Anda di halaman 1dari 26

Pengenalan Penghasilan Bunyi-bunyi Bahasa I.

Maksud bunyi bahasa Bunyi bahasa adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Bunyi bahasa dapat pula diertikan sebagai bunyi yang diartikulasikan yang menghasilkan gelombang bunyi sehingga dapat diterima oleh telinga manusia. II. Kajian bunyi bahasa Fonetik merupakan kajian mengenai bunyi bahasa. Berdasarkan proses terjadinya, fonetik dapat dibezakan menjadi tiga jenis, iaitu : a. Fonetik artikulatoris Fonetik artikulatoris adalah fonetik yang mempelajari bagaimana mekanisme alat-alat ucap manusia yang menghasilkan bunyi bahasa serta pengklasifikasian bahasa berdasarkan artikulasinya. b. Fonetik akustis Fonetik akustis mempelajari bunyi bahasa yang berupa getaran udara dan mengkaji tentang frekuensi getaran bunyi, amplitudo, intensitas dan timbrenya. c. fonetik auditoris Fonetik auditoris mempelajari bagaimana mekanisme telinga menerima bunyi sebagai hasil dari udara yang bergetar. III. Produksi bunyi bahasa Dalam proses pembentukan bunyi bahasa ada tiga faktor yang terlibat, iaitu : 1. sumber tenaga ( udara yang dihembusjan oleh paru-paru ) 2. alat ucap yang dilewati udara dari paru-paru ( batang tenggorok, kerongkongan, rongga mulut dan rongga hidung ) 3. artikulator ( penghambat ) Proses pembentukan bahasa melibatkan empat komponen, iaitu proses aliran udara, proses fonansi, proses artikulasi dan proses orsonal. Penghasilan bunyi melibatkan alat-alat ucap di sekitar mulut, hidung dan tekak. Namun, pada dasarnya alat ucap terdiri atas paruparu, tekak , langit-langit,g dalam, gigi,bibir dan lidah.

Klasifikasi Bunyi Bahasa I. Berdasarkan ada tidaknya artikulasi a. Vokal ialah bunyi bahasa yang tidak mengalami halangan pada saat pembentukannya. b. Konsonan ialah bunyi bahasa yang dibentuk dengan menghalang arus udara pada sebahagian alat ucap. c. Semi-vokal ialah bunyi yang sebenarnya tergolong konsonan tetapi pada saat diartikulasikan belum membentuk konsonan murni. II. Berdasarkan jalan keluarnya arus udara. a. Bunyi sengau ialah bunyi yang dihasilkan dengan menutup arus udara ke luar melalui rongga mulut dan membuka jalan agar arus udara dapat keluar melalui rongga hidung. b. Bunyi lisan ialah bunyi yang dihasilkan dengan jalan mengangkat hujung anak tekak mendekati langit-langit lunak untuk menutupi rongga hidung, sehingga arus udara keluar melalui mulut. III. Berdasarkan ada tidaknya ketegangan arus udara saat bunyi di artikulasikan. a. Bunyi keras (fortis) ialah bunyi bahasa yang pada waktu diartikulasikan disertai ketegangan kuat arus. b. Bunyi lunak (lenis) ialah bunyi yang pada waktu diartikulasikan tidak disertai ketegangan kuat arus. IV. Berdasarkan lamanya bunyi diucapkan atau diartikulasikan a. Bunyi panjang b. Bunyi pendek V. Berdasarkan darjah kenyaringannya, bunyi dibezakan menjadi bunyi nyaring dan

bunyi tak nyaring. Darjah kenyaringan ditentukan oleh luas atau besarnya ruang resonansi pada waktu bunyi diucapkan. Makin luas ruang resonansi saluran bicara waktu membentuk bunyi, makin tinggi darjah kenyaringannya. Begitu pula sebaliknya.

VI.

Berdasarkan kewujudannya dalam suku kata a. Bunyi tunggal ialah bunyi yang berdiri sendiri dalam satu suku kata (semua bunyi vokal atau monoftong dan konsonan). b. Bunyi rangkap ialah dua bunyi atau lebih yang terdapat dalam satu suku kata. Bunyi rangkap terdiri dari - Diftong (vokal rangkap) : [ai], [au] dan [oi]. - Klaster (gugus konsonan) : [pr], [kr], [tr] dan [bl].

VII.

Berdasarkan arus udara a. Bunyi egresif ialah bunyi yang dibentuk dengan cara mengeluarkan arus udara dari dalam paru-paru. Bunyi egresif dibezakan menjadi : - Bunyi egresif pulmonik : dibentuk dengan mengecilkan ruang paru-paru,otot perut dan rongga dada. - Bunyi egresif glotalik : terbentuk dengan cara merapatkan pita suara sehingga glotis dalam keadaan tertutup. b. Bunyi ingresif, yaitu bunyi yang dibentuk dengan cara menghisap udara ke dalam paru-paru. Bunyi ingresif dibezakan menjadi : - Ingresif glotalik : pembentukannya sama dengan egresif glotalik tetapi berbeda pada arus udara. - Ingresif velarik : dibentuk dengan menaikkan pangkal lidah ditempatkan pada langitlangit lunak.

