Anda di halaman 1dari 22

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN KANDUNGAN KAEDAH PENYELIDIKAN PENGENALAN LATAR BELAKANG ORGANISASI SEJARAH PENUBUHAN AHLI LEMBAGA PENGARAH

VISI MISI KONSEP PERNIAGAAN RANGKAIAN PRODUK KLASIFIKASI PERNIAGAAN IBU PEJABAT PERNIAGAAN CAWANGAN PERNIAGAAN STRATEGI PERNIAGAAN ASPEK KEPIMPINAN ASPEK PERANCANGAN ASPEK PENYELARASAN INISIATIF TANGGUNG JAWAB SOSIAL KESIMPULAN

PLK-PACE-UUM

2 3 5 5 8 9 9 10 10 10 11 11 12 14 17 17 18 19 22

1|Page

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN KAEDAH PENYELIDIKAN

PLK-PACE-UUM

Kami telah menjalankan penyelidikan untuk tugasan ini melalui kaedah pengumpulan data melalui internet. Penyelidikan kami terbahagi kepada enam bahagian dan diagihkan sam rata a kepada semua ahli kumpulan bagi melancarkan perjalanan penyelidikan ini. Segala maklumat yang kami perolehi menerusi laman sesawang rasmi www.mydin.com.my di analisa mengikut keperluan tugasan yang diberikan. Selain dari buku teks pengurusan, kami juga merujuk kepada beberapa artikel mengenai pengurusan bagi memudahkan penyediaan tugasan ini. Antara objektif yang kami perolehi dari tugasan ini adalah seperti berikut: Memahami konsep pengurusan dan organisasi Mengenal pasti aktiviti dalam proses pengurusan Mengetahui struktur pengurusan yang berkesan Pendedahan tentang kepentingan pengurusan Perbezaan jenis dan kemahiran pengurus

y y y y y

2|Page

SBL

SAN

PL

PACE

PENGENALAN

Apabila membi arakan mengenai pengurusan kita ti ak dapat lari dari menghubungkannya dengan aspek kehidupan manusia dan persekitaran. Manusia tidak mampu untuk hidup bersendirian dan sentiasa perlu berinteraksi antara satu sama lain dalam usaha

melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan sejagat. Kesemua ini memerlukan satu sistem pengurusan yang baik.

Definasi Pengurusan

Pengurusan telah diberi berbagai definasi semenjak bidang in dikenalpasti sebagai satu i cabang ilmu yang perlu dipelajari. Salah satu definasi pengurusan dalam pertukaran abad ialah:

"Pengurusan adalah satu seni melakukan dan menyiapkan sesuatu kerja dengan cara mengelola dan menyelia kerjasama yang diberikan olehorang lain"

Dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi, "orang lain" di sini merujuk kepada pekerja pekerja yang berada di bawah tanggungjawab seseorang pengurus.

Steers (1985) pula mendefinasikan pengurusan sebagai satu proses merancang, menganjur, memimpin dan mengawal aktiviti-aktiviti pekerja-pekerja selaras dengan sumber yang ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

3|Page

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

Koontz dan O'Donnell (1976) juga menyatakan bahawa pengurusan boleh dibahagi an kepada beberapa fungsi yang utama termasuk perancangan, penganjuran, kepimpinan dan pengawalan.

Daripada beberapa definasi di atas, sains pengurusan, tidak kira samada diaplikasikan dalam bidang perindustrian, pembinaan, perbankan, pengeluaran, pembuatan, perniagaan atau bidang-bidang lain, mempunyai satu konsep asas yang serupa. Sains pengurusan mengandungi empat elemen yang utama:

   

Perancangan (Planning) Penyelarasan (Organising) Kepimpinan (Leading) Pengawalan (Controlling)

Semua organisasi mempunyai matlamat dan objektif masing-masing. Boleh dikatakan semua organisasi yang menjalankan perniagaan (business organisations) mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum berbanding pelaburan.

