Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KENDIRI | NOR RAMIZAH BINTI AZIZAN

Bagi membangunkan projek web ini, segala perincian kerja yang dilakukan memerlukan penumpuan yang penuh dan sistematik. Daripada proses analisis sehinggalah proses pengujian dan penilainan segalanya perlu disusun dengan teliti. Dalam proses analisis, perkara yang saya telah pelajari adalah seperti penentuan dan pemilihan dari segi tajuk, kumpulan sasaran dan pendekatan pembelajaran serta teori pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada analisis ini membolehkan ianya dijadikan rujukan asas kepada proses proses seterunya dalam pembangunan ini. Seterusnya proses rekabentuk dilakukan sebelum pembangunan laman web tersebut dilaksanakan. Dalam proses ini pemilihan tema iaitu dari segi warna, tulisan, serta konteks paparan bagi perisian ini perlulah jelas, ini mengelakkan kecelaruan dan ketidakseimbangan semasa pembangunan dijalankan. Memandangkan masa yang tidak mencukupi dan terhad, maka kami masih kurang jelas mengenai tema laman web kami. Semasa pembangunan dilakukan, perancangan masa amat perlu bagi menghasilkan laman web yang baik. Semasa pembentangan pertama, kelemahan perisian kami yang paling utam ialah penggunaan warna dan tulisan dalam laman web kami. Penilaian telah diberikan oleh rakan-rakan dan penambahbaikkan dilakukan. Pemulihan laman web ini dilakukan secara menyeluruh dan melibatkan perubahan yang mendadak keatas laman web ini. Mengenai bidang tugas saya, pencarian video-video yang berkaitan isi laman web ini adalah perkara yang agak mudah. Namun, kata kekunci bagi video yang dicari hendaklah sesuai dan tepat bagi memudahkan pencarian. Selain itu, dalam melakukan aktiviti untuk dimasukkan kedalam laman web tersebut, ia memerlukan papan cerita yang tersusun bagi menjelaskan apa yang hendak disampaikan, memandangkan pendekatan yang teori yang dipilih memerlukan pemahaman yang jelas, ianya memakan masa yang agak lama dalam mereka isi dalam laman web ini. Secara kesimpulannya, di dapati kerjasama dan perancangan yang terliti membolehkan laman web yang terbaik dihasilkan.