Anda di halaman 1dari 2

Berikut merupakan perancangan program Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P) Kuala

Terengganu Tahun 2010. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan oleh unit ini. Pada bulan Januari unit ini menjalankan aktiviti di bawah bidang Pengurusan dan Pentadbiran. Aktiviti yang dijalankan di bawah bidang ini adalah menyusun semula peralatan, mengemaskini fail dan juga membersihkan bilik. Pada bulan Februari pula, unit ini menjalankan aktiviti di bawah bidang perkhidmatan memberi maklumat. Aktiviti yang dijalankan adalah

menghebahkan kepada murid tentang khidmat yang ditawarkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Selain itu, pada bulan Mac pula, unit ini menjalankan aktiviti bi bawah bidang Asuhan Budi, Bimbingan Individu,dan Bimbingan Kelompok. Di bawah bidang Asuhan Budi, Bimbingan Individu,dan Bimbingan Kelompok pula terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan, antaranya adalah mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid, memupuk sikap kasih sayang serta program mentor dan mentee serta sesi kaunseling individu serta kelompok. Bidang kemahiran belajar, bimbingan penempatan, bimbingan kerjaya pula dijalankan pada bulan April. Pada bulan ini, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti memberikan pendedahan tentang kaedah belajar dengan berkesan, memberikan penerangan tentang penempatan murid selepas UPSR, dan mengadakan perbincangan tentang kerjaya kepada murid. Manakala pada bulan Mei pula, aktiviti yang dijalankan adalah di bawah bidang perancangan, pengurusan dan pentadbiran. Oleh itu, antara aktiviti yang dijalankan adalah pengurusan sistem fail seperti borang temujanji, borang sesi kaunseling, dan rekod sesi kaunseling. Pada bulan Jun pula, unit ini sekali lagi menjalankan aktiviti di bawah bidang kemahiran belajar. Aktiviti yang dijalankan pula adalah perbincangan dan memberi maklumt serta memberi pendedahan tentang kaedah belajar dengan berkesan. Julai merupakn bulan bagi menjalankan aktiviti di bawah bidang kesejahteraan mental. Berdasarkan bidang ini, unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini telah menjalankan aktiviti berkisarkan ceramah dan pameran oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) Kuala Terengganu, pameran serta pertandingan mewarna poster. Pada bulan Ogos pula, aktiviti yang dijalanka adalah di bawah bidang psikologi

dan kesejahteraan mental. Berpandukan bidang aktiviti yang dipilih, maka aktiviti yang dijalankan pada bulan ini adalah sambutan Hari Kemerdekaan, kibarkan jalur gemilang, pertandingan mewarna poster dan juga sudut patriotik. September pula merupakan bulan bagi menjalankan aktiviti berkisarkan intervensi belajar serta kemahiran belajar. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti yang berkisarkan persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR. Aktiviti-aktivinya adalah seperti panduan menghadapi peperiksaan, perbincangan dan memberi maklumat serta memberi pendedahan tentang kaedah belajar dengan berkesan. Pada bulan Oktober pula, aktiviti yang dijalankan adalah di bawah bidang mental serta pembinaan kendiri (pendidikan awal remaja). Di bawah bidang ini, aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan aktiviti selepas peperiksaan UPSR, program lawatan sambil belajar dan aktiviti merehatkan minda. Bagi bidang pembinaan kendiri pula, aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan dan perancangan aktiviti, penerangan serta penyebaran maklumat. Bagi bulan terakhir sesi 2010 iaitu bulan November, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti di bawah bidang perancangan, pengurusan dan pentadbiran. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan adalah mengemaskini data-data dokumentasi program dan aktiviti unit Bimbingan dan Kaunseling, mengawasi peperiksaan akhir tahun, serta mebuat refleksi dan pelaporan. Manakala, bagi bulan Disember pula, tiada sebarang aktiviti unit ini berjalan memandangkan bulan ini merupaka sesi cuti akhir tahun persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai