Anda di halaman 1dari 5

SEMANTIK

Konsep Semantik Kajian tentang makna Berasal daripada bahasa Yunani sema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud menunjukkan, bererti, dan bermakna Sudut Pengertian Semantik Makna luas: sintaksis, semantik, pragmatik Makna sempit: teori referensi, teori makna KONSEP MAKNA Aristotle menyatakan bahawa unit terkecil yang bermakna atau the smallest significant unit of speech ialah perkataan. Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasa terkecil yang bermakna adalah morfem. Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna: aliran anatikal @ referensial dan aliran operasional @ kontekstual.

PENGERTIAN ANATIKAL

MAKNA

SEMANTIK

SECARA

Menurut de Saussure (1959:67),bahasa terdiri daripada bunyi atau penanda (signifiant) dan makna atau petanda (signifie). Penanda adalah bayangan akustik, misalnya urutan bunyi m+e+j+a. Petanda adalah gambaran atau makna yang melambangkan bunyi meja. Oleh itu, kata atau lambang linguistik adalah bayangan akustik atau bunyi + gambaran atau makna. Ogden dan Richards (1949:11) pula menerangkan makna dengan memecahkannya kepada tiga komponen melalui rajah tiga segi semiotik. Ullmann (1962:57) telah mempermudah teori segi tiga semiotik dengan melihat makna sebagai hubungan resiprokal antara nama dengan pengertian. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.

PENGERTIAN MAKNA SEMANTIK SECARA OPERASIONAL

Stuart Chase (1938:7) menerangkan makna secara operasional, iaitu The true meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it. Wittgenstein (1953) menegaskan bahawa makna perkataan adalah penggunaan perkataan dalam bahasa (the meaning of word is its use in the language). TEORI SEMANTIK Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa. TEORI SEMANTIK MESTI MEMENUHI 3 SYARAT: Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut. Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat. Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematis antara perkataan dan antara ayat, iaitu hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan, dan sebagainya. Teori Imej Makna Menurut teori ini makna diterangkan berdasarkan imej yang terbayang dalam akal penutur @ pendengar. Dalam pengaplikasiannya, teori ini menghadapi beberapa masalah: -Bentuk imej yang terbayang pada penutur dan pendengar. - Satu ungkapan mempunyai lebih dari satu imej. - Satu imej mempunyai lebih dari satu ungkapan. -Imej bergantung kepada pengalaman. Teori Analisis Komponen Teori ini pada awalnya digunakan oleh ahli antropologi dalam menentukan istilah hubungan kekeluargaan. Teori ini diaplikasikan dalam linguistik untuk menjelaskan makna perkataan. Menurut teori ini, makna perkataan dianalisis bukan secara satu unit, tetapi dalam hubungan komponen yang kompleks.

Komponen tersebut dinamakan perbendaharaan kata sesuatu bahasa.

sebagai

komponen

semantik

yang

terdiri

dari

Teori ini menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan. Dalam pengaplikasiannya, teori ini juga menghadapi masalah: - Komponen semantik untuk sesuatu perkataan mempunyai makna tersendiri dan perlu dihuraikan. -Huraian makna dalam teori ini tertumpu pada perkataan dan tidak pada ayat. -Makna yang tepat sukar diperoleh kerana terikat dengan ciri hiponim. Makna Perkataan dan Faktor Perubahannya Sinonim: Kata-kata yang mempunyai makna yang sama. Maksud sama tidak perlu seratus peratus sama. Misalnya: jemput = undang kereta = motokar iktisad = ekonomi siasah = politik mangkat = mati biduan = penyanyi seniman = pelakon Antonim: Perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan dengan perkataan yang lain. Misalnya: malam lawan siang laut lawan darat menjual lawan membeli memberi lawan menerima tua lawan muda baru lawan lama Antonim juga dapat dibentuk dengan cara pengimbuhan, misalnya:

progresif lawan regresif prasejarah lawan pascasejarah induktif lawan deduktif seniman lawan seniwati Dari sudut ragamnya, antonim dapat digolongkan kepada beberapa jenis: 1. Antonim komplementar 2. Antonim gradabel 3. Antonim relasional 4. Antonim resiprokal POLISEM, HOMONIM, DAN HIPONIM Polisem: Satu kata @ frasa yg mempunyai dua @ lebih makna yg berbeza. Bunyi dan bentuk ejaan sama tetapi berbeza makna dalam konteks berbeza. Misalnya, badan (tubuh @ yayasan), luka (cedera @ tersinggung), beradu (berlawan @ tidur). Homonim: Kata-kata yang sama ejaan dan bunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki memanjat dengan daki kotoran. Dalam penyusunan kamus polisem dijelaskan di bawah satu kata masukan, misalnya berat 1. tekanan, 2. sukar, 3. sangat Homonim dalam kamus dijelaskan sebagai dua kata masukan yang berasingan, misalnya daki I kotoran dan daki II memanjat. Homofon: Kata-kata yang sama bunyi, tetapi berbeza ejaan dan maknanya. Misalnya, menonton dengan menuntun, dan golongan dengan gulungan. Homograf: Kata-kata yang sama ejaan, tetapi berbeza bunyi dan maknanya. Misalnya, semak periksa dengan semak belukar atau kusut. Hiponim: Kata-kata yg mempunyai hubungan inklusif @ pengelompokan dalam satu jenis @ himpunan golongan perkataan. Ini menunjukkan kata bunga merupakan penggolong dan cempaka, melur merupakan anggota kepada penggolong tsbt. Dlm BI adalah katasheep. Perubahan Makna Makna sesuatu perkataan atau ungkapan boleh berubah daripada yang asal kepada makna yang baharu. Namun antara unsur-unsur bahasa, maknalah yang paling kuat bertahan terhadap gejala perubahan (Hashim Musa, 1994:77).

Antara faktor-faktor perubahan makna adalah : Perubahan makna kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Perubahan makna kerana perubahan tanggapan penutur. Perubahan makna kerana perluasan maksud. Perubahan makna kerana pembatasan maksud. Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik.

Anda mungkin juga menyukai