Anda di halaman 1dari 51

Aktiviti kokurikulum memberikan seribu kebaikan kepada pelajar tetapi pelajar

memberikan seribu alasan untuk menyertainya.


Huraikan perkara di atas.

Kokurikulum merupakan satu aktiviti luar kelas yang melibatkan aktiviti


persatuan, pakaian seragam dan sukan. Kegiatan ini telah diberi penekanan
oleh kerajaan untuk memastikan semua pelajar memberi perhatian yang serius
terhadap hal ini. Cuma pembabitan pelajar dalam kegiatan luar kelas ini tidak
begitu memberangsangkan terutama daripada aspek keikhlasan hati mereka
untuk menjalankan aktiviti tersebut. Jadi, memang ada banyak penyebab yang
mendorong pelajar tidak berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum ini.

Aspek masa yang terlalu banyak diberikan untuk menjalani latihan yang
melibatkan kokurikulum ini sering dipersoalkan oleh pelajar. Ramai yang
menganggap masa yang terlalu panjang itu membazir dan elok dipenuhi dengan
pembacaan buku untuk persiapan peperiksaan. Pelajar juga membenci aktiviti
luar kelas ini kerana masa petang mereka terpaksa dihabiskan di sekolah
padahal mereka sepatutnya sudah boleh kembali ke rumah untuk bersantai.
Oleh itu, keengganan pelajar terbabit dalam aktiviti ini banyak bergantung
pada faktor masa.

Malah, pertimbangan untuk menyertai kokurikulum ini turut ditentukan oleh


sikap pelajar yang menganggap aktiviti ini tidak memberikan sebarang impak
positif kepada diri mereka. Pandangan mereka ini dikukuhkan dengan kegagalan
mereka peroleh markah dalam peperiksaan yang diadakan oleh pihak sekolah.
Tindakan ibu bapa yang menegur kegagalan mereka ini menyebabkan mereka
terus melupakan atau menganggap aktiviti ini tidak berguna buat mereka.
Justeru, pelajar tidak suka menyertai kokurikulum kerana mereka beranggapan
aktiviti ini tidak memberi sebarang manfaat untuk pembangunan masa depan
mereka.

Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ini semakin rendah
kerana aktiviti itu agak terhad dan biasanya disertai oleh pelajar-pelajar yang
sememangnya berminat dalam aktiviti tersebut. Keadaan ini menyebabkan
tujuan atau matlamat aktiviti ini tidak tercapai lantaran segolongan sahaja
yang menyertainya. Jadi, keadaan ini menyebabkan ramai pelajar tidak
berminat untuk menyertainya.

Keadaan kehidupan semasa yang serba moden terutama dalam alaf globalisasi
ini turut menjejaskan minat pelajar. Mereka lebih bermiant untuk lepak
bersama-sama rakan di pusat beli belah daripada berkawad atau berlari di
padang. Kecanggihan kehidupan yang lebih menarik telah menjadikan pelajar
menganggap aktiviti sebegini tidak bersesuaian dengan masa remaja mereka.
Oleh itu, pelajar menganggap aktiviti ini membosankan berbeza aktiviti lepak
yang lebih dianggap menarik.
Kesimpulannnya, aktiviti kokurikulum harus diberi perubahan imej yang drastik.
Kerajaan harus menjadikan aktiviti ini lebih mesra pelajar dengan cuba
memahami keperluan pelajar terhadap kokurikulum itu. Pelajar perlu haruslah
lebih terbuka dalam tindakan mereka menyertai aktiviti yang positif ini.
Mungkin pelajar harus melihat kebaikan aktiviti ini terlebih dahulu daripada
terus membuat rumusan untuk menganggapnya sebagai satu aktiviti yang
membebankan.
Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita. Jelaskan langkah-
langkah untuk menyelamatkannya

Sejak belakangan ini, pembangunan tanpa batasa kini merupakan perubahan


kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan
dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak
daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin
membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar
kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah
ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-
langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan
alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian
kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan
mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.
Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa
merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan
lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat berbahaya
kepada masyarakat di jagatraya. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu
dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar
yang dianugerahi oleh Tuhan.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspen


penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini penting sebagai langkah menjaga
alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah
dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah
ditetapkan? Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa
toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku
tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus
diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran
alam sekitar.

Dalam pada itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu
diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap
penjagaan alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk
digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak
diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai
contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi
menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai
tisu.Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air” Melalui cara ini,
sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka sekali gus dapat
memelihara kebersihan alam sekitar.
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran
sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur
buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat
diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak
langkah ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan
alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat
mencapai matlamatnyai apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam
sekitar.

Secara tuntas, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya


untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk
tubuh meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-matanya.
Kerjasama bagai aur dengan tebing yang erat antara rakyat Malaysia dengan
kerajaan tentunya akan lebih bermakna. Hasilnya kelak akan memuaskan hati
semua orang. Hal ini sinonim dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat
Sihat ”
Amalan Rasuah

Punca dan langkah mengatasi?

Maksud – membantu seseorang dengan mengharapkan bantuan balas.

Makan suap, duit bawah meja, duit kopi

Punca

Sikap mengutamakan kebendaan

Undang-undang yang tidak ketat

Sikap masyarakat yang mengambar rasuah sudah menjadi satu budaya hidup

Langkah atasi

Ketatkan undang-undang

Kempen kesedaran

Menanam sikap bertanggungjawab dalam diri remaja

Menjadikan proses permohonan dan perniagaan lebih telus


Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan
oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai
masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan.

