Anda di halaman 1dari 16

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/1

Unit 8
Objektif Am:

JENIS-JENIS ALIRAN TIDAK SERAGAM

Mempelajari dan memahami aliran tidak seragam dalam saluran terbuka serta memahami jenis-jenis aliran tidak seragam dalam

saluran terbuka.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Mentakrifkan aliran tidak seragam. Menerangkan maksud aliran tidak seragam dalam saluran terbuka. Menyenaraikan jenis-jenis aliran tidak seragam. Menerangkan jenis-jenis aliran tidak seragam.

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/2

Input 1

8.0 Pengenalan
Pernahkan anda mendengar tentang saluran terbuka dan aliran tidak seragam? Cuba perhatikan aliran air dalam sebatang sungai. Anda akan dapati terdapat berbagai bentuk aliran contohnya seperti aliran yang tidak seragam.

Dalam modul yang lepas pelajar telah Mempelajari aliran seragam dalam saluran terbuka. Apakah yang dimaksudkan dengan saluran terbuka dan aliran seragam ? Dapatkah pelajar membezakan aliran terbuka dan aliran tertutup ?

8.1 Saluran Terbuka (Open Channel)


Aliran cecair melalui saluran (channel) dikenali sebagai aliran saluran terbuka. Aliran yang melalui konduit/paip yang tidak dipenuhi cecair sepenuhnya juga termasuk di dalam katagori saluran terbuka, walaupun pada fizikalnya konduit/paip berkenaan adalah tertutup. Umumnya, saluran terbuka boleh dikelaskan kepada dua jenis saluran iaitu saluran semulajadi (contohnya sungai) dan saluran buatan (contohnya parit, longkang, pembentung, terusan dan sebagainya
Jabatan Kejuruteraan Awam
Jaafar Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/3

8.2 Pergerakan Aliran Dalam Saluran Terbuka


Dalam saluran terbuka seperti sungai, pergerakan aliran air bermula dari hulu ke hilir sungai. bergerak?. Pernahkah anda terfikir bagaimana aliran ini

Pergerakan aliran dalam saluran terbuka ialah disebabkan oleh berat cecair itu sendiri (kesan tarikan graviti) yang bertindak terhadap cecair berkenaan menyebabkan ia mengalir ke bawah (downhill).

Dalam aliran saluran terbuka, wujud permukaan bebas antara cecair yang mengalir (seperti air) dengan bendalir di atasnya

(lazimnya atmosfera). Agihan tekanan dalam bendalir pula bersifat hidrostatik iaitu tekanan berkadar terus dengan ukur dalam bendalir. Aliran dalam saluran terbuka dalam keadaan gelora (turbulent) dan tidak bergantung kepada ketegangan permukaan.

Aliran saluran terbuka berbeza daripada aliran paip kerana tidak terdapat tekanan yang menyebabkan aliran berlaku, permukaan cecair

terdedah kepada tekanan atmosfera, oleh itu garisan cerun hidraulik bertindihan dengan permukaan cecair dan luas keratan rentas aliran bertambah atau berkurangan mengikut perubahan kadar alir.
Jabatan Kejuruteraan Awam
Jaafar Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/4

Anda mestilah memahami dengan jelas dan dapat membezakan bagaimana terjadinya pergerakan aliran dalam paip dan saluran Aliran saluran terbuka juga dikelaskan sebagai laminar, peralihan atau aliran gelora. Pengkelasan ini bergantung kepada Nombor Reynolds. Umumnya, aliran saluran terbuka adalah laminar jika Re < 500, aliran gelora jika Re > 12500 dan aliran peralihan jika Re berada di antara kedua nilai ini. Pada kebiasaanya aliran saluran terbuka adalah gelora.

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/5

Aktiviti 8a

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT SETERUSNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA BAHAGIAN MAKLUMBALAS. 8a.1 Apakah yang dimaksudkan aliran seragam?

8a.2

Apakah yang dimaksudkan dengan saluran terbuka?

