Anda di halaman 1dari 29

LUXURY LIGHTING CANDLE (LLC)

Keaslian produk Idea untuk menghasilkan LLC ini telah diutarakan oleh salah seorang ahli syarikat. LLC tercetus apabila beliau melihat lampu

perhiasan kristal di sebuah kedai perhiasan. Walaupun lampu ini menarik tetapi harga dipasaran agak mahal. Telah timbul satu masalah di sini apabila seseorang individu yang mempunyai taraf hidup yang sederhana ingin memiliki lampu tersebut. Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menghasilkan produk yang menyelesaikan masalah ini. Dengan cirri-ciri inovatif serta kreatif yang kami ada, kami telah mereka lampu perhiasan yang jauh lebih murah bahkan lebih menarik. Kami menggunakan lilin sebagai bahan asas untuk produk kreatif ini. Lilin yang sudah sinonim dengan fungsinya untuk menerangi sesuatu kawasan telah kami jadikan tema untuk produk kreatif kami. Lilin ini bukan sahaja boleh dijadikan hiasan malah boleh menenangkan emosi pemiliknya. Kami telah meletakkan wangian aroma terapi dalam ramuan lilin yang akan membangkitkan perasaan tenang kepada pemiliknya. Kami yakin dan percaya bahawa produk kreatif kami boleh dipasarkan secara komersial di pasaran Malaysia dan mempunyai potensi yang tinggi.

Kreativiti

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

Beza antara produk yang kami hasilkan dan idea asal adalah produk kami mempelbagaikan campuran warna. Seperti yang kita tahu, lampu perhiasan kristal itu hanya menggunakan satu warna. Tetapi produk kami iaitu Luxury Lighting Candle ini menggunakan pelbagai campuran warna seperti warna biru,merah dan jingga.Hal ini pastinya menambah daya penarik terhadap produk kami. Produk asal selalunya muncul dalam reka bentuk abstrak tetapi kami mengubah terus reka bentuk produk ini denagn reka bentuk yang lebih menarik dan unik. Produk kami berbentuk silinder tetapi yang istimewanya mengenai produk kami ini adalah permukaanya berongga. Tujuannya adalah untuk membolehkan cahaya keluar dari setiap sudut. Pada asalnya, lampu perhiasan kristal itu dijual dengan harga yang tinggi iaitu mencecah ratusan ringgit. Tetapi kami dari syarikat Pro-Distec mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk yang hampir sama tetapi dengan harga yang lebih murah iaitu tidak mencecah RM 50.00 Proses penghasilan lampu perhiasan kristal tersebut, adalah rumit dan memerlukan bahan yang sukar didapati di pasaran biasa. Istimewanya produk kami adalah proses pembuatannya lebih mudah dan bahan-bahan yang diperlukan boleh didapati di pasaraya-pasaraya di Malaysia.

Penggunaan Bahan Mentah Acuan kaca


PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL 2

Lilin putih Ketulan ais Crayon lilin Pewangi lilin Light Emiting Diod(LED)

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

PERANCANGAN PENGELUARAN

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

Perancangan dan matlamat Untuk produk ini, matlamat kami adalah untuk menghasilkan produk yang mampu dimiliki dan dibeli oleh pengguna daripada pelbagai taraf hidup. Selain itu, kami ingin setiap rumah di Malaysia ini indah dihiasi dengan LLC kami yang eksklusif lagi kontemporari. Seterusnya kami ingin mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda daripada produk kreatif ini.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

Carta pengeluaran

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

Mengedar maklumat dan katalog

Unit Pemasaran telah menggunakan katalog sebagai salah satu cara untuk promosi produk kreatif kami. Ahli syarikat akan pergi dari kelas ke kelas untuk mengedarkan katalog dan borang tempahan produk.

