alasan itu (bersambung)...

CHAPTER LIST

(JILID 7) SIRI 107 : MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN Feb 16, '10 2:36 AM
by jaja for group komunitisbdj SIRI 107 : MAKHLUK ANEH DI DUSUN DURIAN Waktu saya dan datuk berangkat ke Prai, nenek menghantar kami ke perhentian bas di pekan kecil. Nenek membekalkan buah tangan untuk keluarga Mat Prai, dua biji buah air serta beberapa bungkus tapai pulut. Buat saya dan datuk nenek bekalkan nasi lemak. Nenek tak suka kami makan di kedai yang belum pasti kebersihannya. "Kami naik bas dari sini sampai Taiping saja," beritahu datuk kepada nenek. "Dari Taiping ke Prai nak naik apa? Naik keretapi, bas atau teksi?" Nenek terus mendesak. Datuk kedutkan kening dan dahi. "Kami nak naik teksi, biar cepat sampai ke Prai." "Fasal berjalan, bukan main banyak duit awak," sindir nenek lalu disambut dengan ketawa oleh datuk. Saya Cuma tumpang senyum sahaja. Alangkah bahagianya pasangan nenek dan datuk. Walaupun sudah tua, kemesraan dan kasih sayang mereka tetap segar. TINGGAL Pekan kecil kami tinggalkan bersama doa restu daripada nenek. Tiga jam kemudian kami pun sampai di Prai, dari situ terus menuju ke rumah Mat Prai. Kami disambut dengan penuh mesra dan secara kebetulan pula, pada hari kami tiba itu Mat Prai mula mengambil cuti tahunannya selama seminggu. "Memang tepat masanya. kami nak balik ke kampung di Balik Pulau. Sekarang musim durian. Ayah Alang boleh ikut kami. Lagipun Ayah Alang dah lama tak tengok keluarga di sini," Mat Prai yang berkulit hitam, anak jati Balik Pulau yang tinggal di Kampung Kongsi mengemukakan cadangan. "Itu susah sikit Mat". "Apa susahnya, semua tambang dan makan saya tanggung." "Bukan fasal tu." "Habis fasal apa?" "Aku janji dengan Mak Alang kamu nak balik cepat," datuk berdalih. Saya agak kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh datuk itu. Kalau boleh saya mahu datuk menurut kata Mat Prai. Saya cukup berminat untuk pergi ke Balik Pulau. Sebuah daerah asing yang belum pernah saya jenguk. "Tak mengapa, dia tahu kalau sudah pergi ke rumah saudara mara tentu makan masa lama. Lagipun di sana ada cerita baru," Mat Prai mula memujuk. "Cerita apa Mat?" "Saya dapat tahu ada cerita pelik di musim durian ni. Buah durian yang luruh malam hilang." "Pelik apa, itu tandanya durian yang luruh dicuri orang," tingkah datuk lalu dia ketawa berdekah-dekah. Dari gerak geri dan air muka Mat Prai, ternyata dia kurang senang dengan ketawa datuk luahkan. Perlahan-lahan dia sandarkan tubuhnya ke dinding. Isterinya datang mengambil pinggan dan piring yang kosong. Sebenarnya, kami baru sahaja selesai makan tengah hari. Masakan yang disediakan oleh isteri Mat Prai memang menyelerakan. Tapi datuk makan sekadar untuk

39 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

kenyang. Cuma saya sahaja yang bertambah. "Begitulah, bila saya ceritakan semua orang ketawa, bila datang tengok dengan mata kepala sendiri, semuanya ternganga dan takut," ujar Mat Prai termengah-mengah, usia baru masuk empat puluh tahun. Ada tiga anak yang masih kecil. Nampaknya, Mat Prai berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan keyakinan kepada diri datuk. "Saya hampa juga bila Ayah Alang tak percaya," begitu hampa nada suara Mat Prai. Rasa kecewa terpamer di wajahnya. Sikapnya yang ditunjukan itu menimbulkan rasa simpati pada diri datuk. "Kalau bukan dicuri orang, boleh jadi buah durian tu dimakan oleh harimau," kata datuk sambil renung muka Mat Prai. Cepat-cepat Mat Prai gelengkan kepala. "Pelik juga, kalau tak dicuri, tak dimakan harimau, makhluk apa yang membahamnya?" Datuk kerutkan kening. "Inilah yang menjadi masalahnya, Ayah Alang." "Banyak kebun durian orang lain yang jadi macam tu?" soal datuk lagi. Saya kira datuk mula minat dengan persoalan yang disampaikan oleh Mat Prai padanya. "Setidak-tidaknya tiga tuan punya kebun durian mengalaminya. Mereka berjaga malam. Bila terdengar bunyi durian jatuh mereka berkejar ke perdu durian. Bila sampai cuma bekas sahaja yang ada. Di tempat durian jatuh, mesti terjumpa sehelai daun sirih hutan yang tercalit kapur," Mat Prai mula membuka kisah. "Perkara ini kau dengar cerita dari orang atau kau tengok sendiri?" datuk mula mencungkil rahsia. Mat Prai tersenyum. "Saya sendiri alami perkara tu, Ayah Alang!" "Hah, kau mengalaminya sendiri?" Datuk jegilkan biji mata sambil menegakkan badannya. Tanpa ragu dan penuh keyakinan, Mat Prai anggukkan kepala. Silanya terus diperkemaskan. "Cuba ceritakan pengalaman kamu pada aku." "Bila sudah terlihat daun sirih dan kapur tu, saya tercium bau kapur barus yang selalu digunakan untuk memandikan mayat. Saya juga tercium bau telur tembelang," tiba-tiba saya terasa seram dan bulu tengkuk saya terus berdiri. Datuk menggigit bibir. Wajahnya Nampak tenang sekali. "Kerana itulah kamu panggil aku ke mari," datuk membuat tuduhan melulu kepada Mat Prai. Sudah tentu Mat Prai tidak dapat menerima tuduhan itu. Secara terang-terangan dia menafikannya. "Saya panggil bukan kerana itu, ada perkara lain yang lebih besar daripada itu. Saya kira hanya Ayah aAang sahaja yang boleh menyelesaikannya," wajah Mat Prai cukup serius. "Apa masalahnya Mat?" "Hubungan saya dengan adik saya bertambah jauh. Saya mahu Ayah Alang jadi orang tengah untuk mendamaikannya." "Itu senang, kau mesti mengalah dan bertolak ansur dengannya. Walau apa pun, kau sabarlah dulu. Aku lebih berminat dengan cerita durian di Balik Pulau yang jatuh terus hilang," hati saya cukup gembira bila datuk sudah menyatakan hasratnya secara terang-terangan kepada Mat Prai. Saya berdoa dalam hati supaya keluarga Mat Prai berangkat segera ke Balik Pulau. "Bila agaknya kita nak pergi?" Mat Prai pula mengajukan pertanyaan kepada datuk. Datuk reasah. Tindakan Mat Prai membuat diri datuk berada dalam keadaan serba salah. "Aku ikut kamu, cepat kata kamu, cepatlah kata aku," balas datuk. "Apa kata selepas sembahyang Asar kita pergi." "Boleh juga, asalkan sampai siang ke rempat tersebut. Aku nak tinjau kawasan itu. Manalah tahu boleh jadi semua itu dilakukan oleh manusia, bukan makhluk ganjil. Datuk terus bangun. Berdiri di tepi tingkap merenung ke arah rumah para pekerja keretapi yang lain. "Saya tak fikirkan perkara itu dilakukan oleh manusia. Ini semua kerja makhluk halus," Mat Prai bangun lalu mendekati datuk. Dengan tenang datuk menggeleng kepala. Mat Prai jadi resah. "Mesti perbuatan makhluk halus," tekan Mat Prai lagi. Datuk segera memandang ke mukanya. "Tak boleh cakap macam tu, kita periksa dulu dan cari bukti. Manusia ni apa kurangnya dengan tipu helah," balas datuk. Mat Prai terdiam dan terus duduk kembali. FERI Petang itu, setelah menunaikan sembahyang Asar, kami segera berangkat ke jeti (sekarang Pengkalan Sultan Abdul Halim) dan dari situ menyeberangi selat kecil (saya menyebutnya sebagai Selat Pulau Pinang) dengan feri menuju ke Bandar Tanjung, (George Town Pulau Pinang) kerana sudah beberapa kali datang ke bandar tersebut, tidak ada sesuatu yang menarik bagi saya. "Kami segera menuju ke perhentian bas di Pengkalan Weld untuk menanti bas ke Balik Pulau. Mat Prai sudah memberitahu saya jalan ke sana agak bengkang-bengkok. Kalau tidak tahan boleh muntah dibuatnya. Sebagai usaha agar saya tidak muntah dalam perjalanan, datuk segera hulurkan secarik kertas yang disambarnya ketika kertas itu diterbangkan oleh angin di depannya. "Buat apa tu?" Tanya Mat Prai. "Petua orang tua-tua, bila kita nak berjalan, tiba-tiba terserempak dengan daun atau kertas yang diterbangkan angin, cepat-ceoat kita sambar dengan senafas. Khasiatnya boleh dijadikan tangkal penahan muntah. "Selain dari daun dan kertas, ranting kayu boleh tak digunakan?" Soal Mat Prai lagi.