Keempat-empat elemen utama sains pengurusan di atas perlu disempurnakan dengan berkesan supaya setiap organisasi itu dapat mencapai matlamat dan objektif. Cara bagaimana untuk mencapainya bergantung kepada keupayaan dan sumber yang ada pada sesebuah organisasi.

Hubungan baik di antara pihak pengurusan dan pekerja perlu dititik-beratkan supaya matlamat dan objektif organisasi dapat dicapai tanpa sebarang masalah. Ini adalah penting kerana jika pekerja tidak memberikan kerjasama ke arah pencapaian matlamat, maka segala bentuk perancangan yang baik akan gagal. Oleh itu pekerja adalah aset utama yang perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana merekalah nadi penggerak sesebuah organisasi.
4|Page

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

PLK-PACE-UUM

Berasal dari perniagaan keluarga yang kecil kepada emporium dan kini melebarkan sayapnya dengan memasuki sistem rangkaian pasar raya besar. Mydin tidak hanya dilihat sebagai pesaing biasa oleh semua syarikat peruncitan tempatan malah juga oleh industri runcit tempatan yang dimiliki oleh entiti asing seperti Carrefour, Jusco, Tesco dan Giant. Pasar raya besar milikan asing tidak boleh memandang rendah kewujudan Mydin dan harus menerima hakikat bahawa Mydin adalah peruncit agresif dan progresif tempatan yang perlahan-lahan telah menghakis penguasaan pasaran mereka dalam industri runcit. Hari ini, Mydin dikenali oleh rakyat Malaysia bukan sahaja menyediakan nilai terbaik, tetapi mempunyai jenama premium di kalangan pelanggan serta pengeluar tempatan. Pengeluar tempatan telah menemui jalan yang kondusif dan sesuai untuk menyalurkan produk keluaran mereka.

SEJARAH PENUBUHAN

Legasi Mydin sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1940 secara kecil-kecilan. Perniagaan kecil yang diasaskan oleh En Mydin Mohamed di Pulau Pinang dengan menjual barangan dan mainan kepada pelanggan di kawasan yang berhampiran Georgetown. Pada tahun negara mencapai kemerdekaan 1957, Mydin telah berpindah ke Kelantan di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu untuk membuka kedainya yang pertama kerana beliau me;lihat adanya peluang untuk aliran masuk barangan dari negara jiran Thailand. Walaupun perniagaan itu semakin berkembang, namun Mydin hanya mampu untuk mengendalikan dan mengekalkan satu cawangan sahaja.

5|Page

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN Era Pra-Mydi Mohamed Holdi Berhad

PLK-PACE-UUM

Penghijrahan pertama

Perniagaan penjaja pertama di Pulau Pinang pada tahun 1940 yang dikendalikan oleh keluarga ini tidak begitu berjalan lancar pada tahun-tahun awal penubuhanan. En Mydin telah membuat satu keputusan berani untuk berpindah ke Kelantan. Sebagai anak sulung dalam keluarga beliau mendokong visi yang telah diamanahkan oleh arwahnya yang telah dikongsi dengan bersama adik-adiknya yang lebih muda untuk menjadi seorang usahawan berwawasan dan sentiasa berusaha meningkatkan kedudukan kewangan keluarga. Sebelum berpindah ke Kelantan beliau meninggalkan perniagaan penjaja yang telah belaiu usahakan kepada adikadiknya yang lebih muda.

Dalam tahun-tahun awal, hidup sebagai peruncit umum di Kota Bharu, beliau telah menempuh pelbagai kesukaran kehidupan. Encik Mydin hanya menggunakan basikal untuk mengangkut barangan jualan dan membuat penghantaran ke seluruh Kota Bharu. Beliau akan menaiki bas untuk penghantaran barangan jualan ke luar bandar. Setelah perniagaan menampakkan hasil beliau mampu memiliki sebuah van untuk membuat penghantaran. Dalam 10 tahun menceburkan diri dalam perniagaan runcit kecil tidak menghalang beliau untuk menjadi pemborong yang berjaya. Oleh itu, pada tahun 1957, Syarikat Mydin Mohamed, sebuah syarikat pemilikan tunggal telah ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan. Faktor lokasi Kota Bharu yang berdekatan dengan Thailand telah menjadikan pemangkin terbaik dalam menjalinkan hubungan perniagaan antara kedua-dua negara dan ini telah memudahkan perniagaan Encik Mydin untuk berkembang dan mencapai popular di kalangan penduduk tempatan.