Menerima tempahan

Setelah beberapa hari, ahli syarikat akan memungut borang tempahan dari setiap kelas.Seterusnya kami akan meneliti dan membuat perancangan untuk tujun pengeluaran. Syarikat kami memastikan tempahan yang dibuat adalah benar. Pelaksanaan dan pengawalan kos

Jadual Pengeluaran TARIKH PERKARA 2 April Belian stok 9 April Proses penghasilan 11 April Proses pemasangan 18 April Proses pembungkusan 25 April Proses promosi

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

Kos

Kos Pengeluaran Kos bahan mentah Kos pengangkutan Kos overhead Kos promosi TOTAL RM 5.30 RM 0.50 RM 0.70 RM 1.00 RM 7.50

Keselamatan Keselamatan merupakan elemen yang paling penting dalam proses pengeluaran. Kami amat menitikberatkan elemen ini kerana ianya penting dalam penghasilan produk yang berkualiti. Tanpa jaminan keselamatan yang kukuh, produk kami sudah semestinya tidak berdaya saing. Oleh itu, kami sedaya upaya memastikan tahap keselamatan berada di tahap yang telah ditentukan.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

Arahan kerja pengeluaran

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

10

PROSES PENGELUARAN Spesifikasi produk Hiasan merupakan sesuatu yang boleh menaikkan mood seseorang yang melihatnya. Hiasan juga sangat penting untuk dijadikan daya penarik sesuatu majlis atau kediaman. Akan tetapi, kebanyakan hiasan dijual dengan harga yang tinggi seperti yang terdapat di pasaran. Sudah menjadi satu kemestian bagi seseorang usahawan untuk mempunyai daya kreativiti dan inovatif. Dengan ciri yang terdapat dalam diri kami ini, para bakal usahawan masa depan kami telah melakukan penambahbaikan terhadap hiasan yang dijual dengan harga yang mahal di pasaran supaya lebih murah dengan menggunakan bahan lain. Asas produk kreatif kami ini menggunakan lilin bagi menggantikan batu kristal seperti yang terdapat di pasaran. Kami menggunakan diot pemancar cahaya (light emitting diot) yang mengeluarkan pelbagai variasi warna. Diot pemancar cahaya ini akan

menarik perhatian pelanggan dan boleh menceriakan sesuatu kawasan yang suram. Lampu ini boleh dijadikan hiasan di dalam kamar tidur dan juga di ruang tamu.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

11

Produk ini terdiri daripada dua lapisan warna yang sungguh menarik yang menjadi tarikan utama pelanggan untuk membeli barangan ini. Gabungan diot pemancar cahaya dan dua lapisan warna lilin ini menjadikan produk ciptaan kami ini lebih bernilai estetika dan penuh dengan unsur-unsur kontemporari. Jika dibandingkan dengan lampu kristal yang terdapat di pasaran, produk kreatif kami jauh lebih murah dan menarik. Hal ini kerana bahan-bahan yang kami gunakan hanya memerlukan kos pengeluaran yang kecil. Selain itu, bahan-bahan ini juga mudah didapati di pasaran. Memandangkan produk kreatif kami ini diperbuat daripada bahan yang ringan maka ia sangat mudah dibawa. Dengan itu, produk kami ini sangat fleksibel untuk dibawa keman- mana sahaja. Selain itu, produk kreatif kami juga sesuai untuk dijadikan cenderahati dan hadiah hari perkahwinan. Hal ini demikian kerana produk kreatif kami tampak eksklusif dan mewah.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

12

Kawalan kualiti Bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan, kami telah meneliti proses penghasilan. Kami telah menapis lilin itu terlebih dahulu sebelum

dimasukkan ke dalam acuan bagi mengelakkan sebarang mendapan lilin dan bahan-bahan lain yang tidak diingini masuk ke dalamnya. Kami juga telah memilih lilin yang berkualit tinggi. Hal ini bertujuan untuk memastikan kualiti dan mutu produk yang dihasilkan. Selain itu, ia juga dapat memastikan ketahanan lilin itu sendiri.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