40 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Boleh, asalkan benda-benda tu tidak terkena tanah dan datangnya dari arah matahari terbit menuju ke arah matahari jatuh," datuk memberi penjelasan. "Benda tu dibuat macam mana? Ditelan?" Datuk tersenyum, pertanyaan dari isteri Mat Prai memang melucukan. "Tak payah ditelan, cukup sekadar diletakkan di bahagian depan perut. Diselitkan pada celah seluar, kain atau tali pinggang. Jangan diubah-ubah atau dibuang, kecuali sampai ke tempat yang dituju. Kalau dibuang demasa dalam perjalanan, kita akan muntah dengan serta merta," dengan tenang datuk memberikan penerangan. "Tapi, anak saya tak muntah apabila naik bas atau keretapi,:" Mat Prai memberitahu datuk tentang anak-anaknya. "Boleh jadi kedua anak kamu tu, sudah biasa dengan jalan yang bengkang-bengkok. Cucu aku ni tak berapa biasa, jadi aku buat persediaan." "Ya, sediakan payung sebelum hujan, tingkah isteri Mat Prai. Datuk tersenyum dan Mat Prai terus ketawa. Bila ketawa Mat Prai berakhir dan senyum datuk berhenti, bas ke Balik Pulau pun sampai. Tanpa membuang masa kami terus naik bas. KONGSI Ketika sampai di perhentian bas di pekan Kongsi yang letaknya berdepan dengan Balai Polis Balik Pulau, hari masih cerah lagi. Kami terpaksa berjalan kaki menuju rumah arwah orang tua Mat Prai yang terletak berdekatan dengan masjid Balik Pulau. Setelah berada lebih kurang dua jam di rumah orang tua Mat Prai, kami segera berangkat ke rumah yang didirikan oleh Mat Prai di Kampung Pondok Upih. "Bila saya berhenti kerja, saya nak duduk di sini. Fasal itulah saya buat rumah cepat," Mat Prai beritahu datuk. "Bagus, tanah ni kau beli?" Soal datuk sambil merenung kawasan rumah papan yang berbumbung lima. "Tanah pusaka. Ini bahagian saya," jawab Mat Prai. "Oh," datuk anggukkan kepala, "besar rumah kamu," sambung datuk. Mat Prai terus tersengih. "Naiklah, buat apa tercegat kat situ," suara isteri Mat Prai meninggi dari tingkap dapur. Cukup pantas dia naik ke rumah lalu membuka pintu tingkap. "Mari kita naik," susul Mat Prai. Cakapnya itu segera kami patuhi. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang karenah anak Mat Prai. Mereka cukup lincah dan riang. Berlari ke sana ke mari di halaman rumah. Adakalanya memanjat pepohon sekitar rumah dan membaling beburung yang terbang rendah. Bagaikan mahu pecah anak tekak isteri Mat Prai mengingatkan mereka supaya berhati-hati bila berlari. Jangan sampai tersepak tunggul, jangan sampai jatuh dalam longkang atau terjatuh ke dalam perigi buta. Ingatan itu bagaikan tidak berkesan sama sekali terhadap kedua anak Mat Prai. Mereka terus berlari ke mana sahaja ikut kemahuan sendiri. Telatah kedua orang anak Mat Prai memang membosankan. Tetapi, adakalanya telatah mereka melucukan sehingga sata tersenyum panjang. Selepas puas berlembut, akhirnya isteri Mat Prai hilang sabar apabila dia melihat anak sulungnya menebang pokok langsat. Tanpa sebarang amaran dia terus memukul anaknya itu dengan pelepah kelapa. Datuk terpaksa campur tangan untuk meleraikannya. "Dia, kalau dah marah memang tak sedarkan diri," bisik Mat Prai ke telinga datuk. Nampaknya datuk tidak dapat menerima alasan itu. "Kamu sebagai suami harus menahannya. Kalau kau biarkan dia ikut perasaan, nanti budak yang rosak. Kamu sendiri tahu, marah tu permainan syaitan. Aku memang tak suka orang memukul anak teruk-teruk. PERGI Memang sudah direncanakan, selepas sembahyang Isyak dan makan malam, kami bertiga iaitu datuk, saya dan Mat Prai akan berangkat ke tempat yang dijanjikan. Tetapi, anehnya datuk seperti sengaja mahu melambat-lambatkan untuk pergi ke tempat tersebut. "Bila kita nak pergi, Ayah Alang? Kalau lambat nanti mengantuk," Mat Prai mengajukan pertanyaan. Datuk yang tersandar di dinding segera menegakkan tubuhnya. Saya lihat kedua belah bibirnya bergerak. Dalam keadaan begini pun datuk masih berzikir, rungut saya dalam hati. "Tunggu sekejap," datuk segera bangun. Dia pergi ke telaga mengambil air sembahyang. Kembali semula ke rumah dengan wajah yang tenang. Sambil berdiri datuk menatap wajah saya dan Mat Prai. "Kalau boleh, biarlah muka kita sentiasa dibasahi dengan air sembahyang," secara tidak langsungdatuk mengajar saya dan Mat Prai untuk melakukan sesuatu yang baik. Buat beberapa saat, suasana di ruang rumah terasa sepi. Saya atau Mat Prai tidak berhasrat mengajukan sebarang pertanyaan pada datuk. "Semua sudah siap?" Satu pertanyaan yang mengejutkan dari datuk. Saya dan Mat Prai berpandangan. Sukar untuk saya menangkap maksud sebenar dari kata-kata datuk itu. "Memang dah siap nak pergi Ayah Alang." "Kalau dah siap, mana lampu picitnya, mana penyuluhnya, mana parang panjang dan goloknya," soal datuk dengan wajah yang serius. Saya mula memahami maksud datuk. "Semua sudah ada, Ayah Alang." "Kalau sudah ada, letakkan barang-barang tu di sini, aku nak tengok." "Tunggu, saya ambil," Mat Prai terus bangun dan keluar dari rumah menuju ke tanah. Bebepa minit kemudian, Mat Prai datang. Semua barang yang dikehendaki oleh datuk diletakkan di tengah ruang rumah. Datuk menatapnya dengan senyum. Saya melihat dia melangkah ke depan dengan merendahkan badan sambil membengkokkan lutut kirinya.

41 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Saya mula faham, langkah itu langkah berisi, ada maksud dan tujuan tertentu. Bukan langkah kosong. "Daun kelapa untuk suluh memang banyak saya simpan," Mat Prai memberi penjelasan. Datuk menganggukkan kepala lalu duduk mencangkung di depan barang-barang yang disediakan pleh Mat Prai. Saya kira lebih dari sepuluh detik datuk berkeadaan demikian. "Bukan apa-apa," datuk melirik ke arah Mat Prai. "Kita ni orang Melayu. Sejak zaman-berzaman menggunakan sulih atau andang bila berjalan malam. Tetapi, sekarang andang tak diperlukan. Kita sudah maju. Sudah ada lampu picit, tetapi..," datuk tidak meneruskan kata-katanya. Dia menarik nafas panjang sambil mengedutkan dahi. "kerana di kebun durian ada perkara aneh terjadi, kerana itulah aku mahu menyediakan semuanya ini," datuk meneruskan kara-kata yang terhenti. Rasa lega bertandang dalam hati saya. "Sekarang kita pergi," itu arahan daripada datuk. Serentak dengan itu datuk terus berdiri. Saya dan Mat Prai segera mengambil barangbarang di tengah ruang dan melangkah ke pintu. "Beri aku kepala jalan. Kau Cuma beritahu nak belok ke kiri atau ke kanan," datuk menghalang langkah Mat Prai. Langkah saya jadi terhenti. Kesempatan itu saya gunakan untuk melihat ham dinding rumah Mat Prai. "Dah dekat pukul sepuluh setengah." Keluh saya dalam hati sambil melangkah dan memijak anak tangga. Mat Prai yang mengekor di belakang tidak bersuara langsung. Bila dia sampai di halaman rumah, datuk terus menepuk bumi dengan telapak tangannya tiga kali berturut-turut. "Kita melangkah sekarang, tak payah pakai andang daun kelapa, memadai dengan lampu picit saja," datuk terus berdiri di depan saya. Baru tiga kali melangkah, datuk terus berhenti. "Kamu di belakang aku, Si Tamar yang akhir," arahan yang tidak menggembirakan dari datuk untuk saya. Mat Prai segera mengambil tempatnya. Secara mendadak sahaja saya menjadi cemas dan takut. Saya toleh ke kanan dan toleh ke kiri. Apa yang saya lihat ialah pepohon yang kaku dalam kegelapan malam. Suara cengkerik memekakkan anak telinga. "Ayuh jalan, kau jadi tukang suluh jalan," datuk mengingatkan Mat Prai tentang tugas yang mesti dilakukannya. Perjalanan yang terhenti disambung kembali. BULU Setiap kali melangkah, saya terasa seperti ada sesuatu yang mengikuti saya. Bulu tengkuk saya meremang secara tiba-tiba. Suara cengkerik yang tidak putus-putus itu, saya rasakan seperti tangisan bayi yang kelaparan susu. Dalam gelap itu, saya terpandang benda putih yang bentuknya seperti batang pisang berada di awang-awangan dan sering mendekati saya. Anehnya, bila saya jegilkan biji mata dan tumpukan perhatian ke arahnya, benda itu hilang dan apa yang saya lihat ialah dedaun dari pokok-pokok renek yang bergerak-gerak ditolak angin malam. "Jauhkah lagi?" Tanpa sabar saya mengajukan pertanyaan kepada Mat Prai. "Dari sini kira-kira enam rantai lagi," jawab Mat Prai sambil melihat ke arah cahaya api pelita dari pondok durian milik orang setempat. Bila dapat bercakap sambil berjalan, rasa takut dan cemas yang menguasai hati terus hilang. Perjalanan malam yang mendebarkan itu pun berakhir. Kami sampai di pondok durian. Mat Prai segera memperkenalkan dua budak lelaki yang berbadan tegap, berusia lingkungan 25 26 tahun, berkulit cerah kepada saya dan datuk. Kata Mat Prai, kedua-dua budak tersebut berasal dari Pulau Betung yang sengaja diupah oleh Mat Prai untuk menunggu dusun durian. "Mereka ni memang berani, ada sedikit-sedikit ilmu dunia. Fasal itu saya panggil mereka," bisik Mat Prai pada datuk. "Macam mana kau upah dia orang?" Soal datuk dengan nada suara yang perlahan. Pada hemat datuk, kurang manis kalau persoalkan semacam itu sampai pengetahuan mereka. Mat Prai segera menjelaskan cara upah yang dilakukan. Mereka akan mengira secara rambang jumlah buah durian yang ada. Kemudian buah itu dibahagi dua tetapi, orang yang diupah itu dimestikan menjaga dan membersihkan dusun durian mengikut musim perjanjian. "Satu kerjasama yang baik, berasaskan pada kejujuran dan keikhlasan," puji datuk lalu dududk di bendul pondok. Pemuda dari Pulau Bentung berdiri di sudut pondok. "Tak apalah abang Mat Prai, kerana abang dah ada, biarlah kami balik," kata pemuda yang bermata besar. "Kenapa begitu? Marilah kita tunggu bersama" saya cuba menahan. "Memang sudah begitu janji yang dibuat. Kalau abang Mat Prai ada, kami mesti balik. Kalau dia tak ada kami ambil alih tempatnya," tingkah pemuda yang seorang lagi. Bulu matanya cukup tebal. Apabila kedua pemuda itu mahu meninggalkan pondok durian, Mat Prai segera bertanya. "Ada benda-benda pelik?" "Abang tengok sendirilah," jawab mereka serentak kalu beredar meninggalkan kami. Angin malam yang bertiup tenang membuat saya cepat mengantuk. Tanpa membuang masa saya terus merebahkan badan di lantai pondok. Mat Prai terus menghitung buah durian di kaki tangga yang dikumpulkan oleh kedua pemuda tadi. Datuk pula memeriksa kawasan sekitar pondok dan akhirnya berlabuh di perigi. Saya terkejut bila datuk mandi malam kerana perbuatan mandi malam memang jarang dilakukannya. Mungkin datuk mempunyai maksud dan tujuan tertentu. Fikir saya sambil menggolekkan tubuh ke kiri dan ke kanan lantai pondok yang dibuat daripada bulu. "Tolong saya, Ayah Alang. Tolongggg" Saya terkejut dan segera bangun bila mendengar jeritan Mat Prai. Serentak dengan itu secara tiba-tiba lampu minyak tanah yang tersangkut pada tiang pokok terus padam. Kulit durian berterbangan ke arah saya. Badan saya terasa pedih dan luka. Saya terpaksa merangkak dalam gelap. Jeritan Mat Prai tidak kedengaran lagi. Dia mengerang macam orang menahan sakit yang amat sangat. Saya terus memanggil nama datuk beberapa kali. Malangnya, laungan itu dihalang oleh bunyi air yang jatuh ke tubuh datuk. Dalam

