Anda di halaman 1dari 20

Tugasan Individu: Sejauhmanakah teori psikologi timur mampu untuk menandingi dan menjadi alternatif kepada teori-teori yang

dikemukakan di Barat?

1.0

Pendahuluan

Falsafah pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi. Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan moral, politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam pendidikan di Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di China. Pendidikan di China menyatakan bahawa guru merupakan fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India juga menekankan peranan guru sebagai fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid serta menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya mempunyai masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan berkesan. Walaupun psikologipsikologi Timur banyak menaruh perhatian pada alam kesedaran dan hukum-hukum yang mengatur perubahannya, psikologi ini juga mengandung teori-teori kepribadian yang cukup jelas. Tujuan dari psikologi-psikologi Timur adalah mengubah kesedaran seseorang agar mampu melampaui batas-batas yang diciptakan oleh kebiasaan-kebiasaan yang membentuk kepribadian orang itu yang dalam ruangan lingkupnya. Secara umumnya, psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji dan menerokai secara saintifik tentang tingkah laku manusia

atau haiwan. Terutamanya dari aspek pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap persekitaran sosial.

1.1

Perbandingan Psikologi Barat dan Islam Daripada pendefinisian di atas dari perspektif Islam dan Barat, dapat dirumuskan

bahawa psikologi ini adalah satu kajian yang saintifik (ilmiah). Namun disebalik persamaan pendefinisian ini terdapat perbezaan yang dapat dilihat dalam psikologi menurut Islam dan Barat. Perbandingan serta penilaian ini dapat dilakukan secara kritis antara psikologi Islam dan Barat melalui sumber-sumber yang digunakan, pendekatan yang dilakukan, objektif, teori dan prinsip serta subjek kajian. Perbezaan yang dapat dilihat dari sudut:

a. Sumber-sumber Menurut Uthman Najati (1993), psikologi dari perspektif Islam, matlamat atau teori psikologi Islam berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah dan di ambil juga daripada tokohtokoh psikologi Islam seperti Ibn Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rusyd dan lain-lain lagi. segala ajaran dan sumber terhasil daripada nas al-Quran yang mana is menjelaskan, menghuraikan, menganalisis, menafsir, menyimpulkan dalam ajaran Islam berpanbdukan al-Quran dan alSunnah. Segala sumber psikologi Islam ini bersifat mutlak kerana ia merupakan satu pandangan yang boleh dibahaskan dan boleh dikritik. Menurut Norman L. Munn (1962), dari perspektif Barat pula, mereka menggunakan sumber yang tidak berpaksikan kepada panduan al-Quran dan al-Sunnah. Pengkajian Barat ini lebih bersumberkan kepada teori-teori dan pandangan-pandangan akal serta psikologi ilmuan sahaja. Mereka tidak mempunyai buku khusus yang boleh dijadikan panduan kebanyakan teori dan sumber mereka bersifat imprical. Selain itu, sumber psikologi Barat diambil hasil daripada ekperimen semata-mata. Teori-teori Barat ini kebanyakannya hasil daripada