Pembentukan Vokal I. Berdasarkan posisi bibir a. Vokal bulat iaitu vokal yang diucapkan dengan bentuk bibir bulat. Misalnya, vokal [u], [o] dan [a]. b. Vokal tak bulat iaitu vokal yang diucapkan dengan bentuk bibir tidak bulat atau melebar. Misalnya, [I], [e] dan []. II. Berdasarkan tinggi rendahnya lidah a. Vokal tinggi, yaitu vokal yang dibentuk jika rahang bawah merapat ke rahang atas : [I] dan [u].

b. Vokal madya atau muda ialah vokal yang dibentuk jika rahang bawah menjauh sedikit dari rahang atas : [a] dan []. c. Vokal rendah ialah vokal yang dibentuk jika rahang bawah dimundurkan lagi sejauh-jauhnya : [a]. III. Berdasarkan maju mundurnya lidah a. Vokal depan iaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan naik turunnya lidah bagian depan : [i] dan[e]. b. Vokal tengah iaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan lidah begian tengah : [a] dan []. c. Vokal belakang, yaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan naik turunnya lidah bagian belakang : [u] dan [o]. IV. Berdasarkan strikturnya Striktur adalah keadaan hubungan posisional artikulator (aktif) dengan artikulator pasif atau titik artikulasi. Dilihat dari strukturnya, vokal dibezakan menjadi : a. Vokal tertutup iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat setinggi mungkin mendekati langit-langit dalam batas vokal. [i] dan [u]. b. Vokal semi tertutup iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat kepada dua pertiga di atas vokal paling rendah : [e] dan[o]. c. Vokal semi terbuka iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat dalam ketinggian sepertiga di atas vokal paling rendah :[] dan [o]. d. Vokal terbuka ialah vokal yang dibentuk dengan lidah dalam posisi serendah mungkin : [a] dan [A]. Pembentukan Konsonan I. Berdasarkan daerah artikulasinya (striktur) a. Konsonan bilabial ialah konsonan yang dihasilkan dengan mempertemukan kedua belah bibir yang bersama-sama bertindak sebagai artikulator dan titik artikulasi : [p], [b], [m] dan [w]. b. Konsonan labiodental ialah konsonan yang dihasilkan dengan mempertemukan gigi atas sebagai titik artikulasi dan bibir bawah sebagai artikulator : [f] dan [v]. c. Konsonan apiko-dental ialah konsonan yang dihasilkan oleh hujung lidah sebagai artikulator dan daerah antar gigi (dents) sebagai titik artikulasi : [t], [d] dan [n].

d. Konsonan apiko-alveolar ialah konsonan yang dihasilkan oleh hujung lidah sebagai arikulator dan lengkung kaki gaga (alveolum) sebagai titik artikulasi : [s], [z[, [r] dan [l]. e. Konsonan paltal (lamino-palatal) ialah konsonan yang dihasilkan oleh bagian tengah lidah (lamina) sebagai artikulator dan langit-langit keras (plantum) sebagai titik artikulasi : [c], [j], [S], [n] dan [y]. f. Konsonan velar (dorso-velar) iaitu konsonan yang dihasilkan oleh belakang lidah (dorsum) sebagai artikulator dan langit-langit lembut sebagai titik artikulasi : [k], [g], [x] dan [h]. g. Konsonan glotal atau hamzah ialah konsonan yang dibentuk oleh posisi pita suara sama sekali merapat sehingga menutup glotis : [?] h. Konsonan laringal iaitu konsonan yang dibentuk dengan pita suara terbuka lebar sehingga udara keluar dan digesekan melalui glotis : [h]. II. Berdasarkan cara artikulasinya a. Konsonan halang (stop) ialah konsonan yang dihasilkan dengan cara menghalangi sama sekali udara pada daerah artikulasi : [p], [t], [c],[k], [d], [j], dan [g]. b.Konsonan menggesekkan geser (frikatif) ialah konsonan yang dibentukmdengan cara udara yang keluar dari paru-paru : [h], [s], [S], [z] dan [x].

c. Konsonan likuida (lateral) ialah konsonan yang dihasilkan dengan menaikkan lidah ke langit-langit sehingga udara terpaksa diaduk dan dikeluarkan melalui kedua sisi lidah : [l]. d. Konsonan getar (trill) iaitu konsonan yang dihasilkan dengan cara menjauhkan dan mendekatkan lidah ke alveolum dengan cepat dan berulang-ulang : [r]. e. Semi vokal ialah konsonan yang pada saat diartikulasikan belum membentuk konsonan murni : [w] dan [y]. III. Berdasarkan posisi pita suara a. Konsonan bersuara ialah konsonan yang terjadi jika ydara yang keluar dari rongga ujaran turut menggetarkan pita suara : [b], [m], [v], [d], [r], [n], [j], [h], [g] dan [r]. b. Konsonan tak bersuara, yaitu konsonan yang terjadi jika udara yang keluar dari rongga ujaran tidak menggetarkan pita suara : [p], [t], [c], [k], [?], [f], [S], [x] dan [h].

IV.

Berdasarkan jalan keluarnya udara a. Konsonan sengau ialah konsonan yang terjadi jika udara keluar melalui rongga hidung : [m], [n] dan [h}. b. Konsonan lisan ialah konsonan yang terjadi jika udara keluar melalui rongga mulut, contohnya adalah semua konsonan selain pada konsonan sengaul.

Objektif Kajian ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan tambahan dengan membuat kajian kepada bahasa etnik yang terdapat dalam negeri Sabah. Kita sedia maklum bahawa negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan kaum. Selama ini kita banyak membuat kajian dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja. Oleh itu, kita perlulah mengkaji sebaik-baiknya kerana ini adalah peluang kita untuk mencari sebutan-sebutan yang sesuai untuk dikaji dan dipamerkan dalam penulisan kita. Dengan kata lain, kajian ini akan memberikan penambahbaikan dalam pemahaman kita terhadap subjek Fonem ini. Namun begitu, kita perlulah memantapkan pengetahuan sebelum membuat kajian dengan menggunakan bahasa etnik. Ini kerana sekiranya kita tidak memahami kehendak soalan maka sukar bagi kita untuk menghuraikannya. Justeru itu, kematangan dalam membuat huraian dengan semua pencarian yang kita lakukan adalah perlu agar mudah difahami dan dinilai oleh para pembaca amnya.