42 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

keadaan yang tidak menentu itu, terdengar bunyi paluan kompang yang disertai dengan sorak-sorai yang meninggi. Saya terus merangkak dan meraba dalam gelap. Entah macam mana saya terlanggar dinding pondok yang dibuat dari tepas. Dinding itu terkopak dan saya terdorong ke depan lalu jatuh ke tanah macam nangka masak yang lekang daripada tangkainya. Sekitnya bukan kepalang. Walaupun sakit, saya cuba bangun dengan berpaut pada tiang pondok. Usaha itu tidak berhasil. Saya tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana gelap. Saya terus memeluk tiang pondok. Entah macam mana saya terasa seperti ada makluk ganjil yang muncul di sisi saya. Dalam keadaan yang cemas itu, leher saya diraba oleh sepasang tangan yang berbulu tebal dan panjang. Tangan berbulu itu bergerak dari batang leher ke muka lalu menyentuh pipi, hidung dan mata. Bila telapak tangan berbulu berada di atas lubang hidung membuat saya sukar bernafas. Tanpa diduga tubuh saya dipeluk dengan eratnya. Dengan sedaya upaya saya cuba meronta, entah macam mana kaki saya tersepakkan sebatang kayu. RENDAH Saya pun merendahkan badan lalu mengambil kayu tersebut. Dengan sepenuh tenaga, hujung kayu itu saya hentakkan ke tubuh berbulu. Dalam gelap itu saya terdengar suara orang mengeluh menahan kesakitan yang amat sangat. Serentak dengan itu, sepasang tangan yang berbulu yang memeluk tubuh saya beransur lemah dan akhirnya saya bebas dari pelukan yang membuatkan saya sukar bernafas. Saya terus merangkak dalam gelap tanpa matlamat yang tertentu. Kepala lutut saya terasa pedih bila terlanggar kulit durian. Entah macam mana saya terpelukkan tubuh Mat Prai. "Siapa?" Tanya Mat Prai. "Saya, lampu picit di mana?" Soal saya sambil duduk dalam gelap. Mat Prai bercakap sendiri menyalahkan dirinya kerana meletakkan lampu picit merata-rata. "Aku ingat, aku letakkan dekat tunggul merbau di sebelah kanan pondok. Apa yang mesti kita buat, Tamar?" "Kita terpaksa cari." "Terpaksa merangkak dalam gelap? Ini kerja susah," Mat Prai seperti berputus asa. "Kita tak ada jalan lain, kita mesti cari lampu picit," kata saya dan terus merangkak. Angin malam yang bertiup membuat dedaun bergeselan sesama sendiri. Bunyinya tidak menentu, ada ketikanya seperti daun keretapi dan di masa yang lain pula bunyinya macam bunyi ombak laut. Serentak dengan itu saya terdengar bunyi burung jampuk. Awan di langit kelihatan hitam pekat. Nyanyian cengkerik bertingkah dengan suara katak. Lolongan anjing liar dipinggir pekan Kongsi jelas kedengaran. Bulu roma saya terus berdiri. Tidak terdaya rasanya mahu merangkak. Dari setiap sudut saya terdengar suara orang ketawa dan menangis. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 7) Siri 108 : NISAN BERGERAK Apr 11, '10 2:43 AM


by faqir for group komunitisbdj SIRI 108: NISAN BERGERAK Dalam keadaan yang teragak-agak itu, mata saya terpaku ke arah benda bulat yang bergolek-golek ke arah saya. Sebelum benda itu terkena kepala lutut, segera saya tahan dengan telapak tangan. Benda itu tidak bergerak, sebaliknya tegak dengan sendiri sambil mengeluarkan cahaya yang putih. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. "Tamar, aku dah dapat lampu picit," jerit Mat Prai lalu menyuluh ke arah saya. Cahaya dari lampu picit itu terkena pada benda bulat yang tegak di depan saya. "Tamar batu nisan orang lelaki di depan kamu," pekik Mat Prai. Saya menarik nafas gementar kerana batu nisan yang bulat itu bergerak dan berpusing. Tanah didepannya kelihatan merkah. Batu nisan yang terpacak di depan saya terus hilang. Serentak dengan itu terdengar bunyi tapak kaki orang melangkah, datang dari sebelah kanan. Berpandukan pada cahaya lampu picit Mat Prai, saya terus menggolekkan badan kearahnya, melanggar apa sahaja yang ada di tanah. Saya dapat menyatukan diri dengan Mat Prai. "Kau tengok tu," Mat Prai menghalakan muncung lampu picit ke kanan, saya terlihat kaki yang bahagian atasnya berbentuk macam kaki gajah. Penuh dengan bulu tebal, tumit kakinya berbentuk agak tajam seperti taji ayam jantan, jari kakinya berjumlah tiga. Ibu jarinya bulat dan mempunyai lekuk macam lok keris, manakala dua lagi jarinya kelihatan seperti bercantum dan mengeluarkan cairan yang berwarna putih. Saya mula terhidu bau daun sirih yang baru dipatahkan dari dahannya. Secara mendadak lampu picit Mat Prai tidak menyala. Kedua belah bahu saya dan Mat Prai seperti ditekan dengan sebatang kayu membuat kami tidak dapat bergerak. Kalau bergerak seluruh sendi terasa sakit. Kami tiada pilihan, selain dari mengarahkan biji mata kami ke arah kaki besar yang berbulu. Kaki itu bergerak ke arah longgokan durian di kaki tangga pondok. Puas saya mencari sebelah lagi kaki yang berbulu. "Puas aku cari sebelah lagi kakinya. Agaknya, memang makhluk ni berkaki satu," bisik Mat Prai. "Agaknya," saya segera anggukkan kepala. "Makhluk apa ni?" rungut Mat Prai lagi, sebaik sahaja Mat Prai selesai merungut, seluruh kawasan sekitar kami terang macam keadaan terang bulan. Beberapa ekor kelawar berterbangan di atas kepala kami bersama dengan suara lolongan anjing dan jeritan burung hantu.

43 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

BULU Kaki besar yang berbulu berhenti bergerak. Tempatnya digantikan oleh seekor tupai yang bulunya keperang-perangan. Besarnya lebih kurang sama besar dengan kambing dara. Mata tupai aneh itu merenung ke arah kami dengan tajam. Giginya yang tajam dan putih itu dipamerkan ke arah kami, misainya bergerak-gerak. Ekornya digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan. "Triitttttt," suara dari tupai aneh itu memekakkan anak telinga kami. Dalam tempoh beberapa saat sahaja beratus-ratus ekor tupai berwarna hitam terjun dari ranting pokok sekitar kawasan pondok. Semuanya menuju ke arah longgokan durian. Mulut saya dan Mat Prai ternganga. Memang tidak masuk akal dan sukar dipercayai malah akan jadi bahan ketawa kalau disampaikan kepada sesiapa sahaja yang berada di dunia. Mereka pasti tidak percaya bila diberitahu, ada tupai hitam menjelma waktu malam untuk makan durian yang dilonggokkan. Tupai-tupai itu hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk melenyapkan jumlah durian lebih dari seratus biji. Semua yang saya lihat membuat badan saya berpeluh dalam lolongan anjing dan nyanyian burung hantu yang memanjang. "Panggil datuk kamu, aku bimbang kalau tupai-tupai itu menyerang kita," Mat Prai menyuarakan kebimbangannya. "Nanti dulu," kata saya. Sebab utama saya tidak mahu memanggil datuk kerana saya tidak dapat bersuara dengan lantang. Tekak saya terasa sakit dan pedih. Selain dari itu, saya jadi terhibur melihat kumpulan tupai yang sudah kekenyangan itu membawa biji-biji durian ke tempat lapang. Biji durian itu dilonggokkan di situ. Bila kerja itu sudah selesai, kulit-kulit durian pula diusung lalu dilonggokkan dekat biji durian. Tupai yang berbadan besar tetap melihat gerak-geri anak buahnya sambil berbunyi, seolah-olah mengeluarkan perintah. Tupai besar itu berdiri dengan ekornya dicacakkan ke tanah. Sekali pandang tupai tersebut kelihatan seperti duduk mencangkung dengan kaki depannya memeluk tubuh. Anak buahnya meletakkan tujuh ulas isi durian yang cantik di depannya. Bila dia memakan durian tersebut, anak buahnya duduk kaku, seolah-olah memberikan penghormatan padanya. Bila tupai besar itu selesai makan, biji durian yang diluahkannya segera diambil oleh anak buahnya dan terus ditanam. Kemudian salah seekor dari anak buahnya membawa beberapa helai daun sirih hutan yang sudah dicalitkan dengan kapur sirih. Tupai besar itu segera menjilat daun sirih hutan beberapa kali. Daun sirih yang sudah dijilatnya itu diletakkan di hujung kaki kanannya, sebaik sahaja hujung kaki kanan terkena daun sirih, semua anak buahnya bertempiaran lari lalu mencari dedahan berdekatan. Apa yang saya dengar ialah bunyi suara tupai. Bila suara tupai tidak kedengaran lagi, saya dan Mat Prai terpandangkan kaki besar yang berbulu bergerak (dalam keadaan melompatlompat) akhirnya terus hilang. Saya dan Mat Prai cuba bangun tetapi ternyata kami tidak terdaya bergerak. Pangkal pinggang terasa sakit, sendi-sendi terasa bisa yang amat sangat. Saya dapati pelita yang padam dalam pondok menyala kembali. Kulit durian dan biji durian yang berlonggok terus hilang. Apa yang ada ialah beberapa helai daun sirih yang sudah dicalit dengan kapur berserakan di kawasan pondok. Dengan sedaya upaya, saya cuba bangun. Usaha saya tidak berhasil. Bila saya berjaya berdiri tegak, tempurung lutut saya terasa lembik dan urat-urat di kaki bagaikan terputus. Saya mengalami rasa sakit yang amat sangat. Saya terus jatuh mengelepar di sisi Mat Prai. Apa yang terdaya kami lakukan adalah meniarap di bumi sambil bergerak ke kiri dan ke kanan. Gerakan tubuh kami tidak ubah macam gerakan ular di atas jalan raya, dengan lain perkataan kami seperti berenang atas daratan. Saya terus bertempik menyeru nama datuk dengan sekuat hati. Suara saya itu menenggelamkan suara cengkerik dan lolongan anjing. Selesai sahaja saya bersuara, badan saya terus lemah. Tidak bermaya untuk menegakkan kepala. Saya letakkan kepala atas tanah. Sayup-sayup saya terdengar bunyi telapak kaki orang berlari ke arah saya. "Astaghafilrullah, apa dah jadi dengan kamu berdua ni," saya membuka mata melihat datuk berdiri di hujung kepala saya. Mat Prai sudah tidak bergerak langsung. "Kenapa tak panggil aku di telaga," tambah datuk lagi sambil duduk mencangkung lalu memeriksa setiap urat nadi saya dan urat nadi Mat Prai. "Aku tak nampak apa-apa yang datang, semuanya macam biasa. Pelik juga, kenapa aku tak dapat mengesan dengan apa yang terjadi di sini," datuk merungut sendirian. Dia terus mengambil lampu suluh di tangan Mat Prai yang masih menyala. BALDI Tanpa membuang masa datuk terus menuju ke perigi kembali. Datang kepada kami semula dengan membawa satu baldi air. Datuk letakkan baldi yang berisi air ditengah (di antara saya dengan Mat Prai) dia mengambil beberapa helai daun yang hijau. Dimasukkan ke perut baldi. Datuk mencari ranting kayu lalu air dalam baldi dikacau. Datuk berhenti mengacau air dalam baldi. Dalam keadaan yang tidak bermaya itu, saya lihat kelopak bibir datuk bergerak, dia mula mengelilingi kami beberapa kali. Datuk duduk mencangkung menghadapi saya kembali. "Tamar," katanya. Saya pun membesarkan kelopak mata dan cuba bersuara tetapi, suara saya tidak mahu keluar. Datuk tetap bersikap tenang. "Buka mulut kamu Tamar." Saya terus membuka mulut, dengan telapak tangan kiri datuk membawa air dari baldi ke mulut saya. "Telan air ni senafas, Tamar." Saya buat apa yang datuk suruh. Rasa pedih dan perit di tekak segera hilang. Kedua belah kaki dan tangan saya dapat digerakkan semula. Tidak terasa sesuatu menekan di belakang. Saya segera menelentang dan melihat langit. "Tamar," seru datuk lemah. "Ada apa tuk."