pemikiran tokoh-tokoh Barat seperti William James, James B.Watson, Norman L.Munn, Linda L.Davidoff dan sebagainya. b. Subjek kajian. Oleh kerana psikologi menggunakan kajian tingkah laku manusia maka tiada beza di antara subjek kajian bagi kedua-dua aliran. Ini adalah kerana subjek kajian adalah sama dengan menggunakan manusia. Bagi psikologi Islam, semestinya di dalam al-Quran telah menggesa umatnya mengkaji tentang manusia agar dapat menguruskan dunia sesuai dengan tugas manusia dijadikan sebagai khalifah (Abdul Rahman,1970:10). Dalam psikologi Barat, mereka tidak menggunakan pendekatan al-Quran dalam menjelaskan kejadian manusia, perkembangan sebelum dan selepas kelahiran bahkan mereka hanya menggunakan logik akal semata-mata. (Charles & Albert,1999: 2). c. Objektif Tujuan atau objektif psikologi Islam ini adalah hampir sama iaitu memberikan pendedahan tingkah laku manusia, memahami tingkah laku manusia, membuat ramalan terhadap sesuatu kajian tingkah laku serta mempengaruhi tingkah laku manusia untuk perubahan dan penyesuaian demi kebaikan. Manakala objektif psikologi Islam adalah membantu dan memahami untuk menyelesaikan masalah manusia tetapi lebih memfokuskan ke arah mencapai keredhaan Allah s.w.t (Abdul Rahman,1970:10). Dalam perkembangan psikologi Barat, bidang psikologi mengambil masa yang lama untuk menentukan objektifnya. Pada mulanya psikologi ini merupakan satu aktiviti yang bercorakkan teori dan renungan semata-mata yang bertujuan memenuhi keinginan dan hasrat manusia untuk memahami diri sendiri. Apabila maklumat berkenaan jiwa manusia bertambah, maka ahli psikologi cuba meramalkan tingkah laku individu lain selain diri sendiri. Kemudian

mereka menggunakan penemuan mereka dalam bidang perindustrian, perniagaan, kepimpinan dan lain-lain. Psikologi Barat ini hanya kearah ilmu pengetahuan dan membantu menyelesaikan masalah semata-mata (Charles & Albert,1999: 2). d. Teori dan prinsip Menurut Uthman Najati (1993), dalam Islam tidak dipanggil teori tetapi disebut sebagai prinsip. Psikologi Islam diambil daripada makna ayat al-Quran dan al-Sunnah yang disimpul, diangkat, ditafsir lalu membentuk teori psikologi. Masyarakat muslim juga menggunakan akal berijtihad, untuk membina teori psikologi Islam. Akan tetapi teori yang dihasilkan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Kandungan al-Quran dan al-Sunnah diijtihadkan maka terhasillah teori psikologi Islam. Psikologi Islam lebih berkaitan mengenai roh dalah diri manusia yang dizahirkan perbuatannya. Manakala menurut Charles dan Albert (1999), teori psikologi Barat dibina hasil daripada eksperimen yang dianalisa dengan mengangkat data dan kesimpulannya akan membentuk teori psikologi umum. Psikologi Barat lebih kepada bidang klinikal, industri dan lain-lain. Perbandingan yang telah diperjelaskan ini dapat dilihat bahawa psikologi Islam itu kelihatan lebih sempurna berpandukan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan bukti yang kukuh membawa kpada menjaga kemaslahatan umat disamping mencapai keredhaan Allah swt. Berbanding dengan psikologi Barat, hanya menggunakan logik akal semata-mata dalam membantu tanpa mendapat keredhaan dari Allah swt.

2.0

Sebab-sebab Utama Teori Psikologi Timur Lebih Relevan Berbanding Teori Psikologi Barat
Sebelum tiba zaman Renaissance, Eropah dilanda zaman gelap (dark age). Maksud

dark age ini ialah zaman masyarakat Eropah menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan ilmu pengetahuan. Sementera masanya pula menurut Encyclopedia Americana