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu
masyarakat yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak
pihak yang memerlukan pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak
yatim, orang tua, dan golongan daif. Kewujudan badan kebajikan seolah-olah
memberi sedikit cahaya kepada golongan terpinggir ini untuk meneruskan
kehidupan mereka yang sukar itu. Namun, badan kebajikan sendiri mempunyai
pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha murni mereka itu.

Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak
suka membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat
negara ini lebih suka melihat atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh
orang lain. Mereka tidak mahu terlibat turut dipengaruhi oleh faktor masa dan
kewangan yang tidak mampu diberikan oleh badan kebajikan. Akibatnya,
aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah
berusia dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Ketiadaan sokongan masyarakat untuk melibatkan diri ini boleh dikaitkan


dengan imej badan kebajikan yang dipandang rendah. Ada pihak menganggap
badan kebajikan hanya untuk mereka yang tidak mempunyai impian besar atau
tanggungan keluarga. Malah, ada badan kebajikan yang dianggap oleh
masyarakat sebagai mengambil kesempatan dengan memperoleh wang tetapi
tidak menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan. Jadi, badan kebajikan
dianggap kerjaya yang tidak berstatus tinggi.

Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada
masa kini. Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti
badan kebajikan menggunakan wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan
tidak digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Memang kes
seperti ini pernah berlaku tetapi untuk menuding jari ke arah kepada semua
badan kebajikan merupakan satu langkah yang kurang bijak. Masyarakat
seharusnya memberi peluang supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas
mereka.

Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan


kebenaran sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan
kebajikan harus diperbaharui dan aktiviti mereka seperti derma perlu
mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang peraturan ini diwujudkan
untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa harus
memudahkan urusan badan kebajikan mereka. Malah, pihak berkuasa
seharusnya menyediakan bangunan khas untuk badan kebajikan menjalankan
aktiviti mereka tanp perlu membayar apa-apa. Namun, semua ini tidak
diperoleh oleh badan kebajikan.

Kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi yang


bahaya. Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain meminta belas
kasihan masyarakat untuk turut membantu. Masyarakat harus menyalurkan
bantuan berupa kewangan atau tenaga untuk memastikan usaha murni mereka
ini akan berterusan kerana tanpa badan kebajikan nasib golongan terpinggir ini
akan menjadi lebih menyayatkan.
Bentuk sumbangan daripada negara maju kepada negara kita.

Beri pendapat anda.

Dalam era modenisasi ini aspek pembangunan sering menjadi ukuran kejayaans
esebuah negara itu. Lantaran itu timbul pelbagai istilah seperti negara utara
dan negara maju yang merujuk kepada kejayaan ekonomi serta pembangunan
sesebuah ngara itu. Istilah negara maju juga menjadi satu tiket untuk
dipandang tinggi dan dihormati. Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Itali,Perancis
dan Kanada merupakan antara negara maju yang terkemuka. Namun, ada
banyak sumbangan yang mampu diberikan oleh sesebuah negara maju kepada
negara lain seperti Malaysia.

Sumbangan yang paling nyata ialah negara maju menyalurkan pemindahan


teknologi kepada sesebuah negara itu. Penyaluran teknologi ini penting kerana
keupayaan untuk menghasilkan teknologi itu memakan masa dan pemindahan
merupakan kaedah yang paling mudah dan menjimatkan kos terutama kepada
negara yang menerimanya. Negara maju pula mampu berkongsi kepakaran dan
kemahiran mereka selain menerima imbuhan kewangan terutama dalam
penerimaan kontrak-kontrak kerajaan yang berkaitan dengan pemindahan
teknologi tersebut. Contohnya, Malaysia telah menerima banyak bantuan
teknikal dalam industri pembuatan kereta dari Jepun sebelum mampu
menghasilkan teknologi sendiri.

Pemindahan teknologi ini turut disertai dengan pelaburan asing negara maju
tersebut. Pelaburan ini biasanya dalam bentuk pembinaan kilang-kilang atau
penubuhan syarikat negara maju itu di negara yang menerimanya. Banyak
kawasan perindustrian bebas cukai di negara ini telah dibuka ekoran kehadiran
pelaburan asing yang banyak. Kawasan Mak Mandin, Bangi dan Shah Alam
merupakan antara kawasan pelaburan asing yang ketara. Banyak kilang-kilang
teknologi tinggi didirikan di kawasan tersebut. Oleh itu, tanpa pelaburan asing
dari negara maju ini sudah pasti kawasan perindustrian itu tidak mampu
didirikan.

Lantaran itu, lebih banyak peluang pekerjaan mampu diwujudkan di negara ini
akibat kewujudan kilang-kilang moden itu. Kewujudan peluang pekerjaan ini
memastikan lebih ramai negara di Malaysia mempunyai pekerjaan. Rakyat tiak
berasa bimbang mengenai masa depan mereka lagi sebaliknya mereka berasa
yakin untuk meneruskan kehidupan di negara ini. Jadi, eadaan tahap hidup
masyarakat di negara ini turut berubah kerana mereka mempunyai wang untuk
meningkatkan kualiti hidup seperti kesihatan yang lebih baik dan tahap
pendidikan yang lebih tinggi.

Malah, Malaysia turut mengalami perubahan budaya positif akibat hubungan


yang erat dengan negara maju ini. Konsep profesional dalam melaksanakan
tugas mula diterapkan dalam pentadbiran negara, penggunaan teknologi
ditingkatkan, cara berpakaian dan sebagainya turut ditiru dari negara-negara
maju ini. Masyarakat kita juga sudah ada yang mampu berbahasa asing seperti
Jepun dan Perancis kerana menyedari betapa pentingnya bahasa asing itu
dalam kehidupan mereka sekarang. Jadi, bukan sahaja ngara maju memberikan
bantuan kewangan dan teknologi malah budaya masyarakat negara ini turut
mengalami perubahan atau asimilasi yang menarik.