44 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Hulurkan tangan kamu," saya pun menghulurkan tangan kanan kepadanya. Tanpa diduga datuk terus menyentap tangan dengan sekuat hati. Kemudian datuk melepaskan tangan saya dengan tiga kali urut dimulai dari pangkal ketiak membawa ke hujung jari. "Kau duduk diam di sini," datuk mengeluarkan perintah. Saya akur dengan perintah itu. Datuk segera mendekati Mat Prai. Apa yang telah dilakukan pada saya, itu jugalah yang dilakukan oleh datuk pada Mat Prai. Usaha datuk berhasil, saya dan Mat Prai dapat duduk. "Duduk diam-diam, jangan banyak bercakap," suara datuk meninggi di tengah malam yang dingin. Lolongan anjing masih kedengaran tetapi, suara burung hantu mula berkurangan. Desiran angin malam tetap berlalu dengan lembutnya. Saya dan Mat Prai mengalami rasa kedinginan. Datuk segera menghidupkan api untuk membuat unggun. Kulit durian yang kering dicampakkan ke dalam unggun api. Kata datuk, asap dari kulit durian yang kering dapat menghalau nyamuk. Saya terdengar bunyi buah durian jatuh. Mat Prai berhasrat mahu mengutipnya tetapi, datuk tidak mengizinkan. Kata datuk biar hari sudah cerah baru buah-buah itu dikutip dan dikumpulkan. "Kalau buah durian tu, memang hak kamu, takkan buah tu lari ke mana-mana," demikian datuk memberikan alasan bila Mat Prai minta keizinan darinya. "Ingat, sebagai manusia yang beragama Islam, jangan sekali-kali kita hilang pedoman kerana harta," sambung datuk lagi. Dan Mat Prai terus mematikan hasrat untuk mengutip buah durian. Walaupun demikian, setiap kali dia terdengar bunyi buah durian gugur, Mat Prai tetap nampak resah dan gelisah. "Sekarang apa yang dah jadi hingga menyebabkan kamu berdua berenang atas bumi," datuk mengajukan pertanyaan. Biji matanya silih berganti menatap wajah saya dan Mat Prai. Saya tidak berani untuk mengingati peristiwa yang terjadi, saya membuat keputusan untuk menutup mulut. "Cakap kenapa membisu?" sergah datuk sambil menjegilkan matanya ke arah saya. Cepat saya menundukkan kepala merenung bumi. "Ceritakan pada aku Mat Prai," datuk mendekatkan batang hidungnya dengan batang hidung Mat Prai. Kelihatan hidung mereka seperti berlaga dan mata datuk tetap merenung anak mata Mat Prai. Saya menarik nafas kelegaan kerana saya sudah arif dengan perangai datuk, bila dia berbuat demikian secara tidak langsung datuk cuba menguasai perasaan dan hati Mat Prai melalui pernafasan. "Ceritakan pada Ayah Alang, Mat," nada suara datuk cukup lembut, cuping telinga kanan Mat Prai dihembusnya. Saya lihat Mat Prai menganggukkan kepala dua tiga kali. PETAH Kemudian dengan petah Mat Prai mengungkapkan peristiwa yang terjadi pada datuk. Selesai sahaja Mat Prai bercerita, datuk segera membakar andang daun kelapa. Seluruh kawasan pondok disuluh dan diteliti. Datuk terus duduk di tangga pondok. Baru dia sedar durian yang berlonggok sudah tiada. Dia melihat daun sirih hutan yang tercalit dengan kapur bertabur di mana-mana. "Pelik, aku tak dengar apa yang terjadi, sedangkan jarak pondok dengan perigi tidaklah jauh sangat," datuk mengedutkan dahi sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. "Bukankah masa aku mandi tadi, kamu datang bercakap dengan aku, Mat, kamu bercerita tentang masalah keluarga kamu pada aku," datuk terus bangun. "Masa Ayah Alang mandi, kami di sini, kami tengah berdepan dengan makhluk ganjil, Ayah Alang tanya si Tamar ni." "Ya tuk, kami berdua tak kemana-mana." "Jadi syaitan mana yang menyerupai kamu tadi Mat Prai, aku sudah terpedaya," datuk terus hentakkan kaki ke bumi. Dengan andang daun kelapa di tangan datuk terus berlari ke perigi. Dinding perigi yang dibuat dari daun rumbia terus dibakar datuk. Api terus marak menerangi kawasan sekitar pondok durian. Asap berkepul menguasai ruang udara yang dibalut kedinginan malam. Badan datuk berpeluh kena bahang api. GUGUR Berpuluh-puluh ekor kelawar berterbangan di atas bumbung pondok. Angin yang bertiup menjatuhkan dedahan dan reranting kering ke bumi. Sesekali terdengar bunyi buah durian gugur. "Banyaknya kelawar," rungut saya perlahan. "Biarkan, itu bukan urusan kita," sahut Mat Prai. Sesungguhnya, saya merasa pelik. Dari manakah kumpulan kelawar itu datang. Suara lolongan anjing kian gamat datang dari arah Pekan Kongsi. Rasa cemas dan takut masih belum reda dari perasaan saya. "Tak apa, orang tua tu dah datang," Mat Prai luruskan telunjuk menghala ke arah datuk yang datang ke arah kami kembali. Di tangannya, ada sepotong kayu yang masih berapi. Datuk renung ke arah kelawar yang berlegar-legar di bumbung pondok. Datuk balingkan kayu yang masih berapi itu ke arah kumpulan kelawar. Aneh, kumpulan kelawar yang berlegar-legar atas bumbung segera berpecah dan terbang menuju ke arah kaki bukit yang berdekatan. Bukit yang terpegun kaku di malam yang dingin itu kelihatan amat menggerunkan. Sesekali seperti ada cahaya api di puncak bukit tersebut. Datuk segera mendekati kami. "Kau orang dengar salakan anjing tu?" tanya datuk. "Dengar," Mat Prai dan saya menjawab serentak. "Kamu tahu, anjing-anjing itu menyalak syaitan yang berkeliaran di udara."

45 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Kenapa syaitan itu berkeliaran tuk?" saya menyoal. "Nanti lain kali, aku cakapkan dengan kamu, Tamar." "Hum" saya merasa kecewa dengan kata-kata yang datuk luahkan itu. Datuk pijak tangga pondok yang bulat. Dia terus duduk dekat Mat Prai. "Macam mana Ayah Alang?" "Apa yang macam mana tu, Mat?" Datuk tatap biji mata Mat Prai yang terkebil-kebil. Dia tidak mahu untuk mengemukakan sebarang pertanyaan lagi. Memang dia tidak menduga datuk akan mengungkapkan kata-kata demikian. "Aku tak mahu banyak soal, tak mahu banyak tanya, kita tidur sekarang," suara datuk meninggi dan terus merebahkan badannya. Tidak sampai lima minit, datuk terus terlelap. Saya dan Mat Prai segera mengikuti jejak langkah datuk. Antara terlelap dengan tidak, saya terdengar datuk batuk berkali-kali. Kemudian dia bangun. Buat beberapa minit saya berhasil mencelikkan mata. "Kamu tidur, jangan banyak fikir, Tamar." "Tuk nak ke mana?" "Aku nak ke perigi." Datuk terus menuju ke perigi yang dindingnya sudah menjadi abu. Saya kira datuk mengambil air sembahyang. Ramalan saya memang tepat, sekembalinya datuk dari perigi dia terus membaca al-Quran. KEJUT Malam yang dingin, membuat tidur terasa enak. Saya terus membengkokkan badan. Rasa takut dan bimbang langsung tidak terbayang dalam kepala saya. "Bangun dah subuh ni," terasa badan saya digoyang berkali-kali, "Pergi ambil air sembahyang. Orang yang tak sembahyang Subuh, tidurnya diapit syaitan," lanjut datuk lagi. Saya tidak ada pilihan, samada mahu atau tidak, saya terpaksa bangun dan pergi ke perigi untuk mengambil wuduk. Mat Prai lebih dulu bersedia dari saya. "Dah ambil wuduk?" tanya saya pada Mat Prai. "Sudah, kau pergi cepat," Mat Prai mendesak. "Pergilah, tak ada apa yang nak ganggu kamu," datuk terus renung wajah saya. Dia bagaikan mengerti dengan apa yang ada dalam hati saya. Dalam keadaan takut campur berani, saya menuju ke perigi. Saya tidak pasti apakah air sembahyang yang saya ambil itu mengikut peraturan atau sebaliknya. Saya berlari ke pondok kembali. Dan Subuh itu, datuk mengimamkan sembahyang Subuh kami. Selesai berwirid dan membaca doa, datuk memberikan kuliah Subuh yang pendek tetapi amat mengesankan. Datuk memperkatakan tentang diri manusia yang binasa kerana terlalu cinta pada harta benda dan kekayaan hingga lupa pada tugas seorang hamba terhadap Allah yang mencipta mereka. "Nampaknya usaha kita tak berjayalah, Ayah Alang?" Mat Prai mengajukan pertanyaan setelah datuk menamatkan kuliah Subuh di pondok durian. Datuk tersenyum sambil memandang keluar, melihat hari yang mula beransur cerah. "Masih ada masa untuk berusaha," jawab datuk. "Hum," Mat Prai menarik nafas panjang. Ada rasa kecewa terpamer di wajahnya. Kicau burung menyambut kehadiran matahari pagi mula terdengar. Jalur sinar matahari mula jatuh pada dedaun yang masih ada kesan air embun. "Aku nak berjalan di seluruh kawasan ni, aku nak mandi embun dan nak buat senaman. Kau ikut aku Tamar." "Saya macam mana Ayah Alang?" tanya Mat Prai. "Kau pergi tengok buah durian yang jatuh," datuk mengeluarkan arahan pada Mat Prai. Tanpa banyak soal jawab, Mat Prai mematuhi arahan itu. TINGGI Matahari kian meninggi, embun di hujung daun yang disentuh cahaya matahari nampak bersinar-sinar, bagaikan ketul berlian di tengah padang. Datuk terus mandi embun dan melakukan senaman yang gerak dan gerinya memperlihatkan unsur silat Burung Rajawali saya cuba mengikutinya. Bila pergerakan itu dilakukan dengan pantas oleh datuk, saya tidak dapat mengikutinya. Saya jadi penonton sahaja. "Tamar," jerit datuk. Serentak dengan itu saya melihat seketul kayu yang penjangnya kira-kira dua kaki menuju ke arah saya. "Tangkap atau elakkan," terdengar lagi suara datuk. "Oooppp," saya melompat lalu meyambar kayu tersebut. Terasa badan saya seperti dibawa oleh kayu itu ke kiri, mendekati pokok langsat. Saya tercungap-cungap. Datuk segera mendekati saya sambil ketawa. "Kamu masih ingat dengan gerak langkah yang aku ajar," datuk terus menepuk bahu saya berkali-kali. Dengan wajah manis dia mengajak saya mengelilingi dusun durian milik Mat Prai. Terpesona saya melihat buah durian yang bergantungan lebat di dahan. Beberapa ekor tupai melompat dari ranting ke ranting dengan bebas. Matahari terus memancar.

