Anda di halaman 1dari 13

1.0 PENDAHULUAN

Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah terbukti dapat membantu mengawal mengurus, merancang, melindung dan membangunkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). GIS dapat membantu penghasilan keputusan-keputusan yang berkesan. Maklumat biasanya digunakan bagi melaksanakan set tugasan dalam sesuatu jabatan iaitu maklumat yang mempunyai peranan dalam proses membuat keputusan mengenai tindakan yang akan diambil, termasuk pengambilan keputusan strategik dan pengendalian.

Laporan ini membincangkan berkenaan penggunaan GIS dalam proses perancangan dan pengurusan hutan di JPSM. Dengan menggunakan Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (FMRS/JPSM), beberapa isu dan pendekatan-pendekatan yang bersesuaian dibincangkan ke arah pembentukan satu sistem maklumat untuk perancangan dan pengurusan harian yang berkesan. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah penentuan keperluan pengguna dan keperluan perlaksanaan GIS; penentuan dan kedapatan data; pemilihan perkakasan dan perisian; pembangunan sistem suaipakai dan aplikasi; dan keperluan tenaga mahir dan pengurusan.

2.0 SISTEM MAKLUMAT UNTUK TUJUAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HUTAN

JPSM merupakan jabatan yang sangat unik. Oleh itu sistem maklumat yang baik adalah penting untuk dijadikan sebagai mata dan telinga kepada proses perancangan. Ia dapat digunakan supaya sumbangan sumber hutan dapat dioptimumkan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Fungsi utama sistem maklumat dapat dikenalpasti sebagai:

i. Fungsi deskriptif - maklumat seharusnya membantu menerangkan atau menggambarkan situasi dan senario semasa;

ii. Fungsi kognitif - sistem maklumat juga harus dapat menyumbang dan meningkatkan pemahaman terhadap masalah dengan memberikan faktor-faktor utama dan pembolehubah yang dapat dianalisis menggunakan kaedah dan teknik statistik yang lain; dan

iii. Fungsi Normatif - sistem maklumat juga sebaik-baiknya dapat memperbaiki tindakan dengan mengurangkan kesan dan akibat sesuatu tindakan melalui kesan-akibat yang dijangkakan atau mengurangkan ketidakpastian terhadap kesan dari tindakan yang diambil atau akan diambil.

2.1 Mengapa Sistem Maklumat Geografi (GIS)?

Bagi menangani persoalan data yang mempunyai rujukan ruang ini, GIS adalah sistem berkomputer yang paling sesuai digunakan. GIS memberikan kemudahan dalam menangani keperluan data bagi fungsi-fungsi yang dibincangkan di atas. Keupayaan GIS yang terpenting adalah kebolehannya menangani kedua-dua data kartografi berdigit dan pangkalan data maklumat atribut yang berkaitan bagi sesuatu pelan atau peta. GIS dapat menyimpan kordinat peta bagi lokasi titik, ciri-ciri lelurus dan kawasan. Ciri-ciri ini mempunyai sifat yang harus disimpan dalam pangkalan data. Apabila kesemua data-data ini telah disimpan, kedua-dua maklumat peta berdigit dan pangkalan data atributnya dapat diolah secara serentak. Kebolehan ini merupakan fungsi penting di kebanyakan penggunaan perancangan ruang yang memerlukan kepelbagaian data fizikal dan persekitarannya.

GIS dijangkakan dapat mengatasi masalah pengolahan data ruang. Apabila ia dilaksanakan ia dapat memberikan kelebihan-kelebihan dari segi:

i. Penyimpanan data geospatial dengan cekap dan dalam format tertentu yang mudah digunakan;

ii. Memudahkan pengemaskinian dan penilaian semula maklumat;

iii. Data dan maklumat geospatial mudah dihasilkan semula, dianalisis dan dipaparkan;

iv. Hasil akhir yang mempunyai nilai tambah;

v. Data geospatial yang dapat dikongsi bersama dan ditukar ganti dengan bebas;

vi. Meningkatkan produktiviti kakitangan;

vii. Penjimatan masa dan kos; dan

viii. Peningkatan keputusan-keputusan pembangunan dan kelulusan.

Secara umumnya penggunaan GIS dapat mengatasi masalah-masalah pengolahan dan pengurusan data geospatial. Di samping itu analisis menggunakan sistem ini dapat digunakan bagi meningkatkan dan mencapai keputusan-keputusan pembangunan dan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan.

2.2 Apakah GIS?

Dengan menggunakan fungsi umumnya, GIS dapat difahami sebagai 'any manual or computer based set of procedure' (Aronoff, 1989, p.39) yang digunakan untuk menyimpan dan mengolah data-data yang mempunyai rujukan geografi. Seperti sistem maklumat yang lain fungsinya adalah untuk meningkatkan keupayaan pengguna membuat keputusan dalam bidang-bidang penyelidikan, perancangan dan pengurusan. Ia melibatkan rantaian langkah-langkah dari pemerhatian dan pengumpulan maklumat, menganalisis dan menghasilkan maklumat yang berguna untuk proses keputusan perancangan.

Definisi GIS yang sering digunakan dan diterima umum adalah seperti yang digunakan oleh the National Science Foundation (NSF) iaitu 'a computerised database management system for capture, strorage, retrieval, analysing and display of spatial data or information defined by its location' (Taylor, 1989, p.24). Sistem maklumat seperti ini diwujudkan dengan menggunakan beberapa sub-sistem yang berkait antara satu sama lain yang mana setiap satu subsistem tersebut mempunyai peranan yang tertentu. Sub-sistem utama bagi GIS ini terdiri daripada:

a. input dan pengumpulan data;

b. penyimpanan dan penghasilan semula;

c. analisis; dan

d. output dan persembahan maklumat (Rajah 1).

semula; c. analisis; dan d. output dan persembahan maklumat (Rajah 1). Rajah 1: Fungsi Utama Sistem

Rajah 1: Fungsi Utama Sistem Maklumat Geografi

Sebagai tambahan, GIS mungkin dapat menggunakan pakej luar (external packages) bagi membantu subsistemnya melakukan operasi-operasi tertentu. Ia juga seharusnya dapat membolehkan data-data dipindahkan diantara pangkalan data dengan pantas yang ditangani oleh komputer yang berbeza-beza. Selain dari itu GIS harus dapat berkomunikasi dan menggunakan kebolehan-kebolehan sistem yang lain. Ini menunjukkan sesuatu GIS dapat melakukan pergerakan maklumat dengan bebas dan dalam berbagai bentuk.

pergerakan maklumat dengan bebas dan dalam berbagai bentuk. Rajah 2: Komponen utama GIS Komponen utama GIS

Rajah 2: Komponen utama GIS

Komponen utama GIS adalah sistem perkomputeran, data geospatial dan pengguna (Rajah 2). Sistem perkomputeran untuk GIS terdiri dari perkakasan dan perisian dan rekabentuk tatacara bagi menyokong perolehan dan kemasukan data, pemprosesan, analisis dan pemaparan data geospatial. Sumber data GIS adalah daripada peta-peta yang didigit, foto udara, imej satelit, jadual statistik dan lain-lain dokumen berkaitan. Data-data geospatial dapat dikelaskan kepada data grafik (data geometrik) dan data atribut (data tematik). Data grafik mempunyai tiga elemen iaitu titik (nod), garisan (arca) dan kawasan (poligon) sama ada dalam bentu vektor atau raster yang mempunyai topografi geometri, saiz, bentuk, kedudukan dan orientasi.

Fungsi GIS yang lain adalah kebolehannya menghubungkait set-set data. Analisis perhubungan yang canggih di antara elemen-elemen yang melewati ruang geografi dapat dilakukan memandangkan kedudukan relatif maklumat peta dapat ditentukan oleh GIS. Fokus utama dalam pengolahan dan analisis adalah fungsi-fungsi tindihan peta (map overlay), analisis jaringan (network analysis), analisis kejiranan (neighbourhood analysis) dan perhubungan (connectivity). GIS juga seharusnya berupaya menyokong setiap peringkat pemprosesan data

termasuk pendigitan, pengemaskinian, padanan peta dan pemaparan maklumat. Data-data boleh diperolehi dari peta, kajian lapangan, foto udara dan imej satelit. Penggunaan GIS membolehkan data dari berbagai-bagai sumber ini disepadukan di dalam maklumat rujukan geografi yang sama serta dapat memberikan maklumat terkini untuk tujuan perancangan dan pengurusan.

Sesuatu GIS seharusnya memberikan kemudahan perhubungan dan perkaitan maklumat yang luas bagi menyokong keperluan pemprosesan yang kompleks dan canggih. Sebagai hasilnya, beberapa sistem telah dihasilkan bagi memenuhi keperluan ini dan kepelbagaian fungsi yang dikenalpasti.

2.3 Penjenisan GIS

GIS dapat dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut fungsi, struktur dan model data dan lain- lain, tetapi biasanya ia dapat dikelaskan kepada metod atau cara-cara bagaimana data peta berdigit disimpan. Terdapat dua pendekatan utama bagaimana GIS menyimpan komponen data ruang; iaitu melalui model data raster dan model data vektor. Bagaimanapun perkembangan terkini menunjukkan terdapat perkembangan yang cuba menggabungkan pendekatan tersebut.

Dalam sistem berasaskan raster, ruang biasanya dibahagikan kepada sel-sel (biasanya dalam bentuk empat segi sama). Lokasi objek geografi atau keadaan sifatnya didefinisikan melalui kedudukan baris (row) dan lajur (column) sesuatu sel atau piksels (picture elements). Nilai-nilai bagi setiap sel melambangkan atribut yang diwakili oleh sel berkenaan pada sesuatu lokasi. Model data raster ini memudahkan penggunaan perkakasan bagi tujuan input dan output bagi data ruang ini. Bagaimanapun sistem ini mempunyai kelemahan kerana fail data raster biasanya besar dan juga terdapat pembaziran disebabkan terdapat sel yang mempunyai nilai yang sama dengan sel jiran bersebelahan. Bagi

mengurangkan saiz fail data raster terdapat beberapa kaedah mampatan data dapat dilakukan iaitu melalui kaedah run length encoding; dan quadtrees. Dalam kaedah run length encoding, sel bersebelahan yang mempunyai nilai yang sama dalam satu baris akan digabungkan. Bagi kaedah quadtrees pula ia diasaskan kepada pemecahan kawasan kajian kepada belok atau sel empat segi sama yang berlainan saiz selnya mengikut kawasan yang sama nilainya. Kawasan- kawasan akan dipecahkan kepada empat bahagian utama dan selanjutnya dipecahkan kepada empat bahagian yang lebih kecil mengikut hirarki sehingga dapat mewujudkan kawasan yang paling kecil yang mempunyai nilai yang sama. Bagaimanapun model data ini kurang

bersesuaian bagi kawasan yang tidak mempunyai banyak kawasan yang sekata dan sekiranya data-data ruang ini sering dikemaskini.

GIS yang berasaskan vektor pula adalah sistem yang sering digunakan dalam pemakaian yang memerlukan ketepatan yang tinggi serta pemaparan grafik yang halus. Model vektor ini terdiri dari berbagai-bagai jenis seperti model data spagheti, model bertopologi dan model jaringan penyegitigaan tak sekata (Triangulated Irregular Network/ TIN).

Model vektor bertopologi sering digunakan dalam merekod hubungan antara objek untuk analisis ruang manakala struktur data TIN digunakan untuk menggambarkan maklumat tiga dimensi yang mempunyai nilai x, y dan z seperti model rupa bumi berdigit (Digital Terrain Model/ DTM). Model data vektor mempunyai kelebihan kerana penyimpanan datanya adalah padat dan tidak memerlu fail yang besar. Penyuntingan datanya pula dapat dilakukan menerusi operasi secara langsung dan disokong pula oleh persembahan data grafik yang mendekati peta yang dihasilkan secara lukisan tangan. Bagi model data vektor ini, struktur peta berdigit disimpan menggunakan kordinat bagi titik, segmen garisan dan sempadan kawasan. Sebagai tambahan kepada kordinat tersebut, maklumat topologi juga disimpan, termasuklah di mana segmen garisan bertemu pada nod tertentu (titik hujung garisan) dan segmen garisan mana yang membentuk poligon bagi sesuatu kawasan. Model ini mempunyai kelebihan yang dibincangkan di atas. Walau bagaimanapun ia mempunyai kelemahan yang mana operasi bagi menjana topologi dan melakukan pertindihan peta memerlukan pengiraan yang intensif dan memerlukan ruang penyimpanan yang besar.

2.4 Penggunaan GIS

Sejak diperkenal sejak tahun 1960'an lagi GIS telah digunakan dalam berbagai-bagai bidang perancangan dan pengurusan. Antara penggunaannya adalah dalam pemilihan dan analisis tapak, pemilihan koridor pembangunan, pemilihan lokasi bagi pembangunan jalan, talian elektrik dan paip air yang baru, perancangan laluan (shortest route, evacuation routing and optimum route), penilaian kesan alam sekitar (EIA), perancangan dan pengawalan guna tanah, pengunaan kadaster, perancangan utiliti, penentuan perletakan pusat perkhidmatan dan berbagai-bagai penggunaan pada peringkat kerajaan tempatan (Jadual 1).

BIDANG

PENGGUNAAN GIS

Pengurusan Fasiliti

Lokasi paip dan kabel bawah tanah Penyelarasan perancangan fasiliti Perkhidmatan jaringan telekomunikasi Perancangan penggunaan tenaga

Pengurusan Alam Sekitar

Kajian kesesuaian tanaman, pengurusan hutan, tanah pertanian, sumber air, tanah paya dll. Analisis kesan alam sekitar Pengurusan malapetaka dan, Pengurusan sisa buanganPengurusan Alam Sekitar Pengurusan Alam Sekitar

Jaringan Jalan

Pandu arah kenderaan Lokasi rumah dan jalan Penilaian tapak Perkhidmatan ambulan Perancangan pengangkutan

Perancangan dan Kejuruteraan

Perancangan bandar Perancangan Wilayah Lokasi laluan lebuhraya Pembangunan kemudahan awam

Sistem Maklumat Tanah

Pentadbiran kadaster Percukaian Pengezonan gunatanah Pengambilan semula tanah

Jadual 1: Bidang utama penggunaan GIS

Secara umumnya penggunaan GIS dapat dikumpulkan kepada lima kategori berikut:

i. Pengurusan fasiliti

Menggunakan peta berskala besar dan tepat dan analisis jaringan bagi pengurusan

utiliti. Pemetaan otomatik (AM) dan pengurusan fasiliti (FM) digunakan dalam

dibidang ini.

ii. Pengurusan Alam Sekitar dan Sumberjaya

Penggunaan peta berskala kecil atau sederhana dan teknik tindihan peta dengan

kombinasi foto udara dan imej satelit digunakan untuk pengurusan sumberjaya dan

kajian kesan alam sekitar.

iii. Jaringan Jalan Perhubungan

Peta berskala besar dan sederhana dan analisis ruang digunakan untuk vehicle

routing, lokasi bangunan-bangunan dan jalan perhubungan.

iv.

Perancangan dan Kejuruteraan Pengunaan peta berskala besar dan sederhana dan model-model kejuruteraan digunakan untuk kejuruteraan awam.

v. Sistem Maklumat Tanah Penggunaan peta kadaster berskala besar atau land parcel maps dan analisis ruang digunakan untuk pentadbiran kadester, percukaian, perlesenan dll.

Dalam banyak penggunaan ini, GIS dipercayai dapat meningkatkan rasionaliti dalam proses perancangan dan pengurusan melalui keupayaanya membantu meningkatkan ketepatan data dan kecekapan pencapaian data. Dalam proses mengambil keputusan pula, GIS dapat merupakan peralatan penting di mana data-data GIS dapat diolah untuk menghasilkan beberapa senario semasa dan menjangkakan kesan tindakan yang akan diambil. Ini dapat dijadikan bahan perbincangan bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik. Berbagai-bagai alternatif tindakan yang dapat dijangkakan dan dianalisis untuk dijadikan bahan perbincangan.

Maklumat geografi yang disimpan dan diproses dalam bentuk primer dapat diolah dan dianalisis dengan cara yang lebih kuantitatif, tepat dan dilakukan berulang-ulang kali. Pada peringkat permodelan pula, program alternatif dapat dipilih dan dinilai menggunakan kriteria yang ditetapkan. Pengotomasian juga dapat mengelakkan ciri-ciri yang menjemukan yang mungkin terjadi dalam pendekatan manual. Tumpuan dapat diberikan kepada tindakan profesional yang lain seperti mencetuskan idea-idea, melakukan penilaian, pendedahan kemungkinan dan mencadangkan alternatif bagi keputusan yang lebih baik.

3.0 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI FMRS:

CONTOH PERLAKSANAAN DAN PENGGUNAAN GIS Aplikasi FMRS merupakan satu pembangunan pangkalan data GIS dan penggunaannya untuk tujuan pemantauan Hutan Simpan Kekal. Matlamat FMRS adalah untuk membangunkan satu sistem pangkalan data GIS dan sistem aplikasi yang dapat digunakan untuk aktiviti pemantauan hutan di Semananjung Malaysia. Pembangunan FMRS terdiri dari beberapa peringkat iaitu;

i. Merekabentuk dan melengkapkan pangkalan data

ii. Membangunkan sistem aplikasi

iii. Menyediakan satu pemprograman analisis GIS

3.1

Pembangunan Pangkalan Data

Pembangunan pangkalan data FMRS merangkumi aktiviti-aktiviti rekabentuk pangkalan data, penyediaan sumber maklumat, pengolahan dan analisis data serta pembangunan sistem suaipakai. Rekabentuk pangkalan data diasaskan kepada beberapa faktor utama iaitu aplikasi yang akan dibangunkan, keperluan data, kedapatan dan saiz pangkalan data, perkakasan dan perisian yang digunakan, latar belakang pengguna dan organisasi pengguna akhir.

Database ini merupakan model georelational yang menyimpan data dalam dua bahagian iaitu data ruang (spatial) dan data atribu. Kedua-dua maklumat ini digabungkan dalam litupan (coverage) yang mewakili lapisan-lapisan data tertentu.

Sumber maklumat terdiri dari maklumat sedia ada (salinan keras, peta berdigit dan laporan), imej remote sensing dan kajian lapangan. Pangkalan data FMRS menggunakan data MaCGDI dan MACRES yang menggunakan unjuran RSO (Rectified Skew Orthomorphic) sebagai peta asas. Kemasukan data dilakukan dengan berbagai kaedah seperti pendigitan papan pendigit, pendigitan di skrin, pengimbasan, penggunaan data berdigit sedia ada dan pemprosesan imej.

4.0 ISU-ISU DAN STRATEGI PELAKSANAAN GIS

Kejayaan dan kegagalan pelaksanaan GIS bergantung kepada strategi pelaksanaannya. Beberapa isu penting harus ditangani semasa pelaksanaan tersebut, di antaranya adalah penentuan keperluan pengguna dan keperluan pelaksanaan GIS, penentuan dan kedapatan data, pemilihan perkakasan dan perisisan GIS, pembangunan sistem suaipakai dan aplikasi, dan keperluan tenaga mahir dan pengurusan GIS.

4.1 Penentuan keperluan pengguna dan perlaksanaan GIS

Rekabentuk dan perlaksanaan GIS bergantung kepada keperluan sesuatu organisasi. Ia dihasilkan berdasarkan pemahaman bagaimana operasi perancangan dan pengurusan sesuatu organisasi dijalankan. Operasi ini menentukan keperluan maklumat dan pertimbangan bagaimana GIS dapat membantu pengurusan.

4.2 Penentuan dan Kedapatan Data

Data dan maklumat adalah antara faktor penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan sesuatu GIS. Perlaksanaan GIS memakan masa dan kos terutama di dalam proses kutipan dan kemasukan data. Beberapa isu data dikenalpasti, antaranya adalah:

i.

Ketidakseragaman data-data yang terdapat di pelbagai agensi awam dan swasta.

ii. Data terdapat dalam berbagai-bagai bentuk, format, perincian, ketepatan dan unjuran peta.

iii. Data-data dan maklumat terdapat tidak dikemaskini dan disusun dengan berkesan.

iv. Sumber-sumber data dan maklumat yang berbeza.

v. Perkongsian data, kerjasama dan perolehan data dari berbagai agensi sukar dilakukan.

Isu dan masalah ini harus ditangani dengan menggunakan pendekatan-pendekatan dan strategi tertentu bagi menentukan:

i. Apakah bentuk dan perincian data yang diperlukan?

ii. Apakah unjuran peta yang akan digunakan?

iii. Apakah tahap ketepatan dan kejituan yang diperlukan?

iv. Dari mana sumber data?

v. Apakah strategi penggunaan bersama dan pengongsian data?

vi. Bagaimana data dapat diperolehi dari agensi terlibat?

vii. Apakah strategi atau kaedah pengemaskinian data dilakukan?

viii. Bagaimana menentukan keutuhan data?

ix. Apakah pendekatan pembangunan sistem maklumat yang akan digunakan?

Jawapan kepada isu-isu ini perlu ditentukan bagi memantapkan strategi pembangunan GIS di sesebuah jabatan. Strategi perlaksanaan GIS dapat dilakukan secara ‘bottom-up’ (yang memakan masa) atau secara ‘top-down’ dengan mengumpul data-data yang umum. Kaedah ‘top-down’ lebih mudah dan pantas tetapi maklumat yang dihasilkan adalah lebih umum (tidak terperinci). Alternatif lain adalah gabungan kedua-dua pendekatan tersebut iaitu pembangunan dijalankan serentak tetapi ia memerlukan penyelarasan yang rapi dan berkesan.

Dalam menentukan unjuran peta, pertimbangan yang harus dilakukan adalah pemilihan unjuran peta seperti UTM, RSO, Cassini atau unjuran peta yang lain. Penggunaan unjuran yang berbeza ini kadangkala menimbulkan masalah tetapi masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan perisian tertentu yang boleh membuat penukaran antaranya.

Unjuran peta ini sedikit sebanyak mempengaruhi ketepatan maklumat. Walau bagaimanapun, ketepatan maklumat bergantung kepada keperluan sesuatu organisasi seperti bagi tujuan perancangan dan penggubalan dasar hanya memerlukan ketepatan yang sederhana, manakala

bagi tujuan kawalan pembangunan bandar, tanah dan bangunan memerlukan kejituan yang tinggi. Strategi pelaksanaan GIS harus mempertimbangkan keperluan ini.

Setiap jabatan harus mempunyai strategi pengemaskinian data. Ada maklumat yang sentiasa memerlukan pengemaskinian tetapi ada maklumat yang tidak perlu dikemaskini dalam jangka masa yang singkat. Pengemaskinian boleh dibuat dengan menggunakan kaedah kerja lapangan, penggunaan foto udara dan teknik remote sensing. Pengemaskinian juga penting bagi mengawal keutuhan (integrity) maklumat. Setiap maklumat harus ditentusahkan sebelum digunakan. Data-data dan maklumat pula harus dihadkan pencapaiannya melalui penggunaan kata laluan (password) yang membenarkan operasi dilakukan oleh orang tertentu dan di tempat tertentu sahaja bagi mengawal keutuhan data.

Kejayaan perlaksanaan GIS juga dipengaruhi oleh pendekatan pembangunan sistem maklumat. Antara strateginya adalah melengkapkan data dahulu kemudian baru dibangunkan pangkalan data atau pembelian perkakasan dan perisian dahulu baru disusuli dengan pengumpulan data atau kedua-duanya dijalan serentak. Bagaimanapun pendekatan yang sesuai adalah secara langkah-demi-langkah yang membangunkan GIS secara kecil-kecilan dan apabila telah bersedia barulah dibangunkan secara komprehensif.

4.3 Pemilihan perkakasan dan perisian GIS

Keperluan perkakasan dan perisian GIS bergantung kepada keperluan dan matlamat pembangunan GIS. Berbagaibagai faktor teknikal seperti keupayaan sistem, kebolehannya memproses data yang pelbagai, keupayaan bagi melakukan fungsi-fungsi GIS dari kemasukan data, pengurusan data hinggalah kepada analisis dan pemaparan data. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan kemampuan teknikal kakitangan sesuatu organisasi dan peruntukan kewangan yang ada. Penentuan sistem haruslah dapat memenafaatkan dan memenuhi tujuan perlaksanaannya.

4.4 Pembangunan aplikasi

Berapa contoh gunapakai menunjukkan GIS merupakan peralatan penting di dalam perancangan dan pengurusan di pelbagai peringkat perancangan, tetapi GIS sendiri tidak dapat melakukan perancangan atau penyelesaian masalah dalam perancangan dan pengurusan. Kaedah untuk menggunapakai GIS dalam menghasilkan senario perancangan, memperuntukkan pelaburan dan menilai cadangan adalah terbatas. Mengikut Brail (1990), masalah penggunaan GIS sebagai peralatan sokongan perancangan dan pengurusan dapat di bahagikan kepada tiga, iaitu: kelemahannya melakukan unjuran; tiada keupayaan untuk

melakukan penilaian; dan antara-muka pengguna (user interface) yang terhad. Bagaimanapun, contoh-contoh penggunaan GIS menggambarkan sebahagian besar masalah ini dapat dikurangkan walaupun tidak dapat diatasi sepenuhnya (Yaakup, Ibrahim dan Johar, 1995). Kemunculan perisian yang baru dan fungsi analisis yang lebih baik memberikan kemungkinan yang lebih positif. Kebolehan ini seharusnya diterokai dan disepadukan dengan sistem sokongan keputusan (Decision Support Systems (DSS)) yang lain yang berasaskan permodelan matematik atau sistem pakar (Expert Systems (ES)) yang berasaskan sebab musabab logikal dan model perancangan operasi dengan matlamat mewujudkan satu sistem sokongan perancangan (Planning Support Systems (PSS)) (lihat Huang, 1997; Yaakup, 1997c).

4.5 Keperluan tenaga pakar dan komitmen

Penggunaan GIS yang berkesan dalam perancangan dan pengurusan juga ditentukan oleh dedikasi dan kesungguhan kakitangan dan individu di semua peringkat dalam jabatan dalam aspek kepimpinan keseluruhan, pendedahan kepentingan dan kebolehan GIS (Masser dan Campbell, 1989). Kejayaan penggunaan GIS bergantung kepada kepimpinan yang jelas dan kesungguhan kakitangan atasan yang menyedari potensi yang ditawarkan oleh. Kurangnya kesedaran dan kebolehan teknikal di kalangan jabatan merupakan salah satu sebab mengapa sesetengah jabatan lebih cenderung mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melaksanakan GIS.

5.0 KEJAYAAN DAN KEGAGALAN PERLAKSANAAN GIS

GIS telah dibangunkan dan digunakan sejak tahun 1960an. Penggunaannya di berbagai-bagai bidang dan agensi kadangkala mengalami kejayaan dan kegagalan. Kebanyakan kegagalan pelaksanaan GIS tidak disebabkan oleh sistem perkomputeran tetapi disebabkan oleh masalah pembangunan pangkalan data dan isu kemanusiaan. Pembangunan GIS kadangkala tidak berdasarkan keperluan organisasi dan tanpa benar-benar memahami keupayaan GIS. Pembangunan GIS memerlukan pemahaman di semua peringkat organisasi dari peringkat pengurusan hinggalah keperingkat teknikal. Tanpa pemahaman ini, GIS agak sukar dilaksanakan. Semua peringkat perlu memberi sokongan kepada pembangunan GIS. Pembangunan GIS juga memerlukan kakitangan yang benar-benar didikasi terhadap pembangunannya. Kadangkala GIS yang dibangunkan menjadi gajah putih atau berkubur apabila tiada kakitangan yang mahir untuk mengurus sistem (contohnya disebabkan oleh perpindahan atau kenaikan pangkat). Seharusnya pembangunan GIS tidak terlalu bergantung kepada satu atau pun dua kakitangan sahaja.

Sejak tahun 1960an GIS telah mengalami berbagai-bagai peringkat perubahan dan pembaikan. Ia menjanjikan berbagai keupayaan dan kebolehan yang dapat membantu perancangan dan pengurusan. Walau bagaimanapun terlalu sedikit kejayaan GIS. GIS tidak benar-benar dapat digunakan sebagai alat bantuan perancangan dan pengurusan. Terlalu sedikit fungsi-fungsi analisis ruang GIS digunakan untuk tujuan perancangan dan pengurusan. GIS lebih banyak dijadikan alat yang dapat menghasilkan peta atau paparan grafik yang dibuat berulang-ulang. Ia hanya merupakan alat pemetaan yang mana ini hanya sebahagian kecil fungsi GIS. Komputer masih belum dapat menggantikan sistem pentadbiran yang ada (Allison, 1993). Masih banyak pertimbangan-pertimbangan personal yang diperlukan dalam pentadbiran. Komputer tidak mampu melakukan pertimbangan-pertimbangan ini. Walau bagaimanapun ia dapat membantu pertimbangan-pertimbangan ini sekiranya ia digunakan dengan cara yang lebih berkesan lagi. Penggunaan GIS tidak harus ditumpukan kepada fungsi pemetaannya sahaja tetapi harus kepada fungsi pengolahan data dan analisis ruang. Fungsi analisis ruang GIS harus digunakan bagi menggambarkan senario semasa dan jangkaan kesan-akibat dari sesuatu tindakan. Pemodelan kartografi juga harus digunakan bagi menilai kemungkinan-kemungkinan yang dapat digunakan sebagai alat perbincangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Ini akan mengarahkan kepada keputusan yang lebih baik dan lebih tepat lagi.

6.0 PENUTUP

Pendekatan perancangan dan pengurusan yang mampan jelas memerlukan satu sistem maklumat yang dapat meyokong proses perancangan dan pengurusan bagi menggubal keputusan yang lebih baik. Kemunculan GIS memberi harapan untuk digunakan sebagai peralatan penting dalam aktiviti merancang dan mengurus.

Keupayaan GIS sentiasa dipertingkatkan, diperkemaskan dan digabungkan dengan sistem maklumat yang lain bagi membolehkan GIS menjadi sebagai sistem sokongan perancangan yang berkesan. Walau bagaimanapun masih terdapat isu-isu teknikal, organisasi, perundangan dan kemanusiaan yang perlu diperkemaskan sebelum GIS benar-benar dapat digunakan bagi tujuan perancangan dan pengurusan. Pemahaman fungsi-fungsi GIS dan keperluannya adalah faktor-faktor utama kejayaan. Berbagai-bagai pertimbangan terlebih harus diteliti sebelum sebarang penglibatan lanjut dibuat. Strategi pembangunan adalah faktor penting dalam menentukan kejayaannya supaya setimpal dengan peruntukan kewangan dan kos lain yang terlibat dalam pembangunan GIS ini.