Anda di halaman 1dari 24

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/1

Unit 14

Fungsi Dan Operasi Struktur Hidraulik

Objektif Am:
Dapat mempelajari fungsi serta cara operasi struktur hiraulik.

Objektif Khusus:
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Menerangkan fungsi dan operasi bagi struktur-struktur hidraulik berikut; a) b) c) d) Pintu Sluis Takuk segiempat dan segitiga Empang Dasar Puncak Lebar Flum Parshall

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/2

Input 1

14.0

Pengenalan
Sistem pengairan adalah proses pengawalan paras air dan kadar

aliran. Ingat kembali semasa anda menaiki kenderaan dan melalui kawasan sungai dan pertanian, atau sekiranya anda melalui kawasan empangan. Anda mungkin juga dapat melihat struktur hidraulik digunakan bagi rawatan air sisa, penebatan banjir, pemuliharaan air dan lain-lain lagi di sekeliling kita. Berbagai struktur hidraulik boleh dipergunakan untuk tujuan di atas dan antaranya adalah seperti empang, pintu sluis, alur limpah lebihan aliran (overflow spillways) dan sebagainya. Struktur hidraulik adalah komponen penting dalam kebanyakkan sistem kejuruteraan pengairan. Di samping bertindak sebagai struktur kawalan, struktur-struktur hidraul ini juga boleh digunakan untuk pengukuran kadar aliran.

Secara amnya, ianya dapat dikelaskan kepada tiga kategori; a. Struktur pengukuran b. Struktur pengawalan c. Struktur discaj

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/3

14.1

Struktur Pengukuran
Struktur pengukuran aliran adalah seperti empang limpah atau takuk

(Weirs) dan Flum (Flumes). Empang limpah adalah struktur yang dibina supaya aliran mengalir di atasnya dan flum pula merupakan struktur yang menjadikan aliran memecut apabila melaluinya dan pecutan aliran dapat dilakukan apabila lebar saluran dikecilkan.

14.1.1

Fungsi dan Operasi Empang Limpah Berpuncak Tajam


Empang limpah berpuncak tajam merupakan struktur plat yang

mudah dibuat dari logam atau plastik. Empang plat ini dibina secara menegak merentasi sepenuhnya lebar saluran. Fungsi empang limpah adalah untuk mengukur discaj dalam saluran terbuka. Ia biasanya digunakan dalam makmal untuk pengukuran precise measurements of flow atau dalam saluran buatan. Terdapat beberapa bentuk empang limpah berkemuncak tajam. Bentuk terbaik adalah empang limpah segitiga dan empang limpah segiempat. Ini dapat dilihat pada Rajah 14.1 dan Rajah 14.2. Empang limpah segitiga adalah lebih sensitif kepada aliran rendah dan sesuai digunakan untuk pengukuran aliran dalam saluran kecil atau sebarang saluran kecil yang mempunyai discaj yang kecil. Ini adalah kerana luas keratannya mengecil ke bawah dan memberikan perubahan ketinggian aliran yang melaluinya lebih ketara walaupun perubahan discaj adalah kecil.

Empang limpah segiempat pula sesuai digunakan untuk aliran yang lebih besar.
Jabatan Kejuruteraan Awam
Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/4

14.1.2

Empang Limpah Segiempat


Seperti yang dinyatakan sebelum ini salah satu bentuk adalah empang limpah empat segi dan ianya pula dapat dikelaskan kepada dua bentuk yang digambarkan dalam Rajah 14.1 dan Rajah 14.2, iaitu; Empang tertindas (suppressed weirs)

Rajah 14.1 : Empang Limpah Tertindas

Empang mengecut (Contracted Weirs)

Rajah 14.2 : Empang Limpah Mengecut

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/5

Pastikan anda telah perhatikan betul-betul perbezaan di antara kedua-dua jenis empang pada Rajah 14.1 dan Rajah 14.2 tadi bagi memudahkan pemahaman anda untuk menyiapkan aktiviti seterusnya.

