Anda di halaman 1dari 19

Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit?

Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalantersebut, Dr. Muzammil Siddiqi, bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya ke rana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara -negara Muslim. Syarikat kad kredit membuat duit daripada yuran tahunan dan daripada komisyen mereka ambil dari pentadbiran. Sesetengah syarikat mengeluarkan kad kredit mereka tanpa sebarang yuran tahunan, kerana mereka mengharapkan boleh mengutip riba daripada pengguna yang menggunakan kr dit e kad itu dan kemudian pengguna akan membayar riba atas baki yang belum dibayar. Namun, seseorang tidak perlu membayar riba jika dia membayar bil kad itu tepat pada masanya. Tiada yang bercanggah dengan Islam dalam menggunakan khidmat ini selagi seseor tidak ang menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Jelas haram untuk membayar riba. Namun, seseorang dibenarkan menggunakan kredit kad itu untuk mengecaj jumlah yang seseorang boleh membayar apabila bil tiba nanti. Tetapi jika seseorang menggunakan kad kredit untuk meminjam wang dengan riba atau untuk membayar apa-apa yang dia tidak boleh membayar pada masanya, maka dia terlibat dalam Riba yang diharamkan dalam Islam. atwa 2: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Soalan: Apakah yang dimaksudkan kredit kad sebagai halal, apabila seseorang mengambil wang sebagai hutang daripada bank yang berasaskan Riba, walaupun kita membayar hutang itu dengan penuh (dalamm tempoh yang dipanggil grace period), sedangkan Islam melarang penglibatan pihak ketiga dalam sesuatu urusan, kerana setiap kali seseorang membuat urusniaga, ada pihak ketiga mendapat bayaran kerana urusan itu, dan hal itu haram. Kita masih mendengar beberapa Sheikh berkata kredit kad halal, sila terangkan dengan panduan al-Qur an dan Sunnah? Jawapan:

Dalam jawapan beliau kepada soalan anda, Dr. Monzer Kahf, seorang pakar ekonomi islam terkenal dan kaunselor menjawab: Saya dengan yakin boleh menerangkan kad kredit berpandukan al Qur an dan Sunnah. Al-Qur an melarang Riba, Sunnah juga melarang banyak urusan yang tidak bermoral dan tidak adil, tetapi wahai saudara ku, tiada larangan atas urusan yang melibatkan pihak ketiga! Adakah saudara dapatkan fakta itu daripada al-Qur an dan Sunnah? Memang benar terdapat urusan te rtentu yang melibatkan pihak ketiga yang diharamkan bukan kerana urusan itu melibatkan tiga pihak, tetapi kerana sifat urusan itu jatuh dalam sempadan yang haram. Contohnya, dibenarkan pemiutang memberikan diskaun kepada penghutang, tetapi memberi diskaunatas nota janji (promissory note) oleh pemiutang kepada pihak ke tiga iatu sebuah bank, dan bank itu mendapat nilai muka (face value) pada matang adalah haram kerana melibatkan riba. Sebaliknya, dibenarkan memindahkan wang dan/atau hutang daripada seseorang kepada orang lain pada nilai muka (face value), jadi hal itu ialah jaminan diberikan oleh seseorang kepada pihak ketiga untuk pembayaran semula hutang atau menjamin tanggungan pihak lain. Terdapat banyak contoh berkenaan hal ini. Kredit kad ialah ciptaan baru dan ulama menganggap kredit kad sama ada sebagai satu jaminan diberikan oleh pengeluar kepada penjual yang menerima kredit kad atau sebagai perpindahan hutang oleh penghutang kepada pihak lain iaitu pengeluar. Maka, kredit kad termasuk dalam urusan y ang dibenarkan. Bagaimana, terdapat dua masalah, pertamanya bagi pengeluar dan yang lain bagi pengguna; hal ini berkaitan dengan fakta dalam kontrak disini biasanya mengandungi unsur riba jika pembayaran dilambatkan dan jika wang dikeluarkan. Mengeluarkan satu kad seperti itu dengan syarat riba tidak dibenarkan dalam Shari ah. Bank Islam tidak boleh menerbitkan kredit kad dengan syarat sedemikian. Menerima kredit kad dan menggunakan kredit kad bukanlah hal yang sama, khasnya jika kredit kad memudahkan dan membuang kesusahan. Contohnya,di kebanyakan Negara, anda menempah bilik hotel atau menyewa kereta atau membuat tempahan biasa tanpa kredit kad. Perhatikan yang syarat riba bukanlah penting dalam kredit kad, kredit kad mempunyai jika : iaitu jika anda tidak membayar dalam masa tertentu. Tetapi pembayaran dibuat diluar tempoh grace period, maka syarat riba dikuatkuasakan; dan jika anda mengeluarkan wang dari mesin syarat riba juga dikuatkuasakan. Kita sebenarnya mahu syarat riba tidak dimasukan dalam kontrak, tetapi malangnya di kebanyakan Negara terdapat tiada institusi Islam yang mengeluarkan kad berkenaan, dan jika kad itu dikeluarkan di beberapa Negara, kad itu tidak memuaskan kerana ia terhad dalam skop dan penggunaan. Dalam kata lain anda tidak menandatangani kontrak pinjaman mengandungi riba tetapi anda menandatangani kontrak yang memberikan anda pilihan untuk menggunakan riba atau tidak. Maka, jika anda tahu dengan yakin yang anda boleh menggunakan kredit kad tanpa penglibatan sebarang riba anda menjadikan klausa riba tidak diguna pakai dan jadi dibenarkan menandatangani kontrak itu dan menggunakan kad kredit itu. Fatwa 3: Kredit Kad Antara Halal Dan Haram Soalan:

Saya ingin bertanya beberapa soalan berikut mengenai kredit kad: 1. Atas asas fiqh apakah kedua-dua penyokong dan penentang kredit kad meletakkan pandangan mereka yang menghalalkan dan mengharamkan? 2. Apakah kes darurat yang menjadikan penggunaan kredit kad halal? 3. Adakah hukum mengenai kredit kad berbeza di Negara -negara Islam dimana bank-bank Islam wujud, atau hukum itu bersifat umum? Jazakum Allah khayran. Jawapan: Tiada yang bercanggah dengan Islam dalam menggunakan kredit kad selagi seseorang tidak melambatkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Sudah jelas hara untuk m membayar riba. Tetapi, seseorang dibenarkan untuk menggunakan kredit kad untuk mengecaj jumlah yang seseorang boleh bayar apabila bil tiba. Tetapi jika seseorang menggunakan kad itu untuk meminjam wang atas riba atau untuk membayar apa-apa yang seseorang tidak mampu bayar pada masanya, maka seseorang itu terlibat dalam riba, yang diharamkan dalam Islam. Dalam jawapan kepada soalan anda, Dr. Monzer Kahf, seorang ahli ekonomi terkenal dan kaunselor menyatakan: 1. Penentang kad kredit meletakkan pandangan mereka atas sebab ia kontrak berasaskan riba; maka, kontrak itu haram atas sebab melibatkan riba. Tiada keraguan yang mengeluarkan kad kredit berasaskan riba seperti itu tidak dibenarkan kepada mana-mana institusi Islam/Muslim. Atas sebab tadi, bank Islam mengeluarkan kad kredit yang tidak berasaskan riba. Pada dasarnya, bank Islam memegang dari akaun anda sejumlah wang sebagai jaminan untuk pembayaran pada hujung tempoh grace period kad itu, dan setiap bulan, jika akaun semasa anda membenarkannya, c kad aj kredit akan ditolak daripada akaun semasa itu; sebaliknya , jumlah wang yang dipegang akan dikurangkan oleh jumlah yang anda berhutang pada kad kredit, dan anda akan diminta untuk menambah jumlah wang yang dipegang. Bank Islam tidak banyak membuat u ntung daripada kad itu sendiri, dan mereka menyediakannya sebagai satu khidmat kepada pelanggan kesayangan mereka. Bagaimanapun, mereka mendapat untung daripada deposit mudarabah yang dipegang sebagai jaminan. Ini juga intipati resolusi Pertubuhan Persidangan Islam berkaitan kredit kad yang di keluarkan pada tahun 1999 atau 2000. 2. Penyokong yang berpendapat halal menggunakan kad kredit berasaskan riba meletakkan pandangan mereka berdasarkan sebab berikut: a. Memang benar mengeluarkan kad kredit berasaskan riba oleh Muslims tidak dibenarkan, menerima kad kredit oleh muslim dibenarkan kerana kredit kad memberikan suatu pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan asas riba atau membayar dalam tempoh grace period tanpa riba. Kontrak itu bukanlah kontrak pinjaman; ia lebih kepada penerimaan awal hawalah atau ia merupakan kafalah oleh pengeluar kad kredit akan jumlah yang dicaj oleh pengguna. b. Kebenaran menandatangani kontrak kad kredit dan menggunakannya tertakluk kepada dua perkara: 1) pengguna yang setia da mampu n membayar dalam tempoh grace period; 2) pengguna tidak mengeluarkan wang (kerana pengeluaran wang dikenakan riba dari hari pengeluaran dan tidak mempunyai tempoh grace period). Dalam kata lain, kebenaran itu ialah bersyarat selagi tidak melibatkan klausa riba dalam perjanjian kad kredit atau menggunakan kad kredit dengan sewenang -wenang. 3. Halal menggunkan kredit kad tidak berasaskan Negara-negara Muslim/non-Muslim, bukan juga atas keperluan kad kredit

