Anda di halaman 1dari 5

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Pendidikan Holistik Kearah Membangunkan Modal Insan Terbilang

Rohana Hamzah

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia anahaiqal@yahoo.com

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan cabaran pembangunan insan menurut sarjana barat yang meletakkan cabaran pembangunan sains dan teknologi sebagai cabaran utama dalam proses pembangunan insan. Kertas kerja ini turut membentangkan cabaran pembangunan insan dari sudut pandangan sarjana muslim yang meletakkan pembanguan aspek kejiwaan sebagai cabaran kepada proses pendidikan. Proses pembangunan insan yang berkualiti menurut mereka ialah insan yang mampu mengerakkan tenaga jiwa rasional untuk mengawal jiwa kehaiwanan dan mengarahkannya kepada kebaikan dan kebenaran. Manakala pendekatan pembangunan insan holistik dalam pendidikan bermakna pendekatan yang menyepadukan diantara ilmu wahyu (ilmu agama) dan ilmu intelektual yang berasaskan sains dan teknologi kearah melahirkan jiwa insan yang menyedari dan mengakui kehambaanya kepada Allah dan mengerakkan seluruh tenaga fizikalnya untuk memenuhi tujuan penciptaanya iaitu sebagai khalifah.

Keywords: Pendidikan bersepadu, jiwa rasional, jiwa kehaiwanan, holistik dan khalifah

1. Pengenalan

Pembangunan modal insan telah menjadi fokus utama di dalam usaha memenuhi impian Malaysia, untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Apa yang diinginkan ialah kualiti modal insan yang tinggi bukan sahaja dari segi intelektual malah juga dari segi nilai akhlak yang tinggi sebagai asas kepada pembangunan personaliti yang berdaya maju.

2. Cabaran pembangunan insan menurut sarjana barat

Pendidikan dan pembangunan modal insan adalah dua faktor yang saling berkaitan diantara satu sama lain. Dengan kata lain kualiti pendidikan yang tinggi akan menghasilkan kualiti modal insan yang tinggi.

Berbagai usaha telah dilakukan kearah mempertingkatkan kualiti pendidikkan. Pelbagai teori pembelajaran tentang cara bagaimanan untuk mendidik manusia telah dikenalpasti oleh sarjana Barat seperti teori tingkah-laku, teori kognitif dan teori pembelajaran konstruktif (Carbonell, 2004).

Tidak cukup dengan perkembangan berbagai teori pembelajaran, berbagai taksonomi pengajaran pula dibangunkan seperti taksonomi Bloom,

1

taksonomi Gagne, taksonomi Merril dan taksonomi Anderson’s (Carbonell, 2004).

Walaubagaimanapun pembangunan teori-teori pembelajaran dan pengajaran ini kelihatannya kurang sempurna terutamanya dari segi panduan didalam pembangunan potensi kejiwaan (spiritual) (Wan Mohd Zahid, 1994). Kenapakah hal ini terjadi?

Bagi memahami keadaan ini, kita perlu memahami bahawa pembangunan pendidikan berasaskan falsafah barat konsep pemisahan diantara aspek kejiwaan dan pendidikan. Pendidikan dilihat sebagai proses pembangunan sains yang bersifat pembuktian nyata yang menolak aspek transcendental. Dengan perkataan lain agama yang menjadi asas kepada pembangunan potensi kejiwaan manusia diabaikan (Wahid Bakhsh Shaikh, 1999).

Berdasarkan sejarah ketamadunan barat terdapat konflik diantara agama dan pembangunan ilmu sains (ilmu intellektual). Kebanyakan sarjana barat mengakui bahawa hanya melalui sains mereka akan menemui kebenaran. Oleh itu pembangunan pendidikan menurut ahli falsafah barat adalah secara dasarnya adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi dan keperluan material (Wahid Bakhsh Shaikh, 1999). Oleh itu pembangunan pendidikan berdasarkan falsafah barat meletakkan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

pembangunan sains dan teknologi sebagai cabaran utama kepada proses pembangunan insan.