Batasan Kajian ini sangat terhad dan dibatasi oleh keadaan geografi kita yang agak banyak gangguannya. Kita sedia maklum bahawa kawasan kita dibatasi oleh keadaan jalan yang berbukit-bukau dan juga jalan raya yang tidak berturap. Walaupun pembaikan jalan sering dilakukan tetapi jalan tersebut sering rosak kerana masalah kenderaan pengangkutan yang berat sering melalui jalan raya tersebut. Ini juga salah satu kekangan kita dalam melaksanakan kajian yang diamanahkan tetapi kerana adanya kemajuan teknologi moden maka bahan-bahan ini dapat dicari melalui internet. Walaupun begitu, maklumat asli perlu juga untuk kesahihan dapatan ini. Oleh kerana bahasa etnik yang saya kaji ini agak mudah juga maka tidak sukar bagi saya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

2.

Isi 1 Pengaruh Bunyi Bahasa 2.1 Proses Asimilasi

Proses asimilasi adalah pengaruh yang mempengaruhi bunyi tanpa mempengaruhi identiti fonem dan terbatas pada asimilasi fonetis saja. Berdasarkan arah pengaruh bunyinya, proses asimilasi dibezakan menjadi : a. Asimilasi Progresif iaitu proses asimilasi yang terjadi apabila arah pengaruhnya ke depan. b. Asimilasi Regresif iaitu proses asimilasi yang terjadi apabila arah pengaruhnya ke belakang. 2.2 Artikulasi penyerta

Proses pengaruh bunyi yang disebabkan oleh artikulasi ini dibedakan menjadi : a. Labialisasi iaitu pembulatan bibir pada artikulasi primer sehingga terdengar bunyi semi-vokal [w] pada bunyi utama tersebut. Misalnya, bunyi [t] pada kata tujuan terdengar sebagai bunyi [tw]. b. Retrofleksi iaitu penarikan ujung lidah ke belakang pada artikulasi primer, sehingga terdengar bunyi [r] pada bunyi utama. Misalnya, [kr] dari bunyi [k] pada kata kardus. c. Palatalisasi iaitu pengangkatan daun lidah ke arah langhit-langit keras pada artikulasi primer. Misalnya bunyi [p] pada kata piara terdengar sebagai [py]. d.Velarisasi iaitu pengangkatan pangkal lidah ke arah langit-langit lunak pada artikulasi primer. Misalnya, bunyi [m] pada kata mahluk terdengar sebagai [mx]. e. Glotalisasi iaitu proses penyerta hambatan pada glottis atau glottis tertutup rapat sewaktu artikulasi primer diucapkan. Vokal dalam bahasa Indonesia sering diglotalisasi. Misalnya, bunyi [o] pada kata obat terdengar sebagai [?o]. 2.3 Pengaruh bunyi karena distribusi

Pengaruh bunyi karena distribusi menimbulkan proses-proses sebagai berikut : a. Aspirasi iaitu pengucapan suatu bunyi disertai dengan hembusan keluarnya udara dengan kuat sehingga terdengar bunyi [h]. Misalnya, konsonan letup bersuara [b,d,j,g] terdengar sebagai [bh,dh,jh,gh].

b. Pelepasan iaitu pengucapan bunyi hambat letup yang seharusnya dihambat tetapi tidak dihalang dan dengan serentak bunyi berikutnya diucapkan. Pelepasan dibezakan menjadi tiga, iaitu : - lepas tajam atau lepas penuh iaitu pelepasan alat-alat artikulasi dari titik artikulasinya yang terjadi secara tajam ataw secara penuh. - Lepas sengau iaitu suatu pelepasan yang terjadi kerana adanya bunyi nasal didepannya. - Lepas sampingan iaitu pelepasan yang terjadi kerana adanya bunyi sampingan didepannya. - Pemgafrikatan iaitu suatu keadaan yang terjadi jika bunyi letup halang yang seharusnya dihalang dan diletupkan tidak dilakukan, melainkan setelah hambatan dilepaskan secara bergeser dan pelan-pelan. 2.4 Kehomorganan

Kehomorganan ialah konsonan yang mempunyai sifat khusus. Terdapat dua jenis kehomorganan iaitu : a. Kehomorganan penuh kehomorganan penuh adalah kehomorganan yang muncul akibat perbezaan bunyi. b. Kehomorganan sebahagian adalah kehomorganan yang muncul apabila perbedaan diantara pasangan fonem tersebut pada cara artikulasinya sedangkan daerah artikulasinya sama. 3. Isi 2 Transkripsi Bunyi Bahasa Transkripsi adalah penulisan atau perubahan teks dengan tujuan untuk menyarankan lafaz bunyi, fonem, morfem atau tulisan sesuai dengan ejaan yang berlaku dalam suatu bahasa yang menjadi sasarannya. Transkripsi dibezakan menjadi. a. Transkripsi fonetis, yaitu penulisan pengubahan menurut bunyi. Tanda [] b. Transkripsi fonemis, yaitu transkripsi bahasa menurut fonem. Tanda // c. Transkripsi fonemis, yaitu penulisan pengubahan menurut morfem. Tanda {} d. Transkripsi ortografis, yaitu penulisan pengubahan menurut huruf atau ejaan bahasa yang menjadi tujuannya. Tanda <> Transliterasi adalah penggantian huruf demi huruf dari abjad yang satu ke abjad yang lain tanpa menghiraukan lafaz bunyi kata yang bersangkutan. Misalnya, transliterasi dari aksara Jawa dialihkan ke huruf abjad Melayu.