6|Page

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN Penghijrahan kedua

PLK-PACE-UUM

Sejarah berulang tahun 1979, selepas 20 tahun Syarikat Mydin Mohamed ditubuhkan di mana anak sulungnya, Tuan Murad Ali berhasrat untuk membuka sebuah cawangan Syarikat Mydin Mohamed di Kuala Terengganu. Ia merupakan satu lagi peristiwa penting dalam pelan pengembangan perniagaan keluarga. Mydin telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama dipercayai dikalangan pelanggan mereka, yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan. Walaupun mempunyai dua cawangan, namun Mydin hanya kekal popular di pantai timur sahaja. Ia mengambil masa 10 tahun sebelum mereka memutuskan untuk teroka metropolitan yang lebih padat penduduk di negeri pantai barat.

Penghijrahan ketiga

Pada tahun 1989, Mydin membuka cawangan ketiga di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Ia telah melakar satu peralihan yang dinamik untuk membuktikan keberanian Mydin meneroka pasaran peruncitan yang lebih besar dalam sejarah dengan memilih lokasi yang kompetitif. Satu lagi mercu tanda penting, Dato 'Ameer Ali anak kepada En Mydin yang selama ini tidak pernah menunjukkan minat dalam perniagaan keluarga ini telah membuat keputusan untuk kembali bekerja bersama keluarga. Dato 'Ameer Ali dijangka dapat membantu perniagaan ini kerana beliau mempunyai pengalaman di dalam bidang perbankan. Mydin terus berkembang pesat dan pada Februari 2000, syarikatnya kini dikenali sebagai MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD.

7|Page

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN AHLI LEMBAGA PENGARAH

PLK-PACE-UUM

y y y y y y y y y y

Mydin Mohamed Ali (Chairman) Murad Ali (Executive Director) Dato' Haji Ameer Ali (Managing Director) Ahimmat Ali (Executive Director) Salim Ali (Executive Director) Datin Dr. Hajah Siti Hawa (Human Resources Director) Puan Mumtaz (Director) Puan Nadiya (Director) Malik Murad Ali (IT Director) Mirza Murad Ali (Merchandising Director)

Dato Ameer Ali Mydin

We will grow. Now our sales are over one billion and in three years, we will gain five billion. We got eight hypermarkets which will be opened in the coming years, two in Kota Bharu, Port Dickson, Kucing and several other places.

Dato

Ameer, Sept 2008

8|Page

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

Petikan kenyataan berwawasan Dato' Ameer ke arah kemajuan Mydin yang berkembang dari hanya sebuah pusat emporium kepada sebuah pasar raya gergasi ...

Sokongan keluarga merupakan kunci kepada perniagaan Mydin Mohamed Holdings, menurut Pengarah Urusannya Datuk Ameer Ali Mydin. Ia merupakan satu nilai penting yang diajar oleh bapanya, Mydin Mohamed, kepada beliau dan adik-adiknya. Mydin menilai keluarga sebagai sama penting seperti perniagaan. Kini beliau lebih cenderung untuk mencari keseimbangan dalam hidup, di mana kesihatan dan kualiti bersama keluarga menjadi keutamaan. Sokongan keluarga tidak hanya datang dari adik-beradik beliau tetapi juga pasangan dan anak-anak mereka kerana mereka akan menjadi tunggak perniagaan Mydin. Beliau berkelulusan ijazah dalam bidang Kimia Sarjana Muda dari Western Michigan University dan Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Negeri Sonoma. Selepas tamat pengajian, beliau kembali ke Malaysia dan bekerja di bank selama lapan tahun sebelum menerajui perniagaan keluarga.