46 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Sungai, jernih airnya," jerit saya bila berdiri di tebing sebatang anak sungai. Anak-anak ikan berenang bebas di celah-celah batu di tengah sungai. Tanpa membuang masa saya menuruni tebing dan terus membasuh muka. Terasa sejuknya meresap ke tulang pipi. "Sudahlah jangan lama-lama di situ, aku nak sampai cepat ke pondok," tempik datuk dari atas tebing. Saya segera berlari ke arahnya. Kami meneruskan perjalanan dan terpaksa melintasi kaki bukit yang ditujui oleh kumpulan kelawar malam tadi. Memang terdapat hutan tebal di situ dengan pokok-pokok besar yang digayuti oleh akar-akar hutan sebesar lengan kanak-kanak yang berusia tujuh hingga sepuluh tahun. Monyet-monyet liar bergayutan di situ. "Hati-hati Tamar," datuk mengingatkan. Saya segera anggukkan kepala. "Hutan macam ni, jadi sarang binatang buas," lanjut datuk lagi. Saya anggukkan kepala lagi. Matahari yang memancar agak terik membuat badan saya berpeluh. TANGAN Secara mengejut datuk menarik tangan kanan saya ke perdu buluh hutan. Saya jadi cemas dan takut. "Kenapa tuk?" "Dalam rimbunan pokok kecil tu, aku macam ternampak pintu gua. Cuba kau pastikan," kata datuk sambil jari telunjuknya mengarah kepada pokok-pokok kecil yang merimbun dan tingginya lebih dari tujuh kaki. Memang sukar untuk memastikannya. Tetapi, tiupan angin yang menggerakkan reranting dan dedaun lebat itu memberi peluang pada saya untuk merenungnya dengan teliti. "Apa yang kau nampak, Tamar?" "Saya nampak macam pintu gua tua." "Pelik juga ya, selalunya gua pada gunung, bukit yang aku tahu tak ada gua. Tanah bukit tu ditebuk." "Agaknya, terowong tinggal tuk," kata saya tenang, tanpa merasa sebarang kecurigaan. Datuk mengigit bibir sambil menelan air liur. Dia sedang memikirkan sesuatu. "Boleh jadi juga terowong. Mungkin terowong tu ditebuk oleh askar Jepun masa perang dulu atau ditebuk oleh orang-orang komunis untuk tempat mereka berlindung," itu pendapat datuk. "Mari kita periksa tuk." "Jangan terburu-buru," nada suara datuk meninggi. Dia renung kiri dan kanan. Kemudian dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangannya. "Lain kali saja kita tengok, Tamar," satu keputusan yang amat mengejutkan dari datuk, "Mari kita ke pondok Mat Prai," sambungnya lalu menarik tangan saya. Macam selalu saya tidak akan membantah dengan apa yang datuk katakan. Kami segera bergerak arah ke utara, menjauhkan diri dari kawasan kaki bukit. Datuk tidak menyatakan apa-apa kepada saya kenapa dia berbuat demikian. Berjalan dalam kebun durian yang tidak begitu bersih keadaannya memang menyulitkan. Saya sering terlanggar tunggul dan akar. "Ikut sana senang tuk." Datuk berhenti melangkah. Dia dongakkan muka ke langit melihat awan yang bersih. Kesempatan itu saya gunakan untuk duduk di atas tunggul buruk bagi menghilangkan penat. "Maksud kamu, kita berjalan dalam kebun getah?" soal datuk. "Ya, tuk." "Kalau begitu marilah." (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 7) Siri 109 : ILMU SUHAIMI KERABA Apr 11, '10 6:37 AM
by faqir for group komunitisbdj Siri 109 : ILMU SUHAIMI KERABA Saya dan datuk terpaksa mengubah haluan jalan. Kami terus ke kawasan kebun getah. Keadaannya cukup bersih tidak sesemak dusun durian Mat Prai. Di celah-celah nirai getah itu di tanam dengan pokok koko yang tingginya baru separas lutut orang tua. Melihat keadaan kebun getah tersebut, saya yakin pemiliknya adalah seorang yang cukup rajin. "Bila tengok pokok-pokok getah ni, teringat pula aku dengan kebun getah kita," datuk bersuara. Saya segera anggukkan kepala. "Hati-hati Tamar, ular kapak bodoh suka duduk di bawah daun kering," datuk mengingatkan saya yang melangkah tanpa mahu merenung ke arah permukaan bumi. "Macam mana rupanya ular kapak bodoh tu tuk?". "Warnanya macam daun getah kering, dia selalu duduk berlingkar di bawah timbunan daun getah, tersepak atau terpijak dia terus mematuk."

47 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Bisakah patukannya tuk?". "Boleh membawa maut, kalau tak maut boleh jadi tokak," jelas datuk sambil melihat pucuk-pucuk koko yang menghijau dan melintuk-liuk disentuh angin. Kami terus melangkah sambil menikmati nyanyian burung-burung pagi di reranting getah. "Aku sudah memberikan kamu petua berjalan di tempat-tempat semacam ini. Aku juga sudah memberikan doa bila berjumpa dengan binatang berbisa. Kenapa tidak kau amalkan," mendadak sahaja datuk bersuara. Saya tahu, dari nada suaranya itu ternyata ada rasa kesal bermain dalam diri datuk. "Kadang-kadang saya jadi lupa." "Bukan lupa, kamu tak bertanggungjawab, tidak tahu memanfaatkan benda berharga yang diberikan kepada kamu," kali ini suara datuk cukup tinggi. Saya jeling wajahnya. Dari air mukanya ternyata dia sedang marah. Saya terus membisu. "Jangan melangkah Tamar, diam di situ jangan bergerak, kalau bergerak mati," kata datuk separuh menjerit. Saya patuh dengan cakapnya. Badan saya mengeletar, seekor ular melintas di depan saya. Bila ular tedung hilang dari pandangan barulah saya melangkah kembali. Datuk berhenti dekat sebatang pokok getah di bucu nirai. Datuk membelek-belek kulit pohon getah itu dengan teliti. "Nampaknya pokok-pokok getah ini masih muda, kulitnya lembut. Setahun dua lagi baru boleh ditoreh," datuk memberikan komentar. "Saya rasa pun macam tu juga. Umurnya tak jauh beza dengan pokok getah kita." "Ya," datuk menggangguk. Kami meneruskan perjalanan dan saya berharap datuk tidak akan melencong ke mana-mana. Saya mahu segera sampai ke pondok. Sambil melangkah saya membayangkan yang Mat Prai sedang membuat kopi untuk kami. Saya juga membayangkan yang isterinya menghantar nasi lemak atau kuih ke pondok untuk habuan perut saya. Saya tersenyum sendirian, bila saya gambarkan dalam kepala yang kami bertiga sedang menikmati sarapan pagi dengan wajah yang tenang. "Oooppp..." Datuk melompat tinggi melepasi kepala saya. Bila berdiri tegak saya lihat tangan kanannya ada dahan getah. Datuk mencampakkan dahan itu ke pangkal pokok getah. "Nasib baik aku terdengar bunyinya masa dahan itu masih ada di atas. Aku melompat menyambarnya, kalau aku lambat dah tentu dahan patah menimpa tengkuk kamu. Tengkuk kamu boleh patah Tamar," datuk melepaskan nafas tercungap-cungap, mukanya nampak merah padam. "Terima kasih tuk." "Aku tak mahu semuanya tu, Tamar. Apa yang aku mahu, kamu mesti pandai mendengar sesuatu dari setiap arah. Tidak kira sama ada sesuatu itu digerakkan angin, air dan manusia. "Macam mana caranya tuk." "Sekarang ini, kamu mempelajarinya dari aku secara tidak langsung." "Sulit," saya mengeluh. Memang sulit untuk mempelajari sesuatu tanpa diberitahu terlebih dulu. Lebih-lebih lagi, jika tidak ada persediaan yang secukupnya. Bagaimana mahu saya katakan perkara ini pada datuk. "Tidak sullit, kalau kamu mahu berusaha. Manfaatkan mata, hidung, telinga, otak dengan sebaik mungkin," cetus datuk. "Berapa lama saya mesti berbuat macam tu?" "Selagi aku masih ada," datuk tersenyum sambil meraba pangkal dagunya berkali-kali. Entah macam mana, saya mula dapat mengesan langkah datuk yang rancak beransur perlahan. Macam ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Saya amati, gerak mata datuk sentiasa tertumpu ke arah dedaun yang bergerak mengikuti arah angin. "Assalamualaikum." Seorang lelaki muncul dari balik pohon getah. Bentuk tubuhnya tegap dengan rambut panjang hingga jatuh atas sayap bahunya. Dahinya dililit dengan kain merah selebar dua jari. Ketika saya asyik merenung ke arah lelaki itu, lelaki itu enggan menyambutnya. Datuk masih memperlihatkan sikap kemesraan. Dengan langkah yang teratur, lelaki itu menghampiri datuk. "Kamu berdua ni dari mana?" Dalam nada suara yang sombong lelaki itu mengajukan pertanyaan. Hati saya berdebar, ketika lelaki itu memusingkan tubuhnya ke kanan, saya terlihat ada benda menonjol dalam baju labuhnya yang dibuat mengikut fesyen baju orang Pakistan. Mungkin benda menonjol itu golok atau parang? Mungkin pistol dan mungkin, benda tajam yang mengancam keselamatan kami. "Kami sampai malam tadi, kami bermalam di pondok Mat Prai," jelas datuk. "Kamu berdua, adik-beradiknya." "Ya," anguk datuk. "Adik-beradik rapat atau jauh." "Rapat," jawab datuk dalam nada suara yang kurang senang. "Berapa lama berada di sini?" soal lelaki itu lagi. "Selama mana, kami sanggup."