4.

Isi 3 Bunyi Suprasegmental

Ciri-ciri bunyi suprasegmental antara lain : a. Jangka ialah panjang pendeknya bunyi yang diucapkan. Tanda [] b.Tekanan ialah penonjolan suku kata dengan memperpanjang pengucapan, meninggikan nada dan memperbesar intensitas tenaga dalam pengucapan suku kata tersebut. c. Jeda atau sendi ialah ciri berhentinya pengucapan bunyi. Sendi dibezakan menjadi: - Sendi tambah (+) iaitu jeda yang berada di antara dua suku kata. Ukuran panjangnya kurang dari satu fonem. - Sendi tunggal (/) iaitu jeda yang berada di antara dua kata dalam frasa dengan ukuran panjang satu fonem. - Sendi rangkap (//) iaitu jeda yang berada di antara dua fungsi unsur klausa atau kalimat, di antara subjek dan predikat. - Sendi kepang rangkap (#) iaitu jeda yang berada sebelum dan sesudah pertuturan sebagai tanda diawali dan diakhirinya tuturan. d. Intonasi dan ritme Intonasi adalah ciri suprasegmental yang berhubungan dengan naik turunnya nada dalam penglafazan kalimat Ritme adalah ciri suprasegmental yang berhubungan dengan pola pemberian tekanan pada kata dalam kalimat. 5. Isi 4 Kajian Fonem 5.1 Pengertian Fonem dan Fonemisasi

Fonem adalah satuan bunyi bahasa terkecil yang bersifat fungsional, ertinya satuan memiliki fungsi untuk membezakan makna. Fonemisasi adalah usaha untuk menemukan bunyi-bunyi yang berfungsi dalam rangka pembezaan makna tersebut.

5.2

Pengenalan Fonem

Dalam mengenali fonem terdapat beberapa pokok fikiran umum yang disebut premispremis fonologis. Berdasarkan sifat umumnya premis-premis bahasa tersebut adalah sebagai berikut : a. Bunyi bahasa mempunyai kecenderungan untuk dipengaruhi oleh lingkungannya. b. Sistem bunyi mempunyai kecenderungan bersifat simetris. c. Bunyi-bunyi bahasa yangsecara fonetis mirip harus digolongkan ke dalam kelaskelas bunyi (fonem) yang berbeda, apabila terdapat pertentangan di dalam lingkungan yang sama. d. Bunyi-bunyi yang secara fonetis mirip dan terdapat di dalam distribusi yang komplementer, harus dimasukkan ke dalam kelas-kelas bunyi (fonem) yang sama. Untuk mengenal dan menentukan bunyi-bunyi bahasa yang bersifat fungsional (fonem ), biasanya ditentukan melalui kontras pasangan minimal. Pasangan minimal ini adalah pasangan bentuk-bentuk bahasa yang terkecil dan bermakna pada sebuah bahasa atau kata tunggal yang secara idealnya sama, kecuali satu bunyi berbeda. Contohnya : dara dan tara /d/ dan /t/ kalah dan galah /k/ dan /g/ 5.3 Beban Fungsional Fonem

Dalam kajian fonologi sering dipaparkan beban fungsional dari oposisi fonemis tertentu. Beban oposisi rendah terdapat pada bunyi /p/ dan /f/ pada katakapan dan kafan, sedangkan beban oposisi tinggi terdapat pada bunyi /k/ dan /g/ pada kata gita dan kita. 6. 6.1 Isi 5 Realisasi dan Variasi Fonem

Realisasi Fonem Realisasi fonem adalah pengungkapan sebenarnya dari ciri atau satuan fonologis iaitu

fonem menjadi bunyi bahasa 6.1.1 Realisasi vokal berdasarkan pembentukannya, realisasi fonem vokal dibezakan sebagai berikut : a. Fonem /i/ adalah vokal tinggi-depan-tak bulat.

b. Fonem /u/ adalah vokal atas-belakang-bulat. c. Fonem /e/ adalah vokal sedang-depan-bulat. d. Fonem // adalah vokal sedang-tangah-bulat. e. Fonem /o/ adalah vokal sedang-belakang-bulat f. Fonem /a/ adalah vokal rendah-tengah-bulat. 6.1.2 Realisasi konsonan berdasarkan cara pembentukannya, realisasi fonem konsonan dibezakan sebagai berikut : a. Konsonan hambat, dibedakan sebagai berikut : - konsonan hambat-bilabial, iaitu fonem /p/ dan /b/ - konsonan hambat-dental, iaitu fonem /t/ dan /d/ - konsonan hambat-palatal, iaitu /c/ dan /j/ - konsonan hambat-velar, iaitu /k/ dan /g/ b. Konsonan Frikatif, dibezakan sebagai berikut : - Konsonan frikatif-labio-dental, iaitu /f/ dan /v/ - Konsonan ferikatif-alveolar, iaitu /s/ dan /z/ - Konsonan frikatif-palatal tak bersuara, iaitu // - Konsonan frikatif-velar tak bersuara, iaitu /x/ dan /kh/ - Konsonan frikatif-glotal tak bersuara, iaitu /h/ c. konsonan getar-alveolar, iaitu /r/ d. konsonan lateral-alveolar, iaitu /l/ e.konsonan sengau, dibezakan dalam daerah artikulasinya sebagai berikut : - konsonan sengau -bilabial, iaitu /m/ - konsonan sengau -dental, iaitu /n/ - konsonan sengau -palatal, iaitu // - konsonan sengau -velar, iaitu /h/ f. semi-vokal , yaitu semivokal bilabial (/w/) dan semivokal palatal( /y/).