3. Cabaran pembangunan insan menurut sarjana muslim

Apabila menyentuh aspek pembangunan nilai akhlak yang tinggi, tidak dapat tidak ia adalah berkait rapat dengan pembangunan aspek kejiwaan. Manakalah apabila menyentuh pembangunan aspek kejiwaan, kita perlu mengaitkannya dengan agama. Carl Jung, pengasas kepada pembangunan ilmu psichoterapi, menyatakan bahawa sebab utama manusia moden memerlukan rawatan psikoterapi adalah kerana mereka tidak lagi berpegang teguh kepada agama. Manakalah menurut Gordon Allport agama yang matang adalah agama yang boleh membangunkan individu secara menyeluruh and tidak bersifat mendiskriminasikan kumpulan agama yang lain (Carmody and Brink 2002).

Menurut Imam Ghazali, pendidikan bermaksud proses pembangunan diri yang menyeluruh yang meliputi hati, akal, ruh dan nafsu atau kehendak. Oleh itu untuk memahami pendidikan, kita perlu memahami proses pembangunan kejiwaan manusia kerana aspek kejiwaan akan mempengaruhi tingkah-laku manusia dan bagaimana mereka bertindak balas dengan persekitaran (Langgulung,

1987).

Pembanguan insan menurut sarjana Muslim selalunya merujuk kepada tiga tahap kesedaran jiwa yang tidak terpisah iaitu jiwa yang bertindak berdasarkan rangsangan (nafsu-ammarah) yang juga dikenali sebagai jiwa kehaiwanan; jiwa yang sedang berkonflik diantara kebaikan dan keburukan ( al-lawwamah); dan jiwa rasional (al- Mutma’innah). Ini juga dikenali sebagai pusat tenaga yang penting didalam pembangunan kejiwaan manusia (Hasan Langgulung, 1987; Fazlur Rahman, 1999; Syed Muhammad Naquib al- Attas, 2001; Ibnu Abdullah Al-Naqshabandi, 2005).

Nafsu ammarah adalah tahap terendah didalam tahap pembangunan aspek kejiwaan manusia. Pada asasnya ia adalah pusat tenaga yang mendorong manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka yang tidak terbatas. Tenaga ini adalah tenaga negatif yang akan mendorong potensi manusia kearah memenuhi keperluan fizikal serta material dan melupai Sang PenciptaNya. Sifat manusia yang terperangkap di dalam pusat tenaga ini akan mempunyai sifat-sifat seperti hipokrit, bangga diri, merasakan kecukupan diri (sudah baik, sudah pandai dangan kata lain tidak mahu belajar untuk berubah agar menjadi lebih baik), cemburu, sombong, resah-gelisah, materialistik dan sifat-sifat ini juga dikatakan sebagai penyakit kejiwaan manusia (Naumana Amjad, 1992)

2

Tahap yang kedua ialah jiwa al-Lawammah. Jiwa manusia pada tahap ini ialah jiwa yang sedang keliru dan konflik. Tahap pembangunan manusia yang berada pada tahap ini ada masanya akan melakukan kebaikan dan ada masanya memilih untuk melakukan kejahatan iaitu menurut nafsu- ammarahnya.

Tahap ketiga iaitu tahap tertinggi dalam pembangunan kejiwaan manusia adalah jiwa al- mutmain’innah yang juga dikenali sebagai jiwa rasional. Jiwa manusia pada tahap ini akan mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan Yang Maha Pencipta dan mengerakkan seluruh tenaganya kearah kebaikan dan kebenaran serta dapat menikmati ketenangan jiwa. Oleh itu jiwa rasional merupakan satu tenaga yang perlu menguasai dan mengawal jiwa kehaiwanan manusia dan mengarahkannya kepada kebaikan dan kebenaran (Fazlur Rahman, 1999)

