Anda di halaman 1dari 3

1) Resepi kek coklat moist Bahan2: 1 ketul butter (250gm) 2 cawan gula 2 cawan tepung 1 sudu teh baking

powder sudu teh soda bikarbonat 6 biji telur 1 sudu teh esen vanilla cawan gula 1 cawan serbuk koko 1 cawan air

(a) Campur dan gaul sekali

(b) Masak atas api kecil @ guna air panas dan kacau sampai gula hancur.

Cara2: Pukul butter dan gula sampai kembang kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati Selepas tu masukkan bahan (a) berselang seli dengan bahan (b) tadi. Buat selang seli sampai habis Kemudian kacau sampai sebati. Sapu loyang dengan minyak atau butter dan lapik loyang dengan kertas minyak atau kertas A4. Supaya kek tidak melekat dekat loyang dan supaya mudah untuk terbalikan kek apabila sudah masak. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam dan suhu 180 darjah celcius.

Topping kek coklat: 75gm whipping cream 100gm coklat

Caranya: Masak whipping cream dengan api sederhana. Bila dah mendidih padamkan api dan masukkan coklat yang telah dipotong kecil2. Kacau sehingga ketulan coklat tu cair. Tuang diatas kek apabila kek sudah siap masak dan sudah diterbalikan.

2) Kek keju Bahan2: 250gm tepung sponge mix 50ml air kosong 4 biji telur 50ml minyak jagung 250gm krim keju (yg sudah dilembutkan)

Cara2: Pukul telur, tepung dan air kosong hingga kembang dan tidak cair (mesti pekat). Masukkan krim keju dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit jam. Boleh tambah krim keju lebih dalam kek kalau suka banyak keju.

3) Kek pelangi Bahan2: 250gm mentega 220gm tepung kek 1 sudu kecil serbuk penaik (diayak bersama dengan tepung kek) 200gm gula kaster 4 biji telur 5 sudu besar air susu (boleh guna susu segar) 1 sudu kecil esen vanilla Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning

Cara2: Gris acuan @ loyang dan panaskan ketuhar 180 darjah celcius Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna putih Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sehingga sebati Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu dengan esen vanilla dan gaul sampai rata Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Tuangkan sedikit pewarna bagi setiap 3 aduan 1 warna Ambil satu senduk adunan kuning dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Kemudian ambil satu senduk aduan merah dan tompokkan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulang proses ni sampai aduan habis. Goyangkan aduan supaya rata. Bakar 180 darjak celcius selama 50 minit - 1 jam

Anda mungkin juga menyukai