Anda di halaman 1dari 4

PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN MATEMATIK Pembelajaran Matematik tidak dapat dikuasai di dalam kelas bukan kerana mereka malas

belajar atau tidak bersungguh dalam pembelajaran dan juga kerana kecuaiannya. Setelah dijalankan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini mempunyai cirri-ciri tidak normal dalam diri walaupun dilihat mempunyai kesempurnaan fizikal yang sama dengan kanak-kanak normal. Kepelbagaian faktor yang mempengaruhi penguasaan pelajaran matematik menyebabkan murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran. Selain dari faktor dari murid faktor guru juga dilihat sebagai penyumbang kepada kurangnya penguasaan kemahiran dalam matematik. Menurut Brooks (1993) terdapat beberapa amalan guru yang sangat biasa atau tidak kreatif dalam pengajaran matematik. Guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar diharapkan meniru apa yang disampaikan. Pergantungan kepada buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Kurang menjalankan pengajaran secara kooperatif dan langsung tidak dilaksanakan Kurang mengutamakan kemahiran berfikir Kurang menggalakkan murid membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai pengetahuan matematik secara mantap

Masalah dalaman adalah yang paling ketara yang menggangu pencapaian kanak-kanak dalam matapelajaran matematik. Secara kasar murid ini dilihat sebagai normal tetapi memmpunyai masalah dalaman yang hanya boleh dikenalpasti oleh pengamal perubatan. Situasi ini dialami oleh salah seorang murid Pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Parit Markom , Jalan Parit Ismail, 82200 Benut, Pontian Johor. Adik Mohd Shafiq Riduan bin Khairul Nizam berumur 11 tahun , mengalami masalah pertuturan dan kecacatan fizikal yang sederhana. Adik Mohd Syafiq juga mengalami masalah semasa kelahiran dan semasa proses tumbesarannya kerana sering demam panas. Namun begitu kecacatannya telah menyebabkan murid ini mengalami masalah dalam menulis dan juga sukar untuk bertutur secara jelas. Perasaan rendah diri juga menyebabkan pencapaiannya agak kurang membanggakan. Masalah ini berlaku sejak dilahirkan. Dengan keadaan seperti ini sudah tentulah adik Mohd Shafiq perlukan perhatian dan pengawasan bagi membolehkan dia menulis dan menjawab soalan matematik yang diberikan.

Latar belakang murid yang dikaji Adik Mohd Syafiq Riduan bin Khairul Nizam telah dilahirkan pada di Hospital Daerah Pontian. Dia merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik dari pasangan Khairul Nizam dan Puan

Haslina bte Abdullah.Bapanya bekerja sebagai Pemandu lori dan ibunya sebagai seorang suri rumah yang gemar menghasilkan kraf dari gulungan kertas suratkhabar. Dalam keluarganya adik Mohd Syafiq mempunyai 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Mereka sekeluarga tinggal di 127 Jalan Parit Ismail , Benut, Pontian dan jarak sekolahnya dari rumah hanya lebih kurang satu kilometer. Adik Mohd Syafiq disahkan mengalami masalah fizikal selepas dilahirkan dan disahkan mengalami masalah pertuturan selepas berumur empat tahun usianya. Perkembangannya juga amat lambat kerana semasa temubual dengan ibunya Adik Mohd Syafiq hanya boleh berjalan ketika berumur tiga tahun. Perkembangan kognitifnya juga lewat Pengurusan dirinya juga tidak dapat dijalankan sendiri sehingga berusia 6 tahun. Adik Mohd Syafiq masih belum mengenal nombor atau konsep matematik walaupun usianya enam tahun dan juga belum mengenal warna asas. Selepas beberapa bulan di Tahun Satu , saya telah menjalankan ujian Instrumen Penempatan Murid Pendidikan Khas dan dia layak untuk ditempatkan di Kelas Program Integrasi Masalah Pembelajaran di SK Parit Markom, Benut , selepas disahkan oleh pengamal perubatan dari Klinik Kesihatan Simpang Renggam, Kluang. Adik Mohd Syaffiq dikategorikan mengalami masalah fizikal dan lewat perkembangan dan pertuturan. Masalah Matematik Saya telah mengajar Adik Mohd Syafiq dalam matapelajaran Matematik selama 5 tahun dan dari segi penelitian yang telah saya jalankan masalah utamanya adalah dalam membentuk huruf dan angka dalam matematik. Daya ingatan jangka pendek juga telah menjadi masalah keduanya. Kemahiran yang dipelajari dapat diingat dalam jangkamasa pendek sahaja. Saya telah menjalankan ujian bagi mengenalpasti masalah dalam cara dia menulis angka. Masa yang terlalu lama diambil untuk menulis satu angka kerana keadaan fizikalnya telah menggangu kelancarannya untuk menulis. Intervensi awal yang saya lakukan adalah menggunakan kertas kotak-kitak yang saiznya besar untuk membolehkan dia menulis angka tunggal. Dia juga disediakan angka dengan tulisan putus-putus bagi membolehkan dia menyambung titik yang disediakan. Setelah dapat menulis dengan agak memuaskan saya telah meningkatkan kemahirannya dalam Operasi tambah. Kemahiran yang diperkenalkan adalah menambah sebarang satu nombor dengan menggunakan pembilang. (Rancangan Pengajaran Harian disediakan)