VISI

Mydin berhasrat untuk menjadi pemborong yang terkemuka di dunia, mempunyai rangkaian produk berdaya saing dan halal di Malaysia.

MISI

Mydin mensasarkan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dari pesaing, menyediakan nilai terbaik, rangkaian produk yang berkualiti pada harga yang terendah setiap hari.
9|Page

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

KONSEP PERNIAGAAN

Mydin menjalankan perniagaan berdasarkan konsep halal yang menekankan pada kejujuran, ketulusan dan disiplin di dalam kesemua aspek perniagaannya.

RANGKAIAN PRODUK

Mydin menawarkan pelbagai rangkaian produk yang diklasifikasikan mengikut kategori berikut:

 

Barangan makanan, kesihatan dan kecantikan Barangan segar seperti makanan sejuk beku, hasil ternakan (daging & ayam), hasil laut, buah-buahan dan sayur

Barangan isi rumah, elektrik, alat tulis, barangan am, hadiah & deco, peralatan sukan, Mainan & Permainan

Barangan fabrik seperti pakaian, langsir, pakaian muslim

Pelbagai pilihan yang luas bagi memenuhi selera pengguna Malaysia, Mydin sediakan.

KLASIFIKASI PERNIAGAAN

Kategori perniagaan Mydin terdiri daripada:

  

Pasar raya besar Emporium Pasar mini

10 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN    Kedai serbaneka Kedai francis Bazar

PLK-PACE-UUM

IBU PEJABAT PERNIAGAAN

Mydin Wholesale Hypermarket Lot no 675 & 676 Persiaran Subang Permai USJ 1 47500 Subang Jaya Selangor Mydin Care Line Centre at 1300-30-8786

CAWANGAN PERNIAGAAN

Sehingga kini Mydin telah memiliki 89 cawangan termasuklah:

      

5 pasar raya besar 18 emporium 2 bazar 50 pasar mini (MyMydin) 8 kedai serbaneka (MyMart) 6 kedai francis (Mydin Mart). 5 komplek membeli-belah Mydin

11 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

STRATEGI PERNIAGAAN Mydin yang mampu cukup memenuhi keperluan pengguna di Malaysia, kerana itu pihak pengurusan Mydin percaya bahawa penyediaan perkhidmatan kepada pasaran tempatan adalah lebih penting daripada berkembang ke pasaran antarabangsa. Satu lagi fakta menarik tentang Mydin ialah, premis perniagaan mereka sering menjadi destinasi membeli-belah utama untuk pelanggan yang berbilang bangsa. Sebagai contoh, kedai terletak di Sinar Kota kebanyakannya dikunjungi oleh Nepal, majoriti pembeli di Klang adalah Indonesia, dan di Jalan Masjid pula telah menjadi pusat pertemuan kasual di kalangan warga Bangladesh.

Mydin mengamalkan pembelian secara pukal (kelebihan strategik) untuk menikmati harga yang lebih rendah. Falsafah perniagaannya menawarkan harga borong hanya dapat dilaksankan melalui konsep pengurangan kos. Sumber pembekal barangan Mydin adalah dari dalam dan luar negara yang terdiri dari negara-negara seperti Bangladesh, China, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom.
12 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

Kemunculan Mydin sebagai sebuah pasar raya runcit telah memberi saingan sengit kepada pesaing tempatan utama milikan asing seperti Carrefour, Giant dan Tesco. Walaupun

menawarkan pelbagai rangkaian produk yang serupa dengan pesaing namun Mydin masih mampu mengurangkan harga dalam 10% dari pesaingnya. Mydin dapat meraih keyakinan para pembeli dengan menwarkan produk -produk Islam di premis perniagaan mereka seperti sejadah, artifak Islam, pakaian ihram dan lain -lain lagi berbanding pesaing yang masih tidak mampu berbuat demikian. Mydin dilihat hanya mempromosikan barangan mereka di akhbar-akbar apabila dirasakan perlu.