8a.3

Berikan tiga contoh saluran terbuka.

8a.4

Bagaimanakah pergerakan aliran dalam saluran terbuka terjadi? Bagaimanakah pergerakan aliran dalam paip terjadi?

8a.5

8a.6

Senaraikan tiga (3) jenis aliran yang terdapat dalam saluran terbuka?

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/6

Maklumbalas Aktiviti 8a

8a.1

Aliran seragam adalah aliran di mana ukurdalam alirannya tidak berubah atau sama pada setiap keratan sepanjang saluran. Saluran terbuka ialah saluran di mana air yang mengalir di dalamnya tidak tertutup oleh sempadan pepejal keseluruhannya tetapi mempunyai permukaan bebas yang tersedah kepada atmosfera. i. ii. iii. iv. v. Sungai Terusan Parit Pembentung Laut

8a.2

8a.3

8a.4

Pergerakan aliran dalam saluran terbuka disebabkan oleh berat cecair itu sendiri (kesan tarikan graviti) yang bertindak terhadap cecair berkenaan. Pergerakan aliran dalam paip disebabkan oleh tekanan bendalir antara dua titik. i. ii. Laminar Peralihan
Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

8a.5

8a.6

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/7

iii.

Gelora

Input 2

8.3 Pengenalan
Dalam Input 1 pelajar telah mempelajari bagaimana terjadinya pergerakkan aliran dalam saluran terbuka. Aliran dalam saluran terbuka boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berpandukan pada perubahan dalam ukur dalam aliran terhadap kriteria masa dan ruang. Pengkelasan ini juga

bergantung kepada parameter-parameter seperti kadar alir, halaju, ukurdalam, luas keratan aliran dan kecerunan dasar. Perubahan dalam parameter-parameter ini akan menentukan jenis aliran yang terjadi.

8.3.1
Iaitu;

Pengkelasan Jenis-Jenis Aliran Saluran Terbuka

Aliran dalam saluran terbuka boleh dikelaskan kepada dua kategori

8.3.1.1 Aliran Seragam a) Aliran mantap seragam (steady uniform flow) Kedalaman dan halaju aliran adalah malar disebarang titik dan pada sebarang masa.
Jabatan Kejuruteraan Awam
Jaafar

Aliran seragam hanya terjadi


Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/8

dalam aliran lurus yang prismatik dengan cerun dasar yang malar.

Kedalam an malar

Halaju malar

Rajah 8.3a : Aliran Mantap Seragam

b) Aliran tidak mantap seragam (Unsteady uniform flow) Kedalaman dan halaju aliran dalah malar di sebarang titik tetapi berubah mengikut masa. Aliran jenis ini jarang terjadi.
Kedalaman dan halaju aliran malar tetapi berubah

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/9

Rajah 8.3b : Aliran Tak Mantap Seragam

8.3.1.2

Aliran Tidak seragam Aliran tidak seragam dalam saluran terbuka boleh didapati dalam keadaan mantap dan tidak mantap iaitu bergantung samada ukur dalam alirannya berubah mengikut masa ataupun tidak.

8.3.2

Jenis-Jenis Aliran Tidak Seragam Aliran tidak seragam dalam saluran terbuka boleh dikelaskan kepada dua iaitu:-

8.3.2.1

Aliran mantap tidak seragam (Steady non-uniform flow) Kedalaman dan halaju berbeza dari titik ke titik tetapi kedalaman yang berbeza ini tidak berubah dengan masa. Aliran ini dikenali juga sebagai aliran mantap berubah (steady varied flow).

8.3.2.2

Aliran Tidak Mantap Tidak Seragam

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/10

Aliran ini berlaku apabila ukurdalam alirannya berubah mengikut masa dan ruang contohnya seperti pergerakan gelombang banjir dalam sungai dan pergerakan

gelombang air pasang surut dalam sungai pasang surut.