6.2

Variasi Fonem Variasi fonem ditentukan oleh lingkungan dalam pengedaran yang komplementer

disebut variasi alofonis. Variasi fonem yang tidak membezakan bentuk dan arti kata disebut alofon. a. Alofon vokal - Alofon fonem /i/, iaitu [i] jika terdapat pada suku kata terbuka. Misalnya, [bibi] /bibi/ [I] jika terdapat pada suku kata tertutup. Misalnya, [karIb] /karib/ [Iy] palatalisasi jika diikuti oleh vokal [aou]. [kiyos] /kios/ [] nasalisasi jika diikuti oleh nasal. [ndah] /indah/ - Alofon fonem //, iaitu [e] jika terdapat pada suku kata terbuka dan tidak diikuti oleh suku kata yang mengandung alofon []. Misalnya, [sore] /sore/ [] jika terdapat pada tempat-tempat lain. Misalnya, [psta]/pesta/ [] jika terdapat pada posisi suku kata terbuka. [pta]/peta/ [] jika terdapat pada posisi suku kata tertutup. [sentr]/senter/ - Alofon fonem /o/, iaitu [o] jika terdapat pada suku kata akhir terbuka. [soto]/soto/ [] jika terdapat pada posisi lain. [jebls]/jeblos/ - Alofon fonem /a/, iaitu [a] jika terdapat pada semua posisi suku kata. [aku]/aku, [sabtu]/sabtu/ - Alofon fonem /u/, iaitu [u] jika terdapat pada posisi suku kata terbuka. [aku]/aku/, [buka]/buka/ [U] jika terdapat pada suku kata tertutup. [ampUn]/ampun/, [kumpul]/kumpul/ [uw] labialisasi jika diikuti oleh[I,e,a]. [buwih]/buih/, [kuwe]/kue/

b. Alofon konsonan - fonem /p/ [p] bunyi lepas jika diikuti vokal. [pipi]/pipi/, [sapi]/sapi/ [p>] bunyi tak lepas jika terdapat pada suku kata tertutup. [atap>]/atap/, [balap>]/balap/ [b] bunyi lepas jika diikuti oleh vocal. [babi]/babi/, [babu]/babu/ [p>] bunyi taklepas jika terdapat pada suku kata tertutup, namun berubah lagi menjadi [b] jika diikuti lagi vokal. [adap>]/adab/, [jawap>]/jawab/ - Fonem /t/ [t] bunyi lepas jika diikutu oleh vokal. [tanam]/tanam/, [tusuk]/tusuk/ [t>] bunyi tak lepas jika terdapat pada suku kata tertutup. [lompat>]/lompat/,[sakit>]/sakit/ [d] bunyi lepas jika diikuti vocal. [duta]/duta/, [dadu]/dadu/ [t>] bunyi hambat-dental-tak bersuara dan tak lepas jika terdapat pada suku kata tertutup atau pada akhir kata. [abat>]/abad/,[murtat>]/murtad/ - Fonem /k/ [k] bunyi lepas jika terdapat pada awal suku kata. [kala]/kala/, [kelam]/kelam/ [k>] bunyi tak lepas jika tedapat pada tengah kata dan diikuti konsonan lain. [pak>sa]/paksa/, [sik>sa]/siksa/ [?] bunyi hambat glottal jika terdapat pada akhir kata. [tida?]/tidak/, [ana?]/anak/ - Fonem /g/ [g] bunyi lepas jika diikuti glottal. [gagah]/gagah/, [gula]/gula/

[k>] bunyi hambat-velar-tak bersuara dan lepas jika terdapat di akhir kata. [beduk>]/bedug/,[gudek>]/gudeg/ - Fonem /c/ [c] bunyi lepas jika diikuti vokal. [cari]/cari/, [cacing]/cacing/ - Fonem /j/ [j] bunyi lepas jika diikuti vokal. [juga]/juga/, [jadi]/jadi/ - Fonem /f/ [j] jika terdapat pada posisi sebelum dan sesudah vokal. [fakir]/fakir/, [fitri]/fitri/ - Fonem /p/ [p] bunyi konsonan hambat-bilabial-tak bersuara [piker]/piker/, [hapal]/hapal/ - Fonem /z/ [z] [zat]/zat/, [izin]-/izin/ - Fonem // [] umumnya terdapat di awal dan akhir kata [arat]/syarat/, [ara]/arasy/ - Fonem /x/ [x] berada di awal dan akhir suku kata. [xas]/khas/, [xusus]/khusus/ - Fonem /h/ [h] bunyi tak bersuara jika terdapat di awal dan akhir suku kata. [hasil]/hasil, [hujan]/hujan/ [H] jika berada di tengah kata

[taHu]/tahu/, [laHan]/lahan/ - Fonem /m/ [m] berada di awal dan akhir suku kata [masuk]/masuk/, [makan]/makan/ - Fonem /n/ [n] berada di awal dan akhir suku kata. [nakal]/nakal/, [nasib]/nasib/ - Fonem // [] berada di awal suku kata [baak]/banyak/, [bui]/bunyi/ - Fonem // [] berada di awal dan akhir suku kata. [arai]/ngarai/, [pakal]/pangkal/ - Fonem /r/ [r] berada di awal dan akhir suku kata, kadang-kadang bervariasi dengan bunyi getar uvular [R]. [raja] atau [Raja]/raja/, [karya] atau [kaRya]/karya/ - Fonem /l/ [l] berada di awal dan akhir suku kata. [lama]/lama/, [palsu]/palsu/ - Fonem /w/ [w] merupakan konsonan jika terdapat di awal suku kata dan semi vokal pada akhir suku kata. [waktu]/waktu/, [wujud]/wujud/