Di samping itu, penekanan Mydin

kepada pembelian borong dan jualan borong juga

mempunyai kesan positif terhadap peratusan keuntungan mereka. Di Malaysia, kedai runcit kecil, kedai perkakasan, kedai alat tulis, pakaian butik dan lain-lain perusahaan skala sederhana memainkan peranan penting dalam merangsang aktiviti keusahawanan. Falsafah Mydin dalam menyokong perniagaan tempatan, melalui skim harga mereka, menambah nilai promosi kepada tanggungjawab sosial Mydin dalam menyemarakkan semangat

keusahawanan. Secara ringkas berikut adalah gambaran keseluruhan strategi pemasaran Mydin yang telah membawa kepada kejayaan:     Rangkaian Produk Halal yang luas untuk sasaran pasaran halal. Memahami kehendak pengguna untuk merangka strategi harga rendah. Strategi promosi perkara kedua dalam menentukan harga dan produk. Agresif dalam menempatkan premis perniagaan di lokasi kompetitif.

13 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN ASPEK KEPIMPINAN Mengalakkan komunikasi terbuka

PLK-PACE-UUM

Dato Ameer Ali mengamalkan komunikasi dua hala dan terbuka kepada semua kakitangan nya. Beliau mengambil masa untuk mendengar pandangan kakitangan beliau terutama sekali berhubung dengan harga barangan, ini kerana mereka yang menerima respon dari pelanggan tentang perkara tersebut. Kemahiran berkomunikasi yang baik dengan pelawat-pelawat, pembekal dan pelanggan dari pelbagai latar belakang dapat meningkatkan kerjasama yang kukuh antara syarikat. Manakala komunikasi dalaman antara jabatan adalah manifestasi daripada strategi pemasaran yang berkesan di kalangan pekerja Mydin daripada unit yang berbeza. Oleh itu, dengan sokongan daripada pekerjanya, falsafah ini berjaya menjadi budaya organisasi setiap hari bekerja. Menggalakkan inovasi dan idea baru Mengetahui selera pelanggan adalah kunci kepada kejayaan Mydin kerana itulah pelbagai rangkaian produk ditawarkan untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Sebagai pemimpin yang didorong oleh falsafah pemasaran dalam aktiviti perniagaan hariannya,

Dato Ameer sangat mahir menggerakkan kecekapan dan keupayaan dalam pemasaran, yang ditunjukkan melalui pengalaman beliau. Mydin tahu pelanggannya dengan baik dan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Penyesuaian dan fleksibiliti dalam barangan yang ditawarkan wujud di Mydin. Menurut beliau, cogan kata "mengapa bayar lebih" itu slogan perniagaan yang berkesan di dalam strategi Mydin. Dato Ameer juga menekankan pentingnya memilih pasaran sasaran yang betul. Bagi memenuhi keperluan segmen pasaran yang berbeza, beliau telah tampil dengan portfolio format perniagaan yang berbeza seperti pasar raya besar, emporiums, kedai runcit dan pasar mini, yang terbukti

