manusia yang dicirikan dan didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yang tinggi, peradaban. DEFINISI INTERAKSI: Interaksi bermaksud pertemuan, perhubungan dan komunikasi antara individu dan individu,, individu dan masyarakat serta masyarakat dan masyarakat.Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik.Melalui proses interaksi antara budaya ,maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun. Interaksi antara tamadun Melayu dan tamadun India Zaman Pra-Penjajahan Barat: Interaksi tamadun India dan tamadun tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu. Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut.Zaman kesultanan Melayu Melaka,golongan pedagang utama adalah pedagang India.Sesetengah pedagang India ini menetap di Melaka dan berkahwin dengan wanita golongan bangsawan Melayu seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka.Khoja Hassan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah.(Sazelin Arif,2007). Pada Zaman Penjajahan Barat : Kedatangan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas perjanjian Inggeris-Belanda.mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu,kopi dan teh.Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,77 orang India di negeri-negeri Selat,negerinegeri Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang(Malaysia Kita,2000)
Interaksi Tamadun India dan China menurut rekod sejarah China interaksi berlaku melalui hubungan perdagangan seawall kurun ke-2 s.m.Laluan perdagangan yang dikenali sebagai Jalan suteradigunakan dalam menjalinkan hubungan dengan Negara luar.Selain itu agama Buddha menjadi komoditi terpenting yang dibawa ke China. Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan. Kesan interaksi tamadun India dan tamadun China : 1.Penyebaran Agama Buddha Agama merupakan kesan yang paling ketara dalam proses interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina.Ajaran Buddha muncul di India pada kurun ke-6 S.M dan disebarkan ke Asia Tengah,Asia Tenggara dan Asia Timur.Ajaran Buddha dibawa masuk ke China pada kurun pertama Masihi.Maharaja menghantar wakil ke India untuk memahami dan mendalami ajaran Buddha.Ajaran ini disesuaikan dengan tradisi budaya cina termasuk doktrin Daoisme dan Konfusianisme namun tidak menjejaskan doktrin asal Buddhisme.Sami-sami dari China menetap di india dan mempelajari kitab Buddha(bahasa Sanskrit dan Pali)sebelum membawa ajaran tersebut ke China.Kitab-kitab Buddhisme dari bahasa Sanskrit atau Pali diterjemah ke dalam bahasa cina.Orang Cina telah berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi(Tripitaka). 2. Sains dan Teknologi Ciptaan sains dan teknologi yang dibawa dari China seperti Pembuatan kertas,tembikar,bahan letupan,percetakan dan kompas telah dibawa ke india.Dalam bidang perubatan pula,perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India.Karya perubatan India banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina bagi memperkayakan lagi ilmu perubatan Cina.Teknologi India menghasilkan gula daripada tebu telah dibawa ke China pada Zaman Dinasti Tang.Pada Zaman Dinasti Sui,60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina.Di zaman Dinasti Tang, kalendar lunar Cina didapati kurang tepat maka system India diperkenal dan digunapakai pada akhir kurun ke-7. 3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian Kitab Buddha dianggap sebagai ciptaan sastera dan telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina. Perbendaharaan kata,tema,gaya dan genre.Selain itu,seni muzik India juga dibawa bersama-sama agama Buddha.Salah satu peralatan muzik Cina yang berasal dari India ialah pipa dan konghou.Ilmu fonetik bahasa Cina menggunakan pengetahuan dan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme dari India. INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN INDIA Interaksi bermula seawal abad ke-3 SM.Bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipaiaitu Semenanjung Melayu.Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu ialah bagi mendapatkan emas,sesuai dengan gelaran Suvarnabhumi yang diberikan kepada tanah Melayu yang bermaksud tanah emas.Selain faktor perdagangan,interaksi diperingkat awal ini juga berkait rapat dengan penyebaran agama Hindu dan Buddha.Pedagang India telah menyebarkan agama dan kebudayaan dari India kepada penduduk tempatan.Pengaruh dari proses interaksi pada peringkat awal telah meninggalkan kesan dalam kehidupan orang melayu.Contohnya melalui upacara persandingan,pertabalan sultan dan adat resam seharian.Dari aspek bahasa pula,bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi dan memperkayakan lagi bahasa melayu.Ramayana dan Mahabharata adalah sastera epik Hindu yang mempengaruhi perkembangan sasatera Melayu. Kesan interaksi Tamadun Melayu-Tamadun India: 1.Penyebaran Agama Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.Masyarakat Melayu tertarik dengan