Secara tuntasnya, negara kita Malaysia sememangnya menerima banyak impak


positif daripada sumbangan negara-negara maju ini terutama dari Jepun.
Kejayaan demi kejayaan telah kita capai akibat keupayaan kita untuk meneroka
dan mengubahsuai teknologi yang diterima itu dalam bentuk yang lain pula.
Mungkin suatu hari nanti kita tidak bergantung lagi kepada negara maju ini
kerana kita pula sudah menjadi negara maju yang menyalurkan teknologi
sendiri kepada negara yang memerlukannya.
Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan
masyarakat semakin gusar.

Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk,
memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap
pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes
buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini
telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan
pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat
dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap
tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika
tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah
yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca
yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kapada masalah kes buli
ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada


pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka
sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang
lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin
ketandusan nilai kemanusiaan.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan
prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku.
Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan
berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan
rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar
tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat
diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di
sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada
pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.
Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat
pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan
membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti
Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu
kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran
tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik
dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan
buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan
pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli
dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh
diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa
bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli.
Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai
salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa


pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang
bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya
tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai
keinginan untuk membuli mangsanya.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai


Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para
pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara
mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam
kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang diperoleh itu
kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan
kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan
perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku,
maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-
sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan
diri dalam kes buli di sekolah.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang
ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus
memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan
segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi
kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada


pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-
sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka
hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan
semakin bertambah dan berleluasa lagi.

Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan


diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah
yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya.
Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada
pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga
dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha

untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan


yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi
kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka,
perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah
ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan
mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak
kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya
berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.

Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam


kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa
mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di
sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya
kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan.
Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti
melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi
meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi
mengatasinya bersama-sama.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita
yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan
berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara
kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai
angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar
merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini
pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah
sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah
kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang
penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih,
kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama
negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.
Setiap orang mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada banyak pendapat yang
mengatakan bahawa mempunyai hobi membawa banyak kesan baik.
Pada pandangan anda, apakah fungsi-fungsi hobi dan usaha-usaha untuk
menggalakkannya.

Setiap individu mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada yang suka


memancing, ada yang suka bersukan, ada yang minat berlumba, ada yang
gemar mendaki gunung dan berbagai-bagai hobi. Semua orang mempunyai
alasan tersendiri yang menyebabkan mereka melakukan semua hobi itu. Jadi,
apakah fungsi-fungsi hobi dalam kehidupan kita dan usaha-usaha untuk
menggalakkannya terutama dalam kalangan remaja? Elok kita semua
renungkan.

Sesungguhnya hobi memastikan masa senggang seseorang itu dipenuhi


dengan baik. Masa memang emas dan harus digunakan sebaik mungkin.
Hobi memudahkan kita menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah. Aktiviti riadah ini memang nampak mudah dan tidak menarik tetapi
mempunyai kesan yang mendalam kerana memastikan masa seseorang itu
digunakan sebagaik mungkin. Ada masa untuk bekerja, ada masa untuk
keluarga, ada masa untuk berhibur dan masa untuk riadah.

Selain itu, aktiviti hobi mampu menajamkan pemikiran seseorang itu. Sesuatu
hobi itu hanya mampu dilakukan melalui perancangan dan kebolehan yang
tertentu. Masa, teman yang akan dijemput dan kekerapan melakukan hobi
harus ditentukan dahulu. Jadi , kekerapan melakukan sesuatu aktiviti itu
menjadikan seseorang itu kritikal fikirannya terutama untuk memastikan
hobinya lebih baik dan berkesan untuk jangka panjang. Minda sihat dan fizikal
turut menjadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan moden yang penuh
cabaran ini.

Sebenarnya ada banyak cara untuk menggalakkan aktiviti hobi ini. Langkah
awal ialah kerajaan menjalankan lebih banyak kempen tentang sesuatu hobi
itu. Kempen ini sudah pasti menyedarkan orang ramai tentang kepentingan
mempunyai hobi dan tertarik untuk melakukan sesuatu sebagai hobi akhirnya.
Kerajaan harus menjalankan kempen ini dengan menggunakan artis atau
idola suka yang mampu menarik minat rakyat untuk mencontohi mereka
menjalani aktiviti tersebut. Kempen ini harus dijalankan secara berterusan
dan bukannya bermusim.

Malahan, tempat atau kemudahan untuk memudahkan aktiviti hobi dijalankan


harus ditambah. Tempat seperti padang bola sepak, gelanggang badminton
atau mungkin padang biasa di bina dengan lebih banyak. Kewujudan tempat
yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini menyebabkan lebih mudah untuk
masyarakat menjalankan hobi mereka. Situasi ini turut memudahkan
berkembangnya aktiviti ini di seluruh negara.
Jadi, hobi memang harus dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia,
pangkat dan asal-usul. Aktiviti positif ini akan memberi banyak kesan baik
kepada individu dalam aspek kesihatan mental dan fizikal seseorang itu..
Kehidupan kita juga menjadi lebih bermakna dan menarik untuk diteruskan
dari hari ke hari. Sudahkah anda semua melakukan hobi anda hari ini?
Sistem rangkaian pengangkutan awam di negara ini cuba disatukan
tetapi usaha itu masih di peringkat awal untuk menilai kejayaannya.

Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara


ini.

