Anda di halaman 1dari 9

TEORI WOLFGANG KOHLER

SIAPA KOHLER??
lahir pada 21 Januari 1887 di Port City di Reval, Estonia, Rusia. ahli psikologi dan ahli logik fenomena atau phenomena logist. pengasas Psikologi Gestalt mendapat pendidikan di Tubingen Universiti dari tahun 1905 hingga 1906. menerima Doktor Falsafah atau PhD dalam bidang psikologi pada tahun 1909. meninggal dunia pada 11 Jun 1967 di Hanover, New Hampshire.

EKSPERIMEN 1
Bagi membentuk Teori Gestalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan cimpazi. Dalam eksperimen pertama, seekor cimpanzi diletakkan di dalam sebuah sangkar besar. Di dalam sangkar itu terdapat beberapa buah peti yang berlainan saiz. Sebiji pisang tergantung di bumbung sangkar tersebut. Bumbung itu adalah tinggi dan tidak ada jalan bagi cimpanzi untuk memanjatnya. Cimpanzi itu mulai melompat-lompat beberapa kali untuk mencapai pisang tetapi gagal. Ia pun berhenti seketika. Ketika berhenti, cimpanzi melihat sekeliling sangkar dan dengan tibatiba, cimpanzi itu mengheret peti demi peti ke bahagian bawah pisang. Ia menyusun peti itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan seterusnya memanjat petipeti tersebut. Dengan cara ini cimpanzi Berjaya memperolehi pisang tersebut.

Dalam eksperiman ini, keadaan lapar telah menjadi ransangan kepada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Apabila cimpanzi secara tiba-tiba menyedari pertalian peti-peti dengan cara hendak mendapatkan pisang, ia dikatakan telah mendapat celik akal.

EKSPERIMEN 2
Dalam eksperimen yang kedua, seekor cimpazi yang lapar diletak di dalam sebuah sangkar. Berhampiran dengan sangkar itu, iaitu di luarnya terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang berlainan panjangnya. Cimpazi tersebut cuba mendapatkan pisang dengan menggunakan batang buluh yang pendek tetapi tidak berjaya. Selepas itu, dia mula mencabut seutas dawai dari sangkar dan mendapatkan pisang dengan dawai itu. Sekali lagi cimpanzi tersebut gagal.

Secara tiba-tiba dia cepat menggunakan buluh yang pendek untuk mengaut buluh yang panjang. Dengan menggunakan buluh yang panjang, cimpanzi itu dikatakan telah memperolehi celik akal apabila dai secara tiba-tiba terfikir untuk menggunakan buluh pendek untuk mendapatkan buluh yang panjang. Seterusnya cimpanzi itu barulah memperoleh pisang.

APA YANG KOHLER PERKATAKAN?

Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru. Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar.

IMPLIKASINYA??
gunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pembelajaran (tajuk baru-bahan rangsangan) membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran (perkaitan dengan kehidupan seharian) menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai. (faham apa yang diajar)

bimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal.(pemahaman murid apa yang diajar) ajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan pelajar dan pengalaman mereka. (kesediaan guru) bekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap (abmrangsangan bahan)