Jika napah terbuka pada atmosfera dihujungnya, ia dikatakan sebagai mengecut kerana aliran yang melalui empang tersebut menjadikan lebar napah lebih kecil dari lebar puncak empang. Bentuk empang ini dapat ditunjukkan cara pembinaannya seperti Rajah 14.3 di bawah.

Rajah 14.3 : Cara Pembinaan Empang Mengecut

Jika sekiranya bahagian sisi saluran adalah juga permukaan empang, aliran pula selari dengan dinding saluran, maka ia dikatakan sebagai empang tertindas. Sejenis bentuk saluran udara perlu dipasang pada empang tertindas bagi membolehkan tekanan atmosfera bebas untuk dikeluarkan pada napah.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/6

Kesilapan pada anggaran nilai discaj boleh berlaku sekiranya pengudaraan yang baik tidak disediakan pada empang tertindas. Pemasangan saluran udara seperti yang telah diterangkan dapat ditunjukkan dalam Rajah 14.4 di bawah.

Rajah 14.4 : Pemasangan Saluran Udara

Napah perlu mendapatkan pengudaraan yang sepenuhnya supaya udara dapat beredar dengan bebas.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/7

14.1.3

Empang Limpah Segitiga (V-Notch)


Empang limpah segitiga juga dikenali sebagai empang limpah V.

Ianya sensitif kepada perubahan turus,h, bagi aliran perlahan. Berbanding empang limpah segiempat, ketepatan ukuran turus,h, bagi empang ini ketika aliran perlahan adalah kurang. Ianya digunakan dengan meluas sekali dan memberi kelebihan kepada aliran kecil.

Rajah 14.5 : Keratan Rentas V-Notch

Bentuk empang limpah segitiga adalah dengan ukuran h dari permukaan air kepada titik paling bawah empang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.5 di atas.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/8

Aktiviti 14a
SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

14a.1 Seperti yang telah dipelajari dalam Input 1 (Unit 14), empang limpah berpuncak tajam dapat dikelaskan kepada dua. Cuba anda berikan perbezaan di antara kedua-duanya. Sekiranya anda telah siapkan Aktiviti 14a.1, teruskan menyemak pada

Maklumbalas

14a.1........SEMOGA

ANDA

MENDAPAT

JAWAPAN

YANG

MEMUASKAN DAN MEMENUHI KEHENDAK MAKLUMBALAS 14a.1.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/9

Maklumbalas Aktiviti 14a

14a.1 Pastikan jawapan yang anda telah siapkan memenuhi kehendak berikut; Dua jenis utama adalah bentuk seiempat dan segitiga. Dapat melukis perbezaan di antara keduanya seperti Rajah 14.1, Rajah 14.2 dan Rajah 14.5. Empang segiempat sesuai untuk aliran besar. Empang segi tiga sesuai untuk aliran kecil.

Sekiranya anda telah berjaya menyediakan jawapan yang memenuhi kehendak pada Maklumbalas 14a.1.....TAHNIAH !!!..... kerana anda telah faham dan teruskan dengan Input 2 untuk mengetahui jenis sturuktur hidraulik yang lain dalam modul ini.

Input 2

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/10

14.2

Fungsi dan Operasi Empang Limpah Berdasar Panjang


Empang limpah berdasar panjang adalah struktur yang lebih besar

dan berat berbanding empang limpah plat. Ini adalah kerana ia mempunyai kestabilan yang lebih berbanding empang limpah plat dan sesuai untuk aliran yang besar. Jenis ini boleh dikelaskan juga sebagai empang limpah pejal (solid weirs) dan biasanya binaannya adalah daripada konkrit. Terdapat beberapa bentuk empang berdasar panjang, antaranya adalah; Empang berpuncak lebar (broad crested weirs) Empang berbucu bulat (round-nosed weirs) Empang Crump (Crump weirs) Walau bagaimanapun bagi modul C4009 ini, hanya empang dasar puncak lebar sahaja akan dibincangkan. Namun begitu anda dinasihatkan supaya membuat rujukan tambahan bagi menambahkan pengetahuan anda.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/11

