Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN Langkah-langkah menjaga kesihatan Kesihatan melambangkan kekayaan dan Badan sihat, otak cerdas sering diungkapkan

oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengansempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimumseperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambilmakanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanandaripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramidmakanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayursayuran yang kaya dengan seratdan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein.Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja. Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukansenaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat.Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannyaberfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan danmengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh kejantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakatmelakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakitjantung, dan tekanan darah tinggi. Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah denganmempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurangdaripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil.Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjayang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dansenang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam seharidiperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan. Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagaikemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen Rakyat Sihat, Negara Maju. Rakyatyang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif.Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogankata mencegah lebih baik daripada merawat.