ialah tempoh 1000 tahun, yang bermula antara zaman kejatuhan Kerajaan Roman dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada kurun ke-15 Masihi. "Gelap" juga bermaksud tiada prospek yang jelas bagi masyarakat Eropah. Situasi ini wujud kerana tindakan dan cengkaman kuat pihak berkuasa agama; Gereja Kristian yang sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi mengongkong pemikiran masyarakat dan juga politik. Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang berkelayakan untuk menentukan kehidupan, pemikiran, politik dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kaum cendekiawan yang terdiri daripada ahli-ahli sains berasa mereka ditekan dan dikontrol. Pemikiran mereka ditolak. Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan dengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera malah ada yang dibunuh. Dalam politik, gereja sering bersaing dengan kuasa-kuasa kerajaan. Biasanya apa yang berlaku di Eropah pada abad pertengahan itu ialah kuasa gereja lebih kuat dan adakalanya terjadi semacam kerjasama, Thomas Aquinas (m 1274) seorang ahli fikir zaman ini mengeluarkan teori "negara wajib tunduk kepada kehendak gereja". St Augustine (m 430) sebelumnya juga berpendirian demikian. Manakala Dante (1265-1321) berpendapat keduadua kuasa itu hendaklah masing-masing berdiri sendiri, dan mestilah bekerjasama untuk mewujudkan kebajikan bagi manusia (Joseph H Lynch, 1992, 172-174). Diringkaskan cerita sejarah, golongan cendekiawan sentiasa memberontak terhadap dan kongkongan gereja tersebut. Pada kurun kedua belas, gerakan intelek telah mula berjalan. Cerdik pandai Eropah mula bersikap lebih berminat untuk tahu dan lebih ghairah terhadap kebudayaan bangsa Timur yang telah lama maju. Dan Timur yang dimaksudkan itu ialah Timur Tengah. Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kata ilmu pengetahuan seperti Iskandariah, Harran, Antiok dan Baghdad. Diskusi akademik yang melibatkan tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etik, politik, fizik dan seumpamanya dibahas secara

terbuka dan ilmiah. Ini bermakna sewaktu dunia Islam sudah menikmati kemajuan dan tamadun yang tinggi, Eropah masih diselimuti kegelapan dan kemunduran! Dunia telah diperlihatkan tentang betapa hebatnya perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan di dunia Islam antara kurun ke-9 hingga ke-12. Sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah Abbasiyah yang mashyur; al-Mansur (75475), Harun al-Rashid (786-809) dan al-Makmun (813-833) wilayah-wilayah Islam khasnya di Baghdad telah disuburkan dengan kemunculan ahli-ahli fikir besar seperti al-Kindi, alFarabi, Ibnu Sina, al-Biruni, Ibnu Miskawayh al-Razi, al-Khawarizmi, Ibnu Haitham, Ibnu Rusyd Ibnu Bajja, Ibnu Masarrah, Ibnu Tufail, dan Ibnu Khaldun. Mereka menjadi pemikirpemikir dalam bidang-bidang falsafah, metafizik, fizik, matematik, etik, politik, psikologi, perubatan, geografi, astronomi, kimia, optik, dan muzik. Sebuah institusi bernama BaitulHikmat telah secara langsung membantu operasi ilmiah ini dengan jayanya. Kawasan Islam yang dekat dengan Eropah ialah Sepanyol. Di sini perkembangan intelek juga berlaku dengan pesat. Philip K Hitti dalam bukunya The Arabs: A Short History menukilkan seperti berikut: "Moslem Spain wrote one of the brightest chapters in the intellectual history of medieval Europe. Between the middle of the eighth and the beginning of the thirteenth centuries, the Arabic-speaking peoples were the main bearers of the torch of culture and civilization throughout the world, the medium through which ancient science and philosophy were recovered, supplemented and transmitted to make possible the renaissance of Western Europe." (h 174-175). Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah ini, usaha terjemahan telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-negara Islam. Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani. Charles Singer dalam bukunya A Short History of Scientific Ideas to 1900 menyenaraikan tujuh alasan mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab yakni teori psikologi Timur, (halaman 175-176):

1. Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebih asli, lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur. 2. Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik. Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga manuskripmanuskripnya. Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab. 3. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi falsafah dan ilmu sains. 4. Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam Empayar Rom Timur. 5. Dalam zaman pertengahan bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya daripada tatabahasa Yunani. 6. Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam menduduki Wilayah Rom Timur. Di pihak lain pula Islam sedang berundur di Barat. 7. Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab, tetapi jarang sekali untuk bahasa Yunani. Antara penterjemah Barat perintis daripada bahasa Arab ke bahasa Latin ialah Adelard of Bath (c 1090 c 1150) yang telah pergi ke Sepanyol dan kepulauan Sicily. Khidmat beliau yang terkemuka ialah bidang matematik. Beliau menterjemah karya al-Khawarizmi Arithmetic-dan diperkenalkan kepada Barat. Beliau juga menterjemah karya Euclid daripada bahasa Arab. Seterusnya beliau menulis suatu dialog terkenal Natural Questions yang merupakan sejenis ikhtisar permulaan tentang ilmu sains Arab. Satu bidang sains di Sepanyol yang lebih progresif ialah astronomi. Sebuah kutub khanah dan akademi telah ditubuhkan di Cordova dalam tahun 970 M dan badan-badan yang serupa muncul di Toledo dan beberapa tempat lain. Ketua ahli-ahli astronomi Sepanyol

dikenali oleh orang Latin sebagai Arzachel. Di Toledo beliau telah menyusun apa yang disebut "jadual Toledo" yang telah mencapai suatu tahap kejituan yang tinggi. Alpetragus adalah seorang daripada ahli astronomi yang terakhir. Beliau menulis buku teks astronomi untuk mengganti teori-teori Ptolemy dengan suatu sistem planet yang benarbenar sepusat dan berjaya menyediakan cadangan-cadangan kepada Copernicus (1993, 16869). Penterjemah terkemuka menurut Charles Singer ialah Gerard of Cremona (1114-87). Beliau menghabiskan banyak masa di Toledo dan menimba ilmu-ilmu Arab dari guru-guru Kristian tempatan. Beliau telah berjaya menterjemah buku berbahasa Arab ke Latin tidak kurang daripada 92 buah karya Arab yang lengkap. Banyak daripadanya amat panjang, misalnya Almagest karya Ptolemy dan Canon karya Ibnu Sina. Canon ini ialah Canon fi alTibb, iaitu kitab perubatan (1993, 178). Mereka juga menterjemah buku-buku falsafah. Di antara penterjemah-penterjemah cemerlang Eropah waktu itu ialah Gundissalines (1130-1150). Beliau telah menterjemah beberapa bab dari kitab al-Syifa oleh Ibnu Sina, buku Ihsa al-ulum oleh al-Farabi, Risalat al-aqli Wa al-Maqul oleh al-Kindi, Maqasid al-Falsafah oleh al-Ghazali, juga beberapa buah buku tentang Astronomi. Herman dari German, seorang uskup bekerja menterjemah buku di Toledo. Pada tahun 1240, beliau telah menterjemah ulasan Ibnu Rusyd terhadap buku Ethica Nicomachaea karangan Aristotle. Pada tahun 1250, beliau menyalin dari bahasa Arab buku Rheforica oleh Aristotle dengan memakai alasan-alasan alFarabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd. Pada tahun 1256, beliau menyalin buku ulasan dari Ibnu Rusyd terhadap buku Phoetics karangan Aristotle. Buku al-Syifa oleh Ibnu Sina yang telah juga diterjemah ke bahasa Latin telah diterbitkan di bawah tajuk Sufficientia Physicorum di mana ahli fikir Barat Roger Bacon sering membuat rujukan. Mengenai Rusyd pula, Michael Scot telah membuat

