Anda di halaman 1dari 10

Jawapan Soalan 1: Teori Teori Pembelajaran kognitif Prinsip dan Penjelasan Prinsip: -adalah proses mental yang aktif

untuk mendapatkan,menyimpan,mengingat dan menggunakan ilmu.Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap minda individu untuk memahami persekitarannya. Contoh Di dalam bilik darjah: -Murid lakukan amali solat subuh. -Murid dibimbing oleh guru cara melakukan solat subuh dengan betul seorang demi seorang. Penjelasan: - cara individu berfikir tentang situasi,termasuk kepercayaannya,jangkaannya dan Di luar bilik darjah: -Murid mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa

perasaannya,mempengaruhi fakta yang menunaikan solat individu pelajari dan cara dia belajar. subuh secara bersendirian di rumah. Teori Pembelajaran Gestalt Prinsip: -ahli-ahli gestalt berpendapat,dalam mengkaji subjek dari aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada personalitinya,kita perlu melihat polanya sebagai satu keseluruhan(as a whole).Teori gestalt dirumuskan sebagaithe whole is greater than the sum of its parts Di dalam bilik darjah: -Semasa belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi tajuk menyediakan jualan sandwich. -Murid telah lakukan tugasan secara kumpulan sehingga selesai dengan bimbingan guru mengikut kreativiti dan pengetahuan sedia ada

Penjelasan: -Kohler salah seorang pengasas psikologi gestalt, melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi(sultan)telah mengemukakan konsep celik akal(insight).Celik akal bermaksud penyelesaiaan masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.Bagaimanapun individu perlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsure-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Teori Pembelajaran Gagne Prinsip: -Teori pembelajaran Gagne menekankan system pembelajaran harus bermula daripada yang mudah(peringkat asas)kepada yang rumit.Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi,guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru. Penjelasan: -Supaya pembelajaran menjadi berkesan,Gagne mencadangkan agar guru merancang pengajaran yang meliputi lapan fasa pengajaran yang meliputi langkah yang dicadangkan, iaitu meliputi lapan fasa pengajaran

Di luar bilik darjah: -Semasa di rumah pada suatu pagi ibu tidak sempat menyediakan sarapan. -Murid lihat ada roti dan sardine jadi celik akal yang timbul dalam dirinya ialah untuk membuat sarapan sandwich sebagaimana yang telah dipelajari semasa waktu Kemahiran Hidup. Di dalam bilik darjah: -Mula-mula murid diajar kenal huruf jawi. -Kemudian murid diajar mengeja dan menyebut satu dan dua suku kata jawi. -Akhirnya murid diminta membentuk perkataan jawi yang sempurna. Di luar bilik darjah: -Mula-mula murid membaca perkataan jawi yang dia jumpa di mana-mana. -kemudian dia cuba baca buku cerita

yang berinteraksi dengan lapan fasa pembelajaran.

pendek dalam tulisan jawi. -Kemudian apabila sudah mahir murid akan membaca akhbar dalam tulisan jawi pula.

(6 markah)

Jawapan Soalan 2. (a)Teori kooperatif ialah bermaksud bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama.Pembelajaran koperatif pula ialah penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pengajaran supaya pelajar bekerja bersama-sama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan lain. Dalam kumpulan pembelajaran koperatif,pelajar diberikan dua tanggungjawab,iaitu mempelajari bahan yang diberikan dan memastikan ahli-ahli kumpulan juga mempelajari bahan tersebut.Oleh yang demikian,seseorang pelajar itu berusaha mencapai faedah bagi dirinya dan juga ahli kumpulannya.Persepsi pelajar dalam pembelajaran koperatif ialah mereka hanya akan dapat mencapai matlamat pembelajarannya,sekiranya ahli-ahli kumpulan belajar bersama.Mereka berbincang dan saling membantu antara satu sama lain untuk memahami dan saling menggalak supaya bekerja bersungguh-sungguh. Unsur-unsur kumpulan pembelajaran koperatif adalah seperti berikut:  Interaksi bersemuka(face to face interaction)  Saling pergantungan positif.  Bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri.  Kemahiran kolaberatif perlu supaya ahli-ahli kumpulan dapat berfungsi dengan baik.  Memastikan setiap ahli memahami proses kumpulan dan mempelajari dinamika kumpulan. (Woolfolk,1998;349)

Jawapan Soalan 2: (b) Pembelajaran teradun OUM Pembelajaran bersemuka Contoh pembelajaran konstruktivisme -Sebagai seorang pelajar haruslah bersedia sebelum mengikuti kelas contohnya dengan membaca terlebih dahulu tajuk/topik yang akan dipelajari pada hari itu.

