Anda di halaman 1dari 7

Pada pukul 8 pagi, kami telah diarahkan berkumpul di dataran intelek.

Kami menunggu kenderaan yang telah disediakan untuk kami.LAwatan kali ini disertai seramai 14 org iaitu 11 org pelajar,2 orang pensyarah pengiring dan seorang pemandu van.Setelah hamper 10 minit menunggu barulah kelibat Cik Siti Zalifah dan Pn Norhafizah,pensyarah kami tiba di dataran Intelek2 orang pelajar terpaksa menaiki kereta pensyarah kami kerana van yang disediakan boleh menumpangkan seramai 10 orang termasuk pemandu. Setelah itu,pada jam 8.30 pagi, kami mula bertolak menuju ke destinasi kami iaitu di negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam

perjalanan, kami sempat singgah di hentian rehat R&R Temerloh untuk sarapan pada jam 10 pagi. Selepas itu, pada jam 10.40 pagi kami meneruskan lagi perjalanan kami ke destinasi. . Pada pukul 12.45 tengahari,kami berhenti di hentian rehat R&R Tapah,perak untuk makan tengahari dan solat zohor. Pada jam 2.00 petang,kami mula bergerak ke destinasi yang ingin ditujui. Destinasi pertama yang kami lawati setibanya di Perak ialah di kilang T-PRIN PANEL SDN. BHD yang terletak di Tanjung Rambutan,Ipoh. Kami sampai pada jam 2.30 petang.Kilang tersebut mencetak panel kayu, papan cetak,particleboards, MDF, kayu lapis untuk tujuan

eksport dan import dalam Malaysia. Setibanya disana,Kami di jemput oleh seorang supervisor di kilang tersebut yang bernama En Aziz. beliau menerangkan tentang kaedeh dan alatan mesin yang diguna pakai di kilang tersebut serta menerangkan bagaimana produk kilang tersebut dihasilkan. Selepas itu, kami dijemput masuk ke dalam bilik mesyuarat yang terletak dipejabat kilang tersebut untuk sedikit penerangan. En. Aziz sempat memperkenalkan kepada kami produk papan yang disaluti dengan bahan kimia untuk menghalau lipas, iaitu AntiCockroach Pinboard.Ianya disaluti bahan kimia yang bertindak keatas sistem saraf lipas supaya tidak menghampiri perabot yang disaluti bahan kimia berkenaan.Walaubagaimanapun,Produk ini tidak memberi kesan kepada manusia dan ialah satu-satunya produk dan kilang di Malysia yang menghasilkan produk sperti ini.Selesai sedikit sesi soal jawab, kami meminta diri. Pada jam 4.30 petang, kami menuju ke UiTM Seri Iskandar,Perak untuk kami menginap. Sampai disana, kami solat, mandi dan rehat-rehat kerana kepenatan. Pada sebelah malam pula,Kami

dibawa keluar untuk makan malam di restoran berhampiran tempat penginapan kami dan kami juga sempat untuk berjalan-jalan di pasar malam yang berhampiran.Pada hari pertama kami hanya melawat sebuah kilang kerana kami tiba agak lambat ke destinasi dan kesuntukan masa yang kami hadapi

Kami bangun pada jam seawall jam 6.30 pagi untuk solat subuh dan bersiap-siap untuk lawatan kilang kami pada hari ini.Kami bertolak dari UiTM Seri Iskandar pada pukul 7.30 pagi,sebelum pergi ke kilang pertama kami pada hari ini,kami sempay singgah di warung berdekatan untuk sarapan pagi.. Saya dan rakan-rakan lain sempatmencuba makan makanan yang agak unik di kedai makan disitu iaitu chapnai. Gabungan diantara chapatti dan roti canai.Kami makan dengan begitu berselera sekali kerana itulah kali pertama kami merasa Chapnai. Selepas itu, pada jam 8.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke kilang Bukit Merah Wod Product Sdn.Bhd.yang terletak di Jalan Pusing,Lahat.Kami tiba disana pada jam 9 pagi. Disana kami didedahkan dengan cara pemesinan papan dan pendedahan tentang proses untuk membuat produk yang dihasilkan dikilang itu.Kami diberi pendedahan yang amat teliti dan sangat berguna untuk kami dimasa hadapan nanti.Kilang ini mula beroperasi pada tahun 1990, ia terlibat dalam pasaran tempatan dan eksport produk-produk kami yang meliputi rangka kayy dari pelbagai species. Ia bertujuan untuk hubungan perniagaan jangka panjang & kilang ini fokus untuk mengahsilkan produk-produk berkualiti tinggi. Kilang ini amat cekap dalam mengenalpasti jenis reka bentuk dan permintaan terhadap produk kayu di pasaran. Kilang ini dikemaskini liputan untuk produk rumit & berbentuk artistik contohnya ukiran kayu timbul untuk memenuhi peningkatan keperluan untuk rasa jarang & eksotik hari ini yang masyarakat urban & kontemporari. Ini adalah kesempatan langka untuk memiliki salah satu karya.

kilang ini juga dapat mencari reka bentuk yang sesuai untuk pembangunan perumahan atau di rumah dan yakin boleh memenuhi keperluan pelanggan untuk memenuhi keperluan mereka projek skala peribadi & besar juga. Selepas itu,pada jam 10.30 pagi, kam beransur pulan mula bertolak ke destinasi yang seterusnya iaitu Beautrend Development sdn.bhd. Kilang ini terletak berdekatan dengan kilang Bukit Merah Wood Product. Kilang ini adalah kilang kedua yang masih dipegang oleh orang