berasaskan riba. Ramai orang boleh hidup tanpanya, tetapi ia menyediakan kemudahan utama untuk Muslim yang hidup di abda kedua puluh satu. (Perhatikan yang penentang kad kredit tidak hidup pada masa kini; mereka masih tinggal dalam ekonomi tertutup abad keempatbelas dan kelimabelas.) Sila ambil perhatian yang yuran tahunan atas kad kredit dibenarkan dan diamalkan oleh banyak bank Islam. Fatwa 4: Menggunakan Master Cards yang mengenakan Caj Tambahan Soalan: Di Negara-negara Eropah, anda boleh mendapatkan visa atau master card. Ia boleh digunakan unt k u membayar di kedai, tetapi jika ia digunakan untuk mengeluarkan wang daripada cash points, anda dikenakan caj 1.5% (iaitu apabila anda menerima penyata untuk membayar semula apa -apa yang telah anda belanjakan, akan ada sejumlah tambahan sebanyak 1.5% dikenakan). Adakah ini dianggap Riba sebab mereka tidak memanggilnya riba dalam penyata, tetapi cuma caj untuk menggunakan kemudahan pengeluaran? Jawapan oleh Dr. Monzer Kahf, Pakar Ekonomi & Kewangan Islam: Masalah kad kredit ialah sejenis isu yang rumit. Perhatikan perenggan-perenggan berikut sebagai ringkasan: 1. Kontrak kad kredit mempunyai klausa Riba bersyarat . Kad kredit boleh digunakan untuk membayar pembelian dan mengeluarkan wang. Syarat itu tertakluk kepada pelanggan untuk diaktifkan. Jika anda m embayar dalam tempoh grace period, tanpa mengeluarkan wang, maka tiada riba. Pengeluaran wang mengaktifkan klausa riba dari hari pengeluaran (anda tertinggal hal ini, anda boleh melihatnya pada penyata, ia tambahan kepada caj 1.5%) dan meninggalkan baki dalam akaun anda mengaktifkan riba dari tarikh penyata (bukan dari hujung grace period). 2. Hal di atas diharamkan kepada mana-mana Muslim atau Bank Islam untuk mengeluarkan kontrak kad kredit dengan syarat ini, dan diharamkan juga kepada mana-mana Muslim untuk menandatangani kontrak itu jika ada kemungkinan dia menggunakannya dengan cara itu yang mengaktifkan klausa Riba ( dengan cara sedemikian lebih mahal daripada pinjaman terus daripada bank berasaskan riba), dibenarkan untuk menandatangani kontrak itu d menggunakan kad itu an untuk pembelian sahaja untuk semua Muslim yang yakin akan diri mereka boleh membayar dalam tempoh grace period dan tidak menggunakannya untuk mengeluarkan wang (mereka mesti yakin akan ketepatan dan keupayaan mereka dalam pembayaranpada masanya). 3. Caj atau komisyen pengeluar kad kredit yang di ambil daripada peniaga dibenarkan, begitu juga dengan yuran tahunan. Tambahan lagi, masalah dalam pengeluaran wang bukannya yuran pengendalian (iaitu sebanyak 1.5% yang anda sebutkan) tetapi pengaktifan klausa riba seperti yang di sebut diatas.

Bicara Umum / Kelab Santai / Fenomena Hutang Dan Keburukannya

on: May 29, 2009, 06:22:24 PM

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat. Nabi SAW bersabda :-

??

??

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38) Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

??

?? ?

?? ??

?? ?

??

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 ) Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

?? ?? ?? ?, ? ??"

?? ?? ? ??

?( ? : " ??

?? ) , ??