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai


pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel.
Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua
perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai
kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus
difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem
pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang
terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk
mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini
menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak
kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan
pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini
harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini
berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem


pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual
perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan
menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah
penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini
kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan
sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi
jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti
perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan
menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara
monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini
menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur
untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan
ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang
bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini
menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja


mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika
memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu
pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan
kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin
mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang
bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua
pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan
mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan


sudah lama serta masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana
kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal
dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu
perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan
hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media
massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas
dalam kemelut ini.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada
masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering
menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu
diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana
Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Batawi
memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting
sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk
membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang
kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang
mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih
mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa
seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada
alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh membawa
anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan
mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa.
Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang
akan tercapai jua.

Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada
anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan
sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana,
mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan
teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan
agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak
mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak
mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik
kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi.
Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan
menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan


kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting.
Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang
masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi
manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu
melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini.

Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang
berperangai buruk. Contohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah,
perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan
wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah “ bagai acuan begitulah kuihnya”.
Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-
anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku
di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi
muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa
amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf
globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak


kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang
terpenting untuk memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa “bagai
aur dengan tebing” hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia
terutamanya generasi muda sejak belakangan ini.
Karya sastera mampu mencorakkan minda pembaca.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

Karya sastera merujuk hasil penulisan yang meninggikan budaya sesuatu


masyarakat itu. Karya yang berunsur sastera juga dikatakan mempunyai unsur
pengajaran positif dan mampu memberi satu kesedaran kepada setiap
pembacanya. Sajak, novel, pantun, gurindam, cerpen dan seloka antara contoh
karya sastera. Sememangnya karya sebegini berupaya untuk mematangkan
pemikiran seseorang itu terutama golongan remaja.

Karya sastera sering mengupas kemelut sosial yang sudah berlaku, sedang
berlaku, dan mungkin bakal berlaku dalam sesebuah masyarakat. Keadaan ini
menyebabkan pembaca mengetahui sesuatu kemelut itu dengan lebih baik dan
faham impak yang timbul. Pembaca tidak lagi melihat kemelut hanya daripada
satu aspek sahaja tetapi memahami dan mengakui pelbagai faktor menjurus
kea rah kemelut tersebut. Jelaslah, karya sastera memberi satu informasi yang
berguna kepada pembaca dalam melihat kehidupannya.

Lantaran itu, karya sastera mampu memberi kesedaran kepada pembaca.


Kesedaran ini timbul setelah membaca karya-karya yang benar-benar mengusik
jiwa mereka. Novel Bukit Kepong mampu menyebabkan pembaca tertanya-
tanya sebab mereka tidak menyertai pasukan polis atau pembaca mula melihat
anggota polis dengan satu pandangan baru yang positif. Jadi, tanpa karya
sastera mungkin masyarakat tidak mengalami apa-apa perubahan minda.

Penggunaan bahasa dalam karya sastera memang mengagumkan. Pemilihan


katanya begitu indah dan menyentuh naluri kita. Keindahan bahasa itu
melambangkan keyakinan masyarakatnya terhadap bahasa sendiri. Kemahiran
berbahasa ini sudah pasti memberi impak yang positif kepada pembaca jua.
Sesungguhnya, karya sastera menyebabkan pembaca memiliki pengetahuan
bahasa yang luas dan berguna dalam kehidupannya serta kerjaya mereka.

Penulis yang menulis karya sastera sering menggunakan pengalamannya sendiri


ketika menghasilkan karya mereka. Pengalaman itu mampu dikongsi bersama
oleh pembaca. Pengalaman yang baik, sedih, gembira, dan unik ini seolah-olah
berlaku antara penulis dan pembaca. Keadaan ini memberi satu bentuk
hubungan peribadi antara penulis dan pembaca yang memudahkan sesuatu
karya itu difahami oleh pembaca. Situasi ini menghidupakan masyarakat untuk
menjadi satu entity yang berperasaan kemanusiaan sejagat. Masyarakat yang
tiada pilih kasih dan mementingkan diri.

Namun, tidak dinafikan karya sastera mempunyai kelemahannya. Karya sastera


sering dikatakan membosankan, tidak menepati cita rasa remaja, terlalu
panjang, sukar difahami, tidak melambangkan realiti kehidupan dan banyak lagi
alas an yang diberikan. Keadaan ini menyebabkan karya sastera dipinggirkan
oleh masyarakat terutama remaja yang lebih suka sesuatu yang pantas dan
mudah difahami. Hari demi hari jumlah pembaca karya sastera semakin
menghilang.

Kesimpulannya, karya sastera memang penting dalam kehidupan masyarakat


moden. Cuma karya sastera harus berubah paradigma mereka. Karya sastera
harus mencari jalan untuk menembusi minda remaja. Kejayaan karya sastera
memahami keperluan remaja bakal memastikan karya murni ini terus hidup
subur dalam sanubari masyarakat kita. Sanggupkah kita melihat karya sastera
hilang di persada dunia ini?
Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja.
Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta.
Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.

Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai


ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam
kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa
remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif
yang harus diberi perhatian.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu
yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu
sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu
bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa
itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita
yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel
yang dibaca semakin luaslah minda remaja.

Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami
konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh
penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya.
Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk
mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti
tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang
banyak.

Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan


masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan
seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang
panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk
menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa
remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik.

Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu
mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca
novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar
atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik
apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama.
Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot.

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut


wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel
yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan
remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan
luas dan memiliki pemikiran yang kritis.
Karangan kedatangan pekerja asing

USAHA-USAHA PENGAWALAN
• Mengetatkan kawalan di pusat-pusat/pintu masuk negara
• Mengenakan bayaran levi/cukai
• Mengehadkan pembabitan warga asing dalam sektor pekerjaan tertentu
sahaja

Namun, kalau soalan karangan menumpukan aspek keburukan, sila


rujuk contoh di bawah:

KEBURUKAN
• Kadar jenayah semakin meningkat
• Mengurangkan peluang mendapatkan pekerjaan di kalangan rakyat
tempatan
• Wang negara dibawa keluar dengan banyak

Manakala kesan baik ialah:

KEBAIKAN
• Memenuhi keperluan tenaga buruh negara terutama dalam sektor yang tidak
diminati penduduk tempatan
• Meninggikan imej negara
• Wujud persaingan yang sihat
Karangan berikut berkaitan dengan kesan akibat kedatangan pekerja
asing.

Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada


rakyat di negara ini. Cuma kesan-kesan ini turut menimbulkan pelbagai
spekulasi mengenai pendatang asing ini.

Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk yang timbul daripada kehadiran


pendatang asing ini.

Tenaga kerja asing memang telah menjadi satu isu yang hangat
diperkatakan kini. Ada masyarakat yang menganggap pekerja asing ini
penting dan ada yang menganggap mereka sebagai pengacau yang harus
dibuang jauh. Keadaan ini diburukkan dengan isu ini turut dimainkan oleh
media massa yang memang menagguk di air keruh. Jadi, adakah pekerja
asing hanya membawa kesan buruk atau memang ada hikmah disebalik
kehadiran pekerja luar negara ini?

Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara
haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang
memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia
mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga menyebabkan
pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama
penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal
seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya.

Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan


satu saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan
berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin
agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih
baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan
tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Keadaan persaingan seperti ini
menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing.

Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakat


antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini kerana
ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai
sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara akan dilihat
sebagai contoh negara yang maju dalam ekonominya. Negara akan dianggap
mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita
negara. Bukankah ini satu pandangan yang kita harapkan daripada negara
luar?

Cuma, kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telah


menyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat. Ada pekerja
asing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentu
dan jenayah menjadi tempat untuk mereka memperoleh sedikit wang bagi
membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, smeakin ramai pekerja asing
semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya jenayah di negara kita.
Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat biasa.

Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar
wang balik ke negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak
digunakan untuk membangunkan semula ekonomi negara. Sebaliknya, wang
negara digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu.
Wang negara digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asing
itu. Keadaan ini tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau ketika
negara dalam kegawatan ekonomi.

Kesimpulannya, pekerja asing ini boleh memusnahkan dan


menyelamatkan negara. Mungkin jawapannya bukan kepada jumlah pekerja
asing tetapi cara mengawal kedatangan mereka, cara menentukan sektor
pekerjaan untuk mereka dan mungkin tempoh bekerja untuk mereka di
negara ini. Ringkasnya, masalah ini akan terus menghantui kita buat sekian
lama.
Kempen nilai-nilai murni yang dijalankan oleh kerajaan mula mendapat
perhatian masyarakat. Pelbagai kempen yang dilaksanakan memang
baik.

Huraikan kepentingan memupuk nilai murni ini.

Usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam hati nurani


rakyatnya telah mula menampakkan hasil. Usaha melalui iklan, kempen, dan
dasar kerajaan telah memberi satu nafas baru kepada masyarakat untuk
menjadi satu masyarakat bertamadun yang mampu menjadikan negara kita
lebih baik untuk didiami. Jadi, memang nilai-nilai murni memiliki kepentingan
dalam pembentukan masyarakat.

Generasi muda yang dipupuk dengan nilai murni mampu mematuhi semua
peraturan atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Naluri generasi
muda yang suka memberontak dapat dikawal melalui nilai-nilai murni yang
mementingkan disiplin dalam usaha mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan. Jadi, memang satu perkara baik kalau nilai murni mampu
menjadikan generasi muda sebagai satu golongan yang mematuhi peraturan
negara.

Lantaran sikap generasi muda yang mematuhi peraturan dapat dijelmakan


melalui sikap mereka yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berunsur
jenayah atau tidak bermoral. Kita tidak lagi mendengar remaja terbabit dalam
peras ugut, terbabit dalam dadah, atau menjadi mat rempit. Remaja akan
menjadi satu golongan yang dihormati oleh semua lapisan masyarakat tanpa
mengira kaum. Bukankah ini satu kejayaan nilai-nilai murni yang diterapkan
oleh kerajaan?

Malah, hubungan antara kaum dapat dieratkan kerana dalam pemupukan


nilai murni memang ditekankan perasaan saling hormat antara kaum. Semua
kaum akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lain tanpa
menimbulkan sebarang isu sensitif kepada kaum lain. Keadaan ini menjamin
keadaan negara dalam suasana yang harmoni dan sesuai untuk
pertumbuhan ekonomi. Orang memberi, kita berasa, orang berbudi, kita
berbahasa.
Tambahan pula, imej negara akan terus dijulang oleh masyarakat
antarabangsa. Rakyat negara ini akan dilihat sebagai masyarakat yang unik
kerana moden tetapi mengekalkan budaya yang baik. Masyarakat juga masih
mempunyai disiplin dan berpeibadi mulia. Semua ini akan memberi satu
tanggapan positif kepada negara kita. Rakyat kita akan dihormati di mana-
mana tempat mereka berada.

Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang tua,


menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan
berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang
moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana
generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni
akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum
sekolah. Pelajar sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini.
Malah kemasukan ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum
juga.
Huraikan.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi


pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang
menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini.
Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan
kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya,
kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka.


Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang
menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi
pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan
yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada
persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan
membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan
aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak


terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada
masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar
terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit
dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran
mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti
kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada
pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini
memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam
aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya
untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih
cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga
negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti
persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang
dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia
sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu
aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini
semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh
di luar.
Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan
beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk
menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak
dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu
pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu
dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka
keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar


tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini
akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus
menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai
satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai
sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.
Isu mat rempit

Maksudnya – Pelumba haram

Langkah mengatasi?