Pendekatan Pengajaran Matematik yang digunakan. Dalam proses membantu Adik Mohd Syafiq menguasai pelajaran Matematik khususnay dalam kemahiran tambah, pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme. Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat

Bagaimana murid mempelajari Matematik Sejak bayi lagi manusia telah mula belajar. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai bentuk gerakan pantulan. Dengan cara ini telah wujud aturcara genetis semulajadi dari dalam diri bayi untuk menyerap kedudukan sesuatu objek.Maklumat akan bertambah dalam ingatanselaras dengan perkembangan fizikalnya.Maklumat yang diterima akan menjadi pengetahuan dan dan memperkemangkan keupayaan kognitifnya. Menurut Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari Matematik melalui kegiatan seharian. Aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep awal melalui aktiviti padanan, penjenisan, pasangan atau susunatur. Walau bagaimanapun , terdapat beberapa teori yang didapati sesuai bagi membincangkan bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Teori Piaget didapati bersesuaian dengan cara bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik mengikut cara yang tersendiri. Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget berasal dari Switzerland merupakan ahli psikologi yang telah menyumbangkan banyak pemahaman tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Dari kajiannya Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit(7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun hingga dewasa) Walaupun ia bukan satu proses tetap tetapi menglkut peringkat umur dan kemampuan kanak-kanak tersebut. Menurut Jere Confrey (1999) Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Menurut Piaget, Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit, ketika berumur 7 hingga 11 tahun. Sebagi seorang guru matematik di sekolah rendah, kita harus member tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia ini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik memlalui pengalaman konkrit. Alat bantuan mengajar dapat membantu kanak-kanak memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran aialah aktiviti yang berpusat kepada kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan bahawa kepentingan berinteraksi ide-idea anatara kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakannya penting unuk perkembangan mental. Menurut Prof Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan juga pendidik, telah banyak memberikan sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu system yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan murid minat untuk mempelajarinya.Mengikut Denies, konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur,mencari cirriciri,perwakilan gambar,perwakilan symbol dan formalisasi. Prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik: Prinsip Konstruktiviti

Prinsip Perubahan Perseptual Prinsip Dinamik

Penutup Dalam pengajaran matematik terutamanya murid Bermasalah Pembelajaran ,guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk murid membina konsep dan menguasai kemahiran di samping menghayati dalam kehidupan sebenar. Guru matematik perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka , kreatif, inovatif, rasional dan bijaksana. Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isikandungan, kaedah mengajar dan gaya pembelajaran murid mestilah dikuasai sepenuhnya oleh guru yang mengajar matematik.

Anda mungkin juga menyukai