? ?? :

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 ) Terdapat juga dalam sebuah hadith lain : Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :* a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit. * b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung. * c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia. * d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

Bicara Umum / Kelab Santai / Beli Kereta Cara Islam Tapi Insuran Riba?

on: May 29, 2009, 06:12:02 PM

Soalan saya nak membeli kereta. Saya membuat pnjaman kereta dari Islamic Bank, kemudian bagaimana dengan insuran? Saya dimaklumkan mesti buat insuran dan road tax di bank tersebut. Maka saya akan terdedah kepada insuran konvensional. Adakah harus? Jawapan ertama : Anda perlu membetulkan istilah dan kefahaman anda tentang Bank Islam. Anda mengatakan "membuat pinjaman dari bank Islam".

Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad - BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga 'mark up', kerana anda memilih bayaran secara ansuran. Deposit 10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya kepada BIMB kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil mereka. Dapatkan info lanjut dari pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad. belilah secara yang halal Kebanyakan Bank Islam lain pula mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma Al-Bai' iaitu "sewaan yang ditamatkan dengan jualan", proses dibuat apabila pihak bank akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda, dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial ownership) telah sempurna, pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali kepada anda, dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan terus. Selain itu, ada juga Bank Islam yang menggunakan konsep Tawarruq dalam pembiayaan kereta. Semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah masing-masing. Insuran Hukum insuran konvesnional adalah haram menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru anda wajib mengambil insuran Islam atau TAKAFUL dari mana-mana syarikat takaful yang wujud di Malaysia bila membeli kereta atau rumah. Biasanya insuran tidak diuruskan oleh Bank, ia diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta itu. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau penjual, anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta itu. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda mengambil insuran yang tidak anda kehendaki. Kebiasaannya, penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran tertentu, sebenarnya mereka sedang MENIPU. Hakikatnya mereka cuba mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak. Jika mereka kata 'tak boleh', anda perlu tegas mengatakan bahawa jika demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan penjual lain. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan anda boleh diusahakan. Saya sendiri pernah mengalaminya apabila cuba ditipu kononnya mesti ambil dengan insuran konvensional tertentu yang memerlukan tempoh minimum 1 tahun, kemudian saya bebas untuk menukar kepada insuran lain atau TAKAFUL katanya. Dengan tegas saya katakan :"jika demikian, maaf, saya cari kedai lain. Saya mesti nak Takaful, 1 tahun dengan insuran, maaf saya tak mahu" Dengan segera mereka dapatkan saya syarikat takaful. Ingat, penjual kereta akan cuba paksa anda ambil insuran yg mereka jual kerana mereka dapat komisyen, jangan endahkan paksaan mereka. Tiada sebarang peruntukan kuasa untuk memaksa anda. Jika paksa juga, dan anda tertipu, sila buat aduan dan laporan segera kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. InshaAllah pasti menang. Road tax akan diuruskan sekaligus oleh syarikat penjual atau Takaful, road tax tiada masalah, hukumnya adalah harus.

Bicara Umum / Kelab Santai / Tujuh on: May 29, 2009, 02:40:18 PM kaedah kenali orang sombong, bongkak

SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka. Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina. Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan. Allah berfirman yang bermaksud: Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran. (Surah al-Araf, ayat 146) Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan. (Surah al-Mukmin, ayat 60) Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah. Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman. Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun. Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini : * Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong. (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) * Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap

orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya. Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku, maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak. * Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan. Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan. * Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. * Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada. * Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi. * Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api. Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah. (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Bicara Umum / Kelab Santai / Etika kerja dalam Islam

on: May 29, 2009, 01:07:15 PM

Konsep kerja sebagai ibadah Kerja merupakan usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan dan sebagainya) sesuatu. Pekerjaan pula sesuatu yang di usahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah1. Mencari nafkah adalah merupakan perkara yang wajib ke atas setiap orang yang mempunyai tanggungjawab dalam keluarga atau untuk dirinya sendiri. Kerja atau pekerjaan termasuk dalam ibadah umum yang mesti melengkapi beberapa kriteria agar diterima sebagai ibadah. Kita diarahkan agar bekerja untuk melengkapi proses hidup di duni a tetapi pada waktu yang sama kita tidak boleh meninggalkan akhirat atau melebihkan dunia daripada akhirat atau menyamakan kedua-duanya. Sebetulnya akhirat adalah lebih baik sebagaimana firman Allah s.w.t. :

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". 28/77

Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? (Yusuf)

Ia merupakan perkara yang digalakkan oleh syara' sebagaimana firman Allah s.w.t.:

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak -banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). AlJuma'ah." Etika kerja Islam Etika merupakan ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, atau prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan

seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lainlain)2[ii]. Berdasarkan takrif tersebut dapatlah difahami bahawa etika adalah lebih khusus daripada akhlak dan moral. Setiap organisasi mempunyai etikanya tersendiri yang tidak sama dengan organisasi yang lain. Etika tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya: a) Etika pemakaian - semua pakaian yang sesuai, selesa dan tidak mencanggahi syara'. b) Etika kelakuan dan sikap - amanah - bertanggungjawab - buat dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik - tinggalkan segala sifat mazmumah seperti khianat, rasuah, penipuan, malas dan sebagainya. c) Etika bentuk pekerjaan - halal - bersesuaian d) Etika pengurusan masa dan harta - harta yang lebih diwajibkan membayar zakat - digalakkan bersedeqah - tidak membazir masa dan harta Ciri-ciri etika kerja Islam Terdapat dua perkara yang menyebabkan seseorang itu gagal di dunia dan di akhirat iaitu: kejahilan dan kelalaian. Oleh itu seorang pekerja Islam mestilah mengenal pasti pekerjaannya, adakah pekerjaannya menepati ciri ciri etika kerja dalam Islam atau tidak. Kelalaian berbuat demikian dan lalai dengan pekerjaan masing-masing akan menyebabkan mereka gagal di dunia dan akhirat. i) Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t ii) Bekerja dengan ikhlas dan amanah iii) Bekerja dengan tekun dan cekap

iv) Pekerjaan yang dilakukan mestilah tidak bercanggah dengan syara'. v) Tiada unsur-unsur penipuan, khianat, kelalaian, malas, perjudian dan rasuah. vi) Tiada sebarang penindasan, semua pihak mendapat hak yang adil dan keuntungan bersama. vii) Bersifat kemanusiaan, bertolak ansur dan syura. viii) Tegas dalam perkara maksiat. ix) Melaksanakan yang terbaik x) Sentiasa memperbaikan diri dan orang lain. Matlamat kerja dalam Islam - tujuan asal manusia berada di bumi ialah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. - untuk beribadah manusia mestilah meneruskan hidupnya dengan kehidupan yang selesa - untuk hidup dengan selesa manusia mestilah mempunyai makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya. - semua itu manusia dapat memperolehinya dengan cara bekerja - pekerjaan dapat menyempurnaankan lagi pengibadatan manusia kepada Allah s.w.t. - dapat bayar zakat, bersedeqah, beri hadiah, derma, wakaf, beri pinjam, pergi Mekah dan sebagainya. - Islam melarang pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk pekerjaan itu atau mengumpulkan kekayaan semata-mata. Pembentukan nilai-nilai etika kerja Islam - etika kerja mempunyai hubungan yang erat dengan keimanan - bekerja adalah satu bukti keimanan tetapi tidak semestinya - iman menjadi pendorong untuk bekerja dengan tekun dan cekap - iman sebagai pengawas dan perisai agar sikap mazmumah dijauhi Hubungan pekerja dan majikan Hak pekerja dan majikan

Hak pekerja - Persaudaraan dan kesamaan peluang - Kepercayaan dan pertanggungjawaban - Peluang meningkat dalam kerjaya - Keupayaan individu - Motivasi - Pemesyuaratan dan nasihat -Pencarian Ilmu pengetahuan - cuti rehat - bidang kerja - masa kerja - gaji, bonus dan kenaikannya

Hak majikan - beri arahan - melantik, mengambil dan memberhentikan pekerja Tanggungjawab pekerja dan majikan Pekerja - ikut arahan - selesaikan kerja pada waktu - menjaga kepentingan organisasi - Jujur dan ikhlas dgn majikan.

Majikan - menjaga kebajikan pekerja

- memberikan ganjaran sewajarnya -Menyediakan kerja yang tak salah disisi undang-undang. - Melindung hak dan kebajikan pekerja. - Menetapkan tempoh kerja yang maksimum bagi pekerja. Promosi Perniagaan Anda Disini / Restoran/Kopitiam / Re: Kedai Kek 6 on: May 29, 2009, 12:49:13 PM Monaliza Bakery dibuka di Seksen 3, B B Bangi. Quote from: monaliza on May 29, 2009, 12:24:04 PM Quote from: Dr Zul on May 28, 2009, 10:08:06 PM salam tahniah kerana orang melayu boleh.semoga berjaya.saya akan mencuba.