Ketatkan penguatkuasaan seperti sekatan jalan raya lebih ketat terutama di


kawasan berisiko tinggi untuk dijadikan kawasan perlumbaan.

Mengetatkan pemberian lesen motosikal terutama kepada remaja.

Menjalankan kempen kesedaran terutama kesan negatif mat rempit

Menjalankan lebih banyak program untuk remaja seperti mewujudkan litar


khas untuk mereka berlumba
Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin
kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.

Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk


mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah
pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah
peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan


perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya
mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang
dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan
keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk
menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah
yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini


memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka
saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar.
Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang
telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat
dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi.


Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang
sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka
berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu
akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam
isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada
pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana
tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar
yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan
oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru
disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin.
Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan
peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah
dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka
habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih
berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup


menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa
depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya.
Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu
disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh


masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang
tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di
bumi nyata.
Modal Insan?

Maksudnya –

Golongan remaja yang harus memiliki sikap positif

Sumber manusia yang mampu bersaing dalam dunia globalisasi

Manusia yang memiliki keupayaan untuk membangunkan negara

Peranan keluarga bentuk modal insan

Memberi teladan yang baik

Memberi kemudahan yang sesuai seperti pendidikan dan kewangan

Memberi kasih sayang yang cukup

Peranan kerajaan

Mewujudkan suasana negara yang sesuai untuk perkembangan minda


remaja

Mewujudkan peluang kerja yang cukup


Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan
tersendiri. Pada majlis perayaan ini, semua kaum akan merayakannya
bersama-sama.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut
bersama-sama

Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak


perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita
mempunyai Tahun Batu Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dann banyak
lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah
memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti
perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka
banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang mendiami negara
tercinta ini.

Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan
dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak
memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain.
Lawatan ke rumah terbukaa yang diamalkan telah mengeratkan hubungan
antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan
yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada


negara ini. Mereka yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal
kemerdekaan mungkin memandang enteng perpaduan. Namun, apabila
mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami dan
menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang
dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara-
gara wujudnya perayaan yang pelbagai di negara ini. Cuba bayangkan
tiadanya sambutan perayaan di negara ini?

Pandangan masyarakat terutama orang luar turut berubah. Negara akan


dilihat sebagai mempunyai keunikan perayaan yang tidak mampu dilihat di
negara lain. Kepelbagaian perayaan ini memberi satu bentuk unik dalam
pandangan orang asing terhadap negara ini. Lantaran itu kehadiran
pelancong asing turut bertambah kerana mereka ingin dan berpeluang
melihat pelbagai perayaan dalam sebuah negara daripada pergi ke beberapa
negara untuk melihat pelbagai perayaan. Malaysia satu negara tetapi banyak
perayaan.

Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus


berkembang. Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan
dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini.
Kekerapan masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah
tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut
keuntungan. Sudah pasti situasi ini menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu
kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin.
Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan
hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu mampu
diccapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya
Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai
pelbagai keturunan dan perayaan.
Bangsa membaca bangsa berilmu sering menjadi cogan kata sesuatu majlis
ilmu tetapi rakyat negara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan.
Kita dikatakan hanya membaca satu buku sahaja setahun.
Terangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat membaca dan kesan-
kesan positif yang timbul daripada pembacaan ini.

Masyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini
sebagai membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya
membaca sebuah buku setahun berbanding negara-negara lain yang boleh
mencecah 8 buku setahun. Keadaan ini sudah pasti amat memalukan kita semua
kerana ketika kita mahu dianggap sebuah negara maju, kadar pembacaan kita
terlalu rendah. Agaknya elok kita menilai keutamaan kita dalam menjalani
kehidupan seharian.

Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan
menurunkan harga buku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini
membolehkan lebih ramai membeli dan dapat membaca. Harga buku yang
rendah turut menyebabkan seseorang dapat membuat rujukan lebih banyak
buku terhadap sesuatu perkara. Ketika ini, harga buku yang terlalu mahal
menyebabkan masyarakat menganggap membeli buku sebagai satu kerja
membazir dan berbau golongan atasan.

Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit


atau syarikat buku untuk menghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam
bentuk pengecualian cukai, keuntungan dan pemberian permit penerbitan harus
diberikan tanpa sebarang gangguan birokrasi. Pemberian ini akan menyebabkan
lebih banyak penerbit baru muncul kerana mereka yakin perniagaan mereka
akan mengaut keuntungan.

Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi


galakan kepada masyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan
menyebabkan seseorang senang untuk mendapatkan ruang untuk membaca.
Tiada lagi alasan untuk tidak membaca kerana ketiadaan perpustakaan
terutama di kawasan pedalaman. Perpustakaan bergerak juga harus ditambah
dengan drastik kerana perpustakaan ini mampu menjalankan peranannya
dengan berkesan terutama di kawasan yang padat penduduk dan terlalu jauh.

Kesan positif yang timbul ialah seseorang yang banyak membaca itu akan
mengetahui banyak perkara baru. Ilmu yang mereka peroleh dapat digunakan
dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran berfikir seseorang turut
meningkat dengan baik. Mereka juga mampu melihat dan membandingkan
sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam dan objektif. Keadaan ini
memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang betul dalam tindakan
mereka.