Kesan utama kegagalan pembangunan jiwa rasional untuk mengawal jiwa al-ammarah ialah terhadap pembangunan kebolehan untuk berfikir atau kebolehan manusia untuk menggunakan kemampuan intelektualnya (Ibnu Abdullah Al- Naqshabandi, 2005; Zafar Afaq Ansari, 1992). Dengan kata lain proses pembangunan potensi kejiwaan akan meningkatkan kualiti modal insan. Tahap pembangunan potensi kejiwaan dan hubungannya dengan nilai intelektual digambarkan di dalam rajah berikut:

HIGH I Angelic Power; N (self T conscience) E L (al-nafs al- L E C
HIGH
I
Angelic Power;
N
(self
T
conscience)
E
L
(al-nafs al-
L
E
C
T
U
Armies Power (al-nafs al-
A
L
Animal Power (al-nafs al-ammarah)

LOW

Oleh itu pembangunan insan menerusi pendidikan adalah proses yang berterusan untuk membangunkan jiwa rasional agar mampu mengawal jiwa kehaiwanan. Dengan kata lain proses ini juga dikenali sebagai proses mengembalikan jiwa manusia kepada keadaan fitrahnya iaitu kearah kebaikan dan kebenaran dan ianya juga dikenali sebagai jiwa kehambaan.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

4. Model pembangunan insan menurut sarjana muslim

Proses pembangunan insan menurut sarjana muslim dibangunkan berasaskan gambaran yang jelas tentang fitrah asas kejadian manusia itu sendiri. Abdul Hayy Alawi (1992), menyatakan tiga prinsip asas penciptaan manusia yang perlu difahami di dalam proses pembangunan insan:

i. Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian dan diangkat menjadi `khalifah’ kepada seluruh makhluk ciptaanNya. Ruh yang dihembuskan ke jasad manusia juga ruh yang di cipta oleh Allah khusus untuk membolehkan manusia memainkan peranannya sebagai khalifah kepada seluruh kejadianNya. Oleh itu fitrah dan pembangunan manusia itu tidak boleh dilakukan dengan mengabaikan aspek pembangunan spiritualnya.

ii. Proses pembangunan insan bertentangan dengan model rangsangan dan respon yang dikenali melalui teori pembelajaran tingkah- laku kerana manusia di anugerahkan potensi ``kebebasan memilih” ( the potential of freedom) yang dipertanggungjawabkan kepadanya dan dipersoalkan di hari kebangkitan kelak.

iii. Sebab kejadian manusia ialah untuk mencari keredhaan Allah dengan penyerahan tenaga zahir dan batinnya ke arah mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. Inilah prinsip kehambaan manusia kepada Allah. Oleh itu potensi ``kebebasan memilih” yang dipertanggungjawabkan kepada manusia adalah untuk memenuhi tujuan penciptaannya iaitu sebagai hamba hanya kepada Allah didalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai ``khalifah” kepada seluruh makhluk ciptaanNya.

Oleh itu kejadian manusia pada fitrahnya adalah hasil gabungan dua entiti asas iaitu jasad dan ruh. Maka kesan daripada gabungan ini juga menghasilkan dua potensi iaitu sama ada manusia itu membangun kearah kebaikan atau keburukan. Potensi kearah menjadi lebih baik itu datang dari pada fitrah kejadian ruh yang cenderung kearah menghambakan diri kepada Allah (SWT). Manakalah potensi kearah menjadi lebih buruk iaitu kearah menghampiri jiwa kehaiwanan datang daripada fitrah kejadian jasad yang cenderung kepada rangsangan untuk memenuhi keperluan

fizikal.

Potensi-potensi ini akhirnya membentuk dua jenis tenaga iaitu tenaga positif (self-enlightening force) yang mengerakkan pembangunan jiwa kearah tingkat jiwa rasional (al-mutmai’nah) dan

3

tenaga negatif (self-narrowness force) yang mengerakkan jiwa kearah tingkat jiwa kehaiwanan (impulsive mind; al-ammarah) (Hasan Langgulung, 1987 dan Wahid Bakhsh Shaikh, 1999).