terjemahan ke bahasa Latin, komentar-komentar beliau tentang buku falsafah Greek De Caelo et Mundo, De Enima, De Generatione et Conruptione, Physica, Metaphysica, Metarologica, Parva Maturalia dan De Substancia Orbis. Robert dari Chester (1110-1160), pernah tinggal di Sepanyol, merupakan antara orang yang mula-mula menterjemah al-Quran. Sementara buku-buku saintifik pula, beliau menterjemah teks alkimia yang mula-mula sekali terbit dalam bahasa Latin. Penterjemahan beliau bagi karya al-Khawarizmi Algebra telah berjaya diperkenalkan kepada orang Latin. Sewaktu di England, beliau menghasilkan jadual-jadual astronomi bagi garis bujur London berdasarkan karya al-Battani dan garis lintang pula berdasarkan karya al-Khawarizmi. Raymond Lull (633-716/1236-1316) telah mempelajari bahasa Arab di Majorea dan falsafah Islam di Bugia di Tunisia. Beliau telah menterjemah Asmaal-Husna oleh Muhyi alDin ibn Arabi. la juga ada membuat saduran dan penyesuaian beberapa passage dari Futuhat al-Makkiyah hingga ia sendiri boleh menulis hal-hal berkenaan dengan sufis, akidah dan falsafah. Tetapi ia juga yang memberi inisiatif kepada pihak Kristian supaya melancar serangan moral menentang Islam. Pengaruh al-Ghazali juga didapati sangat kuat. Dalam konteks ini, al-Ghazali dianggap ahli teologi dan falsafah. Miguel Asin Palacios telah mempelajari bukan sahaja buku Tahafut al-Falasifah oleh al-Ghazali malah lain-lain buku beliau seperti Maqasid. Buku Maqasid telah diterjemah ke Latin diberi tajuk Logika et philosophia Algazelis Arabic oleh Gundisalvas dan diterbitkan di Venice pada 912/1506. Buku lain seperti al-Nafs al-Insani juga diterjemahkan dan diberi judul De Anima Humana (M M Sharif, A History of Muslim Philosophy, 1966, h 1360). Proses penterjemahan pelbagai ilmu dari Timur khasnya Sepanyol ini dibantu juga oleh pelajar Yahudi. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan waktu itu. Nama-nama Yahudi

yang terkenal pada zaman tersebut ialah seperti Solomon ibn Gabirol (1021-58) dari Sarafossa, Moses ben Maimon (1135-1204) dari Cordova. Terjemahan buku-buku Ibnu Rusyd yang mereka lakukan menjadi bahan-bahan akademik yang sangat berpengaruh. Terjemahan-terjemahan tersebut telah memberi makna besar terhadap tamadun Eropah seperti yang disebut oleh Philip KHitti di atas. Bahan-bahan tersebut dipelajari oleh para sarjana dan pelajar-pelajar tempatan. Ketika Frederick II memerintah Itali, beliau telah mendirikan Universiti Neples dan di sini ilmu pengetahuan dari dunia Islam itu telah dipelajari. Universiti Paris dibina pada tahun 1236, kemudian Universiti Bologna dan Oxford di London. Universti-universiti ini menjadi pintu masuk ilmu-ilmu dari dunia Islam secara rasmi kepada masyarakat Eropah pada abad pertengahan. Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran adalah antara sebab penting ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ketiga belas. Usaha-usaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan teks yang dibuat oleh orang-orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam bidang-bidang epistemologi, metafizik dan etika berasaskan pemikiran al-Farabi, Ibnu Gabirol, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku. Kerja-kerja terjemahan diperhebatkan. Cendekiawan Paris sibuk mempelajari bukubuku yang berjudul Deintellectu et intelligibili kerap merujuk kepada Ibnu Rusyd sekerap rujukannya terhadap Aristotle. St Thomas Aquinas merujuk kepada Ibnu Sina dalam karyanya guaestiones disputaEae de veritate (Permasalahan yang dipertikaikan mengenai kebenaran). Buku perubatan Ibnu Sina iaitu Qanun Fi al-Tib dipelajari di Eropah hingga abad ke-17. Pengaruh Ibnu Rusyd di Eropah menurut Bertrand Russell sangatlah kuat, bukan sahaja di kalangan golongan skolastik, tetapi juga di kalangan satu kumpulan besar pemikir bebas bukan profesional (a large body of improfessional free-thinkers) yang menafikan keabadian (immotality).

