Anda di halaman 1dari 18

Disediakan oleh : Nur Syafrida bt Ibrahim

Definisi :
Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

Tujuan :

Untuk mengukur secara menyeluruh kekuatan dan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh seseorang murid.

Bahan-bahan yang digunakan sebagai Ujian Saringan :

BAHASA MELAYU Ujian pelepasan II (KIA2M) Akhir Tahun 1 Instrumen Penentuan Penguasaan 2M (IPP2M) Tahun 3-6 MATEMATIK Indicator for Mastery in Arithmatics (IMA)

BIL 1 2 3

SKOR 0-10 11-30 31-44

TINDAKAN/CADANGAN Pendidikan khas Program pemulihan Pemulihan KBSR dalam bilik darjah

1) Pencalonan adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam pelajaran Bahasa Malaysia atau Matematik. 2) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M ( Tahun 1) 3) Pencalonan murid boleh dibuat oleh: * guru mata pelajaran / guru kelas * guru besar * ibu bapa

4) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan. 5) Pencalonan murid baru tahun 3 akan disaring dengan IPP2M dan IMA

1. Butir-butir individu dan prestasi murid - Menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. 2. Rekod individu - Guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti :
o o o Kesihatan Taraf ekonomi keluarga dan Kebudayaan di rumah

3. Kemajuan akademik -Dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-mata pelajaran asas. 4. Lain-lain sumber maklumat ialah :i) Guru Besar boleh campur tangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan. ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran,ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja,kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.

iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran. iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahankelemahan murid.

TUJUAN :
Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK mengesan kawasankawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran

Instrumen: Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Analisis Ujian Diagnostik dan Pengamatan : Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi dengan cermat untuk memastikan masalah-masalah murid.

Murid-murid yang telah melepasi Ujian Pelepasan mesti dikembalikan semula ke kelas biasa. Walau pun demikian guru pemulihan khas dan guru mata pelajaran akan sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut dengan memberi bantuan agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti pembelajaran di kelas biasa Keberkesanan tindakan susulan dapat dicapai melalui beberapa pendekatan antaranya ialah : a) Maklumat pencapaian murid diserahkan kepada guru Kelas. b) Pemerhatian khusus dilakukan oleh guru darjah, guru mata pelajaran dan guru pemulihan khas. c) Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.

Anda mungkin juga menyukai