- Fonem /y/ [y] merupakan konsonan jika terdapat di awal suku kata dan semi vokal pada akhir suku kata. [santay]/santai/, [ramai]/ramai/ 7. 7.1 Isi 6 Gejala Fonologis Netralisasi dan Akrifonem Netralisasi adalah alternasi fonem akibat pengaruh lingkungan atau pembatalan perbezaan minimal fonem pada posisi tertentu. Alternasi fonem adalah perubahan fonem menjadi fonem lain tanpa membezakan makna. Adanya bunyi /t/ pada akhir lafal kata [babat] untuk /babad/ adalah hasil netralisasi. Arkifonem adalah golongan fonem yang kehilangan kontraspada posisi tertentu dan biasa dilambangkan dengan huruf besar seperti/D/ yang memiliki alternasi atau variasi fonem /t/ dan fonem /d/ pada kata [babat] untuk /babad/ . 7.2 Pelepasan Fonem dan Kontraksi Pelepasan bunyi adalah hilangnaya bunyi atau fonem pada awal, tangah dan akhir sebuah kata tanpa mengubah makna. Pelepasan dapat pula berupa kontraksi atau pemendekan kata. Contoh : /tetapi/ menjadi /tapi/. Pelepasan dibagi menjadi tiga, iaitu a. Aferesis, yaitu pelepasan fonem pada awal kata. /tetapi/ menjadi /tapi/, /baharu/ menjadi /baru/ b. Sinkope, yaitu pelepasan fonem pada tengah kata. /silahkan/ menjadi /silakan/, /dahulu/ menjadi /dulu/ c. Apokope, yaitu pelepasan fonem pada akhir kata. /president/ menjadi /president/, /standard/ menjadi /standar/ Jenis pelepasan bunyi yang lain adalah haplologi ,iaitu pemendekan pada sebuah kata kerana penghilangan suatu bunyi atau suku kata pada pengucapannya. Misalnya : tidak ada menjadi tiada, bagaimana menjadi gimana.

7.3

Disimilasi Disimilasi adalah perubahan bentuk kata karena salah satu dari dua buah fonem yang

sama diganti dengan fonem yang lain. Contoh disimilasi : a. Disimilasi sinkronis Contohnya : ber + ajar belajar. Fonem /r/ pada awalan ber- diubah menjadi /l/. b. Disimilasi diakronis Contohnya : kata cipta berasal dari bahasa Sanskrit iaitu citta. Jadi terdapat perubahan dari fonem /tt/ menjadi /pt/. 7.4 Metatesis Dalam proses metatesis yang diubah adalah urutan fonem-fonem tertentu yang biasanya terdapat bersama dengan bentuk asli, sehingga ada variasi bebas. Misalnya, jalur menjadi lajur, almari menjadi lemari. 7.5 Penambahan Fonem Berdasarkan letaknya, penambahan fonem dibezakan menjadi : a. Protesis, iaitu penambahan fonem di awal kata. /mas/ menjadi /emas, /tik/ menjadi /ketik/. b. Epentesis, yaitu penambahan fonem di tengah kata. /upat/ menjadi /umpat/, /kapak/ menjadi /kampak/. c. Paragoge, yaitu penambahan fonem di akhir kata. /ina/ menjadi /inang/, /lamp/ menjadi /lampu/.

8.

Fonotaktik Bahasa Rungus

8.1 Fonotaktik Fonotaktik adalah bidang fonologi atau fonemik yang mengatur tentang penjajaran fonem dalam kata. Contohnya, kata Buluntung = Pelangi memiliki 9 fonem. Jajaran fonem dari kata tersebut adalah /b,u,l,u,n,t,u,n,g,/.

8.2

Edaran Fonem Edaran fonem adalah bahagian yang membahas posisi fonem apakah fonem tersebut

terletak pada bagian awal,tengah atau akhir dalam sebuah kata. 8.2.1 Edaran Vokal

Edaran vokal lebih lanjut dijelaskan melalui jadual di bawah ini. Jadual Posisi Vokal Dalam Fonem Posisi Fonem /i/ /e/ // /a /u/ /o/ Awal
Inggolow Tulu =Pening Kepala

Tengah
Kilau = Semut

Akhir
Lanoi = Berudu

eroton = bergaris /mas/ emas


Agum = Ramis Undu-undu Opos = hati = hati

naketian = termengandung /ruwt/ ruwet Gangak = Jenis Lipas


=heartTobuk = Rambut Kirop = Bulu Mata

kore = baru tahu /tipe/ tipe


Gipa = Udang Galah Ongkuzu = Ketam Air Tawa

Tolingo = Telinga

8.2.2

Edaran Konsonan

Edaran konsonan lebih lanjut dijelaskan melalui jadual di bawah ini. Jadual Posisi Konsonan Dalam Fonem Posisi Fonem Awal /p/ /b/ /t/ /d/ /c/
Poo = Paha Bongit = Janggut
Tamanang = Mandul