Melayu Bumiputera. Kilang papan yang menyediakan perkhidmatan pengeringan, rawatan menyeluruh ( preasure treatment) dan mencetak(moulding). Kami didedahkan dengan proses pengeringan kayu, proses bakar kayu, pengetaman kayu dan proses membelah kayu. Selain itu,kilang ini juga menerima tempahan untuk penghasilan penghiasan taman. Antaranya pondok/wakaf, pergola, pagar, kolam ikan dan anjung/porch. Untuk penghasilan ini, kilang ini bergabung dengan kilang MHI Development sdn.bhd.iaitu sebuah kilang perabot untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran.Kami juga diberi pendedahan oleh Pengurus syarikat tersebut bagaimana untuk menguruskan kilang efisien dan aktiviti pemasaran yang cekap boleh memajukan sesebuah syarikat. Pada jam 11.30 pagi, kami meneruskan lawatan kami ke kilang RINAAT CANE SDN.BHD yang mengeluarkan produk melalui rotan. Kilang ini juga berdekatan dengan kilang bukit merah wood product dan beautrend development. Kilang ini satu-satunya kilang rotan yang terdapat dimalaysia dan yang dipegang oleh orang melayu bumiputera. Ditubuhkan pada tahun 1991, menjadi salah satu rotan terkemuka diMalaysia mahupun di negara-negara lain terutamanya di Eropah. Nama RINAAT diambil sempena gabunga antara nama anak-anak Pengusaha kilang tersebut iaiti Rina,Nadia dan Atirah.Kilang ini berusaha untuk membuat dan mempromosikan produk-produk rotan yang terbaik terhadap keperluan pelanggan-pelanggan dan mereka menggunakan rotan yang bermutu tinggi dan terbaik didunia dalam pengkasilan produk-produk mereka. Kilang ini meningkatkan keindahan dan keunikan produk-produk. Kilang ini juga tidak menggunakan banyak kemudahan teknologi dan kecanggihan mesin. Kami dibawa berjalan-jaln disekitar kilang tersebut bagi mendedahkan cara-cara produk rotan dihasilkan dan teknik-teknik yang digunakan tanpa bantuan mesin-mesin.Selepas itu kami dipelawa ke pejabat kilang tersebut dan kami sempat melihat produk-produk yang telah dihasilkan oleh kilang tersebut. Banyak informasi yang kami perolehi di kilang tersebut. Pada jam 1.10 tengah hari,kami mula berundur diri untuk pulang ke UiTM Seri Iskandar. Dalam perjalanan pulang ke UiTM, kami

singgah direstoran untuk makan tengahari di sekitar Bandar Seri Iskandar. Kemudian kami tiba di UiTM pada jam 3petang. Kami berehat selama 30 minit sebelum keluar bersiar-siar di sekitar Lumut.Kami dibawa untuk berjalan-jalan di berhampiran Jeti.Disana kami sempat membelibelah pelbagai barang dan makanan untuk dibawa pulang mahupun sebagai cenderahati kepada kawan-kawan dan keluarga Pada jam 8 malam,selepas makan kami bergerak pulang ke UiTM.Setibanya di bilik,kami mandi manda dan melakukan solat.selepas itu kami semua pun tidur.

Pada hari ketiga,kami bangun awal seperti biasa dan bertolak dari UiTM Seri Iskandar dan bersarapan di Restoran Berhampiran.Seterusnya kami bertolak semula untuk lawatan kilang kami yang seterusnya di Percertive Profile Sdn Bhd.Syarikat ini menghasilkan produk dipangggil Wood Plastic Composite (WPC) iaitu gabungan antara bahan-bahan seperti sawdust dengan palet-palet palstik.Produk hasil syarikat ini digunakan sebagai bahan binaan dan perhiasan seperti meja makan dan kerusi.Produk yang dihasilkan juga adalah berkualiti tinggi dan amat menarik dari segi rekaan nya.Bahan yang dihasilkan juga amat kuat dan kami difahamkan ianya sama kuat dengan solid wood.Hasil produk kilang ini dapat meminimumkn bahan buangan daripada kayu-kayan disamping dapat memelihara alam sekitar daripada tercemar.Selepas itu,kami dibawa masuk untuk kesebuah rumah kecil berhampiran kilang tersebut yang diperbuat daripada WPC.Kami begitu terpesona dengan keunikan dan kecantikan reka bentuk model rumah tersebut yang didirikan hanyan menggunakan kayu asli sebagai rangka dan WPC sebagai bahan binaan.Kami agak kecewa kerana tidak berpeluang untuk melihat process penghasilan produk syarikat tersebut kerana tidak mendapat kebenaran dari pihak syarikat dan kami diberitahu bahawa segala aktiviti dan process yg dijalankan adalah rahsia syarikat.

Selepas Itu,kami bergerak pulang dan pergi ke destinasi kami yang seterusnya iaitu Ekowood International Berhad,sebuah syarikat yang tidak asing lagi dalam industry perkayuan di Malaysia dan antara syarikat perkayuan yang terbesar di Malaysia yang mengeluarkan produk bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan mahupun luar Negara.Syarikat ini menghasilkan papan lapis yang berkualiti tinggi dan rekaanya juga adalah mengikut trend sekarang.Kami ditunjukkan slide video sebagai permulaan lawatan kami dan mendedahkan sedikit tentang latar belakang syarikat tersebut.Kami dibawa oleh supervisor kilang tersebut,En Madhu dan Pegawai pemasaran,En Ghazali untuk berjalan disekitar kilang tersebut untuk didedahkan bagaimana

proses penghasilan produk dikilang tersebut. Sehinggalah ke aktiviti pembungkusan sebelum produk-produk tersebut di edarkan di pasaran tempatan ataupun pasaran luar Negara.Selepas itu kami di raikan dengan sedikit jamuan ringan.