13

Kawalan bahan terbuang Dalam proses penghasilan produk kreatif, terdapat dua bahan terbuang iaitu ais dan lebihan lilin. Ais yang telah cair akan dibekukan semula supaya tidak berlaku pembaziran. Ais yang dibekukan kembali itu akan digunakan semula untuk membuat produk yang seterusnya. Bagi lilin pula, terdapat lebihan daripada proses penghasilan barang ini. Lebihan lilin ini telah digunakan semula dengan mengumpulkan lebihannya seterusnya dicairkan dan diguna semula sebagai hiasan di sekeliling lilin tersebut. Kaedah ini menyebabkan kos membuat produk ini menjadi lebih murah dan menarik.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

14

Kos dan matlamat keutungan

Kos Pengeluaran Kos bahan mentah Kos pengangkutan Kos overhead Kos promosi TOTAL RM 5.30 RM 0.50 RM 0.70 RM 1.00 RM 7.50

Matlamat keuntungan bagi produk mega ini, kami mensasarkan untuk menjual 250 unit LLC. Dengan itu produk kreatif akan menyumbang sebanyak RM 625.00.
PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL 15

Kos: RM 7.50/unit Harga jualan: RM 10.00/ unit Untung: RM 2.50/ unit

AKAUN PRODUK KREATIF

Kos Jualan Pertama (Living RM 7.50 x 100 unit = RM 750

Jualan RM 10.00 x 100 unit = RM 1000

Untung RM 1000 RM 750 = RM 250


16

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

Cabin) Jualan Kedua (Graduasi)) Jumlah RM 7.50 x 253 unit = RM 1897.50 RM 2767.50 RM 10.00 x 253 unit = RM 2530 RM 3530 RM 2530 RM 1897.50 = RM 882.50 RM 762.50

Cenderahati (Pertandingan Debat Piala Pro-Distec 2009)

16 hakim x RM 7.50= RM 120

Projek Produk Kreatif 2009 Sasaran Pasaran

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

17

Sasaran Pelanggan Bagi Produk Kreatif

Syarikat Pro-Distec Sdn. Bhd. telah memperkenalkan projek produk kreatif kami kepada para pelajar Maktab Rendah Sains Mara Taiping dengan mengambil risiko yang tinggi dalam bidang keusahawanan. Kami telah mereka suatu produk yang amat disukai oleh ramai iaitu Candle LED di mana syarikat kami membuat sendiri dan telah memasarkan di dalam dan di luar maktab.Kami telah mensasarkan golongan pelajar sebagai golongan yang paling banyak melanggani produk yang dihasilkan oleh syarikat kami.Kami berpendapat adalah lebih mudah untuk memasarkan produk kami ini kepada para pelajar.Hal ini kerana Syarikat Pro-Distec telah mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh para pelajar berkenaan kualiti produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat kami. Selain itu,kami telah mensasarkan golongan pelanggan dari luar kawasan maktab.Hal ini kerana mereka mempunyai bilangan yang banyak dan ini dapat menambahkan lagi peluang kami untuk memasarkan produk kami pada kali.Untuk memudahkan lagi proses memasarkan produk kami pada kali ini kepada pelanggan dari luar kawasan maktab,kami telah menggunakan pihak luar sebagai medium untuk memasarkan produk ini. Pihak tersebut ialah Syarikat Living Cabin Sdn. Bhd.Syarikat ini merupakan salah sebuah kedai cenderahati yang mempunyai cawangan yang besar di serata Malaysia dan amat terkenal dalam kalangan peminat barangan
PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL 18

cenderahati. Syarikat ini juga mempunyai satu cawagan di Tesco Taiping,Perak. Hal ini dapat meningkat peluang kami untuk memasarkan produk kami pada kali ini kepada pelanggan di luar kawasan maktab. Pada masa yang sama,kami telah menasasarkan golongan ibu bapa yang hadir ke maktab untuk melanggani produk kami.Kami mensasarkan golongan-golongan ini kerana mereka pasti ingin membeli produk yang telah dihasilkan oleh syarikat kami setelah diceritakan kebaikan produk kami oleh anak-anak mereka.Kami juga mensasarkan golongan ini kerana kami berpendapat mereka pasti ingin menghadiahkan lilin yang dihasilkan oleh syarikat kami ini kepada anak mereka yang jarang mereka ketemu. Akhir sekali,kami telah mensasarkan golongan guru di dalam kawasan maktab untuk melanggani produk yang dihasilkan oleh syarikat kami pada kali ini.Hal ini kerana golongan guru merupakan golongan kedua terbanyak di dalam kawasan maktab dan ini telah memudahkan lagi kami untuk memasarkan produk kami pada kali ini.Guru-guru di maktab lebih mudah tertarik kepada produk kami kerana mereka dapat meneliti terlebih dahulu sebelum melanggani produk kami pada kali ini.Mereka juga lebih yakin untuk melanggani produk kami pada kali ini kerana mereka berpengalaman tentang kualiti yang dihasilkan oleh syarikat kami.Hal ini dapat meningkatkan lagi peluang kami untuk memasarkan produk kami kepada mereka.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

19

Sambutan Pelanggan Setelah memasarkan produk Luxury Lighting Candle kepada

Living Cabin, semasa Majlis Graduasi 2009 dan penjualan produk di luar kawasan maktab, kami mendapati bahawa produk tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada banyak pihak. Pengurus Pemasaran Syarikat Pro-Distec sendiri telah membuat sesi bersoal jawab
PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL 20

dengan beberapa orang pelanggan yang telah membeli produk Luxury Lighting Candle tersebut. Berdasarkan pendapat mereka, Luxury Lighting Candle mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi serta mempunyai ciri-ciri moden bertepatan dengan kehendak hati para remaja yang sentiasa mengikuti trend semasa. Bagi orang dewasa pula, mereka bersetuju dengan pandanganyang telah dilontarkan oleh pelajar dan menambah bahawa produk ini boleh digunakan di sudut-sudut rumah sebagai hiasan dalaman. Setelah meneliti kemampuan produk kami ini terjual di luar kawasan maktab.Kami mendapati produk kami sangat sesuai untuk dijual di luar kawasan maktab.Hal ini kerana walaupun dalam masa yang singkat,produk kami masih mampu dijual 100 unit.Hal ini telah menunjukkan sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan di luar walaupun produk kami ini dihasilkan oleh syarikat yang baru sahaja menempa nama dalam bidang keusahawanan.Dengan ini terbuktilah,kehebatan produk kami untuk menarik minat para pelanggan di luar kawasan maktab untuk membelinya. Produk ini mendapat sambutan yang hangat daripada pelbagai lapisan umur terutamanya pelajar Maktab Rendah Sains Mara Taiping. Kami hanya mensasarkan sejumlah 150 unit produk untuk dipasarkan semasa Majlis Graduasi 2009 dan hasil jualan di luar kawasan maktab. Namun begitu, permintaan melebihi sasaran iaitu sebanyak 353 unit. Hal ini menjadikan kami bingung untuk memenuhi permintaan mereka. Justeru, syarikat kami telah bertungkus-lumus bekerjasama untuk menyiapkan

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

21

tugasan yang telah diagihkan dalam pembuatan Luxury Lighting Candle. Akhirnya, berkat ketekunan dan kerjasama, pembuatan dan pengeluaran produk ini berjaya dilaksanakan.

Promosi

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

22

Promosi merupakan asas penting dalam aktiviti perniagaan.Syarikat Pro-Distec Sdn.Bhd. telah menggunakan beberapa kaedah promosi yang efektif dalam mempromosikan produk yang dihasilkan oleh syarikat kami pada kali ini.Kami telah menggunakan kaedah-keadah seperti: 1. Pengumuman 2. Pembungkusan 3. Edaran 4. Poster 5. Kad Ucapan Bagi syarikat kami, kaedah promosi yang digunapakai untuk menarik perhatian para pelanggan ialah kaedah pengumuman secara langsung yang dijalankan melalui PA System. Pengumuman telah dijalankan di bilik gerakan Badan Wakil Pelajar, semasa perhimpunan pagi dan semasa perhimpunan rasmi. Tujuannya adalah untuk menghebahkan kepada para pelajar mengenai produk terbaru yang telah kami hasilkan. Selain itu, ahli syarikat kami telah menjalankan promosi dari kelas-kelas untuk

menerangkan lebih lanjut mengenai produk tersebut. Borang pembelian turut diedarkan bagi memudahkan tempahan dilakukan. Kaedah borang ini lebih mudah kerana jumlah tempahan boleh dianggarkan melalui pengutipan semula borang-borang tersebut.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

23

Pelanggan yang membeli turut terpesona dengan bungkusan yang digunakan dalam pembalutan Luxury Lighting Candle.Bungkusan ini telah dicipta hasil idea bersama-sama ahli Syarikat Pro-Distec. Terdapat pelbagai corak serta warna yang ditawarkan. Jenis bungkusan itu boleh dipilih mengikut citarasa dan plihan pelajar sendiri.Luxury Lighting Candle ini diletakkan di dalam kotak dan dibalut rapi menggunakan pembalut yang dipilih oleh pelajar berkenaan. Edaran turut diedarkan kepada para guru,ibu bapa dan pelajar yang telah terlibat semasa Majlis Graduasi 2009. Kandungan edaran ini menerangkan tentang reka bentuk, bahan semulajadi yang sudah tentu tidak membawa kemudaratan, jenis dan warna yang ditawarkan. Gambar juga diselitkan untuk tatapan serta gambaran kepada pelanggan. Pengedaran edaran-edaran ini dilakukan secara rawak, semasa perhimpunan pagi dan selepas perhimpunan rasmi kepada seluruh warga Maktab Rendah Sains Mara Taiping. Pada masa yang sama, kami juga mempromosikan produk kami pada kali ini dengan melakukan penampalan poster.Poster-poster ini ditampal di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan pelajar.Kami meletakkan maklumat-maklumat seperti harga produk dan contoh gambar produk yang telah dihasilkan oleh Syarikat Pro-Distec Sdn. Bhd.Kami menggunakan kaedah promosi begini kerana kami yakin akan

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

24

kemampuannya untuk menarik minat para pelajar untuk membeli produk kami pada kali ini iaitu Luxury Lighting Candle. Para pelanggan turut dijanjikan satu kad ucapan untuk setiap tiga unit Luxury Lighting Candle yang dibeli. Kad tersebut diberi secara percuma kepada pembeli jika pembelian melebihi RM30.00. Melalui cara ini, mereka lebih tertarik untuk membeli secara banyak sekaligus meningkatkan jumlah unit produk yang berjaya dipasarkan. Bagi mempromosikan produk kami ini di luar kawasan maktab,kami telah berkerjasama dengan Syarikat Living Cabin Sdn.Bhd.Dalam kerjasama ini,kami telah bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya kepada syarikat tersebut untuk memasarkan kami pada kali ini,Oleh itu,syarikat itu akan bertanggungjawab dalam memasarkan produk ini kepada pendudukpenduduk di sekitar Taiping dan Kamunting yang berada di luar daripada kawasan maktab. Secara keseluruhannya, produk kreatif yang telah dihasilkan oleh Syarikat Pro-Distec iaitu Luxury Lighting Candle berjaya memuaskan hati setiap pelanggan yang membeli produk tersebut. Kami daripada Syarikat Pro-Distec sangat berbangga kerana produk ini memenuhi kriteria produk terbaik iaitu berkualiti, menarik, mudah diurus dan harga yang berpatutan.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

25

Penentuan harga Syarikat kami sentiasa memikirkan dan menjaga kualiti produk kami tetapi masih dapat menyesuaikan harga yang berpatutan dengan kos pengeluaran yang telah ditetapkan. kerjasama Sebelum menetapkan sesuatu harga,kami perlulah mendapat persetujuan daripada semua ahli syarikat, kos pengeluaran produk kami.Kami juga perlu mengambil kira kos pengeluaran bagi menghasilkan produk Luxury Lighting Candle.Setelah mengambil kira semua aspek kos,kami mendapati kos bagi menghasilkan produk ini ialah bersamaan dengan RM 6.50. Syarikat Pro-Distec Sdn.Bhd juga telah
PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL 26

mengambil kira RM 1.00 bagi kos promosi yang ditanggung oleh syarikat untuk memasarkan produk kami pada kali ini di dalam kawasan maktab. Secara keseluruhannya, kos pengeluaran yang ditanggung oleh syarikat kami untuk produk yang dihasilkan ialah sebanyak RM 7.50.Setelah mengambil kira kos-kos ini, kami telah menetapkan harga bagi produk kami pada kali ini ialah RM 10.00.Harga ini termasuklah keuntungan yang bakal diperolehi untuk setiap unit yang dapat dijual iaitu sebanyak RM 2.50.Kami menetapkan keuntungan sebegini adalah untuk mencapai sasaran murni keuntungan syarikat kami. Kami telah menetapkan untuk menjual produk kreatif kami dengan harga RM 10.00 tetapi harga ini hanyalah untuk jualan di dalam kawasan Maktab Rendah Sains Mara Taiping, Perak.Manakala harga pasaran bagi produk yang dihasilkan oleh syarikat kami di Syarikat Living Cabin Sdn. Bhd. ialah RM 12.00.Hal ini kerana kami telah member komisyen sebanyak RM 2.00 kepada Syarikat Livng Cabin Sdn. Bhd. kerana membantu syarikat kami untuk memasarkan produk kami di luar kawasan maktab. Sebelum menetapkan komisyen ini,kami terlebih dahulu telah mendapatkan persetujuan daripada pengarah Syarikat Living Cabin Sdn. Bhd.Hal ini kerana tanpa persetujuan mereka, kami tidak mampu memasarkan produk kami ini di luar kawasan maktab atau di kedai mlik syarikat mereka.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

27

LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK PENGELUARAN PRODUK Mempelajari daripada ahli-ahli yang kreatif dan mahir dalam

penghasilan produk kreatif. Pelatih diri kami mencuba dan mencipta produk dari lilin.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

28

Memberi pendedahan kepada ahli syarikat Pro-Distec Sdn. Bhd.

untuk menghasilkan produk dari lilin yang lebih menarik. Menguji katahanan mental dan fizikal serta semangat berpasukan. Mengadakan bengkel-bengkel kemahiran untuk membuat produk

berasaskan lilin kepada guru-guru, para pelajar dan pembantu tadbir.

OBLIGASI MASYARAKAT Pembebasan asap yang mengandungi bahan yang merbahaya seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan bahan-bahan yang lain. asap yang dibebaskan akan membahayakan kesihatan dan alam sekaligus. asap ini juga akan menyebabkan penigkatan suhu global dan pulau haba. dengan mereka cipta produk yang mempunyai banyak kebaikan serta mesra alam ini, pembebasan asap merbahaya ini dapat dikurangkan. Selain itu, poduk ini bertujuan memberi ketenangan kepada semua pengguna. Selain daripada dapat melihat produk yang cantik, para pengguna akan dapat menikmati aroma terapi kerana produk yang berasaskan lilin ini mempunyai bau yang tenang dan nyaman.

PROACTIVE-PRODUCTIVE-PROFESSIONAL

29