Rajah

berikutnya

mengambarkan

model

pembangunan insan menurut sarjana muslim:

Mendekati sifat-sifat

Ketuhanan

Mendekati sifat-sifat Ketuhanan Jiwa Rasional (al-Nafs al-Mutma’innah) Tingkat tertinggi dalam tahap pembangunan diri

Jiwa Rasional (al-Nafs al-Mutma’innah) Tingkat tertinggi dalam tahap pembangunan diri

Self-enlightening force (Attracted to the higher level) Self-narrowness force (Attracted to the lower level) Jiwa
Self-enlightening force
(Attracted to the higher
level)
Self-narrowness force
(Attracted to the lower
level)
Jiwa Konflik
(al-Nafs al-Lawwamah)
Tingkat menengah dalam tahap
pembangunan diri
Self-enlightening force
(Attracted to the higher
level)
Self-narrowness force
(Attracted to the lower
level)

Nafs (al-Nafs al-Ammarah) Tingkat terendah dalam tahap pembangunan diri

al-Ammarah) Tingkat terendah dalam tahap pembangunan diri Jiwa kehaiwanan (Manusia yang jiwanya mati) Ghairah memenuhi

Jiwa kehaiwanan (Manusia yang jiwanya mati) Ghairah memenuhi keperluan duniawi

Menurut Muhammad al-Mahdi (2004), tanggungjawah seorang khalifah boleh diringkaskan kepada tiga prinsipal asas iaitu:

i. Memilih untuk menjadikan diri lebih baik.

ii. Membantu orang lain menjadi lebih baik.

iii. Menjadikan dunia fizikal lebih baik.

Secara ringkasnya proses pembangunan modal insan menurut sarjana muslim adalah satu proses transformasi kejiwaan. Seandainya manusia gagal membangunkan sifat kehambaan hanya kepada Allah dan gagal memainkan peranannya sebagai khalifah ia akan mengumpul momentum yang akan mengerakkannya kearah kemunduran jiwa iaitu jiwa kehaiwanan dan begitu jugalah jika sebaliknya.

5.

konteks

Proses pembangunan modal insan dalam

pendidikan

pendekatan

pembanguan

yang bersepadu

Didalam usaha membangunan modal insan secara menyeluruh, proses pendidikan juga memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Pendekatan yang holistk dalam pendidikan bermaksud penyepaduan diantara ilmu wahyu sebagai asas kepada pembangunan ilmu intelektual. Pendekatan pula bertujuan membawa pembangunan kejiwaan pelajar melalui pengajian ilmu intelektual menyedari dan mengakui kewujudan Allah (S.W.T) dan menyedari tujuan kehidupannya di dunia ini sebagai khalifah (Tajul Ariffin Noordin and Nor ‘Aini Dan, 2002; Mohd O.H. Al-Khatib, 2006).

Seperti yang telah dibincangkan, fitrah kejadian manusia itu adalah hasil gabungan dua entiti iaitu jasad dan ruh. Maka menurut Syed Naquib al-Attas pembangunan ilmu pengetahuan juga harus memenuhi dua aspek ini; ilmu yang memenuhi keperluan kejiwaan (ilmu agama) yang boleh diklasifikasikan ilmu asas dan ilmu yang memenuhi keperluan jasad (berkembang berdasarkan kajian empirical, sebab dan akibat) yang diklasifikasikan ilmu intelektual (Wan Mohd. Nor Wan Daud, 2005 dan Osman Bakar, 2006).

Menurut Fazlur Rahman (1999), pembangunan ilmu intelektual adalah satu usaha yang sia-sia sekiranya ia gagal membangunkan jiwa kehambaan manusia dan mengerakkan manusia kearah memenuhi tanggungjawabnya sebagai khalifah. Oleh itu ilmu keagamaan perlu menjadi asas kepada perkembangan ilmu intelektual kerana hanya ilmu agama yang akan melahirkan jiwa yang patuh kepada yang Maha Pencipta dan jiwa yang bertanggungjawab untuk memenuhi tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah.

Dalam erti bicara yang lebih mudah, pendekatan pendidikan yang bersepadu dan menyeluruh bermaksud pendekatan yang penyepaduan diantara pembangunan dan penerapan ilmu intelektual dengan ilmu agama yang membawa manusia menyedari hakikat kewujudannya dan tujuan kehidupannya di muka bumi ini iaitu sebagai khalifah Allah.

Penerapan ilmu agama yang terpisah daripada ilmu intelektual akan menjadikan ilmu agama itu tidak dapat dijelaskan dan diyakini akan kebenarannya. Manakalah penerapan ilmu intelektual tanpa secara terpisah daripada ilmu agama akan menjadikan pembangunan insan itu hilang arah tuju dan panduannya. Oleh itu di dalam proses pembangunan insan atau dengan kata lain proses pendidikkan, kedua kumpulan ilmu ini tidak boleh dikembangkan secara terpisah tetapi perlu diterapkan agar ia menjadi pelengkap diantara satu sama lain (H. Walidin, 2005).

6. Penutup

Dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang terbilang yang dikatakan potensinya terbangun secara menyeluruh, ia memerlukan pendidik yang

4

juga holistik. Seorang pendidik yang holistik bermaksud pendidik yang memahami proses pembangunan insan dari sudut potensi kejiwaanya dan mengunakan pendekatan holistik dalam pendidikan agar proses ini dapat diterapkan didalam apa jua bidang pendidikan ilmu intelektual.

References

1. Abdul Hayy Alawi (1992). The Qur’anic concepts of Mental Health. Pakistan: The International Institute of Islamic Though and Institute of Islamic Culture; pg 87-97.

2. Carbonell, L. (2004). Instructional development timeline: Learning theory. Retrieved April 5, 2005, from http://www.educationau.edu.au//archives/cp/.

3. Carmody, D. L. and Brink, T.L. (2002). Ways to the Center: An introduction to world religions. Belmont, CA USA: Thomson Learning.

4. Fazlur Rahman (1999). Major Themes of the

Quran. Petaling Jaya: Islamic Book Trust. 5. Hasan Langgulung (1987). Asas-asas pendidikan Islam. Jakarta, Indonesia: Pustaka Al-Husna.

6. H. Wrul Walidin AK, M.A. (2005). Konstelasi Pemikiran Pedagogik Ibnu Khaldun; Perspektif Pendidikan Moden. (Edisi Revisi). Yogyakarta:

Suluh Press.

7. Ibnu Abdullah Al Naqsyabandi (2005). Mencapai Ma’rifat; Satu Pendekatan. Kuala Lumpur: al-Hidayah Pub.

8. Muhamad Al-Mahdi (2004). Understanding the concept of khalifah; khalifah series no.1. Ampang Selangor: The Kalifah Institute.

9. Mohd O.H. Al-Khatib (2006, Mei). Role of “Science of methodology in developing the technological sciences and human sciences. Paper presented at National Seminar on Science, Technology and Social Sciences, Kuantan; 30-31 Mei 2006.

10. Naumana Amjad ( 1992). Psyche in Islamic

Gnostic and Philosophical Tradition. Pakistan:

The International Institute of Islamic Though and Institute of Islamic Culture. 11. Syed Muhammad Naquib al-Attas (2001). Prolegomena to The Metaphysics of Islam: an exposition of the fundamental elements of the wordview of Islam. Kuala Lumpur : ISTAC.

12. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Noordin (1994). Wawasan pendidikan agenda pengisian. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.

13. Wahid Bakhsh Shaikh, (1999). Education base

on the teaching of holy Al- Quran. Delhi:

Adam Publishers and Distributors. 14. Zafar Afaq Ansari ( 1992). Qur’anic concepts of human psyche. Pakistan: The International Institute of Islamic Though and Institute of Islamic Culture

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008