Tengah
Lapap Hakod = Tapak Kaki

Akhir
Sangup = Timun Tarob = Gerhana Bulan

Sambakon = Kening Lontugi = Gonggok

Gonit = Petir

Dila = Lidah
Cacamot=Alat Mengetam Padi

Todung =Hidung

Palad = Tapak Tangan

/j/ /k/ /g/ /f/ /v/ /s/ /z/ // /h/ /m/ /n/ // // /r/ /l/ /w/ /y/

Kavanit = Racun Gazad = ajak

leca = licin
Lanjzag = dedahkan Kokirum=Tersengih Gugundai=Rambut palsu

Limbatok = lintah pacat Gongkoring = mengkarung -

Varis = Kerabat Singot = Sengat

Mihukum=perbahasan Bantaran = Jambatan Bakas = Babi Hutan Bahul = Pantun Bariuw = Mata Juling

Buvang = Beruang
Sosohuk = Penyenduk nasi
Zumazad = Berpecah

Humungot = Marah

Madsa = menetas
Nababak = Pecah

Mamanau = Berjalan Banat= Pakaian


-

Ralan = Jalan Liou = Leher Waalon = Turasan Yalow = Dia

Sori = Di sana Bulukun = Tenggiling


Apadwot =Jarang antara jarak

Mirogop = gotong royong

8.3 Ciri-ciri sistem ejaan bahasa Momogun Rungus yang dibentuk,dijangka: i. Tidak mengelirukan pengguna. ii. Dapat diterima dengan mudah oleh majoriti penutur bahasa Momogun Rungus tanpa rungutan yang munasabah. iii. Dapat memberi gambaran yang paling hampir dan dianggap munasabah terhadap bunyi sebutan dalam bahasa Momogun Rungus.

8.4

Deretan Fonem 8.4.1 Deretan vokal Deretan vokal lebih lanjut dijelaskan melalui jadual di bawah ini.

Indeks vertikal menunjukan komponen pertama dan indeks horisontal menunjukkan komponen kedua. Jadual Deretan Vokal Dalam Bahasa Rungus Vokal /i/ /e/ // /a/ /o/ /u/ /i/ ai ui /e/ ue // /o/ eo ao /a/ ia aa oa ua /u/ iu au

8.4.2

Deretan konsonan

Deretan konsonan lebih lanjut dijelaskan melalui jadual di bawah ini. Indeks vertikal menunjukan komponen pertama dan indeks horisontal menunjukkan komponen kedua. Jadual Deretan Konsonan Dalam Bahasa Rungus Fone m p t c k b d j kt bt Kc kb kd bd ks bs dh kw by dy dm km bl dl ji br dr jr Tp Pt tt tb ps tw py ty tm pl pr tr p t c k b d j g s h w y m n l r

g s h w y m n l r lp rp lt rt rc k lk rk lb rb ld rd lj g s ls rs lh rh lw rw mp mt mc np nt nc nk mb mj nd nj ms mh sp st ht sc hk hs

gy

hw hy hm

hl

hr

ml mr

l lm ry rm rn rl

8.5

Diftong Diftong adalah dua buah vokal yang berdiri bersama dan pada saat diucapkan berubah

kualitinya. Perbezaan vokal dengan diftong adalah terletak pada car hembusan nafasnya. Terdapat 5 diftong dalam bahasa Momogun Rungus iaitu [ai],[au],[oi],[ou] dan [ui]. Contoh penggunaannya ialah; i. ii. iii. iv. v. Valai (rumah) untuk diftong [ai] Adau (matahari) untuk diftong [au] Longoi untuk diftong [oi] Tokou untuk diftong [ou] Lungui untuk diftong [ui]

Sementara diftong [iu] tidak diterimapakai iaitu perkataan [maliu] tidak tepat berbanding dengan perkataan yang diterimapakai iaitu [maliw], satu lagi perkataan yang juga tidak diterimapakai menggunakan diftong [iu] ialah [riuw] dan tepatnya perkataan yang diterimapakai ialah [rizu]. 8.6 Sengkang Penggunaan sengkang hanya dilakukan kepada kata dasar yang digandakan sebagai contoh [miambat-ambat dab meraat-raat].

8.7

Jeda (Persendian (Juncture) Jeda, persendian, atau juncture menyangkut perhentian bunyi dalam bahasa. Suatu

bunyi segmental dalam suku kata, kata, frasa, klausa, kalimat, dan wacana pastilah disertai dengan bunyi suprasegmental perhentian di sana-sini. Bunyi suprasegmental yang berciri prosodi perhentian di sana-sini itu disebut jeda atau persendian. Bahasa yang satu dengan yang lain berbeda jedanya. Ada yang jelas dan ada yang tidak jelas (Bloch & Trager, 1942:3536).Menurut Samsuri (1970:15-16), jeda dapat dibedakan atas empat jenis jeda atau sendi sebagai berikut. Sendi tambah (+), yakni jeda yang berada di antara dua suku kata. Ukuran panjangnya kurang dari satu fonem. Misalnya: [ta+li] /tali/ [su+lit] /sulit/ [ka+it] /kait/ Sendi tunggal (/), iaitu jeda yang berada di antara dua kata dalam frasa. Ukuran panjangnya satu fonem. Misalnya: di / kampus ke /Karawang dengan /sukses Sendi rangkap (//), iaitu jeda yang berada di antara dua fungsi unsur atau di antara subjek dan predikat. Misalnya: Ibu itu // pergi ke mall. Adiknya // belum pergi? Sendi kepang rangkap (#), iaitu jeda yang berada sebelum dan sesudah tuturan sebagai tanda diawali dan diakhirinya tuturan. Sendi kepada rangkap yang berposisi di akhir tuturan biasanya disertai nada turun (v#) atau nada naik (#). 8.8 Bunyi Suprasegmental Bunyi suprasegmental adalah bunyi yang menyertai bunyi segmental. Seperti halnya bunyi segmental, bunyi suprasegmentalpun dapat diklasifikasikan menurut ciri-cirinya sewaktu diucapkan. CIri tersebut disebut ciri-ciri prosodi (prosodic features). Ciri suprasegmental merupakan istilah yang digunakan dalam penandaan bahasa lisan. Dalam bahasa tulis penandaan itu disebut tanda baca, baik ciri suprasegmental maupun tanda baca memegang peranan penting dalam berbahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang telah dipaparkan dikaji sebagai unit-unit bahasa yang berdiri sendiri. Sebenarnya, bunyi-bunyi bahasa itu di klausa atau kalimat