14 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

sangat berjaya. Setiap perniagaan mempunyai format khusus dan memberi tumpuan kepada memenuhi segmen pelanggan yang tersendiri di seluruh Malaysia. Kualiti pengurus yang berjaya Dato Ameer juga mempamerkan sifat-sifat baik seorang pemimpin seperti merendah diri, kejujuran dan integriti; yang dia mendakwa telah diwarisi daripada bapanya. Pada satu ketika, dia bercakap tentang tindak balas apabila pembekal menghantar barang tersilap tambahan untuk menyimpan mereka bapanya. Bapanya segera meminta mereka menghantar barangan kembali kepada pembekal, kerana ini tidak halal (tidak dibenarkan atau dibenarkan dalam Islam). Kualiti-kualiti Islam kejujuran tidak boleh berakar umbi dalam anak-anaknya melainkan jika nilai-nilai ini ditunjukkan dalam amalan melalui kepimpinan-melalui teladan. Dalam kes ini, bapanya telah terbukti sebagai mentor yang amat berkesan dan penyelia kepada beliau dan saudara-saudaranya. Dato Ameer juga berperanan sebagai pemimpin yang berkarisma, mempunyai keupayaan untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai untuk membeli idea atau pemikirannya. Bagi beliau, kemampuan untuk memujuk orang lain dan untuk mendapatkankepercayaan mereka adalah penting dan dia juga percaya bahawa dia telah mendapat sokongan dari pekerjanya. Menunjukkan integriti yang tinggi secara konsisten Mydin menekankan sangat pada akauntabiliti. Beliau telah mengarahkan semua pekerjanya membawa 2 "dengan 4" notebook kecil bila-bila masa dan di mana sahaja mereka pergi. Tujuan komputer riba itu bagi mereka untuk menulis apa sahaja yang berkaitan dengan isuisu operasi syarikat. Walaupun lama, penggunaan komputer riba ini adalah lebih praktikal terutamanya apabila perkara yang perlu dilakukan atau tetap dengan segera kerana setiap yang terperinci perlu manual direkodkan sebagai peringatan bagi kursus lagi tindakan.

15 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

Dengan mengamalkan ini, pengurusan atasan akan dapat mendapatkan maklumat cepat dan tepat mengenai sebarang isu penting yang berkaitan dengan operasi Mydin. Memilih pekerja yang sebagai staf organisasi Menyedari kesulitan dialami orang kurang upaya (OKU) dalam mendapatkan pekerjaan, Mydin memulakan inisiatif mengambil pekerja dari golongan tersebut bagi membantu mereka menjana pendapatan dan seterusnya menjalani kehidupan lebih sempurna. Syarikat borong terbesar dalam negara yang mempunyai 47 cawangan di seluruh negara itu, tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk mengambil pekerja OKU di premis perniagaannya. Mydin mula mengambil pekerja OKU kira-kira 10 tahun lalu kerana berkeyakinan dengan keupayaan dan kemampuan mereka melakukan kerja yang ditugaskan.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 31 orang kakitangan dari golongan OKU yang bekerja di tujuh buah premis Mydin di seluruh negara. Mydin mendapati bahawapekerja OKU mampu memberikan komitmen yang tinggi standing insan normal yang lain sekiranya diberikan peluang. Malahan golongan tersebut juga mempunyai budaya kerja yang tinggi seperti disiplin dan produktif. Membentuk kawalan berterusan Selain dari rendah diri, kejujuran dan integriti, satu lagi resipi rahsia untuk kejayaan beliau adalah sikapnya terhadap disiplin diri tanggungjawab, dan menepati masa. Semua kualiti ini terbentuk ciri-ciri individu penting yang membentuk dia sebagai pemimpin perniagaan. Bagi tahun, beliau telah membangun dan menggilap nilai-nilai ini dalam diri dan memupuk nilainilai ini untuk kakitangannya. Dia sering diperhatikan kakitangan apabila ia datang ke semasa sembahyang. Untuk terkejut beliau, pekerja-pekerja sering datang untuk solat Zohor tanpa mengira apabila sembahyang ini adalah disebabkan. Bagi beliau, ini adalah satu gambaran