Mereka digelar pengikut Ibnu Rusyd.Sementara di kalangan ahli falsafah profesional, peminatnya yang utama ialah ahli-ahli Mazhab Franciscan dan mereka yang berada di Universiti Paris. (Russell, 413-421). Orang-orang penting di abad pertengahan seperti Sigervan Brabant dan Boethius adalah antara pengikut-pengikut Ibnu Rusyd hingga mereka mendapat kemurkaan pihak gereja. Christopter Colombus sendiri mendapat ilham daripada Ibnu Rusyd.Dalam usahanya untuk menyeberangi lautan Atlantik, beliau dihalang oleh pelbagai pihak terutamanya sekali gereja. Tetapi beliau bertekad mahu meneruskan juga ekspidisi berbahayanya. Apabila ditanya di manakah beliau mendapat ilmu dan keberanian untuk pelayaran itu, beliau menyebut "daripada buku-buku Ibnu Rusyd!". Kaum wanita pula yang tertekan oleh pelbagai diskriminasi telah mendapat ilham dan semangat baru apabila membaca buku-buku Ibnu Rusyd mengenai wanita dan hak-hak mereka. Kesedaran ini telah menimbulkan gerakan feminisme dan ia dipelopori oleh Dubois di Perancis dan Ockham di England iaitu kira-kira dua abad selepas kematian Ibnu Rusyd. Menurut para pengkaji pengaruh Ibnu Rusyd setidak-tidaknya terus berpengaruh selama empat abad di Eropah. Makna penting walaupun ringkas paparan di atas ialah bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak (Etika), kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Neples, Bologna, Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi zaman gelap meluncur menuju zaman Renaissance. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah. Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cuba kita bandingkan hakikat ilmu di

Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan kita terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian. Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang kita sifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju. Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 M atau pun abad ke13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam. A H Johns dalam eseinya Muslim Mystics and Historical Writing mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini: "After the capture of the caliphate, the task of maintaining the unity of the Islamic Community passed to the sufis, a development rising from the close relationship between the sufi shaikh and his disciples, the sufi missionary spirit and the popular basic of the movement. The Sufi orders gradually became stable and disciplined foundations and some of them spread over wide areas. " (dipetik oleh A H Johns 1993, 39). Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.

Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat. Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan idea-idea saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etik, psikologi, politik, astronomi, kimia, dan optik muzik.

3.0

Kehebatan Teori Psikologi Timur Walaupun persepsi dalam dunia psikologi kebanyakannya dimonopoli oleh teori-teori

dari barat. Menurut M.G. Husain (t.th.) dalam buku Psychology and Society in Islamic Perspective, teori-teori moden ciptaan sarjana-sarjana barat ini lebih menitik beratkan kajian sosial dan budaya manusia tanpa memberi perhatian pengaruh spiritual manusia. Hassan Langgulung (1986) dalam tulisannya, Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikologi Moden: Sumbangan Islam, menyatakan bahawa dalam Islam, jiwa merujuk kepada empat istilah iaitu aql, nafs, roh dan qalb. Inilah perbezaan paling ketara antara psikologi barat dan psikologi Islam, kajian terhadap jiwa diutamakan sedangkan di barat, kajian terhadap tingkah laku lebih diutamakan. Dalam buku Sains Sosial dari Perspektif Islam, Wan Hashim Wan The (1986) menyatakan bahawa teori-teori psikologi dari barat tidak sesuai digunakan untuk mengkaji masyarakat Islam kerana world-view Barat tidak sama dengan world-view Islam. Oleh itu, teori-teori yang dicipta oleh sarjana barat tidak berdasarkan realiti masyarakat Islam. Sebagai alternatifnya, Hanna Djumhana (1994) dalam buku Integrasi Psikologi Dengan Islam:

Menuju Psikologi Islam, menegaskan bahawa prinsip tauhid hendaklah dijadikan pedoman dalam kajian psikologi. Sarjana-sarjana Islam yakin bahawa perspektif psikologi yang digali dari Al-Quran dan Al-Hadith boleh mempengaruhi perubahan sosial dan masyarakat. Menurut M.G. Husain lagi, manusia berupaya mencapai kehebatan dengan memupuk sifat-sifat yang dikehendaki Allah S.W.T. ke dalam dirinya. Ini kerana objektif dalam kajian psikologi Islam atau Timur adalah untuk membentuk insan yang lebih berkualiti serta mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