Aliran jenis ini boleh dikelaskan lagi kepada dua jenis iaitu:-

a) Aliran berubah beransur (perlahan) (gradually varied flow)


Kedalaman aliran berubah secara sedikit-sedikit atau

perlahan-perlahan sepanjang saluran. Untuk aliran berubah beransur terjadi apabila ukurdalam berubah sedikit demi sedikit dalam jarak yang panjang. Contoh aliran berubah beransur ialah seperti kejadian airbalik

(backwater) yang berlaku di hulu empang dasar atau pintu suis.

b) Aliran Berubah Cepat (rapidly varied flow)

Kedalaman

aliran berubah dengan banyak dalam jarak yang dekat Sementara aliran berubah cepat berlaku apabila

sepanjang saluran.

ukurdalam aliran berubah serta merta dalam sautu jarak yang pendek. Contoh aliran berubah cepat ialah kejadian lompatan hidraulik

(hydraulic jump) dan kejatuhan hidraulik (hydraulik drop).

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/11

Aktiviti 8b

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT SETERUSNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA BAHAGIAN MAKLUMBALAS.

8b.1 Senaraikan enam parameter-parameter yang menyebabkan aliran tidak seragam.

8b.2

Berikan maksud aliran tidak seragam.

8b.3 Nyatakan dua (2) jenis aliran tidak seragam dan terangkan salah satu daripada jenis tersebut.

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/12

Maklumbalas Aktiviti 8b

8b.1

i. ii. iii. iv. v.

Kadar alir Halaju Ukurdalam Luas keratan aliran Kecerunan dasar

8b.2

Aliran tidak seragam dalam saluran terbuka berlaku apabila ukurdalam alirannya berubah pada setiap keratan sepanjang saluran.

8b.3

Dua jenis aliran tidak seragam:i. Aliran mantap tidak seragam. ii. Aliran tidak mantap tidak seragam.

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/13

Jenis aliran tidak mantap; a. Aliran berubah beransur. Kedalaman aliran berubah secara sedikit-sedikit atau perlahan-perlahan sepanjang saluran. Untuk aliran berubah beransur terjadi apabila ukurdalam berubah sedikit demi sedikit dalam jarak yang panjang. Contoh aliran berubah beransur ialah seperti kejadian airbalik (backwater) yang berlaku di hulu empang dasar atau pintu suis. Aliran berubah cepat. Kedalaman aliran berubah dengan banyak dalam jarak yang dekat sepanjang saluran. Sementara aliran berubah cepat berlaku apabila ukurdalam aliran berubah serta merta dalam sautu jarak yang pendek. Contoh aliran berubah cepat ialah kejadian lompatan hidraulik (hydraulic jump) dan kejatuhan hidraulik (hydraulik drop).

b.

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/14

Penilaian Kendiri
Jika anda menjawab semua soalan-soalan dalam aktiviti yang diberikan anda telah menghampiri kejayaan. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman anda dalam tajuk ini, anda perlu melaksanakan tugasan dalam penilaian kendiri ini.

Tugasan 1 Bentukkan satu kumpulan yang terdiri dari empat atau lima orang pelajar. Dapat gambar foto tiga buah sungai Nyatakan lokasi sungai yang dipilih dan nama sungai tersebut Tentukan arah pergerakan aliran sungai dengan menandakan di dalam foto Pada pemerhatian anda bagaimana keadaan aliran bagi sungai yang dipilih. Sediakan profail sungai dengan menyatakan bahagian sungai yang mengalami aliran berubah cepat dan aliran berubah beransur. Sediakan satu laporan tentang profail sungai berkenaan

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/15

ANDA PERLU BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN KEJAYAAN

Maklumbalas Penilaian Kendiri

SILA DAPATKAN BANTUAN PENSAYARAH ANDA UNTUK MELAKSANAKAN TUGASAN INI.

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

ALIRAN TIDAK SERAGAM

C4009/UNIT 8/16

Jabatan Kejuruteraan Awam


Jaafar

Ezany B. Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

Anda mungkin juga menyukai