Anda di halaman 1dari 3

Bioteknologi adalah gabungan antara dua perkataan iaitu biologi dan teknologi .

Maksud biologi ialah ilmu hayat atau benda-benda hidup .Teknologi pula bermaksud pengetahuan mengenai semua ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi . Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian , perubatan dan kualiti alam sekitar . Terdapat pelbagai kepentingan bioteknologi kepada manusia,diantaranya dalam bidang pertanian. Melalui bioteknologi kualiti dan kuantii hasil pertanian dapat ditingkatkan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan para petani moden pada masa kini.Jesteru itu, taraf hidup manusia akan dapat ditingkatkan. Contoh bioteknologi pertanian adalah penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji. Selain itu, bioteknologi dalam bidang pertanian dapat meningkatkan kandungan protein dan vitamin dalam produk pertanian. Keadaan ini akan dapat meningkatkan nilai diet manusia seterusnya dapat menjadikan manusia lebih sihat dan lebih tahan terhadap serangan penyakit. Dalam bidang perubatan pula, bioteknologi dapat digunakan dalam penghasilan antibiotik untuk jangkitan penyakit yang berbeza-beza dan penghasilan vaksin untuk menguatkan sistem imunasi seterusnya dapat mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik.Kepentingan lain bioteknologi dalam bidang perubatan adalah kejayaan dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, profil DNA, forensik dan teknologi pemindahan organ. Bioteknologi alam sekitar pula digunakan dalam kajian menggunakan organisma hidup seperti tumbuhan, bakteria dan kulat yang akan digunakan dalam pelbagai aplikasi untuk merawat sisa dan proses remediasi bahan buangan. Organisma yang berpotensi untuk menggunakan sisa sebagai makanan mereka banyak terdapat di alam sekitar. Pembangunan teknologi genetik bagi penghasilan organisma terubahsuai genetik mempertingkatkan lagi proses degradasi sisa atau bahan buangan. Bioteknologi alam sekitar telah terbukti menghasilkan kaedah yang selamat dan sisa yang bersih berbanding teknologi sedia ada kerana ia melibatkan penggunaan agen-agen asli. Kajian ke atas pengunaan bahan buangan bio dan sisa organik kepada produk bernilai juga dijalankan. Oleh kerana itu, bioteknologi adalah amat penting kepada manusia kerana mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat membantu kehidupan manusia. Kegunaan bioteknologi semakin meluas digunakan dalam dunia hari ini. Karangan kat atas nieh adalah karangan yg aq buat untuk pertandingan karangan..........susah giler nak buat....