4.0

Aplikasi Dalam Pendidikan Untuk Menangani Masalah Ponteng Sekolah Jika dilihat daripada kedua-dua teori yang diutarakan dan apabila dikaitkan kepada

pendidikan di Malaysia. Isu yang besar adalah masalah ponteng sekolah yang semakin menjadi-jadi. Menurut kepada teori barat , ianya merujuk lebih kepada perenialisme-

pendidikan yang harus difokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah seperti unsur rasionaliti yang harus disemai sejak di bangku sekolah lagi. Essensialismebersifat praktikal dan prakmatik kerana perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh individu untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif boleh berubah dari semasa ke semasa.

4.1

Impak Perkembangan Teori Falsafah Pendidikan Tradisional Barat Tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral. Program pendidikan juga disusun

agar dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M, iaitu menulis, membaca dan mengira sebagai kemahiran asas. Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana semua pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan asas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela

menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak kira status dapat menguasai 3M dengan mahir. Peranan guru adalah untuk mendisiplinkan pelajar. Ini juga telah termaktub dalam FPG bahawa unsur disiplin memang sentiasa dititikberatkan dalam pengajaran dan

pembelajaran.Walau bagaimanapun guru perlu menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bekerjasama dan prihatin di kalangan pelajar supaya mereka membesar menjadi ahli masyarakat yang penyayang dan berdisiplin. Di bawah Falsafah Pendidikan Guru (FPG), guru yang berpekerti mulia adalah ciri yang ingin dibentuk. Ciri ini penting supaya guru boleh menjadi role model dan teladan kepada pelajar. Di Malaysia juga, guru merupakan role model yang utama kepada pelajar kerana sebahagian besar masa pelajar dihabiskan di sekolah. Maka guru perlu mempunya pekerti dan moral yang mulia untuk membentuk peribadi pelajar yang berpekerti mulia. Menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M, iaitu menulis, membaca dan mengira sebagai kemahiran asas.Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana semua pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan asas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak kira status dapat menguasai 3M dengan mahir.Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik contohnya semasa pemilihan ketua darjah dan jawatan-jawatan lain, pelajar perlu diberi peluang membuat pilihan. Begitu juga dalam hal membuat keputusan yang tidak begitu penting, pelajar boleh diberi kesempatan membuat keputusan sendiri. Pelajar belajar perkara yang mudah dahulu di sekolah rendah kemudian beralih kepada yang sukar apabila memasuki sekolah menengah. Contohnya di sekolah rendah pendidikan 3M adalah yang paling ditekankan. Kemudian apabila di sekolah menengah, mata pelajaran yang sukar seperti fizik, arithmetik, kimia, biologi dan kalkulus diperkembangkan selain

pemantapan dalam pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus. Sistem ini begitu bersamaan dengan sistem pendidikan di Malaysia. Mudah di sekolah rendah dan bertambah sukar di sekolah menengah.Fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna dan untuk itu individu perlu melalui latihan intelek dan mental. FPG juga menyarankan supaya guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mirip ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek JERI supaya nilai-nilai murni ini dapat disemai dan dipupuk dalam diri pelajar.

4.2

Impak Perkembangan Falsafah Pendidkan Pendidikan Di Malaysia

Timur Terhadap Perkembangan

Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman yang utama, iaitu Konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam. Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China.Confucius, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua serta menyayangi orang yang lebih muda. Kesan daripada perkembangan falsafah ini akan membina tingkah laku murid supaya menjadi orang yang berakhlak mulia,mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya pula mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.Implikasinya seseorang murid itu akan menjadi manusia yang

sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat dan murid tersebut akan dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyrakat. Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu.Beliau juga menggunakan strategi perbincangan untuk menyampaikan pelajaran. Impaknya, untuk memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan pemikiran rasional dengan