14.2.1

Empang Dasar Berpuncak Lebar

Empang dasar berpuncak lebar merupakan empang yang mempunyai keratan rentas segiempat. Ia dipanggil juga empang segiempat berpuncak lebar. Empang dasar berpuncak lebar dibina merentasi kelebaran saluran sepenuhnya. Puncaknya adalah lebar, rata serta horizontal dan ini dapat digambarkan dalam Rajah 14.6 di bawah. Empang ini direkabentuk untuk aliran modular.

Dalam operasi modular, aliran di atasnya adalah kritikal. Paras aliran atas empang menurun dan halaju meningkat dan Rajah 14.7 menunjukkan bagaimana bentuk aliran modular yang melepasi empang dasar berpuncak lebar. Apabila alirannya modular, perkaitan discaj,Q, dengan turus atas empang,h, adalah berkadar terus.

Rajah 14.6 : Empang Dasar Berpuncak Lebar

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/12

p L

Rajah 14.7 : Aliran Modular Melepasi Empang Berpuncak Lebar

Terdapat beberapa perkaitan empirikal untuk menentukan pekali discaj Cd. Salah satu darinya adalah; Cd = 0.848 (0.91 + 0.21 h/L + 0.24 ( h/(h+P) 0.35))

Perkaitan ini sah untuk: 0.45< h/L< 0.8, 0.35< h/(h+P) < 0.6

Formula ini adalah untuk keadaan modular, ketika aliran kritikal atas empang. Dalam keadaan tenggelam (submerged), formula di atas masih boleh digunakan dengan sedikit pembetulan. Pembetulan ini boleh dibuat dengan mendarab discaj yang dikira dengan faktor pembetulan tenggelam (submergence correction factor).

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/13

14.2.2

Pintu Air Sluis

Merupakan struktur yang dibina untuk mengawal kadar alir dan kedalaman aliran dalam saluran. Struktur ini dibuat daripada logam atau kayu seperti dinding yang boleh dinaikkan/diturunkan melalui alur (groove) pada bahagian tepi dengan bantuan sistem skrew; dari dasar saluran seperti yang digambarkan pada Rajah 14.8.

Rajah 14.8 : Pintu Sluis Dengan Sistem Skrew

Apabila pintu sluis dibuka, air akan memancut keluar dengan halaju yang tinggi. Aliran ini seakan-akan aliran jet yang memancut dari orifis. Halaju yang tinggi ini boleh menghalang berlakunya mendapan (siltation); tetapi ia juga boleh menyebabkan pencucian di dasar saluran berlaku. Untuk mengatasi masalah ini, apron pelindung diperlukan.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/14

Aliran di bawah pintu sluis boleh berlaku seperti dua kes berikut;

H1 Y1 y2

Rajah 14.9 : Kes 1 - Low Tail Water

Rajah 14.10 : Kes 2 - High Tail Water

Untuk kes pada Rajah 14.10, penganalisaan aliran di bawah pintu sluis adalah terlalu sukar (ada yang mengatakan perkara ini adalah mustahil).

Aktiviti 14b
Jabatan Kejuruteraan Awam
Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/15

SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

14b.1

Anda telah mempelajari dalam Input 2 tentang empang dasar berpuncak lebar dan pintu sluis. Jelaskan secara ringkas berserta gambarajah fungsi dan cara operasinya.

Sekiranya

anda

telah

siapkan

Aktiviti

14b.1,

teruskan

menyemak

pada

Maklumbalas

14b.1........SEMOGA

ANDA

MENDAPAT

JAWAPAN

YANG

MEMUASKAN DAN MEMENUHI KEHENDAK MAKLUMBALAS 14b.1.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Maklumbalas Aktiviti 14b

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/16

14b.1

Sila rujuk nota pada Input 2 bagi mendapatkan maklumbalas yang betul.

