Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum..

masa persediaan aku untuk pergi memancing, sempat juga aku ambil gambar-gambar ni untuk mengingatkan aku kembali didalam persediaan mata jig dikemudian hari kelak..Sebenarnya teknik ni aku dapat cilok dari Cikgu Shamweem semasa trip bersama ke Burma Bank tahun lepas..Persediaannya begitu rapi sekali, pada masa tu aku hanya duk perhatikan dari jauh je..

Persediaan aksesori yang perlu dan akan digunakan, Mata kail no 30, Bearing Swivel, Solid Ring dan Hiper Wire

Selain Tu, Epoxy untuk kemasan, shrink tube Rubber , Braided 15ld(lebihan) Kevlar 50g. Tools yang diperlukan, gunting, Player muncung tirus, Cutter dan player bermuncung "L" (Digunakan Untuk Buka Hiper Wire)

Mula-mula, Ikatkan mata dengan kevlar dengan ikatan pengukuhan Improved-trilene-knot & improved clinch knot

Ikat Lebihan Kevlar dengan simpulan Braided 15lb disekeliling Hook

Semak Kembali panjang kevlar dan masukkan shrink tube rubber sebelum Solid ring diikat dan dimatikan.

Sapukan Epoxy kebahagian ikatan agar ia lebih kukuh dan kuat.

Keringkan Epoxy selama satu hari, agar ia benar -benar kuat. Susurkan shrink tube Rubber dibahagian ikatan dan bakar shrink tube rubber agar ia mengecut dan melindungi ikatan dengan lebih kemas dan kuat. Mata Jig sudah siap untuk digunakan.

Masukkan Solid ring kedalam Hiper wire yang telah di sediakan bersama -

sama bearing swivel.

Jig yang telah siap untuk digunakan Fakta Menarik Penyediaan Assist Hook untuk jigging. 1. Selain kaedah diatas, penggunaan "splicing needle" didalam penyediaan assist hook dapat menghasilkan hasil yang lebih kemas dan cantik. 2. Berhati-hati dengan penggunaan lighter didalam mengecutkan shrink tube rubber, sekiranya terlebih menyebabkan ia cair dan pengurangan kekuatan kevlar, dan klau tak cukup, ia mudah terlucut pula. 3. Selain lighter, hairdryer atau wap air panas juga boleh digunakan untuk mengecutkan shrink tube rubber tu.

Anda mungkin juga menyukai