16 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

yang lemah disiplin dan ada boleh bertolak ansur tidak. Tindakan tatatertib perlu diambil terhadap sikap negatif itu. Satu lagi contoh kekurangan disiplin yang beliau dipetik adalah tiba lewat untuk mesyuarat. Seperti yang digambarkan oleh Ameer Dato 'berhubung dengan isu ini, "Jika kita berkata mesyuarat itu bermula pada jam 9.00 pagi, anda mesti berada di sini 10 minit sebelum 09:00 dan jika anda datang tepat pada jam 9.00 pagi, anda dianggap lewat". Sebagai Dato 'Ameer mengulangi, pemimpin yang baik tidak mengambil kredit untuk beliau / sendiri, tetapi sebaliknya, dia akan mengambil menyalahkan atas diri mereka sendiri. Tidak perlu dikatakan, kualiti kepimpinan beliau sebahagian besarnya dibentuk oleh nilai-nilai keluarga yang terkenal itu. Ini gabungan kemahiran yang bapanya dan saudara-saudara memiliki, ditambah pula dengan pengurusan dan kecekapan beliau kewangan, perniagaan telah berkembang dengan pesat. Hasilnya, Mydin berdiri berjaya sebagai peruncit gergasi tempatan hari ini.

ASPEK PERANCANGAN Hala tuju masa depan Mydin Holdings Bhd melaksanakan banyak perancangan untuk pengembangannya. Antara pelan rancangan adalah untuk membina lapan lagi pasar raya besar di seluruh negara. Ini adalah salah satu visi korporat. Walaupun dengan peningkatan luarbiasa syarikat, Mydin tidak memikir untuk disenaraikan dalam pasaran saham pada masa ini kerana mahu mengekal serta membesarkan empayar perniagaan dikalangan keluarganya sahaja.

ASPEK PENYELARASAN Di bawah pengurusan Dato Ameer, Mydin Mohamed Holdings Bhd adalah perniagaan keluarga, namun tidak satu pun cawangan Mydin yang dikendalikan oleh mana-mana ahli keluarga dan kebanyakan jawatan penting dipegang oleh pekerja. Pengendalian syarikat
17 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

secara profesional dengan adanya bantuan ahli keluarga yang menerajui pentadbiran Ibu Pejabat adalah satu-satunya cara untuk memastikan pertumbuhan yang besar serta berkeupayaan membuat keputusan dengan cepat dan sebulat suara bagi membolehkan prestasi yang lebih tinggi dicapai..

INISIATIF Mydin FM Mydin FM ialah stesen radio-rumah khas oleh JD MEDIA SDN BHD untuk semua cawangan Mydin (kecuali MyMart & MyMydin) di seluruh negara. Mydin FM telah disiarkan selama hampir setahun sebagai tempoh percubaan dan menerima banyak maklum balas positif daripada pendengar itu. Selain mengingatkan pelanggan tentang promosi terbaru yang diadakan, dan aktiviti kempen, yang juga bertujuan untuk melayan pelanggan sambil membeli-belah, dengan pilihan terbarunya lagu-lagu tempatan dan antarabangsa.

Mydin FM ditala seawal 8:45 dengan bacaan Al-Quran selama setengah jam sebelum dan DJ mengambil alih keseluruhan program sehingga program ini berakhir pada 11 malam. Mydin FM merupakan medium utama pengiklanan untuk melayan pelanggan manakala membelibelah. Oleh itu, ia menawarkan dan meluaskan sasaran dicapai bukan sahaja di kalangan pembeli yang kerap tetapi juga pembeli berpotensi dari mulut ke mulut. Untuk meningkatkan langkah stesen radio, Mydin FM mempunyai Cruiser Mydin FM yang bergerak dari satu kedai yang lain semasa hujung minggu untuk menjalankan aktiviti dan permainan dengan pelanggan. Ini telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

18 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN Kad Meriah

PLK-PACE-UUM

Mydin menyediakan Program pengumpulan mata ganjaran menerusi kad meriah yang terbuka kepada semua pelanggan yang berminat. Pelanggan boleh menebus mata ganjaran dengan barangan pilihan yang disediakan. Penebusan boleh dibuat dimana-mana kaunter khidmat pelanggan Mydin. Mydin menyediakan talian khidmat pelanggan di nombor 1300 30 8786

Kad pelanggan

Kad pemborong

Pos Malaysia Perkhidmatan pos disediakan melalui cawangan Pos Malaysia yang terdapat di Mydin Mall dipilih. Mydin juga mengambil bahagian dalam usaha amal Pos Malaysia melalui PostMe, di mana pengguna boleh membeli produk kami untuk menderma untuk kebajikan. Lokasi Pos Malaysia di G-27, Ground Floor (letak dilindungi), Mydin Mall USJ, Subang Jaya.