ajaran Hindu kerana wujud persamaan dengan amalan animisme yang mengaitkan kepercayaan antara mereka dan roh semulajadi.Kedatangan agama Hindu dan Buddha sedikit sebanyak telah menjadikan upacara agama di kalangan masyarakat tempatan lebih formal dan teratur.Namun kesannya tidak menyeluruh kerana ia hanya tertumpu kepada golongan atasan atau bangsawan sahaja.Candi Bukit Batu Pahat di Lembah bujang merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu ketika kerajaan Chola menguasai Kedah. 2.Sistem Pemerintahan Konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan telah membentuk konsep Dewaraja dalam bahasa Sanskrit yang bermakna God King.Mengikut ajaran Hindu yang beranggapan Raja mempunyai kuasa penuh dalam urusan agama dan kerajaan.Raja dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia.Ini telah mempengaruhi pemikiran dan membentuk pandangan semesta masyarakat Melayu ketika itu.Upacara pertabalan dijalankan bagi mengekalkan status tinggi Raja.Panca Persada yang seperti Gunung Mahameru memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.Raja dianggap suci dan berdarah putih.Melalui istiadat pertabalan, Raja dianugerahkan kuasa daulat.Rakyat hendaklah patuh dan setia kepada Raja dan Raja pula mesti menjalankan pemerintahan dengan adil. 3.Struktur Masyarakat - Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas gsteolongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. - Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu 4.Adat resam dan Budaya Kedatangan agama Hindu telah mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat melayu contohnya amalan jampi dan mentera.Selain itu,amalan adat yang masih kekal di kalangan masyarakat melayu pada masa kini seperti melenggang perut,bertindik telinga ,bersanding dan berinai,mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi.Namun adat-adat yang bertentangan sudah tidak diamalkan lagi dikalangan masyarakat Melayu.Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dengan kebudayaan Melayu dari segi pakaian tradisional misalnya kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi kaum wanita manakala berpelekat,baju Melayu dan talapa iaitu seperti kain serban untuk menutup kepala bagi kaum lelaki. 5. Bahasa Bermula sejak awal kurun masihi dan berlanjutan sehingga zaman kedatangan islam pada abad ke -13,rantau ini telah menggunakan bahasa Sanskrit sebagai bahasa pengucapan utama.Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit(683 M),Batu Bersurat Talang Tuwo(684 M),Batu Bersurat Kota Kapur(686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi(692 M) membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu Kuno yang digunakan ketika itu.Selain daripada perkataan Arab,turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu. Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru) Bhakti = bakti Bhumi = bumi Dosa = dosa Drohaka = derhaka Maharddhika = merdeka Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra Tathapi = tetapi Vela = bila 6.Kesusasteraan
Kesusateraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata juga dibawa masuk ke rantau ini.Hikayat Seri Rama mendapat inspirasi daripada Epik Ramayana manakala Epik Mahabharata diberi wajah tempatan dan diberikan nama Hikayat Pendawa Lima,Hikayat Pandawa,Hikayat Panda Delima dan Hikyat Sang Boma.Karya sastera Melayu tradisional mementingkan aspek kesenian,keromantisan,keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan mitos yang turut diadaptasikan dalam bentuk persembahan wayang kulit. INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA Menurut rekod rasmi bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China manakala pedagang Kedah juga telah berdagang ke China.Kedah menjadi pusat perhentian utama bagi sami Buddha dari China yang belayar melalui selat Melaka untuk ke India sekitar tahun 250 M.Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka,hubungan diplomatik dengan China penting agar Melaka selamat dari ancaman musuh. ujud petempatan W kekal orang Cina di Melaka dan pemerintah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan China.Pada tahun 1405,Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh Maharaja China.Parameswara telah dianugerahk an cop mohor,pakaian sutera dan sekaki payung dan Melaka hendaklah membayar ufti sebagai menerima pertuanan China.Kesannya Melaka berjaya berkembang sebagai pusat perdagangan yang masyhur di bawah perlindungan China.Berikutan itu,Maharaja China telah menghantar puterinya,Hang Lipo untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah iaitu Sultan Melaka pada ketika itu.Puteri Hang Lipo telah diiringi kira -kira 500 orang dayang-dayang dan kesemuanya telah memeluk agama islam.kedatangan mereka disambut baik oleh Sultan Melaka.Berlaku proses sosialisasi dan pembudayaan di kalangan masyarakat Cina sehingga membawa kepada berlakunya pertukaran dan percampuran budaya yang ketara di kalangan komuniti Cina dengan mayarakat tempatan.Kelompok yang berasal daripada keturunan pengiring Puteri Hang Lipo dikenali sebagai Baba dan Nyonya atau peranakan.kebanyakan kelompok komuniti Cina terawal ini terdiri daripada golongan Hokkien,Hakka dan KongFu.Hasil daripada proses interaksi golongan ini berupaya mengadaptasikan diri dengan kebudayaan tempatan disamping terus megekalkan identiti asal mereka.Pada awal abad ke-19,setelah kedatangan kuasa British dan penubuhan Negeri-negeri Selat,berlaku pertambahan bilangan orang Cina di Tanah Melayu.Mereka adalah golongan peniaga yang Berjaya dan dikenali sebagai Cina Selat atau Straits Chinese. Kesan Interaksi Tamadun Melayu-Tamadun Cina: 1. Penyebaran Agama Pada peringkat awal,Islam di Tanah Melayu dikatakan datang dari Tanah Besar ekoran daripada hubungan perdagangan antara Tanah Arab dengan Negara China yang mendorong kepada kemasukan agama Islam ke China.Islam yang dibawa melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039,di Brunei 1048,di Laren ,Jawa pada 1082.Islam juga tersebar ke Alam Melayu melalui hubungan diplomatik. 2. Warisan Cina Peranakan Warisan Cina peranakan yeng dikenali sebagai Baba dan Nyonya adalah kesan interaksi budaya yang paling jelas di kalangan masyarakat Cina.Sbahagian mereka menetap di Melaka dan berasal dari keturunan para pengiring Puteri Hang Lipo.Kebudayaan mereka berasal dari warisan tradisi Cina dan turut mempunyai unsure pengaruh kebudayaan Melayu.Selain daripada perkahwinan campur,pergaulan Baba dan Nyonya dengan masyarakat Melayu telah menyebabkan berlakunya proses penyesuaian dan resapan budaya.Golongan Baba dan Nyonya atau peranakan ini fasih bertutur dalam bahasa Melayu.Bahasa Melayu Baba yang digunakan mereka banyak mengandungi perkataan Hokkien.Dari segi cara masakan pula banyak dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan sudah menjadi kebiasaan mereka makan menggunakan tangan.Masih terdapat golongan Nyonya generasi tua yang masih mengenakan pakaian kebaya dan kain sarong pada hari ini sama seperti kaum wanita Melayu. 3. Kebudayaan
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. - Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah 4. Perubatan dan Teknologi - Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang - Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. - Teh Cina ataupun green tea - Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan - Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin
TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN Perkataan Eropah berasal daripada Europe berhubung kait dengan lagenda. - Europa anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete Konotasi dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete memindahkan pencapaian tamaduntamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996) Tamadun Eropah Empat zaman yang nyata tamadun Eropah: 1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m) 2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek) 3)Zaman Penguasaan Yunani Iskandar Zulkarnain 4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik -Zaman Pertengahan : Awal (476 m) -Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne. - Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m) Kegemilangan politik, ekonomi & sosial. - Zaman Awal Moden (1500 m) Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti Revolusi Sains. - Zaman Moden (1800 m hingga hari ini). - Zaman penyerlahan revolusi Perancis 1789. - Revolusi Perindustrian England 1780an.
INTERAKSI CHINA DAN JEPUN Berlaku secara aman. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun. Dari segi agama dan tulisan - agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto) - Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana) Perkembangan intelektual dan kesusasteraan. - Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman. - Struktur pembinaan bandar. - Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga. - Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. - Sistem pemerintahan berpusat
Nilai-nilai Universal Antara Tamadun 1. KETERBUKAAN -Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain. Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran. -Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman 2. KESEJAGATAN -Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia. Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam. -Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia.
PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN - Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi. - Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya: 1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam. 2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat 3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia. 4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing 5. Ekonomi-moral semesta 6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia 7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik Posted by haba at 7:16 AM Labels: Interaksi Antara Tamadun - Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran aya - Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:amalan jampi & mentera - Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi, - Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu 5. Bahasa - Pengaruh bahasa Sanskit - Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu - Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru) Bhakti = bakti Bhumi = bumi Dosa = dosa Drohaka = derhaka Maharddhika = merdeka Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra
Tathapi = tetapi Vela = bila 6.Kesusasteraan - Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana - Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma - Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan rajaraja & menyelitkan unsur epik & mitos - Turut diadaptasikan dlm wayang kulit
INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA - Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China - Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M - Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh - Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China - Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah. - Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan - Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese Kesan: 1. Penyebaran Agama - Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan - Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082). 2. Warisan Cina Peranakan - Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. - Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. - Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien - Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan - Pakaian kebaya dan kain sarong 3. Kebudayaan - Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. - Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah 4. Perubatan dan Teknologi - Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang - Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. - Teh Cina ataupun green tea
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan - Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin
TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN Perkataan Eropah berasal daripada Europe berhubung kait dengan lagenda. - Europa anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete Konotasi dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete memindahkan pencapaian tamaduntamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996) Tamadun Eropah Empat zaman yang nyata tamadun Eropah: 1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m) 2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek) 3)Zaman Penguasaan Yunani Iskandar Zulkarnain 4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik -Zaman Pertengahan : Awal (476 m) -Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne. - Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m) Kegemilangan politik, ekonomi & sosial. - Zaman Awal Moden (1500 m) Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti Revolusi Sains. - Zaman Moden (1800 m hingga hari ini). - Zaman penyerlahan revolusi Perancis 1789. - Revolusi Perindustrian England 1780an. INTERAKSI CHINA DAN JEPUN Berlaku secara aman. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun. Dari segi agama dan tulisan - agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto) - Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana) Perkembangan intelektual dan kesusasteraan. - Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman. - Struktur pembinaan bandar. - Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga. - Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. - Sistem pemerintahan berpusat
Nilai-nilai Universal Antara Tamadun 1. KETERBUKAAN -Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain. Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran. -Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman 2. KESEJAGATAN -Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan
manusia. Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam. -Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia.
PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN - Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi. - Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya: 1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam. 2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat 3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia. 4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing 5. Ekonomi-moral semesta 6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia 7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik Posted by haba at 7:16 AM Labels: Interaksi Antara Tamadun
Ta hun
321 S.M
. tela
h lahi
r emp
ayar yan
g pert
ama di
Indi a
sem asa
pem erin
taha n
Din asti
Ma urya
. Di