dalam ujar tidak hanya rangkaian vokal dan konsonan saja, yang satu mengikuti yang lain sesuai dengan susunan tertentu, tetapi ada bunyi lain yang turut mendukungnya. Bunyi-bunyi lain itu menyangkut panjang pendeknya ucapan (jangka), tinggi-rendahnya ucapan (nada), dan keras-lemahnya ucapan (tekanan). Sebaliknya, jika bunyi segmental diucapkan dengan waktu yang sekejab sahaja, tentu sahaja bunyi suprasegmental pengiringnya memiliki ciri prosodi pendek. Intonasi mengacu ke naik turunnya nada dalam pelafalan kalimat, sedangkan ritme mengacu ke pola pemberian tekanan pada kata dalam kalimat. Jeda, persendian, atau juncture menyangkut perhentian bunyi dalam bahasa. Suatu bunyi segmental dalam suku kata, kata, frasa, klausa, kalimat, dan wacana pastilah disertai dengan bunyi suprasegmental perhentian di sana-sini. Bunyi suprasegmental yang berciri prosodi perhentian di sana-sini itu disebut jeda atau persendian. Bahasa yang satu dengan yang lain berbeza jedanya. Ada yang jelas dan ada yang tidak jelas.

9.0

Penutup Semua yang dilakukan ini adalah berlandaskan perbincangan secara ilmiah tanpa ada

perasaan syak-wasangka ataupun lebih tepat curiga-mencurigai. Simposium ini juga dilakukan tanpa ada rasa emosi yang boleh mengganggu terhasilnya kajian ini. Dengan adanya kajian ini, secara tidak langsung kita dapat menambahkan pengetahui untuk mengkaji bahasa-bahasa yang lain. Namun sebarang penghasilan tidak akan terurai tanpa kerjasama dari semua pihak.

GLOSARIRIUM artikulasi: alat ucap yang dapat digerak-gerakan aspirasi: pengucapan bunyi yang dibarengi konsonan /h/ bunyi akustis: bunyi sebagai getaran udara bunyi distingtif: bunyi yang membedakan arti bunyi egresif: bunyi yang dihasilkan dengan mengeluarkan suara bunyi fungsional: bunyi distingtif bunyi ingresif: bunyi yang dihasilkan dengan menghisap udara bunyi signifikasi: bunyi distingtif ciri prosodi: ciri-ciri suprasegmental deretan: urutan atau untaian diftong: vokal rangkap distribusi: penyebaran atau posisi dalam kontruksi fon: bunyi ujar atau bunyi bahasa fonetik: kajian bunyi bahasa glotalisasi: pengucapan bunyi yang disertai glotal /?/ gugus: deretan konsonan dalam satu suku kata homorgan: bunyi bahasa yang memiliki pasangan kluster: gugus

labialisasi: pengucapan bunyi yang disertai labial /p, b, m/ langue: sistem bahasa pada pikiran manusia nada: tinggi rendahnya bunyi palatalisasi: pengucapan bunyi yang disertai palatal /l/ parole: sistem pengucapan bahasa pasangan posisi fonem: tempat fonem dalam kata proses proses artikulasi: proses produksi bunyi bahasa proses fonasi: proses pengucapan proses oro-nasal: proses pengucapan melalui mulut dan hidung pungtuasi: tanda baca realisasi fonem: pengungkapan yang sebenarnya dari ciri atau satuan fonologi retrofleksi: artikulasi bunyi yang disertai oleh ujung lidah yang melengkung ke arah palatum segmental: bunyi yang dapat dipilah-pilah seperti vokal dan konsonan striktur: keadaan hubungan posisional artikulator dan titik artikulasi suku kata buka: suku kata yang berakhir dengan vokal suku kata tutup: suku kata yang berakhir dengan konsonan suku kata: vokal atau kombinasi vokal dan konsonan dalam kata suprasegmental: bunyi yang sukar dipilah-pilah seperti tekanan, jangka, dan nada tekanan: keras lemahnya bunyi tranliterasi: penggantian huruf demi huruf dari abjad yang satu ke abjad yang lain transkripsi : penulisan atau penggubahan teks dengan tujuan tertentu sesuai dengan ejaan yang berlaku dalam suatu bahasa urutan konsonan: penyebaran atau posisi konsonan dalam kata urutan fonem: penyebaran atau posisi fonem dalam kata urutan konsonan: urutan konsonan dalam kata urutan vokal: penyebaran atau posisi vokal dalam kata

Bibliografi Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur Syarikat Percetakan Bintang Baru. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Dewan Bahasa (2005). Menghasilkan bunyi bahasa. Diperoleh pada Januari 21, 2011 dipetik daripada http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/bunyi_bahasa.html pada 21/01/2011. Dewan Bahasa dan Pustaka (1988). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur : PTS Profesional 2002. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.