Manakala pembacaan untuk pelajar memudahkan mereka untuk menjawab


dengan baik dalam peperiksaan. Pembacaan yang mendalam menyebabkan
pelajar itu memahami sesuatu perkara dengan lebih meluas. Idea dan
kebolehan untuk memahami sesuatu soalan berkait rapat dengan kadar
pembacaan seseorang pelajar tersebut. Kejayaan sudah pasti akan mereka
peroleh dalam peperiksaan yang diduduki oleh mereka.

Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan


kita yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan
aktiviti sihat bersama-sama keluarga. Ibubapa harus memberi teladan yang
jelas dalam aspek ini kerana biasanya anak-anak akan mengikut jejak langkah
orang tua mereka. Mungkin selepas ini kita semua akan membaca?
Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau
adat resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah
menjadi satu identiti kepada kaum tersebut.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini
kepada masyarakat dan negara kita.

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum.
Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum
minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan
negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk
diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak
kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya
inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum
itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu
seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke
kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga
kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa
mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang
mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara
yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua
daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu
kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka
mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu
membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan
generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-


nilai murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis
daripada diri remaja negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa
mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan suka memarahi orang
tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan
menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja
akan menjadi individu yang terbilang.
Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak
akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan
kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih
suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah
melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang
mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya
kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang
dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling


bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan,
semua kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita
bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan
cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya,
penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.

Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu


khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu
memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri
sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu
alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi
iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai
budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan
hidup.
Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin
meningkat. Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang
semakin diabaikan.

Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa
untuk menjaga kesihatan.

Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan


seseorang. Tahap kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang
dijalani oleh seseoorang itu. Semakin baik kesihatan seseorang itu
semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. Malah, ada
kajian yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti
seseorang itu meningkat. Ada banyak kaedah yang boleh digunakan
untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik.

Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-


kata hikmah yang sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan.
Pengambilan makanan atau diet yang seimbag memastikan badan
menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang betul sepanjang
kehidupan seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma,
kita agak sukar untuk mengamalkan perkara yang baik ini untuk jangka
masa panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa
yang pantas dan agak berbeza mengikut pandangan seseorang.

Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan


besar untuk menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah
bersih dan kawasan tempat tinggal juga dipantau tahap kebersihannya.
Malah, kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk memastikan
semuanya dalam keadaan bersih daripada penyakit berjangkit. Semua
tindakan ini akan memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit
berjangkit seperti taun.

Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga
kali seminggu sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik.
Imunisasi seseorang turut meningkat melalui aktiviti senaman ini. Peluh
yang keluar membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan.
Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau
stres yang dialami oleh seseorang itu. Stres sering dikaitkan dengan
kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat
moden terutama di negara ini.

Seseorang itu harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap.


Pemeriksaan doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi
pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika seseorang itu mempunyai
sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan
sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang
sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan penyakit akan dapat
menghalang seseorang itu menderita dengan lebih teruk.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang


sepatutnya dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini
juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan telah
dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak
dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta
yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam
diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita
boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan
melayang.
Karangan Pelancongan - Peranan Pelajar dalam Menjayakan
Kempen Melawat Malaysia.

Pelancongan Peranan pelajar dalam menjayakan kempen


melawat Malaysia?

Terlibat dalam aktiviti kempen tersebut.

Melancong di dalam negara

Membeli karf tangan buatan negara

Menulis surat kepada sahabat luar dan dalam negara


mengenai keindahan negara
Penduduk desa telah dinasihatkan supaya membuat barangan kraf
tangan untuk dijual kepada masyarakat. Namun, masih ada pihak yang
mempertikaikan usaha mereka ini.

Jelaskan sebab-sebab mereka berpendapat usaha penduduk desa ini sia-sia.

Penduduk desa sudah mula memberikan perhatian terhadap penghasilan kraf


tangan terutama untuk dijual. Sikap positif mereka ini telah didorong oleh
tindakan kerajaan yang giat memberi galakan supaya mereka menjalankan
aktiviti kraf tangan ini untuk menambah pendapatan mereka. Cuma yang
menyedihkan ialah masih ada suara-suara sumbang yang menganggap
tindakan penduduk desa ini tidak akan berjaya. Jadi, apakah pencetus yang
menyebabkan ada segelintir pihak yang memandang rendah usaha penduduk
desa ini?

Anggapan yang paling mudah ialah golongan ini memandang rendah mutu
kerja penduduk desa. Pada firasat mereka, kualiti yang diperlihatkan selama
ini masih di takuk lama yakni tiada perubahan drastik seperti reka bentuk dan
penggunaan warna produk. Mereka menganggap aktiviti sampingan
penduduk desa yang memang tidak mengutamakan kualiti. Pada mata
golongan ini, kualiti barangan luar negara sahaja yang lebih baik walaupun
anggapan mereka itu jauh daripada kebenarannya.

Faktor yang kedua sudah pasti aspek pemasaran kraf tangan penduduk desa
itu sendiri. Pihak yang memandang rendah aktiviti ini mengutarakan
ketiadaan usaha-usaha konkrit untuk memasarkan hasil kraf tangan ini
terutama di pasaran antarabangsa. Ketiadaan usaha ini atau lebih tepat lagi
agensi khas untuk memasarkan kraf tangan telah membantutkan pasaran kraf
tangan negara. Mereka mahu kerajaan menubuhkan sebuah agensi khas
untuk tujuan pemasaran sahaja.