48 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Hisss..." Lelaki itu mula menatap wajah datuk. Dia merasakan jawapan yang datuk berikan adalah sindiran yang tajam. Tindak balas yang dilakukan oleh lelaki itu pada datuk ialah menjuihkan bibirnya sambil meludah ke kanan. "Kurang ajar." bisik saya dalam hati. "Kamu maki aku," lelaki itu segera menjegilkan biji matanya ke arah saya. Serta merta saya gelengkan kepala. "Eh, budak setengah masak, kau jangan nak menipu." "Tipu?" saya pura-pura terkejut, "Saya tak cakap apa-apa dengan awak," saya makin berani. "Dengan aku, kamu jangan nak tipu. Apa yang ada dalam hati kamu dapat aku baca," lelaki itu semakin berani, mulutnya kian lancang mengutuk diri saya. Dia buat tidak kisah dengan datuk yang berdiri dekat saya. HARAPAN Saya terus merenung ke arah datuk dengan harapan datuk dapat melindungi dari saya, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. "Kalau nak tunjuk lagak ayam jantan, jangan masuk kampung orang ikut suka hati," lelaki itu menghalakan kata-kata itu ke arah datuk. Dia mula menendang apa sahaja yang ada dekatnya. Lagaknya memang mahu mencari gaduh. Datuk tidak ambil peduli dengan sikap lelaki itu. Datuk tetap memperlihatkan sikap persahabatan. "Kami tak mahu mencari musuh, biarlah kami pergi," datuk menundukkan kepalanya dan terus melangkah. Lelaki itu tidak puas hati dengan sikap datuk. "Ah..." terdengar suara lelaki itu meninggi. Dia lari mengelilingi pokok getah dan berhenti di depan datuk. Belum pun sempat datuk mengucapkan sesuatu, lelaki tu mengeluarkan golok pendek dari dalam bajunya. "Saya tak mahu gaduh," rayu datuk sambil menyuruh saya mencari tempat berlindung. Belum pun sempat saya mencari tempat yang selamat, lelaki itu terus menyerang datuk bertalu-talu dengan goloknya. Datuk lebih banyak mengelak dari melakukan serangan. Dia tidak melepaskan buah silat yang kemas dan tajam. Ini berlainan dengan lelaki itu yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu membunuh datuk. "Sudahlah saudara, saya tak mahu bergaduh, kita tidak pernah bermusuh, kenapa mesti berkelahi," dalam keadaan termengah-mengah datuk bersuara. Semuanya tidak dipedulikan oleh lelaki itu. Dia terus menyerang dan melepaskan tetakan ke arah datuk. Dalam satu tetakan yang kencang, datuk berjaya mengelak, mata golok terkena akar getah dan terus terlekat di situ. Kesempatan itu datuk gunakan untuk melarikan diri. Saya terus mengekori datuk berlari dengan kencang. Masa berlari itu saya gunakan telinga untuk mendengar sesuatu dari arah depan dan belakang. Saya terdengar bunyi dengung yang panjang memburu langkah saya. Dengan cepat saya menoleh ke belakang, saya lihat seketul kayu betul-betul dekat batang leher saya. "Appp." Serentak dengan suara itu saya rebahkan badan dan ketuk kayu itu hingga terkandas di pohon getah lalu patah dua. Rupanya, lelaki itu menggunakan semua kekuatannya membalingkan ketul kayu itu ke arah saya. Bila saya bangun, datuk ketawa kecil. Ternyata datuk lebih cekap dari saya, dia lebih awal dapat mengesan bunyi itu dan tahu apa yang mesti dilakukan. Dia segera berlindung di balik pokok tempat kayu yang dibalingkan oleh lelaki itu terkandas. "Lelaki itu tak memburu kita, kita tak perlu lari lagi," ujar datuk. "Siapa lelaki itu tuk?" "Entah, agaknya orang gila. Usah pedulikan tentang dirinya." "Boleh jadi orang gila, boleh jadi hantu," saya terus merungut panjang. Datuk tidak memberikan sebarang pendapat terhadap komentar yang saya luahkan. Datuk terus berjalan dengan laju. "Kenapa lambat?" Dari kaki tangga pondok Mat Prai mengajukan pertanyaan. Dia menatang talam kecil. Manakala di atas pondok, isterinya duduk berjuntai kaki. Dua orang anaknya membaling biji dan kulit durian ke mana sahaja, sesuka hati mereka. "Seronok mandi embun," jawab datuk. Mat Prai ketawa lalu meletakkan talam kecil atas pelantar. Dia terus duduk bersila di situ. "Mari minum," ajak Mat Prai, dia terus tuangkan air kopi ke dalam cawan, "Sekarang dah dekat pukul lapan, sepatutnya kita minum pagi pukul tujuh lebih," sambung Mat Prai. Datuk hanya tersenyum dan terus duduk di pelantar. Isteri Mat Prai turun dari pondok, membuka bungkusan kuih dan diletakkan dalam piring. "Dah sejuk goreng pisang ni," rungutnya. "Tak mengapa asalkan barang-barang tersebut boleh dimakan. Kita ini terjumlah orang-orang yang bernasib baik kerana dapat makan pagi," ujar datuk dengan tenang. "Ya," angguk Mat Prai. Dia terus meghirup air kopi. "Kamu Tamar, ambillah. Apa main tengok-tengok aje," isteri Mat Prai ajukan pertanyaan. Dia segera menghulurkan cawan kopi segera saya sambut. "Cepatnya berhenti, kenapa tak makan pisang goreng," Mat Prai renung muka datuk. "Memang menjadi kebiasaan saya, sebelah pagi minum kopi saja," datuk menolak piring goreng pisang yang dihulurkan oleh Mat Prai kepadanya.

49 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Ada pantang larang agaknya," soal isteri Mat Prai. "Tak ada pantang larang, agaknya ini sudah menjadi kebiasaan saya," jelas datuk dan segera bangun. Datuk segera pergi menemui kedua-dua anak Mat Prai dibelakang pondok. Entah apa yang dicakapkan oleh datuk kepada kedua kanak-kanak itu hingga mereka berhenti melemparkan biji dan kulit durian ke arah semak-semak dekat pondok. Saya, Mat Prai dan isterinya terus memerhatikan gelagat datuk melayani kedua kanak-kanak itu. "Apa yang dibualnya tu," isteri Mat Prai juihkan bibir ke arah datuk. "Entah," balas saya. "Agaknya datuk kamu ni memang sukakan kanak-kanak," tanya Mat Prai sambil mengeliat. Matanya tetap merauti wajah saya. "Dia memang suka dengan budak-budak kecil, dia suka menasihati budak-budak sambil bercerita kisah binatang," jawab saya penuh jujur. Mat Prai dan isterinya terus anggukkan kepala. Bila isteri Mat Prai melihat datuk memisahkan diri dengan anak-anaknya, dia segera tersenyum. Dengan suara yang lantang dia menyebut nama kedua-dua anaknya. Bagaikan dikejar sesuatu kedua kanak-kanak itu menerpa kearahnya. "Kenapa emak?" "Tak ada apa-apa, emak cuma nak tanya apa yang datuk tu cerita pada kamu berdua." "Macam-macam, datuk tu pesan dalam dunia ni, kita mesti buat baik dengan manusia dan binatang." "Bagus, kamu berdua mesti ingat pesannya, sudah, mari kita balik ke rumah," tambah perempuan dua anak yang tidak pernah membantah sebarang perintah dari suaminya. "Sekarang juga mak?" tanya salah seorang dari anaknya. "Ya, kamu ingat bila?" isteri Mat Prai jegilkan biji mata ke arah anak yang bertanya. Si anak tidak berani bertanya lagi, apa lagi menentang mata si ibu. Mereka hanya menurut perintah sahaja. "Semoga anak-anak kamu akan jadi manusia, Mat," ujar datuk ketika melihat kedua-dua anak Mat Prai melangkah meninggalkan kawasan pondok durian. Mereka berlari kecil di kiri dan kanan denai. "Berilah didikan agama secukupnya dan jangan pula kau didik mereka menbenci dunia," sambung datuk. "Ya, saya ingat pesan Ayah Alang tu." "Sekadar ingat saja, tak memberi kesan tetapi, aku mahu kau melaksanakannya. Anak-anak harus dibentuk ketika rebung." "Saya setuju dengan Ayah Alang dalam hal ini, saya mahu memimpin mereka supaya menjadi manusia berguna pada bangsa, agama dan tanah air," itu azam yang diluahkan oleh Mat Prai yang disambut dengan rasa bangga oleh datuk. Saya segera menegakkan ibu jari kanan bila Mat Prai segera beralih tempat duduk. Dari pelantar ke atas bangku yang dibuat dari kayu bulat di bawah pokok rendang. Datuk juga turut berubah tempat tetapi, saya masih bertahan di pelantar. Membiarkan peluh-peluh yang meruap di dahi mengalir ke pipi. Tidak lama datuk duduk di kayu bulat kerana Mat Prai mengajak datuk melihat buah durian yang dikumpulnya. "Ayah Alang dengan Tamar pergi mandi embun, saya pula kumpulkan wang, cuba tengok," suara Mat Prai lantang. "Banyak juga jumlahnya," kata datuk "Boleh tahan juga," jawab Mat Prai lemah. "Kau nak jual pada peraih." "Ya tapi bukan semua, enam tujuh biji saya nak buat nasi durian. Kita tunggu sampai peraih datang, kemudian kita ke rumah," Mat Prai mengemukakan permintaan dan datuk tidak keberatan memenuhi permintaan itu. "Tapi, bila kita balik, siapa pula nak kutip durian yang jatuh," secara mendadak datuk mengajukan pertanyaan. "Budak yang balik malam tadi ambil alih tugas saya," dalam senyum Mat Prai menjawab. Datuk anggukkan kepala. BANDARAYA Lebih kurang pukul sepuluh setengah pagi, peraih dari bandaraya George Town pun sampai ke pondok Mat Prai dengan sebuah lori kecil tanpa bumbung. Peraih berbangsa Cina itu cukup fasih bercakap bahasa Malaysia loghat Pulu Pinang. Orangnya cukup peramah. Setelah membeli durian Mat Prai dia segera pergi ke dusun durian orang lain pula. Tepat pukul sebelas pagi, kami pun meninggalkan pondok durian Mat Prai. Sebaik sahaja sampai dekat rumpun buluh kuning, kami terserempak dengan dua pemuda yang diupah oleh Mat Prai menjaga dusun duriannya. Badan mereka basah dengan peluh. Masingmasing membawa buluh kuning yang panjangnya kira-kira enam kaki. Bahagian hujung buluh dipecahkan. Kenapa mereka berbuat demikian, saya sendiri tidak tahu, ulu golok yang tersangkut di tali pinggang dari kulit kerbau nampak terbuai-buai. "Apa macam malam tadi bang? tak ada apa-apa yang datang," tanya salah seorang dari mereka. Mat Prai segera merenung ke arah datuk. Kamudian dia bersuara. "Susah nak cakap." "Kenapa bang?" soal pemuda yang lagi satu. "Hum," Mat Prai mengeluh, "Dinding perigi kita dah hangus terbakar," tambah Mat Prai lagi. Kedua-dua pemuda itu berpandangan sama sendiri. "Siapa yang membakarnya bang?" desak kedua-dua pemuda serentak. Mat Prai cuma tersenyum. Dia menyuruh saya dan datuk meneruskan perjalanan. Kedua-dua pemuda tadi meneruskan langkah ke pondok durian.