Terima kasih Dr Zul, Semoga mendapat sokongan dari penduduk Bangi Salam, Sama sama. Saya bukan apa seronok melihat orang melayu/islam banyak berniaga di Bandar Baru Bangi ini. Terima kasih Promosi Perniagaan Anda Disini / 7 Tadika/Nursery/Child Care / Re: BAHAYA HASAD DENGKI on: May 29, 2009, 12:47:57 PM

Quote from: adilalak on May 29, 2009, 11:35:59 AM yup.. best je bace... de jugak sikit2 perangai mcm tu.... tapi boleh ubahkan... cube cube salam terima kasih kerana sudi membaca.Pada masa yang sama saya juga mengingatkan diri saya juga inshaallah. Terima kasih 8 Komuniti BangiOnline.com / Salam Perkenalan / Re: salam perkenalan on: May 29, 2009, 12:46:25 PM

Quote from: azu on May 29, 2009, 09:09:17 AM .salam perkenalan.. salam terima kasih Bicara Umum / Kelab Santai / 9 USAHAWAN DAN KEGEMILANGAN ISLAM

on: May 29, 2009, 12:38:01 PM

Usahawan, sebagai manusia, tidak boleh dianggap sebagai salah satu dari faktor pengeluaran. Kalau usahawan dianggap sebagai salah satu faktor pengeluaran, usahawan itu diturunkan status mereka kepada status faktorfaktor pengeluaran yang lain, seperti tanah, modal dan sebagainya yang semuanya sebenarnya dijadikan Allah untuk digunakan oleh manusia. Mereka akan mengeksploitasi sumber-sumber alam dan faktor-faktor pengeluaran yang lain secara berlebihan kerana antara mereka, termasuk usahawan itu sendiri sebagai salah satu faktor pengeluaran, terpaksa bersaing dengan faktor-faktor pengeluaran yang lain. Dalam banyak kes, usahawan begini bukan sahaja merendahkan statusnya kepada status faktor-faktor pengeluaran berkenaan, tetapi lebih dari itu menjadi hamba kepada faktor-faktor pengeluaran itu, dan seterusnya hamba kepada hasil pengeluaran. Dalam keadaan ini, tidak mungkin usahawan berkenaan dapat menggemilangkan Islam. Bagaimana hamba kepada kebendaan, dan bukan hamba kepada Allah, boleh menggemilangkan Islam? Mereka yang menjadi hamba kepada kebendaan adalah manusia yang lemah dan tidak mempunyai tahap pengorbanan yang tinggi, sedangkan usaha menggemilangkan Islam memerlukan manusia yang kuat dalam pelbagai segi dan mesti melibatkan pengorbanan yang bukan sedikit. BUKTI DARIPADA SEJARAH Antara kemelut awal dalam sejarah manusia telah membuktikan bahawa jiwa pengorbanan yang rendah bukan sahaja tidak boleh menggemilangkan Islam, tetapi juga merosakkan perpaduan. Peristiwa Qabil-Habil cukup mengajar manusia tentang betapa lemahnya jiwa orang yang tunduk kepada kekayaan kebendaan dan betapa ia boleh membawa kepada perpecahan hingga menumpahkan darah. Apabila disampaikan oleh bapa mereka Nabi Adam Alaihissalam kepada kedua anaknya Qabil dan Habil tentang Allah memerintahkan mereka supaya memberikan pengorbanan (dalam bentuk zakat) dari harta benda mereka, ternyata Qabil yang menjadi hamba kebendaan lebih dari hamba Allah SWT telah memenuhi kepentingan dirinya lebih dari kepentingan Allah SWT dan