Sekiranya anda dapat menyediakan jawapan yang memnuhi kehendak maklumat pada Input 2 (Unit 14) ...TAHNIAH !!!.... dan teruskan dengan Input 3.

Input 3
Jabatan Kejuruteraan Awam
Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/17

14.3

Flum Parshall

Flum digunakan sebagai struktur pengukuran untuk aliran yang mengandungi endapan pejal (solid deposits), seperti aliran airsisa atau aliran dalam terusan untuk pengairan pertanian. Pembinaan empang limpah dalam kes-kes seumpama ini boleh menyebabkan masalah pengendapan pepejal dalam aliran. Masalah ini tidak timbul jika flum yang dibina bagi mengawal aliran tersebut. Flum direkabentuk supaya aliran kritikal terjadi di lehernya (troat section). Antara flum yang lazim digunakan adalah flum venturi dan juga flum parshall. Di dalam modul ini hanya flum parshall saja yang akan dibincangkan. Pelajar dinasihatkan untuk membuat rujukan sendiri bagi flum jenis venturi. Flum Parshall dapat dapat mengukur discaj pada aliran dengan lebih tepat bagi pelbagai kadar alir antara 0.0003 m3/s (0.01cfs) sehingga

85 m3/s (3000cfs). Flum jenis ini lazimnya digunakan di kawasan pertanian bagi tujuan pengairan. Rekabentuk geometri bagi flum parshall perlu memenuhi kriteria khas yang dapat dirujuk pada Rajah 14.11 di halaman berikutnya.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/18

Rajah 16.11 : Plan dan Keratan Rentas Flum Parshall


Lebar bagi leher (troat) flum bergantung kepada julat bagi discaj yang akan diambil pada bahagian ini, iaitu di antara 0.15 m (0.5 ft) sehingga 2.44 m (8.0 ft). Pembinaan flum ini juga perlu memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kecekapan maksima dalam mengukur discaj. Beberapa syarikat telah menyediakan kemahiran dalam pembinaan flum ini disamping mengurangkan kos bagi unit flum yang dibina dan antara jenis yang lazim digunakan adalah dari jenis prefabricated seperti dalam Rajah 14.12 di bawah.

Rajah 14.12 : Flum Parshall Jenis Prefabricated Dengan Tolok Ukuran Untuk Mengukur Discaj

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/19

Flum parshall beroperasi dalam dua kategori, iaitu apa yang dipanggil sebagai free-flow dan keadaan tenggelam (submerged conditions).

Di bawah keadaan free-flow, aras bawah air (tailwater) tidak mempengaruhi aliran di puncak pemusatan. Aliran melalui kedalaman kritikal di puncak, dan hanya satu kedalam diukur, iaitu pada titik Ha pada gambarajah yag diperlukan untuk mengira discaj. Bagi keadaan tenggelam (submerged-flow), kedalaman ekor air yang tinggi akan mempengaruhi aliran melalui pucak. Dalam kes ini dua ukuran kedalaman, iaitu Ha dan Hb diperlukan untuk mendapatkan discaj.

Tahap tenggelam dapat di klasifikasikan berdasarkan kepada nisbah kedalaman antara nilai Ha/Hb. Bagi flum dengan ukuran lebar leher kurang dari 0.23m (0.75 ft), keadaan free-flow dianggap wujud apabila ; Ha/Hb < 0.60

Bagi flum dengan lebar leher lebih besar atau bersamaan dengan 0.23 m (0.75 ft), keadaan free-flow dianggap tetap sehingga ke tahap limit; Ha/Hb < 0.70

Nilai bagi darjah maksima tenggelam aliran melalui puncak flum parshall masih kekal pada discaj yang dianggarkan diberikan seperti keadaan berikut; Ha/Hb < 0.95