50 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Heeiii." Kami bertiga berhenti melangkah. Di depan kami terpancul seorang lelaki berbadan tegap memakai lilit kepala dari kain batik. Memakai seluar hitam dan berkasut capal. Kain pelikat berkotak kecil terselipang dari atas bahu ke dada. Dia menghunus keris panjang ke arah kami. Muka Mat Prai kelihatan pucat. Saya alihkan pandangan ke arah datuk, serentak dengan itu saya kenyitkan mata ke arahnya. Datuk segera anggukkan kepala tanda faham dengan maksud hati saya, bahawa lelaki yang berdiri di depan tu adalah lelaki yang menyerang saya dan datuk di kebun getah, beberapa jam tadi. Apakah dia akan membunuh saya dan datuk? timbul pertanyaan dalam hati. "Adik beradik kamu?" Dengan wajah yang garang lelaki itu jegilkan biji mata ke arah Mat Prai. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Mat Prai. "Adik beradik kamu?" jerit lelaki itu. "Ya," sahut Mat Prai. "Beritahu dia jangan nak intip tempat duduk aku. Kalau dibuat lagi sekali, kedua-duanya aku bakar hidup-hidup," sambil bercakap lelaki itu menghalakan hujung keris ke arah saya dan datuk. Rambut panjangnya sengaja dijatuhkan ke atas kedua belah bahunya. Dua tiga kali dia mengacukan penumbuk kiri ke arah saya. Apa yang boleh saya lakukan ialah tunduk berlagak macam orang bodoh. "Eh, orang sekampung, beritahu adik-beradik kamu," untuk sekian kalinya lelaki itu mengherdik Mat Prai. "Saya bagi pihak kaum keluarga saya minta maaf," ujar Mat Prai. "Hum, ingat pesan aku, kalau dilanggar dusun dan tanah kamu jadi padang jarak," dengan nada suara yang meninggi lelaki itu mengeluarkan ancaman. Gerak gerinya bagai pahlawan. "Saya ingat," kata Mat Prai. "Hum." Lelaki itu masukkan keris panjang ke sarung lalu diselitkan ke pinggang. Kemudian dia terus bertepuk tangan dengan sekuat hati. Bunyi tepukannya itu macam bunyi petir. Lubang telinga saya terasa bengang. "Haiii..." Dia menjerit sekuat hati sambil membuka silat macam silat Kungfu. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 07) Siri 110: KURA-KURA MATA HIJAU Apr 13, '10 5:21 AM
by Itam Limbat for group komunitisbdj Siri 110 - Kura-Kura Mata hijau Mat Prai berhenti melangkah secara mengejut. Dia menoleh ke arah datuk dan saya dengan wajah yang pucat. Dia kelihatan berada di dalam keadaan serba salah. Mat Prai seperti enggan meneruskan langkah, dia seperti mahu berpatah balik ke pondok durian. Badannya terus menggeletar seperti orang kena histeria. "Kenapa Mat Prai," datuk segera menggoncangkan tubuhnya. "Saya dah langgar pantang Ayah Alang." "Nama orang itu tidak boleh disebut atau diberitahu pada orang, siapa yang langgar pantangnya boleh kena penyakit gila babi, ramai orang yang menyebut namanya pada orang lain jatuh sakit.," sebaik sahaja selesai Mat Prai bercakap dia terus rebah atas rumput. Paling mengejutkan, bila Mat Prai terus baring atas rumput. Dalam keadaan serba salah saya dongakkan muka ke langit melihat matahari yang memancar terang sedangkan awan putih bergerak tenang di dada langit. Angin bertiup menggugurkan dedaun kering. Datuk terus berusaha memberikan keyakinan pada Mat Prai bahawa apa yang dipercayainya itu adalah karut. Tetapi, Mat Prai tidak mudah mahu menerima apa yang datuk katakan itu. "Aku nak tanya kamu satu perkara dalam dunia ini, baik di langit mahupun di bumi siapa yang berkuasa dan siapa pula yang menghidupkan dan mematikan manusia," datuk bertanya dengan lembut pada Mat Prai setelah semua usahanya yang dikemukakan pada Mat Prai sebentar ditolak mentah.

51 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

"Tentulah Allah yang maha besar," jawab Mat Prai penuh keyakinan. Dia terus duduk matanya menentang biji mata datuk. "Kamu sudah tahu jawapannya, kalau sudah tahu kenapa kamu mesti takut dengannya. Percayalah dia tidak ada kuasa," datuk memberikan semangat. "Tapi, ramai percaya dengannya," Mat Prai kelihatan maish ragu-ragu. Datuk terus gelengkan kepala sambil menarik nafas dalam-dalam. Memang terlalu sukar untuknya memberikan semangat baru pada Mat Prai. "Sekarang kamu sebut namanya berkali-kali, kamu maki dia. Aku nak tengok pantang larangnya berkesan atau tidak," datuk mendesak Mat Prai. Cepat-cepat Mat Prai gelengkan kepala, mukanya bertambah pucat. Dan datuk terpaksa bertindak lebih tegas supaya Mat Prai mematuhi arahannya. Kali ini datuk tidak mahu meentang biji mata Mat Prai. "Kamu nak ikut cakap aku atau aku tinggalkan kamu di sini. Biar aku balik ke kampung. "Jangan, kerja Ayah Alang belum selesai lagi." "Kalau kamu mahu aku selesaikan, dengar cakap aku." "Baiklah Ayah Alang," ujar Mat Prai dan terus menyebut nama Suhaimi Keraba serta memaki hamunnya dengan semahu hati. "Berhenti Mat, berhenti." Mat Prai pun berhenti memaki hamun Suhaimi Keraba. Saya yang sudah tidak sanggup berdiri segera mencari tempat duduk. Sasaran saya ialah batang buruk yang melintang di tepi denai. "Sekarang kamu duduk diam," itu arahan datuk kepada Mat Prai. " Kita tunggu sampai sepuluh minit, kalau benar-benar orang yang pantang namanya disebut itu berkuasa, dan boleh mendatangkan bala kepada kamu, tentu kamu mengalami sesuatu," sambung datuk sambil mengeluarkan jam saku dari bajunya. "Nah kau tengok masanya," datuk menyerahkan jam saku kepada saya, "sampai sepuluh minit beritahu aku." Saya segera patuh pada perintahnya itu. CUKUP Sepuluh minit sudah berlalu, tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi pada diri Mat Prai. Saya pulangkan jam saku kepada datuk. Sebelum jam itu disumbatkan ke dalam poket. datuk melihatnya sejenak untuk memastikan sama ada kiraan sya tepat atau sebaliknya. "Bagaimana Mat Prai? Kau tentu setuju kalau aku katakan yang orang itu tidak ada kuasa," bisik datuk ke telinga Mat Prai tetapi dengan lemah dia menggelengkan kepala. "Kenapa Mat?" "Sebabnya tak jadi kerana Ayah Alang ada pelindung diri, ada pemakai dan petua, sebab itulah sumpahnya tak menjadi." Datuk tunduk merenung bumi. Mat Prai segera berdiri. Panas terasa kian keras. Kulit dahi dan muka saya terasa pedih. "Kau selalu memikirkan perkara yang buruk-buruk. Engkau tahu kuasa Allah tetapi, engkau tidak yakin pada-Nya inilah yang merosakkan diri kamu sendiri, kamu kata aku ada ilmu pedinding, sebenarnya perkara yang kau sebutkan itu memang tidak ada pada aku. Apa yang aku lakukan ialah minta perlindungan dari Allah," datuk mula memberikan pendapatnya, dia tidak peduli sama ada pendapat itu dapat diterima oleh Mat Prai atau sebaliknya. Pokoknya, dia harus menyedarkan diri Mat Prai yang terlalu percayakan pada hal yang karut-marut. "Bagi aku dia tidak ada kuasa, dia orang gila," cetus datuk. "Baik Ayah Alang minta maaf padanya, kalau tidak susah diri Ayah Alang." "Tak payah, dia bukan ada kuasa yang berkuasa ialah Allah, pergi jahanam dengannya. Teruskan perjalanan, aku nak sampai ke rumah kamu cepat," tanpa rasa bimbang atau takut-takut datuk terus bersuara. Mat Prai jadi termanggu-manggu dan serba-salah. "Jalan cepat. Tak usah fikirkan tentang manusia gila yang tidak bermoral itu," datuk tolak belakang Mat Prai. Antara mahu dengan tidak Mat Prai

52 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

terpaksa meneruskan perjalanan. Kami terus melalui beberapa buah dusun durian milik orang lain. Perjalanan selanjutnya tidak ada perbualan. Antara kami bertiga, tiada seorang pun yang berminat mahu bertanyakan itu dan ini. Masing-masing melayani khayalan diri sendiri. "Aduh!" Datuk yang berada depan saya terus membongkokkan badan. Kedua belah tangannya menekan pangkal belikat sebelah kiri. Mat Prai segera memangku tubuh datuk agar jangan tersembam ke bumi. Saya memicit belakang datuk. "Kenapa tuk?" "Ada orang baling benda tajam ke arah aku," jelas datuk. Saya segera renung kiri kanan. Anak mata saya tertumpu ke arah bambu runcing sepanjang dua kaki di hujung kaki kanan datuk. Buluh itu sudah patah dua dan bahagian yang ditajamkan sudah hancur. "Carikan aku Daun Dukung Anak," ujar datuk pada saya. Tanpa membuang masa saya segera mencarinya. Dengan izin Allah Daun Dukung Anak yang melata di bumi itu saya temui dekat pangkal pokok durian mati pucuk. "Sapukan di tempat yang terkena buluh tu untuk membunuh bisanya," datuk keluarkan arahan. Saya segera selak baju datuk. Memang ada garisan memanjang yang melukakan kulit tubuh datuk. Darah mula keluar dari kult yang terkoyak itu. "Aku dapat menepisnya, kalau tidak buluh itu tembus ke rusuk kiri," terang datuk sambil menyuruh saya menghancurkan Daun Dukung Anak dengan telapak tangan. Atas arahannya juga daun yang sudah hancur itu saya tampalkan ke tempat yang tergaris sesudah membaca tujuh kali al-Fatihah serta sekali selawat. Lebih dari sepuluh minit perjalanan kami berhenti. Bila datuk sudah pulih, kami meneruskan perjalanan pulang. tetapi baru enam langkah Suhaimi Keraba muncul di depan kami dengan beberapa batang buluh runcing di tangan kiri. "Jangan di lawan" Itu perintah datuk untuk saya dan Mat Prai. Peluh yang menguasai setiap sendi membuatkan saya resah. Mat Prai melihat matahari yang terpacak di atas kepala. "Tengah rembang, kata orang tua-tua alamat tak baik," bisik Mat Prai ke telinga saya. "Entah," jawab saya. "Diam jangan banyak cakap, kalau perbuatannya boleh mengancam nyawa kita, cepat-cepat kita lari," datang lagi arahan dari datuk. Saya dan Mat Prai anggukkan kepala. Datuk juga menyuruh kami berdiri sebaris menentang wajah Suhaimi Keraba. "Kamu yang jadi kepala samseng memaki hamun aku. Tak sedar diri masuk kampung orang nak berlagak ayam jaguh," kata-kata itu ditujukan oleh Suhaimi Keraba ke arah datuk. "Kamu jadi baruanya," jari telunjuknya mengarah ke wajah Mat Prai. Suhaimi Keraba terus berlegar-legar di depan kami. Sesekali dia mencabut keris panjangnya. Dua tiga kali diacukannya ke arah saya. "Aku yang merejamkan buluh tajam kepada kamu, aku sakit hati kerana kamu mencaci dan memperkecilkan aku, apa yang kamu katakan pada aku semuanya dapat aku dengar," Suhaimi Keraba mula memperlihatkan taringnya. Dan Mat Prai terus merenung ke arah datuk, seolah-olah engatakan yang cakapnya sebentar tadi adalah benar. Melihat kami semuanya membisu dan tidak kisah membuatkan Suhaimi Keraba naik angin. Dia mula memaki hamun datuk dan menyifatkan datuk dari keturunan orang yang tidak bertamadun. Datuk tetap membisu. Setelah menggunakan pelbagai cara tetapi datuk tetap bersikap dingin. Tidak mahu memulakan pergaduhan. dia mula menyerang datuk dengan buluh runcing. Dia merejam sepuluh batang buluh runcing ke arah kami. Satu kebolehan yang di luar kemampuan manusia biasa. Saya kira ada tenaga lain yang membantu Suhaimi Keraba. Bagi menyelamatkan diri,

