Anda di halaman 1dari 1

Laman Web Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perlis

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah


Terakhir dikemaskini Sunday, 30 December 2007

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah. Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah : - Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. - Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. - Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. - Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. - Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki. - Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu. - Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. - Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. - Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. - Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga. - Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah. Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.

http://adkperlis.gov.my

Dikuasai oleh Joomla!

Dijanakan : 27 April, 2009, 03:22

Anda mungkin juga menyukai