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/20

Ketepatan nilai anggaran discaj dengan menggunakan persamaan yang diberikan seperti di bawah adalah pada kadar 2% bagi keadaan free-flow dan 5% bagi keadaan tenggelam (submerged flows). Persamaan untuk mendapatkan nilai discaj ini hanya boleh digunakan bagi keadaan free-flow flum parshall dengan lebar leher 0.1524 m (0.5 ft), iaitu; Q = 0.3812 [Ha ]1.58 Persamaan 14.1

di mana;

Q = discaj, m3/s Ha = kedalaman yang diukur pada pemusatan (rujuk rajah), m

Bagi flum parshall dengan lebar leher 0.2286 m (0.75 ft), persamaan yang digunakan adalah; Q = 0.5354 [Ha ]1.53 Persamaan 14.2

Manakala bagi flum dengan lebar leher antara 0.3048 m (1.0 ft) sehingga 2.4384 m (8.0 ft), persamaan discaj yang digunakan adalah;

Q = 0.3716 (W) [3.2801 (Ha)]1.5697 (W)0.0026 Persamaan 14.3 W = lebar leher, m

di mana;

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/21

Aktiviti 14c
SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

14c.1

Berdasarkan daripada apa yang telah diterangkan dalam Input 3, anda dikehendaki menerangkan fungsi flum Parshall berserta gambarajah yang menunjukkan bentuk flum tersebut. Jelaskan juga bagaimana ia beroperasi dalam mengawal discaj.

Dapatkan bantuan

rakan

kelas anda

dalam

aktiviti

ini bagi

mengukuhkan lagi pemahaman anda.

Sekiranya

anda

telah

siapkan

Aktiviti

14c.1,

teruskan

menyemak

pada

Maklumbalas

14c.1........SEMOGA

ANDA

MENDAPAT

JAWAPAN

YANG

MEMUASKAN DAN MEMENUHI KEHENDAK MAKLUMBALAS 14c.1.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/22

Maklumbalas Aktiviti 14c

14c.1 Minta rakan kelas anda rujuk kepada Input 3 dan menerangkan kembali kepada anda sekiranya apa yang telah anda bentangkan kepada rakan anda tadi tidak memenuhi kehendak seperti yang dijelaskan dalam Input 3 mengenai flum Parshall.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/23

Penilaian Kendiri
14.1 Sila ikut arahan di bawah: Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri dari empat orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan perlu membuat tugasan mengenai fungsi dan operasi bagi struktur hidraulik berikut; Pintu Sluis Empang segiempat Empang segitiga (V-notch) Flum Parshall Tugasan anda perlulah disertakan dengan contoh gambar bagi setiap struktur yang diperlukan dan ianya boleh diperolehi disekitar kawasan pengajian anda atau mana-mana tempat yang pilih sendiri. Bincangkan dalam kumpulan tentang fungsi dan operasi bagi setiap struktur berdasarkan apa yang telah anda pelajari dalam Unit 14 serta melalui hasil kajian anda di luar. Rujuk pensyarah anda untuk tarikh penghantaran tugasan ini. Dalam kumpulan yang sama, anda perlu menjalankan ujikaji makmal yang melibatkan peralatan makmal yang bekaitan bagi mengukuhkan lagi pemahaman anda tentang operasi struktur hidraulik yang telah anda pelajari. Sila berjumpa juruteknik makmal bagi menjalankan ujikaji tersebut.

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi

STRUKTUR HIDRAULIK

C4009/UNIT 14/24

Maklumbalas Penilaian Kendiri


Rujuk pensyarah dan juruteknik serta pihak luar untuk mendapatkan maklumbalas bagi hasil kerja kumpulan yang anda telah jalankan.

Selamat Mencuba !!!

Jabatan Kejuruteraan Awam

Ezany B. Jaafar Che Rogayah Bt. Desa Hayazi Bt. Hanafi