Anda di halaman 1dari 14

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Nama ahli : Mazliyana Amalina bt Mazlin Muneera bt Muhd Sairi Noridayu bt Johri Nur Alia bt Che Hamid Nurul Umairah bt Othman PISMP PL 2 Jan 09 Puan Anisa binti Alias PKP 3110

Unit

Pensyarah Pembimbing : Kod Subjek :

KAEDAH PENGAJARANPEMBELAJARAN MATEMATIK

1.

Penglibatan aktif ( active involvement )


Satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti seperti menulis, perbincangan secara lisan serta pergerakan yang melibatkan anggota badan (D' Augustine, 1973 ). Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis, 1992). Penglibatan pelajar secara aktif adalah merupakan asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh. Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda mereka, dan ianya tidak akan berlaku secara pasif (Ibrahim, 1994; Nik Azis, 1992; Aida Suraya, 1997).

2.

Perbincangan dan penemuan ( Discussion and discovery ) Perbincangan adalah satu kaedah yang akan dapat meningkatkan interaksi harmoni dalam kalangan pelajar dan dapat menyedia serta mengukuhkan input dalam sesuatu proses pembelajaran. Kaedah penemuan pula merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahirankemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Kaedah penemuan boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu, penemuan kreatif (creative discovery) atau penemuan terpimpin (guided discovery) (Sobel & Maletsky, 1972).

3. Analogi ( Analogy ) Satu teknik pengajaran di mana cerita atau 'perumpamaan' dibuat untuk mewakili seuatu konsep yang hendak diajar (D' Augustine, 1973). Contoh analogi untuk konsep pembundaran:

Ke mana harus saya lompat? Mengapa ?

4.

Analisis ( Analysis )
Satu teknik pengajaran , di mana sesuatu konsep dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil mengikut langkah-langkah penerangan. Kaedah ini menghendaki pelajar perlu mengetahui 'kenapa' sesuatu langkah atau algorithma itu dilakukan. Teknik ini dapat menyediakan proses kefahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui 'bagaimana' jawapan diperolehi , bahkan mereka dapat menjelaskan 'kenapa' sesuatu prosedur itu dilakukan. Kefahaman jenis ini sering kali disebut sebagai 'relational understanding' ( Skemp, 1987), atau 'conceptual understanding' (Resnick & Ford, 1981; Hiebert, 1992; Desforges & Cockburn, 1987), atau 'perceptual interpretation' (Cooney, 1992).

Berikut adalah satu contoh penggunaan teknik analisis dalam soalan bentuk mekanis: 24 x 36 = (20 + 4) x 36 - Cerakinan = (20 x 36) + (4 x 36) - Hukum taburan = [20 x (30 + 6)] + [4 x (30 + 6)] - Cerakinan = [(20 x 30) + (20 x 6)] + [(4 x 30) + (4 x 6)] - Hukum taburan = 600 + 120 + 120 + 24 - Kemahiran pendaraban = 600 + 100 + 20 + 100 + 20 + 20 + 4 - Cerakinan = 800 + 60 + 4 - Kemahiran menambah = 864

5.

Kaedah eksperimen / kerja praktik Kaedah eksperimen atau kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu kemahiran. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kaedah eksperimen telah digunakan secara meluas.

Berikut adalah contoh aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen: - Menyukat air dengan menggunakan bekas dan silinder penyukat untuk mempelajari isipadu cecair. - Membimbing murid melipat dan melorek bahagian kertas untuk mengenali pecahan. - Menyusun jubin dalam bentuk segiempat yang pelbagai saiz untuk menemui luas segiempat tepat. - Mengagihkan sebilangan biji guli ke dalam beberapa bekas yang disediakan untuk memahami konsep bahagi atau purata.

6.

Eksposisi atau ' Direct Instruction


Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering disamaertikan dengan 'systematic teaching', 'explicit instruction', 'explicit teaching', and ' active teaching' (Husen & Postlethwaite, 1970). Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan: - penerangan dan penghuraian idea dan konsep matematik yang akan dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar. - demonstrasi cara melukis atau membuat sesuatu pembinaan geometri. - penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah matematik.

7.

Persembahan kreatif dan inovatif pelajar Dalam kaedah ini, para pelajar didedahkan dan digalakkan mengguna bahan-bahan terancang, projektor, komputer, filem komersil dan bahan audio visual yang tidak melibatkan kos yang tinggi. Guru akan bertindak sebagai pembimbing, pemerhati di samping menyelia suasana kelas dan pembelajaran. Aktiviti dilakukan dalam bentuk individu atau kumpulan, bergantung kepada masa, peralatan, kos perbelanjaan dan sebagainya. Penilaian boleh dibuat untuk menentukan kekuatan dan kelemahan persembahan serta bahan yang disediakan. Sumbangan dan hasil kerja yang kreatif dan inovatif menjadi objektif utama. Penglibatan dan sokongan ibu bapa adalah digalakkan.

8. Persembahan dengan audio atau visual Kaedah ini melibatkan alat pandang dengar seperti overhead projecter (OHP), komputer, LCD dan sebagainya. Guru-guru akan mempamerkan bahan-bahan yang telah disediakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau contoh bagi setiap kemahiran. Pada hari ini, penggunaan komputer dengan kemudahan multimedia dan internet banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran (Tg. Zawawi, 1997b).

9.

Permainan dan simulasi


Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik (D' Augustine, 1973; Sobel &Maletsky, 1972). Ianya juga dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi matematik.

RUJUKAN
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik : Satu Kerangka Umum http://mujahid.tripod.com/strategi.html