Selain itu, kekurangan pelancong asing di negara ini turut menjadi alasan
golongan yang menentang usaha membuat kraf tangan ini. Jumlah pelancong
asing yang kecil dan kekurangan minat dalam kalangan pelancong tempatan
untuk membeli hasil kraf tangan pada mereka telah menyebabkan usaha ini
tidak perlu diteruskan atau diberi galakan. Mereka berpendapat jumlah
pelancong asing yang lebih ramai harus disediakan sebelum usaha kraf
tangan ini diberi galakan yang menyeluruh.
Alasan yang agak mengelirukan ialah ketiadaan sokongan kerajaan dalam
usaha meningkatkan industri kraf tangan negara. Golongan ini berpendapat
kerajaan tidak memberi galakan yang secukupnya seperti ketiadaan
pelepasan cukai keuntungan atau memberi bantuan teknikal dalam usaha
menembusi pasaran luar negara. Mungkin golongan ini terlalu bergantung
kepada kerajaan tanpa berusaha sendiri untuk mencari jalan atau rakan niaga
di luar negara dalam usaha mengembangkan pasaran kraf tangan negara.

Kesimpulannya, agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti KEMAS,


Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan harus memandang
serius tanggapan negatif segelintir masyarakat kita ini. Agensi kerajaan itu
haruslah proaktif dalam membuat perancangan untuk menangani pandangan
negatif mereka ini. Mungkin agensi kerajaan ini harus menggunakan
pendekatan yang baru atau berbeza dalam usaha untuk meyakinkan
masyarakat bahawa kraf tangan negara memang berpotensi untuk
dikembangkan secara komersial.
Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin
kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk


mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah
pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah
peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan


perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya
mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang
dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan
keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk
menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah
yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini


memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka
saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar.
Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang
telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat
dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi.


Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang
sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka
berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu
akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam
isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada
pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana
tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar
yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan
oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru
disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin.
Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan
peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah
dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka
habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih
berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup


menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa
depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya.
Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu
disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh


masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang
tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di
bumi nyata.
Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis.
Keadaan ini sering dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat
kita.

Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki


semangat ini kepada remaja.

Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau


nasionalisme yang mendalam terhadap negara yang tercinta. Sememangnya
semangat nasionalisme ini semakin berkurangan terutama dalam kalangan
generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah selari
dengan perubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu
dilaksanakan untuk memastikan sikap ini terus wujud kerana sikap ini
memiliki kesan yang positif.

Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah


dilaksanakan secara meluas. Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana
subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluas dalam diri remaja.
Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentingan
memiliki sikap menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan
subjek sejarah ini mampu menyuntik sikap nasionalisme dalam diri
masyarakat terutamanya remaja.

Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang


sanggup berkorban demi kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan.
Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan media massa dengan
menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan
tindakan mereka dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada
masa lampau. Langkah ini mampu meningkatkan pemahaman remaja tentang
sebab musabab yang membawa kepada pejuang negara itu melakukan
sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya, langkah
mempamerkan informasi tentang pejuang-pejuang negara ini mampu
meningkatkan semangat remaja untuk meniru semangat yang telah
dipamerkan oleh pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini.

Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan


satu pertandingan yang melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis
esei, dan pementasan drama yang bertemakan semangat kebangsaan.
Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa
yang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi.
Pertandingan yang berunsur sastera ini dapat mendekatkan remaja dengan
pejuang-pejuang negara yang sudah lama meninggalkan negara ini. Maka,
aktiviti berunsur pertandingan sastera ini memberi satu dimensi baru kepada
remaja untuk mencintai negara mereka.

Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek


kehidupan masyarakat. Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui kejayaan
melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatu anugerah, dan
pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat
kita mendaki Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu
meningkatkan sikap cinta akan negara ini selain kemampuan negara dalam
menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu. Perkara ini penting
ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh mereka
banggakan dan kaitkan dengan negara apabila berbicara tentang negara
sendiri. Sesungguhnya, semua kejayaan negara memberikan satu motivasi
yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapai kejayaan yang serupa atau
menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi.

Sebenarnya, kepentingan utama memiliki semangat cinta akan negara


ialah rakyat di negara ini mampu mengukuhkan perpaduan antara mereka.
Semua pihak menyedari bahawa perpaduanlah yang menjamin kejayaan
mereka di Malaysia ini. Semua memahami bahawa sikap mementingkan
negara menyelamatkan negara daripada kancah pergaduhan antara kaum.
Jelaslah, semangat cinta akan negara membentuk masyarakat kita
menghargai perpaduan dan berfikiran matang.

Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi


perkara penting dalam pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini
penting supaya remaja tidak lupa akan perjuangan yang sudah dilakukan oleh
generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan mereka menjadi sia-sia
belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri
sendiri, “apa yang mampu mereka sumbangkan kepada negara” dan
bukannya “apa yang mampu diberikan oleh negara kepada mereka”.
Sistem rangkaian pengangkutan awam di negara ini cuba disatukan
tetapi usaha itu masih di peringkat awal untuk menilai kejayaannya.

Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara


ini.

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai


pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel.
Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua
perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai
kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus
difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem
pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang
terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk
mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini
menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak
kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan
pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini
harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini
berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem


pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual
perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan
menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah
penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini
kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan
sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi
jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti
perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan
menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara
monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini
menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur
untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan
ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang
bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini
menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja


mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika
memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu
pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan
kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin
mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang
bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua
pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan
mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan


sudah lama serta masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana
kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal
dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu
perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan
hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media
massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas
dalam kemelut ini
Vandalisme

Maksud – Gejala memusnahkan kemudahan awam terutama


tandas dan pondok telefon.

Punca-punca?

Kurangnya kesedaran sivik masyarakat


terutama dalam kalangan remaja .

Pengaruh rakan untuk memusnahkan kemudahan


awam sebagai tanda menjadi ahli kumpulan.

Kurangnya pengawasan pihak berkuasa terhadap


kemudahan awam ini.

Remaja tidak mempunyai apa-apa untuk


dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai