Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Puan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dihormati dan seterusnya sidang hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum w.b.k.t. Lahirnya maryam ke dunia Dijaga oleh nabi zakaria Seorang wanita jadi ikutan Namanya terpahat didalam Al-quran. Kawan-kawan, tahukah kamu semua Maryam binti Imran? Maryam binti Imran ialah seorang wanita yang sangat mulia di sisi Allah s.w.t. sehingga di dalam al-quran terdapat nama surah Maryam. Begitu mulia Maryam disisi Allah s.w.t. Mari sama-sama kita menelusuri kisah Maryam binti Imran. Bapanya bernama Imran bin Mathan. Beliau berketurunan nabi Sulaiman bin daud. Manakala ibunya bernama Hana. Suatu hari, ibunya Hana duduk di bawah sebatang pokok dan melihat seekor burung sedang memberi makanan kepada anaknya. Melihat daripada itu, Hana ingin memiliki zuriat yang telah lama dinantikannya. Hana berdoa kepada Allah s.w.t supaya mengurniakan anak. Dia bernazar sekiranya dikurnikan anak, dia akan memberikan anaknya di rumah ibadat baitulmaqdis untuk menyuci dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t Sudah menjadi lumrah kehidupan, pasangan yang berkahwan ingin mendapatkan zuriat bagi melengkapkan kehidupan sesebuah keluarga itu. Imran Di sebuah perkampungan bani israil , ada sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin, mereka hidup bahagia, tetapi mereka merasa sunyi kerana masih belum dikurniakan anak. Mereka sangat memerlukan anak bagi menyambung silah keturunan dan pengikat kasih mereka. Daripada tafsir surah Ali imran ayat 35-36 ialah, apa yang saya dapat rungkaikan ialah setelah berbagai cara dicuba dan berbagai nasihat untuk mendapatkankan zuriat,tetapi tidak membuahkan hasil, akhirnya isteri imran telah bernazar dan berjanji kepada Allah bila permohonannya dikabulkan, ia akan menyerahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi penjaga dan memelihara rumah suci itu dan sesekali tidak akan mengambil manfaat dari anaknya untuk kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya. Allah telah memakbulkan doanya, maka lahirlah bayi perempuan, walaupun si ibu mengharapkan anak lelaki. Si ibu menamakan bayi itu maryam dan memohon perlindungan kepada Allah agar

Dari ayat ini apa yang kita dapat ialah: 1. seorang ibu hendaklah membuat perancangan yang sebaiknya untuk anak yang akan dilahirkan. 2. Pilihlah nama-nama yang baik untuk anak seperti Isteri Imran menamakan anaknya dengan Maryam yang berarti manusia ahli ibadah. Jika dilihat situasi sekarang ramai yang namanya sedap didengar tetapi maksud yang tidak jelas. 4. Untuk pendidikan anak, janganlah kita bersandar hanya kepada usaha kita tetapi juga berdoa kepada Allah. Dilihat dari situasi masa kini , bagaimana kita lihat kelahiran anak- anak luar nikah, kemudian anak-anak ini diabaikan begitu saja, betapa zalim dan kejamnya ibu mereka , sedangkan jika kita lihat pada haiwan pun, mereka amat sayangkan anak-anak. Saudara hadirin yang saya hormati, bersamalah eratkan hubungan kekeluargaan kerana keluarga yang cemerlang adalah keluarga yang harmoni.