TANGGUNGJWAB SOSIAL Tanggungjawab sosial korporat telah diamalkan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd untuk meningkatkan lagi imej kepada orang ramai, termasuk kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan anak-anak yatim. Banyak acara telah dijalankan oleh organisasi seperti makanan percuma dan hadiah percuma untuk anak-anak yatim seperti pakaian (bajuraya) semasa Ramadhan.

19 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

Dato' Ameer Ali sering mewaliki Mydin dalam memberi ceramah motivasi kepada pelajarpelajar dan usahawan muda untuk mendedahkan mereka dengan pengetahuan bagaimana untuk berjaya dalam arena perniagaan. Walaupun dikenali sebagai seorang usahawan Malaysia yang berjaya dan bertanggungjawab, Dato 'Ameer lebih selesa melabelkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang rendah hati, sering mengambil berat terhadap kebajikan dan mempamerkan falsafah penyayang kepada orang ramai. Beliau juga tidak lokek meluangkan masa berkongsi rahsia kejayaan beliau kepada mereka yang berminat. Penglibatkan organisasi dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat, Mydin Mohamed Holdings Bhd boleh mengukuhkan lagi penjenamaan korporat. Inilah antara tanggungjawab sosial korporat Mydin dan sikap baik yang dicerminkan kepada orang ramai. Dengan itu, mereka dapat lebih peluang untuk mengatasi saingan perniagaannya.

Di

samping

aktiviti-aktiviti

di

atas,

Mydin

Mohamed

Holdings

Bhd

adalah

syarikat yang agresif membantu kerajaan mendidik pengguna Malaysia mengenai bagaimana untuk menjadi pengguna bijak. Syarikat itu telah mengagihkan sebanyak 50.000 buku kecil yang menyenaraikan 200-300 barangan harian dengan harga jualan runcit mereka. Pengguna boleh membawa buku ini setiap kali mereka pergi membeli-belah dan membuat perbandingan harga sebelum membeli. Mydin telah meningkatkan lagi imej syarikat dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna runcit.

Sambutan Hari Ibu yang di sambut baru-baru ini di seluruh dunia, Mydin turut tidak terkecuali melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan menganjurkan Sambutan Hari Ibu. Majlis dianjurkan bagi meraikan kira-kira 100 wanita pelbagai kaum. Pelbagai aktiviti diadakan pada program tersebut yang bermula seawal jam 10 pagi itu seperti pertandingan merebut kerusi, congkak, pertandingan memasak, pertandingan makan jelly, pertandingan
20 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN

PLK-PACE-UUM

makan nuget, pertandingan makan aiskrim, pertandingan teka gaya, pertandingan make -up ibu, persembahan magic show dan penyampaian sumbangan kepada kaum ibu.

21 | P a g e

SBLM1023 PENGANTAR PENGURUSAN KESIMPULAN

PLK-PACE-UUM

Mydin mewakili kemunculan pasaraya Malaysia pertama. Mereka dianggap sebagai "Muslim" kedai katering untuk "umat Islam," kerana rangkaian produk pertama mereka yang dijual di Lembah Klang. Produk mereka telah berkembang dengan meluas dan kini mereka menawarkan pelbagai barangan keperluan bagi pengguna isi rumah serta perniagaan di premis perniagaan mereka. Perluasan produk dan ditambah pula dengan harga yang rendah secara agresif benar-benar memberi tamparan hebat kepada para pesaing. Ternyata perniagaan yang mempunyai pengurusan yang cekap disamping memiliki seorang pengurus yang bijak dan berkaliber telah memberi kejayaan kepada Mydin Mohamed Holdings Berhad.

22 | P a g e