agamanya. Qabil telah memberikan tanamannya yang busuk sebagai pengorbanan sedangkan yang elok-elok disimpan untuk kepentingan dirinya sendiri. Keadaan ini berbeza dengan Habil yang memberikan ternakan biri-birinya yang paling bagus dan paling disayanginya sebagai pengorbanannya kepada Allah SWT. Keburukan Qabil yang menjadi hamba kepada kebendaan itu sampai kepada kemuncaknya apabila beliau membunuh Habil yang telah ditetapkan oleh Nabi Adam berkahwin dengan adik perempuan mereka yang lebih cantik berbanding dengan yang dijodohkan dengan Qabil. Jadi walaupun Qabil cemerlang di dalam mengendalikan perusahaan tanamannya, namun beliau tidak dapat menggemilangkan Islam, malah merosakkan perpaduan, merosakkan diri adiknya malah merosakkan dirinya sendiri. Begitulah juga dengan Qarun di zaman Nabi Musa dan Shalabah di zaman Rasulullah s.a.w. USAHAWAN CEMERLANG DARIPADA DEFINISI ISLAM apat disimpulkan bahawa usahawan yang mampu menggemilangkan Islam ialah usahawan yang cemerlang mengikut definisi Islam itu sendiri. Dalam mengendalikan perusahaannya mereka, status mereka sebagai hamba dan khalifah Allah tetap dipertahankan. Jiwa mereka kuat dan pengorbanan mereka adalah tinggi. Contohnya antara lain ialah seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar Ibn Khattab, Sayyidina Uthman Affan dan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf pada zaman Rasulullah s.a.w, budak pengembala kambing dan Jariah di zaman Khalifah Sayyidina Umar Ibn Khattab. Sayyidina Abu Bakar mengurbankan kesemua hartanya untuk menggemilangkan Islam, manakala Sayyidina Umar tiga perempat, Sayyidina Uthman separuh dan Sayyidina Abdul Rahman tidak kurang juga banyaknya. Budak pengembala kambing dan Jariah (ertinya budak perempuan) di zaman Khalifah Sayyidina Umar pula menggemilangkan Islam melalui kejujuran masing-masing. Manakala budak pengembala kambing takut menjualkan ternakan pengembalaannya tanpa diketahui tuannya kerana menyedari Allah SWT melihat perbuatannya, Jariah pula enggan menurut perintah ibunya mencampurkan susu dengan air kerana taat kepada larangan Khalifah dan sangat takut kepada Allah SWT. Kerana jujurnya Jariah, Sayyidina Umar mengambil Jariah sebagai menantunya. Secara ringkas ceritanya begini. Satu malam, seperti malam-malam biasa, Sayyidina Umar sebagai khalifah mengelilingi Kota Madinah bersama pembantunya bernama Aslam. Setelah keletihan beliau bersandar di dinding sebuah rumah penjual susu dan tiba-tiba terdengar dari dalam rumah percakapan seorang ibu dengan anak perempuannya: Ibu: Berdirilah dan campurlah susu itu dengan air.

Anak: Wahai ibu, apakah ibu tidak tahu ketegasan Amirul Mukminin sekarang dalam menjalankan perintah? Ibu: Apa gerangan perintah itu? Anak: Beliau telah menyeru kepada semua penjual susu, bahawa dilarang mencampuri susu dengan air! Ibu: Hai anakku, orang ramai telah melanggar perintah itu, maka langgar pulalah olehmu, engkau berada di suatu tempat yang tidak boleh dilihat Umar dan tidak pula pembantunya, dan dia tidak akan tahu hal itu. Anak: Jika Umar tidak tahu, tetapi Tuhan Umar pasti tahu. Demi Allah, saya bukanlah orang yang tergolong mentaatinya di hadapan orang ramai tetapi mendurhakainya di waktu sunyi. Mendengar percakapan itu, Khalifah Sayyidina Umar berkata kepada pembantunya: Tandailah rumah ini dan ingat tempat ini baik-baik!. Keesokannya Sayyidina Umar menyuruh Aslam pergi memerhatikan rumah itu dan penghuninya dan didapati kedua-dua ibu dan anak itu adalah janda, dari kaum Bani Bilal. Sayyidina Umar lantas memanggil anaknya bernama Ashim dan dikahwinkan dengan Jariah yang jujur dan tinggi keTauhidannya itu. Dari perkahwinan itu dikurniakan anak perempuan bernama Laila Ummi Ashim yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan dan mendapat anak lelaki bernama Umar Ibn Aziz. Jariahlah nenek kepada Khalifah Umar Ibn Aziz yang terkenal telah menggemilangkan Islam pada zaman pemerintahannya [1].

GARIS PANDUAN USAHAWAN CEMERLANG, ISLAM GEMILANG Daripada penghujjahan di atas, jelas bahawa usaha menjadi usahawan cemerlang yang boleh menggemilangkan Islam mesti bermula dengan Islam sendiri. Hal ini tidak mungkin berlaku kecuali usahawan-usahawan Islam kembali mempelajari dan menghayati ilmu Islam. Islam mempunyai empat sumber ilmu utama, yakni Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qiyas Ulamak. Dari empat sumber ilmu ini lahirlah dua bentuk ilmu yakni Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Ain ialah kewajipan individu manakala ilmu Fardhu Kifayah ialah kewajipan sosial. Ilmu Fardhu Ain terbahagi kepada tiga bentuk, yakni ilmu Tauhid, ilmu Fekah dan Ilmu Tasauf. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang bersangkutan dengan aqidah, ilmu feqah bersangkutan dengan syariat manakala ilmu tasauf bersangkutan dengan akhlak. Dari ketiga-tiga ilmu ini, hanya ilmu Feqah terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Ilmu fardhu kifayah pula ialah ilmu-ilmu gunaan yang khusus, umpamanya ilmu perubatan, ilmu politik, ilmu pemerintahan, ilmu ekonomi, ilmu sosial,

