Anda di halaman 1dari 2

Contoh tugas dan tanggungjawab

1. SENARAI TUGAS JAWATAN Unit Infostruktur dan Teknikal: 1 Jawatan a) Menyelenggara kemudahan perkakasan, makmal komputer dan rangkaian PC b) Menyelenggara kemudahan perkhidmatan rangkaian kampus dan luaran sentiasa berfungsi dengan sempurna dan selamat. c) Menyelenggara perkhidmatan Internet selamat dari pencerobohan manusia dan virus komputer d) Menyelenggara rangkaian perkhidmatan sidang video dan telefoni kepada masyarakat kampus e) Menyelenggarakan perkhidmatan CCTV. f) Menyelenggara perkhidmatan pelayan dan stesyen kerja g) Penyelenggaraan Sistem (security, back up, restore, operational OS) h) Memproses perolehan, pengagihan dan pelupusan Perkakasan i) Menyelenggara akaun dan emel pengguna Unit Pembangunan Aplikasi dan Perisian: 1 Jawatan a) Menulis aturcara Client/Server atau apllikasi menerusi web berdasarkan keperluan pengguna b) Merangka logik, dokumentasi dan menguji lari aturcara. c) Melaksanakan pengintegrasian diantara sistem. d) Membantu pengguna sistem komputer semasa pelaksanaan dan penyenggaraan sistem aplikasi mereka. e) Menyediakan khidmat sokongan pelangan untuk installasi, sokongan perisian dan sokongan serta sebarang kemaskini yang diperlukan f) Membantu pelajar, pensyarah dan penyelidik dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran mereka menggunakan perisian dan perkakasan yang ada. g) Memberi penerangan, kursus dan bahan rujukan teknikal yang sesuai kepada pengguna dan pengurusan am di dalam penggunaan pakej-pakej dan perkakasan dengan betul. h) Sebagai ahli dalam kumpulan pembangunan sistem komputer yang mengdalikan projekprojek jangka panjang dan jangka pendek bagi kampus. i) Mempelajari dan menerokai aspek-aspek baru bagi penggunaan perisian dan perkakasan komputer. j) Membantu menjayakan projek integrasi komputer antaranya di mana beberapa sistem perlu dibangun dan diselenggarakan untuk projek tersebut. k) Pangkalan Data (security, management performance, back up, restore, database maintenance) l) Mengurus bahan yang dimasukkan ke Laman Web

Anda mungkin juga menyukai