Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS KESAN PENGURUSAN MAKLUMAT KE ATAS PRESTASI PENGURUSAN KUALITI ZULNAIDI YAACOB Email: zulnaidi@usm.

my Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh 11800 Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Pengenalan Kajian ini bertujuan membandingkan prestasi pengurusan kualiti antara dua kelas iaitu sistem pengurusan maklumat yang baik dan yang lemah

terutamanya oleh PBT tetapi tidak dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan maklumat yang baik dan lemah. Sepatutnya unsur baik dan lemah ini dicirikan untuk menjelaskan maksud pengkaji.Inisiatif di bawah pengurusan kualiti telah digerakkan seperti Hari Pelanggan, Anugerah

Kualiti Perdana Menteri, dan Hari Kualiti tetapi tidak di manafaatkan malah menjadikan mereka bersaing untuk mendapatkan penghormatan.

Adakah masalah dinyatakan dengan jelas? Pengurusan kualiti dalam sektor awam adalah komitmen yang berterusan agar setanding dengan sektor koperat. Adakah keseluruhan sektor koperat lebih baik jika dibandingkan dengan sektor awam?. Mengapa perlu dibandingkan awam dengan koperat. Sepertimana yang kita maklumi, pengurusan kualiti keduadua sektor ini terdapat luas jurang dimana sektor koperat jauh lebih efisyen dalam menguruskan maklumat.

Berapa besarkah masalah dinyatakan? Masalah yang dinyatakan oleh pengkaji adalah merupakan masalah kritikal tentang pengurusan maklumat yang berkualiti oleh jabatan terutama PBT dan

kita dapat lihat masalah ini sebenarnya bukan merupakan masalah yang besar. Pengkaji hanya membuat penilaian ke atas jurang pengurusan maklumat tanpa ada cara mengatasinya.

Adakah masalah tersebut mempunyai rasional secara teori? Masalah yang dikaji ini bersandarkan kepada hasil penulisan Bali,R. Cockerham dan G. Bloor serta hanya berdasarkan kepada pemerhatian,

perbincangan dan penelitian dalam literatur. Jika berpandukan hasil dari literatur yang tidak dinyatakan bila, dimana dan siapa yang terlibat dalam literatur itu menyebabkan masalah ini tidak begitu jelas.

Betapa jelaskah hipotesis yang dinyatakan? Terdapat empat hipotesis yang dinyatakan dalam kajian ini iaitu perbezaan prestasi kepuasan pelanggan, perbezaan prestasi penjimatan kos, perbezaan prestasi kepuasan pekerja dan perbezaan keefektifan proses kerja antara jabatan yang mempunyai pengurusan maklumat yang lemah dengan yang baik. Pengkaji hanya menyatakan empat dapatan hasil daripada rujukan terhadap keupayaan sesuatu jabatan menguruskan maklumat menggunakan peralatan terkini tetapi tidak dinyatakan jabatan mana yang terlibat dan apakah kriteriakriteria yang dimaksudkan yang baik dan yang lemah.

Adakah tatacara atau cara yang digunakan untuk menjawab masalah diterangkan dengan sempurna? Tatacara keseluruhan bagaimana proses kajian tidak diberikan secara terperinci tetapi hanya dinyatakan secara umum.Proses pembentukan instrumen dan

konstruk yang diuji dalam soal selidik serta kaedah pemilihan sampel untuk

kajian ada dinyatakan. Sepatutnya setiap langkah atau tatacara yang dibuat dalam kajian dinyatakan dengan jelas dan sempurna.

Adakah sampel digunakan? Jika ada bagaimanakah ia dipilih? Responden kajian terdiri daripada ketua-ketua jabatan. Sampel kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata, sesuai dengan ciri-ciri karateristik sampel yang mana tugas adalah sama tetapi fungsi tugas bebeza diantara PBT di semenanjung. Sampel yang digunakan dalam kajian ini terlalu menyeluruh sehingga taburan ke seluruh semenanjung dimana sepatutnya lebih diperincikan lagi kerana bukan semua PBT yang mengabaikan pengurusan maklumat berkualiti.

Adakah sebarang kemungkinan kesilapan yang mungkin mempengaruhi kesimpulan kajian? Jika ada bagaimanakah ia dikawal? Kemungkinan berlaku kesilapan yang mempengaruhi kesimpulan kajian ada disebabkan bukan semua sampel dari bidang pengurusan mahir menggunakan ict tetapi berasakan kepada kelompok iaitu status bandaraya atau perbandaran. Hasil dapatan kajian menunjukan H1,H2dan H4 diterima dan H3 ditolak. Untuk mengawal keadaan ini pemilihan sampel perlulah dibuat stream terlebih dahulu.

Adakah teknik statistik digunakan untuk menganalisa data? Nilai kebolehpercayaan konstruk menggunakan Jadual nilai Cronbach -alpha, Ujian kesahihan konstruk menggunakan Jadual analisis faktor, T.Lavene untuk menguji perbezaan prestasi serta Jadual

Jadual korelasi untuk

menunjukan ada korelasi diantara empat dimensi yang dikaji. Walau

bagaimanapun kenapa dan mengapa pengkaji menggunakan teknik statistik tidak dinyatakan .

Betapa jelaskah keputusan dinyatakan? Keputusan yang diperolehi hasil dari kajian yang dibuat adalah jelas dinyatakan oleh pengkaji melalui jadual-jadual yang disertakan tetapi penerangan melalui penyataan tidak jelas dan tidak diperincikan.

Adakah kesimpulan dinyatakan dengan jelas? Adakah data menyokang kesimpulan? Adakah pengkaji terlalu umum tentang kajiannya? Kesimpulan hasil kajian dinyatakan dengan jelas iaitu pengurusan maklumat berkualiti adalah satu perkara yang boleh menyebabkan keseluruhan

pengurusan PBT menjadi pengurusan yang baik atau sebaliknya. Pengkaji kelihatan terlalu umum dalam membuat kesimpulan. Pengkaji mestilah mendefinasikan apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan yang baik dan pengurusan yang lemah. Skor yang digunakan untuk mengelaskan PBT ini adalah skor yang ringkas sahaja dan untuk kajian yang akan datang peng kaji sewajarnya mempertimbangkan item-item yang lebih menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai