Anda di halaman 1dari 7

PHY 2012 FUNDAMENTAL OF PHYSICS

TUTORIAL UNIT 8 KETUMPATAN


1. 400 cm3 cecair R yang berketumpatan 1.6 g cm-3 dicampur dengan 200 cm3 cecair S yang berketumpatan 0.8 g cm-3. Jika isipadu campuran ialah 600 cm3, hitungkan

a) Jisim cecair R b) Jisim cecair S c) Jumlah jisim campuran d) Ketumpatan campuran itu e) Jisim bagi 120 cm3 campuran itu [ 10 markah ]

2. Cecair P dengan isipadu 300 cm3 dan ketumpatan 0.75 g cm-3 dicampur dengan cecair Q dengan isipadu 300 cm3 dan ketumpatan 1.2 g cm-3. Jika isipadu campuran ialah 500 cm3, hitungkan

a) Jumlah jisim campuran b) Ketumpatan campuran itu c) Isipadu bagi 468 g campuran itu [5 markah ]

3. Sebuah bilik mempunyai ukuran 5 m x 3 m x 2.5 m. Ketumpatan udara di dalam bilik itu ialah 1.3 kg m-3. Hitungkan

a) Isi padu udara di dalam bilik itu

PHY 2012 FUNDAMENTAL OF PHYSICS b) Jisim udara di dalam bilik itu c) Berat udara di dalam bilik itu [5 markah ]

4. Senaraikan faktor faktor yang mempengaruhi ketumpatan dan hubung kaitnya dengan ketumpatan. [6 markah ]

TEKANAN DALAM CECAIR

1. Berapakah tekanan yang disebabkan oleh air pada dasar sebuah tasik yang mempunyai kedalaman air 2.5 m ? [ Ketumpatan air = 1.0 x 103 kg m-3 dan g = 10 N kg-1 ] [3 markah ]

2. Sebuah kapal selam mempunyai luas permukaan 200 m2 berada dalam dasar laut 100 m di bawah permukaan laut. Abaikan tekanan atmosfera, hitungkan daya yang bertindak ke atas seluruh badan kapal selam itu. [Ketumpatan air laut = 1 050 kg m-3 ] [3 markah ]

PHY 2012 FUNDAMENTAL OF PHYSICS 3. Rajah di bawah menunjukkan bekalan air di bawah pangsapuri dari suatu empangan besar.

a) Mengapakah dinding konkrik empangan dibina semakin tebal ke arah dasar tasik ? b) Berapakah tekanan air dalam unit Pascal di titik P ? [ Ketumpatan air = 1 000 kg m-3 ] [6 markah ]

4. Luas dasar sebuah bot ialah 3.4 m2. Jarak dasar bot dari permukaan air ialah 120 cm. a) Berapakah tekanan pada dasar bot oleh air? b) Berapakah daya pada dasar bot oleh air [Ketumpatan air = 1 000 kg m-3 ] [4 markah ]

PHY 2012 FUNDAMENTAL OF PHYSICS

PRINSIP PASCAL

1. Rajah di atas menunjukkan sebuah picagari besar yang mempunyai luas keratan rentas 20 cm2 disambungkan kepada sebuah picagari kecil. Luas picagari kecil ialah 0.8 cm2. Kedua-dua picagari berisi suatu cecair. Suatu pemberat 50 N diletakkan di atas omboh besar dan suatu beban X diletakkan di atas omboh kecil supaya sistem itu berada dalam keseimbangan.

a) Berapakah tekanan pada i) ii) Omboh besar Omboh kecil

b) Berapakah berat beban X ? c) Omboh besar ditolak 2.0 cm ke bawah. Berapakah jarak beban X dinaikkan ?

[ 10 markah ]

PHY 2012 FUNDAMENTAL OF PHYSICS

2. Rajah di atas, menunjukkan sebuah sistem hidraulik. Omboh A dan B masing-masing mempunyai keratan rentas 0.1 m2 dan 0.5 m2. Satu beban 5 kg diletakkan di atas omboh A. Kirakan a) Daya yang dikenakan pada omboh A b) Tekanan yang dikenakan pada omboh A c) Tekanan yang dipindahkan ke omboh B d) Tujahan ke atas omboh B untuk menaikkan beban pada B e) Panjang turus cecair omboh B yang naik apabila omboh A turun sebanyak 20 cm f) Adalah sistem itu akan berfungsi dengan baik jika terdapat gelembung udara di dalamnya ? Terangkan. [ 10 markah ]

PRINSIP ARCHIMEDES

1. Seketul batu memberikan bacaan 10 N apabila ditimbang dengan neraca spring di udara dan 4 N apabila ditimbang di dalam air dalam keadaan terendam sepenuhnya. [ Ketumpatan air = 1 000 kg m-3 ] a) Hitungkan : i) ii) iii) Kehilangan berat ketara batu Baya tujah ke atas batu Jisim air yang disesarkan

PHY 2012 FUNDAMENTAL OF PHYSICS iv) v) Isi padu batu Ketumpatan batu

b) Nyatakan prinsip yang anda gunakan dalam soalan (a) di atas [6 markah ]

2. Rajah di atas menunjukkan satu blok logam berukuran 2 cm x 5 cm x 10 cm digantung pada satu neraca spring. Ketumpatan logam diberi sebagai 3.2 x 103 kg m-3 dan ketumpatan air ialah 1.0 x 103 kg m-3. a) Hitungkan bacaan neraca spring blok logam itu di udara. b) Blok logam itu kemudian direndamkan keseluruhannya di dalam air. Hitungkan i) ii) Daya tujah yang bertindak ke atas blok logam itu Bacaan neraca spring semasa blok logam direndam di dalam air

c) Jika blok logam itu diturunkan ke dalam suatu cecair yang berketumpatan 4.0 x 102 kg m-3, hitungkan i) ii) Daya tujah yang bertindak ke atas blok logam itu sekarang Becaan neraca spring semasa blok logam direndam di dalam cecair [ 10 markah ]

PHY 2012 FUNDAMENTAL OF PHYSICS

~ KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA ~

... SELAMAT MENCUBA ...

Anda mungkin juga menyukai