53 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

saya dan Mat Prai terpaksa berlindung di balik pokok durian. Datuk tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Tegak di situ sambil berpeluk tubuhnya. Kedua belah matanya dirapatkan cuma kelopak bibirnya sahaja bergerak seperti menyebut sesuatu. Lebih dari empat batang buluh runcing direjamkan oleh Suhaimi Keraba kepada datuk. Tidak satupun yang mengenai tubuh datuk. Semuanya menyimpang ke arah lain. Ada yang melekat pada pokok pisang hutan, terbenam ke bumi dan sebagainya. Suhaimi Keraba berhenti dari melakukan sesuatu pada datuk. Dia termenung sejenak. Datuk tetap berdiri dalam keadaan berpeluk tubuh. Suhaimi Keraba terus memintas arah belakang datuk sambil membalingkan buluh runcing secara curi. Tetapi, sebelum hujung buluh runcing menjamah kulit, terlebih dulu untuk menyambarnya. Buluh runcing itu segera dibenamkan oleh datuk ke bumi. serentak dengan itu Suhaimi Keraba menjerit. Kedua belah tangan tergapai-gapai seolah minta tolong. Suhaimi Keraba jatuh ke bumi. Perlahan-lahan datuk membuka kelopak mata sambil menjatuhkan sepasang tangan yang memeluk tubuhnya. Datuk merenung ke arah Suhaimi Keraba yang tertiarap ke bumi. Berhempas pulas berusaha untuk bangun berdiri. "Bangunlah, sahabatku," kata datuk. Suhaimi Keraba merenung marah ke arah datuk. Dalam rasa cemas dan takut itu dia berjaya melepaskan diri. "Kekuatan sahabat tidak sejauh mana. Tidak dapat melawan kekuasaan Allah yang mencipta diri saudara dan saya, yang memberikan nyawa pada kita," ujar datuk lagi. "Hisss..." desis Suhaimi Keraba. "Saudara sudah sesat, kerana sesat itulah hidup saudara dikuasai nafsu syaitan." "Sudahlah." Balas Suhaimi Keraba. 'Terima kasih, saya tidak berniat mahu bermusuh dengan saudara, saya mahu bersahabat," datuk hulurkan tangan ke arah Suhaimi Keraba. "Kamu bukan orangnya," Suhaimi Keraba menolak. "Saudara, kita mahu bersahabat." "Tidak ada masa untuk bersalam dan bersahabat dengan orang yang tidak berilmu," Suhaimi Keraba mula mencemek. Saya dan Mat Prai keluar dari tempat persembunyian.Kami segera mendekati datuk yang kelihatan begitu tenang menghadapi cemuhan yang dilemparkan oleh Suhaimi Keraba terhadap dirinya. "Saya tahu sejauh mana ilmu yang ada dalam dada saudara," kata datuk dalam nada suara yang lembut dan mengharapkan akan terjalin tali persahabatan antaranya dengan Suhaimi Keraba. Ternyata Suhaimi Keraba tidak mempedulikan harapan dan cita-cita datuk. Dia terus melangkah kami dengan wajah seribu dendam. Kami meneruskan perjalanan pulang. Sampai di rumah Mat Prai disambut oleh isterinya dengan pelbagai pertanyaan. Kenapa kami lambat sampai. Mat Prai memberi jawapan yang kami singgah ke rumah beberapa orang kenalan. Ternyata alasan itu dapat diterima oleh isteri Mat Prai. Makan nasi durian memang menyelerakan. Itu pengalaman yang menyeronokkan ketika makan nasi durian waktu tengah hari di rumah Mat Prai. Tetapi apa yang kurang menyeronokkan ialah sikap datuk yang sering mengingatkan agar saya agar makan 'secukup kenyang!' satu ingatan yang boleh mematikan selera makan saya. Tetapi saya masih beruntung Mat Prai memberika kerjasama yang baik. Bila dia melihat pinggan yang kosong. Secara sembunyisembunyi dia menaruh nasi durian ke dalam pinggan saya dan datuk tidak dapat berbuat apa-apa. Tengah hari itu, saya makan betul-betul. Lepas makan saya

54 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

tersandar di dinding dan datuk cuma terdaya menjeling marah ke arah saya. KECIL Pada petang itu, saya diajak oleh Mat Prai berjalan-jalan sekitar pekan kongsi yang kecil. Saya ditunjukkan kawasan pasar tempat orang menjual buah dan jeruk buah pala. Saya juga dibawa ke kawasan hutan kecil yang menurutnya tempat pelanduk berehat. Tempat tersebut, bertahun-tahun kemudiannya tekah dijadikan ladang ternakan buaya ( kini khabarnya ladang buaya itu sudah diberhentikan atas arahan pihak berkuasa demi keselamatan orang ramai) Lebih kurang pukul empat dua puluh lima minit petang, saya dan Mat Prai kembali ke rumah. Kami dapati datuk tiada di rumah. Kata isteri Mat Prai, tidak lama setelah kami meningalkan rumah, datuk terus menuju ke arah masjid. Saya dan Mat Prai terus ke masjid. Cakap isterinya memang benar. Datuk duduk tertonggok di tengah ruang masjid membaca al Quran. Oleh kerana waktu Asar sudah hampir tiba, kami terus mengambil air sembahyang dan melakukan sunat tahyatul masjid. Sepuluh minit kemudian waktu Asar pun sampai bilal terus memukul beduk dan seterusnya melaungkan azan. Dalam kesempatan itu juga Mat Prai memperkenalkan datuk dengan iman masjid tersebut. Setelah menunaikan sembahyang Asar datuk terus berborak dengan imam yang usianya lima atau sepuluh tahun lebih tua dari datuk. Dari Imam tersebut datuk memperolehi cerita yang terperinci tentang dir Suhaimi Keraba serta kejadian aneh yang berlaku di dusun durian beberapa orang penduduk. "Setahu saya kejadian itu sudah berkurangan, kalau adapun terjadi kerana pemilik dusun durian tidak mahu mematuhi nasihat kami." "Apa nasihatnya Pak Imam?" Tanya datuk. "Perbuatan tu, perbuatan syaitan kita lawan ikut suruhan Allah," Pak Imam bersuara lemah. "Dari dulu lagi kalau ada kejadian macam tu, kami baca yasin tujuh malam di dusun orang malang, kemudian kami ingatkan pemilik dusun supaya membayar fitrah kalau memperolehi pendapat lebih, itu saja syaratnya," sambung Pak Imam. "Hasilnya bagaimana Pak Imam?" Tanya datuk. "Dengan izin Allah berjaya. Melainkan orang tak mahu ikut nasihat, tidak mahu sembahyang, tidak mahu berpuasa dan mengambil hak orang sebagai milik sendiri. "Pak Imam tahu durian di dusunnya, dikacau makhluk ganjil," datuk terus menepuk bahu Mat Prai yang berada disisinya. Pak Imam renung muka Mat Prai. "Dia ni cuma datang dan balik ke kampung bila dekat musim durian, jadi dia tidak tahu apa yang berlaku, selain dari dusun ini, ada seorang dua yang dusun mereka kena kacau," ujar Pak Imam dengan wajah yang selamba. saya menoleh ke arah Mat Prai. Dia tersenyum tersipu-sipu, cuba menyembunyikan rasa malunya. Rahsia dirinya telah terbongkar. "Dulu dia bawa bomoh siam nak halau hantu di dusunnya. Hasilnya tak ada apa-apa. Saya hairan kenapa Si Mat ni tak mahu mengadu pada saya, tak mahu berbincang dengan orang-orang kampung, pada hal saya kenal dirinya dari datuk neneknya lagi. Dia orang sini," Pak Imam meluahkan suara hatinya. Mat Prai tunduk tidak berkata apa-apa pun. MESRA Sebelum berpisah datuk bersalaman dengan Pak Imam dengan penuh mesra. Datuk sempat memujuk Pak Imam supaya turut sama pergi ke dudun durian Mat Prai. Pada mulanya Pak Imam itu menolak permintaan datuk. Setelah didesak barulah Pak Imam itu mahu ikut serta ke pondok Mat Prai. Malam itu, setelah selesai menunaikan sembahyang Isyak di masjid, saya dan datuk serta Pak Imam terus menuju ke pondok durian Mat

55 of 56

30/12/2010 11:28 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 7

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=7

Prai. Mat Prai pergi lebih awal dari kami. Perjalanan kami lancar tidak mengalami sebarang gangguan yang aneh. Sampai di pondok, Mat Prai menyambut kami dengan hidangan air kopi panas. Dua pemuda dari Pulau Betung yang menunggu dusun durian pada sebelah siang segera pulang. Kali ini datuk melakukan sesuatu di luar dugaan saya. Mat Prai dan saya disuruh duduk di luar kira-kira dua puluh kaki jaraknya dari pondok asal. Di situ datuk dirikan empat batang tiang dan atapnya dibuat dari daun-daun hutan yang lebar. Tidak sampai dua jam datuk berusaha mendirikan pondok yang bentuknya macam pondok mainan kanak-kanak. Kami disuruh duduk di situ. Manakal datuk dan Pak imam duduk di pondok besar. Mereka terus membaca Quran. Saya tidak mahu berada jauh dari Mat Prai. Ke mana sahaja Mat Prai bergerak di situ saya berada. Kami mendengar bunyi buah durian jatuh tetapi, saya atau Mat Prai tidak berhasrat mahu mengutipnya. "Ular," jerit saya. Biji mata Mat Prai terbeliak melihat seekor ular hitam sebesar lengan budak berusia lapan tahun. Panjangnya kira-kira dua kaki. Ular itu terus menuju ke arah pelita minyak tanah. Mat Prai ambil kayu memukul ular itu, kena tepat pada bahagian belakangnya. Ular itu panggungkan kepala lalu mematuk pelita minyak tanah. Kami berada dalam kegelapan. Saya raba sana, raba sini, cari kotak mancis. Barang yang saya cari ditemui. Sumbu pelita menguasai ruang pondok, jelas kelihatan ular hitam menyusup di bawah dedaun kering dan terus ghaib entah ke mana. Tempat ular itu hilang segera diganti oleh seekor kura-kura yang warna kulitnya kuning keemasan. Biasanya kura-kura bila terdengar suara atau melihat orang akan menyorokkan kepalanya. tetapi kura-kura yang datang mendadak di pondok kami terus menjulurkan kepalanya sambil memakan dedaun kering. Mata kura-kura aneh itu nampak tersembul dan mengeluarkan cahaya hijau. "Kenapa semuanya mesti terjadi masa datuk kamu tak ada bersama kita, kubunuh kura-kura laknat ni," Mat Prai mula marah dan terus mahu memukul belakang kura-kura dengan kayu yang digunakan untuk memukul ular. "Jangan." "Kenapa Tamar?" "Biarlah dia pergi sendiri." "Hum..." Mat Prai mengeluh lalu menghempaskan kayu di tangan dengan sekuat hati. Saya hanya diam sahaja. Kura-kura yang menjulurkan kepalanya masuk ke dalam badannya. (bersambung)...

CHAPTER LIST

56 of 56

30/12/2010 11:28 AM