ilmu pembangunan, ilmu perniagaan dan sebagainya. Usahawan yang belajar dan mengamalkan kedua-dua ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sahaja yang akan jadi cemerlang dan oleh itu akan dapat menggemilangkan Islam. Ilmu fardhu ain akan meningkatkan iman dan taqwa dan oleh itu meningkatkan kerohanian, manakala ilmu fardhu kifayah meningkatkan kecekapan dan profesionalisme. Tidak mungkin seseorang usahawan dapat menjadi cemerlang dan menggemilangkan Islam kalau mereka hanya mempunyai kecekapan dalam mengendalikan ilmu fardhu kifayah, dalam kes ini ilmu keusahawanan, sekiranya mereka tidak mempelajari dan mengamalkan ilmu fardhu ain. Begitulah juga sebaliknya. Para usahawan Islam merupakan sebahagian dari masyarakat Islam yang penting. Mereka boleh menggemilangkan Islam. Untuk ini mereka mestilah mempunyai dua asas yang penting. Pertama, mereka mesti menjadi usahawan yang cukup sebagai seorang manusia sepertimana ditetapkan oleh Islam, yakni manusia yang mempunyai gabungan rohani dan jasmani yang hidup di dunia ini untuk memenuhi janji mereka dengan Allah sebagai hamba dan khalifah Allah. Kedua, sebagai garis panduan, mereka mestilah berilmu dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dan bersumberkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas Ulamak, dan mengamalkan ilmu-ilmu berkenaan dengan sebaiknya. 10 Bicara Umum / Internet & Teknologi / Re: Broadband Traffic on: May 28, 2009, 11:45:50 PM

Salam Saya rasa buat masa ini Celcom boleh diharap.

11

Bicara Umum / Kelab Santai / Re: First World Kindergarten

on: May 28, 2009, 11:39:02 PM

Salam, Maaf bukan nak menangkan sesiapa,saya cuma customer disitu.Saya cuma hairan kenapa terlalu membesarkan sedangkan tidak masuk lagi.Sepanjang 2 tahun saya hantar anak disitu,saya tidak mempunyai masaalah apa pun. Jadi bila saya terbaca saya rasa hairan kenapa manusia sesama melayu menjadikan ini satu isu yang besar. Sedangkan diakui bahawa tadika di bandar baru bangi bukan satu. Kesimpulannya saya rasa cara u mungkin baik memberi info, tetapi tidakkah terlintas difikiran bahwasanya ini juga seperti memburukkan/menjatuhkan. Pada saya sekiranya kita tidak puas hati, kita jangan masuk.Malah duit yang dilaburkan itu untuk anak masa depan kita bukannya kebendaan.

Maaf sekiranya anda tidak bersetuju.Hanya memberi pandangan ikhlas.

12

Bicara Umum / Kelab Santai / Re: First World Kindergarten

on: May 28, 2009, 11:03:52 PM

Quote from: Hana on May 28, 2009, 10:36:52 PM saya ada hantar anak saya di salah sebuah tadika juga di sek 7..setakat ni tak pernah minta yuran utk bulan Nov..saya juga nak tahu atas alasan apa sesebuah tadika nak minta yuran awal? boleh dr terangkan kalau tak keberatan... salam , pada saya ini bukan satu kesalahan, jadi kalau rasa kita tidak suka dengan syarat syarat yang diberikan tak perlulah kita masuk.Cari yang lain,jangan lah kita sesama islam memburukkan orang.kesian.... Komuniti BangiOnline.com / 13 Cadangan/Masalah/Pertanyaan / BANGIONLINE.COM Salam, Saya orang baru di Bangi Online,saya ingin ucapkan tahniah kerana mewujudkan Bangi Online Com.Disini saya ingin bertanya siapakah yang menjadi atau mengusahkan atau menbangunkan website ini. Terima kasih 14 Komuniti BangiOnline.com / Salam Perkenalan / salam perkenalan on: May 28, 2009, 10:34:45 PM on: May 28, 2009, 10:37:41 PM

Dr Zul/Zulkifli 45tahun Bangi Golf Resort

Anda mungkin juga menyukai