-Semasa proses Pengajaran dan pembelajaran berlaku haruslah memberi tumpuan dan mengambil nota untuk meningkatkan tahap kefahaman. Pembelajaran atas talian -Mencari maklumat dan bahan pengajaran dan pembelajaran melalui internet.

-Menyertai forum perbincangan dalam talian Mylms untuk mengeluarkan idea dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Pembelajaran kendiri -Membuat nota ringkas atau rumusan setelah membaca modul yang disediakan memgikut topik.

-Mengikut jadual waktu belajar sendiri yang telah dibuat serta menepatinya agar semua kerja dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Jawapan Soalan 3. (a) Pengertian teori progressivist menurut aliran Progressivim telah diasaskan oleh William James merupakan seorang ahli psikologi terkenal di Amerika(11Januari 184226 Ogos 1910).Dimana beliau menegaskan bahawa otak/fikiran harus mempunyai fungsi biologi dan nilai meneruskan hidup di mana bahagian dari mata pelajaran asas diperolehi daripada ilmu pengetahuan tentang alam. Secara umumnya teori progressivism beranggapan bahawa kemampuan intelek manusia sebagai alat untuk hidup untuk kesejahteraan dan mengembangkan keperibadian manusia. Teori ini turut disokong sepenuhnya oleh John Dewey(1859-1952)yang menyatakan bahawa mempersiapkan anak untuk masa kini bukan menumpukan pada masa depan mereka yang belum pasti,ataupun didikan adalah proses dari kehidupan yang bukan persiapan masa yang akan datang. Ciri-ciri teori progressivist ini antara lainnya ialah menyatakan bahawa pembelajaran adalah pembelajaran sepanjang hayat.Guru berperanan sebagai pembimbing bukan pemberi arahan.Seterusnya pembentukan personaliti dalaman amat perlu dalam tumbesaran kanak-kanak.Pembelajaran adalah mengikut kebolehan kanak-kanak dan sesuatu yang berkaitan dengannya. Sebagai rumusannya dapatlah difahamkan bahawa teori progressivist menurut pendapat John Dewey,William H.Kilpatrick dan John Childs.Pembelajaran adalah pembelajaran sepanjang hayat bukan satu persediaan untuk hidup.Pembelajaran adalah sesuatu yang berkaitan dengan kebolehan kanak-kanak.Pembelajaran melalui penyelesaian masalah seharusnya lebih diutamakan pada nilai topik masalah.Guru bukanlah pemberi arahan tetapi membantu pelajar dalam memberi nasihat.Sekolah seharusnya menggalakkan kerjasama berbanding pertandingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Hanya corak demokrasi termasuk galakan,idea dan personaliti dalaman amat perlu dalam proses tumbesaran kanak-kanak.

Kesimpulannya teori progressivist ini menggambarkan tentang kaedah pembelajaran sepanjang hayat serta mengikut kebolehan kanak-kanak.ianya lebih menekankan kepada penyelesaian masalah serta guru merupakan pembimbing kepada murid dan bukan pemberi arahan.Akhirnya teori ini memberi kebebasan kepada tumbesaran kanak-kanak dalam corak demokrasi yang digunakan. ( b)Meskipun 50% rakyat Malaysia mempunyai akses internet ini tidak bermakna mereka menerima bulat-bulat teori yang dikemukakan.Bagi saya saya tidak bersetuju dengan penjelasan teori di atas ini kerana semua teori tersebut adalah dari Barat yang mana kita sedia maklum cara pendekatan mereka dalam sistem pendidikan di Negara kita adalah berbeza. Sebenarnya cara pendidikan berasaskan teori pemikiran Islam adalah jauh lebih baik daripada mereka.Sekiranya kita amati Rasulullah sendiri merupakan seorang pemikir islam yang terunggul melalui hadis-hadisnya kita dapat mempelajari sesuatu yang baru.Begitu juga melalui al-Quran yang mana akhir-akhir ini Negara barat sibuk mengkajinya untuk mengetahui apa yang tersurat disebalik yang tersirat.Sebagai seorang Islam kita seharusnya bangga dengan tokoh-tokoh pendidikan Islam dan mengamalkan teori yang dibawanya.Bukannya kita belajar dan mengkaji teori dari barat yang asalnya diambil dari cendikiawan Islam yang terdahulu.Sekiranya kita amati dan teliti isi penjelasan teori di atas semua ada kaitan dengan teori pemikiran Islam.Oleh itu ia hanya sesuai untuk pengetahuan bukan sebagai pegangan atau amalan kita.

