Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM TAZKIRAH 1.

MUQADDIMAH Program Tazkirah adalah salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh para pelajar SMK Agama Slim River di bawah bimbingan AJK BADANI. Program ini dapat mehidupkan sunnah Rasulullah di samping melatih pelajar mempunyai keyakinan diri apabila berhadapan dengan para jamaah seterusnya dapat merapatkan hubungan antara warga SMK Agama Slim River serta menambah pahala. 2. MATLAMAT Program yang dirancang adalah untuk kecemerlangan sahsiah pelajar SMK Agama Slim River sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program yang dirancang, perlu dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan. 3. OBJEKTIF 3.1 Melahirkan warga SMKA yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam. 3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadah demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi. 3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga SMKA. 3.4 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga SMK Agama Slim River. 3.5 Melatih pelajar mempunyai keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. 4. JAWATANKUASA Pengerusi : Ketua Biro Ibadah BADANI

Timb. Pengerusi : Timbalan Ketua Biro Ibadah

Setiausaha

: Setiausaha Biro Ibadah

Timb. Setiausaha : Timbalan Setiausaha Biro Ibadah Bendahari AJK 5. AKTIVITI a. Tazkirah b. Catatan dalam buku tazkirah 6. KUMPULAN SASARAN Semua murid SMK Agama Slim River, Perak Darul Ridzuan. 7. Harapan Program yang dirancang oleh BADANI diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid SMK Agama Slim River. Semoga program yang diatur serta dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada kepada semua pihak khususnya murid. 9. ULASAN PENOLONG KANAN HEM . . 10. KELULUSAN PENGETUA Disediakan; : Bendahari Biro Ibadah : AJK Biro Ibadah BADANI

................................................... ( HJ JAMALUDDIN BIN HALID ) Guru Penasihat BADANI SMK Agama Slim River.