mentalnya.Sehubungan itu, murid akan disaran menggunakan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pengetahuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam dinasti Ming, berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu.Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu. Sebaliknya, pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkaraperkara alam sekitar.Kesannya, hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak adalah dilarang untuk digunakan sebagai salah satu pendekatan pengajaran. Sebaliknya, penggunaan teknik peneguhan dan motivasi akan digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam pembelajaran. Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan penuh

bermakna.Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses yang berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Impaknya, seseorang murid yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah murid yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada

masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif.Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984), menunjukkan implikasi pendidikan untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti pendidikan tubuh badan akan bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran. Serta, pendidikan intelek membawa tujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas. Seterusnya,pendidikan kerohanian akan bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menempusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia.

4.3

Kesimpulannya Jika kita lihat huraian kedua-dua teori ini maka semuanya menjurus kepada peraturan

atau lebih dikenali dengan perkataan disiplin. Kedua-dua teori menekankan bahawa disiplin dapat membentuk peribadi individu, sekiranya ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya maka masalah ponteng sekolah tidak akan berlaku lagi. Dari teori barat menekankan Pendidikan Moral sebagai panduan dan melalui perspektif teori timur menekankan kekuatan agama yang mana telah dilengkapi dengan peraturan-peraturan yang cukup cantik dan sempurna. Keghairahan mengejar teknologi moden menyebabkan pelajar-pelajar terdedah dengan gejalagejala yang buruk dan jika tidak dipantau dengan sebaik-baiknya maka ianya akan menjadi sebuah luka yang besar dan akhirnya akan mendatangkan kemudaratan kepada si mangsa. Kesimpulannya, kedua-dua teori adalah menjurus kepada peraturan dalam kehidupan manusia sejagat. Disiplin adalah pelengkap kepada kehidupan agar tidak terjerumus ke lembah yang mengaibkan. Tepuk dada tanya selera. Bertindak dengan akal dan tawaduk bukannya bertuhankan nafsu.

5.0

Penutup Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik

yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain (Abdul Hamid 1989). Menurut Abdul Hamid (1989), penyelidikan mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut: Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar (Al-Quran: Al-Fussilat: 53) dan Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri (Al-Quran: Al-Dhariyat: 20-21). Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa (Fromm, 1950). Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku. Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat. Menurut Mahyudin Yahaya (1986):...Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut dalam bentuk bersepadu, dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik (hlm. 64). Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin juga sebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang (Malik Badri 1980) kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali.

Bibliografi Ahmad Tafsir, Filsafat Umum: Akal dan hati Sejak Thales sampai James. Bandung: P.T Remaja Rosdakarya, 1992. Abul Quasem, M (1975) The Ethics of Al-Ghazali: A Composite Ethics in Islam, Selangor, Malaysia, Central Printing Sdn. Bhd. Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2000. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur:DBP, 2003. Bovens, Luc & Hartmann, Stephan. Bayesian Epistemology. Oxford: Oxford University Press, 2003. Abdul Jabbar, M. M. and Al- Naabaabtah, M.S. (1988)(2nd ed.) Saykuwloujiyah Al- Laab Wa al- tarwih, Al-Riyadh, Maktabah Al-safahaat Al-Al-dhahabiyyah. Abu Hilal, A et al (1993) Al-Marji fi Mabadi At- Tarbiyyah, Amman, Dar As-Syuruq. Ali, S. I. and An- Naqib, A (1984) Falsafah At-Tarbiyyah Inda Ibnu Sina, Cairo, DarAththaqafah. Colin Brown, Philosophy and the Christian Faith. Illinois : Intervarsity Press, 1968. Dancy, Jonathan. An Introduction to Contemporary Epistemology (Second Edition). John Wiley & Sons, 1991. Greco, J. & Sosa, E. Blackwell Guide to Epistemology, Blackwell Publishing,1999. Harold H. Titus, Persoalan-Persoalan Filsafat. Jakarta: Pulau Bintang, 1984.