Anda di halaman 1dari 2

Name:

Year:

1. Ibu membeli sepuluh biji telur ayam, lima biji telur telah pecah. Berapa biji telur yang tinggal?

2. Bapa telah membeli tiga pasang baju raya, dua pasang baju tersebut terkoyak. Berapa pasang baju raya yang tinggal?

3. Zila dapat tujuh bungkus hadiah daripada kakak. Dia telah memberi dua hadiah tersebut kepada adiknya. Berapa hadiah tinggal?

4. Zaki membeli lima biji bola. Tiga bola tersebut hilang. Berapa biji bola yang tinggal?

5. Siti memelihara lapan ekor kucing. Lima kucingnya mati kerana sakit perut. Berapa ekor kucing Siti yang tinggal?

6. Bakar membawa duit sebanyak tujuh puluh sen ke sekolah. Dia telah membelanjakan sebanyak lima puluh sen di kantin sekolah. Berapa sen duit yang ada?

7. Mimi telah membuat sepuluh biji roti. Tetapi dua biji rotinya hangus terbakar. Berapa biji roti yang elok?

Anda mungkin juga menyukai