Jawapan Soalan 4. Kes pertama responden berumur 44 tahun,merupakan seorang guru.Suami tidak bekerja kerana terlibat aktif dengan kumpulan tabligh.Responden seorang yang sabar dan tabah.Beliau memiliki 5 orang anak yang sedang membesar dan memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. Berdasarkan hirarki Maslow,saya lihat responden ini bekerja keras untuk memenuhi setiap keperluan bermula tahap yang pertama iaitu keperluan asas iaitu makanan,pakaian dan tempat tinggal.Beliau berusaha menambah pendapatannya dengan berniaga kuih- muih di kantin sekolah. Seterusnya bagi memenuhi tahap yang kedua iaitu keselamatan,beliau meminta anak buahnya yang baru berkahwin tinggal menyewa di sebelah rumahnya yang kebetulan kosong.Ini kerana suaminya kerap keluar bandar untuk berdakwah atau bertabligh.oleh itu beliau merasa diri dan anak-anak dilindungi. Untuk mencapai tahap yang ketiga iaitu keperluan kasih-sayang beliau menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak.Buktinya kesemua anak-anak beliau berjaya dalam peperiksan UPSR dan PMR dengan mendapat keputusan yang cemerlang.Hubungan yang rapat dengan anak-anak telah memenuhi keperluan kasih sayang yang tidak dapat dipenuhi oleh suami terhadap dirinya.

Kk
Kesempurnaan

Penghargaan Kasih sayang

Hirarki Maslow

Keselamatan Keperluan asas

Sehingga kini beliau masih belum mencapai tahap yang keempat iaitu penghargaan dan tahap yang kelima iaitu kesempurnaan.Penghargaan yang diharapkan ialah segala pengorbanan dan kesabaran dirinya selama ini dihargai oleh suami. Kesempurnaan pula ialah inginkan sebuah keluarga sepertimana orang lain yang mana suami dan isteri berperanan dalam membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak-anak dan keluarga. Apa yang dapat saya perhatikan responden mempunyai ciri-ciri yang positif dalam dirinya untuk mencapai kedua dua tahap yang belum tercapai itu.Beliau bermotivasi tinggi serta mempunyai keyakinan diri dalam berdikari,rajin,bertanggungjawab dan tidak mudah putus asa.Ini kerana bukannya mudah untuk menghadapi kehidupan secara bersendirian meskipun telah bersuami. Banyak cabaran dan rintangan terpaksa dilalui.Justeru itu dengan kelebihan yang ada pada diri beliau tidak mustahil beliau akan dapat mencapai tujuan iaitu mendapat penghargaan daripada suami dan kesempurnaan dalam kehidupan pada masa akan datang. Berikut adalah kes yang kedua.Responden berumur 9 tahun.Merupakan anak ke tiga daripa 5 beradik.Baru diambil untuk tinggal bersama ibu yang bertugas inspektor polis trafik.Sejak kecil beliau telah tinggal bersama ibu saudaranya kerana ibunya bertugas tidak mengikut waktu pejabat kerana sentiasa bersedia.Contohnya jika kemalangan berlaku pukul 2.00pagi beliau akan bergegas ke tempat kejadian untuk membuat laporan.Apabila beliau sudah berumur 9 tahun ibunya berfikir adalah wajar untuk membawanya tinggal bersama keluarga. Berdasarkan hirarki Maslow responden ini telah mencapai tahap pertama dan kedua tetapi beliau belum mencapai tahap yang ke tiga iaitukeperluan kasih sayang.Beliau merasakan ibunya telah mengabaikannya sehingga sanggup membiarkan dirinya tinggal bersama ibu saudaranya sedangkan kedua-dua kakaknya telah menetap di asrama dan hujung minggu akan dihabiskan bersama ibubapanya. Apa yang dapat diperhatikan melalui responden kedua ini adalah beliau berusaha untuk mendapatkan sepenuh perhatian daripada ibunya bagi mencapai tahap keperluan kasih sayang dalam hirarki Maslov yang masih belum dipenuhi.

Kekuatan yang ada pada diri responden ialah beliau berani berterus terang pada ibunya bahawa ibunya tidak memberi perhatian terhadapnya.Ekoran daripada itu ibunya berusaha untuk mencapai tahap keperluan kasih sayang yang diingini oleh responden.

Anda mungkin juga menyukai