Menggunakan kaedah biologi untuk kesejahteraan manusia dikenali dengan bioteknologi. Ia berasal dari dua kata iaitu bio bermakna makhluk hidup dan teknologi pula adalah cara untuk memproduksi atau membuat barang tertentu.Secara sederhana, bioteknologi adalah usaha untuk menghasilkan sesuatu yang baru dengan memanfaatkan mikro organisma tanaman dan haiwan untuk kepentingan ekonomi. Hal sama dinyatakan oleh European Federation of Biotechnology (1989) bahawa bioteknologi adalah perpaduan ilmu pengetahuan alam dan ilmu rekayasa untuk meningkatkan aplikasi organisma hidup, sel, bahagian organisma hidup dan molekul untuk menghasilkan satu produksi atau jasa.Ertinya, bioteknologi tidak menggunakan unsur kimia dalam memproduksi sesuatu. Sebabnya, ia hanya menggunakan mikro organisma, sel dan molekul benda itu dengan merekayasanya untuk tujuan tertentu. Ia sehingga sel hidup yang ada dalam tumbuhan atau haiwan itu dapat melakukan tugas tertentu yang bermanfaat dengan cara yang dapat dijangka dan dikawal. Oleh itu, menurut Ratledge (1992) bioteknologi sebenarnya bukanlah setakat ilmu pengetahuan. Ia juga penerapan ilmu pengetahuan bagi kesejahteraan manusia dan lingkungan. Hal ini bermakna ia adalah perkara praktikal bukan teoritikal.Berdasarkan definisi di atas, maka nenek moyang kita telah melakukan bioteknologi secara tradisional yang mereka sendiri tidak memahami rumusan sainsnya. Sebab pembuatan tempe, cuka, belacan dan dadih sebenarnya melalui proses bioteknologi, walaupun dalam batas dan bentuk yang sangat sederhana.Saintis sependapat bahawa bioteknologi untuk meningkatkan kesejahteraan manusia dan lingkungan. Hal ini kerana sifat bioteknologi lebih mesra alam berbanding pendekatan kimia dan fizik.Penggunaan kaedah bioteknologi dapat dilakukan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perubatan, alam sekitar, produksi makanan dan pertanian. Dalam ilmu perubatan, bioteknologi sangat berperanan menciptakan ubat-ubatan seperti insulin untuk penderita sakit kencing manis serta pembuatan pelbagai antibiotik dan vaksin yang dapat mencegah banyak penyakit baik yang disebabkan oleh bakteria, virus mahupun genetik.Dalam aspek alam sekitar, bioteknologi dapat digunakan untuk memodifikasi bakteria tertentu untuk mengubah sampah organik menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada manusia.Bioteknologi juga sangat berperanan dalam aspek makanan dan pertanian. Dengan kaedah bioteknologi, bahan makanan, vitamin, enzim dan sebagainya akan dapat dihasilkan dengan lebih banyak dan berkualiti tinggi.Bidang pertanian sangat memerlukan kaedah ini. Bioteknologi dapat meningkatkan kandungan nutrisi tanaman serta membuat ia lebih tahan daripada gangguan pelbagai penyakit dan tidak tergantung kepada keadaan cuaca atau musim.Dalam ajaran Islam, alam dan isinya seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan diciptakan untuk manusia. Manusia diberikan kesempatan yang seluas-luasnya untuk mengambil manfaat daripadanya. Hal ini dinyatakan dalam al-Quran melalui firman-Nya bermaksud: Apakah mereka tidak memperhatikan bahawa kami telah turunkan air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman untuk makanan mereka dan ternakan mereka. Maka apakah mereka tidak memperhatikan. (Surah al-Sajadah, ayat 27)Firman Allah bermaksud: Dan kami telah ciptakan binatang ternak untuk kamu. Padanya ada bulu yang menghangatkan dan pelbagai manfaat yang lain. Sementara sebahagian yang lain dapat kamu makan. (Surah al-Nahl, ayat 5). Ayat itu menjelaskan haiwan dan tumbuhan itu diciptakan Allah untuk kepentingan manusia. Tetapi, manusia tidak dibenarkan hanya menikmati apa yang diciptakan Allah kepada mereka begitu saja, tanpa mahu berfikir dan berusaha untuk meningkatkan kualiti ciptaan-Nya dan mengembangkannya menjadi satu ilmu pengetahuan. Dalam al-Quran banyak ayat yang mengajak manusia untuk berfikir dan menyelidiki sesuatu agar mendapat manfaat yang lebih banyak. Firman Allah bermaksud: Apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana unta itu diciptakan. (Surah al-Ghasyiah, ayat 17). Ayat itu bukan setakat memberitahu manusia bahawa unta itu adalah ciptaan Allah. Ia juga menyuruh manusia meneliti dan menyelidiki mengenai unta dan haiwan lain supaya lebih bermanfaat dan memberikan hasil lebih baik serta memberi manfaat bagi kehidupan manusia. Pada zaman Rasulullah SAW, penduduk Madinah juga pernah melakukan bioteknologi sederhana dengan mengikat pelepah satu batang kokok kurma dengan pelepah pokok yang lainnya. Cara ini dipercayai dapat meningkatkan hasil kurma. Melihat hal itu, Baginda melarangnya dan penduduk Madinah menghentikan kaedah berkenaan. Keadaan itu menyebabkan hasil penanaman kurma di Madinah merosot.Penduduk kemudian menemui Rasulullah untuk menyampaikan berita duka itu. Salah seorang penduduk berkata : Ya Rasulullah, dulu kami ikat pelepah kurma yang satu dengan yang lain, sehingga hasil kurma kami berlipat ganda. Sesudah engkau melarangnya, kini hasil kurma kami jatuh

merosot.Rasulullah menyuruh penduduk Madinah melakukan perbuatan mengikat pelepah kurma seperti sebelumnya dan berkata: Kamu lebih faham akan urusan dunia kamu.Berdasarkan hadis di atas dapat difahami bahawa Rasulullah selaku pemegang kekuasaan agama ternyata memberikan kebebasan yang seluas-luasnya kepada manusia untuk mengubah suai dan merekayasa isi alam untuk kepentingan dan kemaslahatan umum.Jumlah penduduk dunia semakin bertambah. Pembangunan perumahan, bandar baru dan industri akan membuat bahan pertanian semakin berkurangan. Tetapi keperluan manusia untuk bahan makanan semakin bertambah. Penggunaan bahan kimia untuk meningkatkan hasil pertanian dan penternakan ternyata memiliki beberapa kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar. Pada keadaan ini, bioteknologi dapat dijadikan alternatif untuk meningkatkan hasil pertanian dan penternakan. Dari aspek agama, penemuan sesuatu yang baru dan bermanfaat bagi kemaslahatan manusia dan alam sekitar adalah amal jariah yang tidak akan putus pahalanya dan kebaikan yang abadi. Berita Harian, 24/5/2005