Anda di halaman 1dari 3

Watak dan Perwatakan Amira Amir

Remaja perempuan yang bijak, peramah, lasak, penyayang, nekad, tegas dan pandai memujuk. Amira sangat memahami kesibukan ibunya (Profesor Zaidah) dan bapanya (Amir, yang selalu ke luar negara). Amira ialah pembantu ibunya dalam mengemas kini laman sesawang maklumat arkeologi. Jacintha (JC)

Teman akrab Amira, anak tunggal seorang jutawan yang berkahwin semula setelah kematian ibu JC. Perwatakan JC digambarkan sebagai sensitif (mudah tersentuh) dan sedikit penakut (manja), tetapi lasak, setia kawan, peramah, berterus terang dan pemaaf.

Profesor

Zaidah

Penyelidik arkeologi terkemuka yang kerap membentangkan dapatan di serata dunia. Digambarkan sebagai kuat bekerja, prihatin, berdedikasi, lemah lembut, tetapi sesekali tegas. Daya kepimpinannya teruji apabila perlu memuktamadkan sesuatu keputusan yang penting, misalnya ketika Dr. Zawawi menyarankan supaya projek arkeologi mereka ditunda ekoran beberapa peristiwa kemalangan yang menimpa Amira, JC dan Profesor Zaidah sendiri.

Dr

Zawawi

Doktor perubatan yang bertindak sebagai orang kanan Profesor Zaidah dalam projek penyelidikan arkeologi. Dr. Zawawi prihatin (tentang keselamatan), kelakar, bijak (mententeramkan keadaan), setia dan beretika.

Pak

Lias

Pemandu pacuan empat roda projek arkeologi. Pak Lias cekap (memandu dan bersilat), prihatin, berterus terang, penyayang dan berhati-hati. Pak Lias bertanggungjawab menumpaskan makhluk misteri dengan pencak silat gerak songsang yang pernah dipelajari daripada Kiai Rashid.

Rusdi Ketua kepada pelajar yang menyertai projek penyelidikan arkeologi. Rusdi berfikiran positif,

tidak Tau

mudak

mengalah,

jujur

dan

amanah.

Usianya menginjak separuh abad, tetapi tangkas, bijak dan cekap (dengan selok-belok rimba), penyayang, pendendam,misteri dan kuat berahsia. Tau menggantikan Ludin, abangnya mengahwini Ipah dan memperoleh dua orang cahaya mata (Sabi @ Malique - dilarikan Ipah; dan Tau - diserahkan kepada Ludin). Apa kaitan Tau dengan makhluk misteri separuh beruang? (jawapannya... baca dulu sendiri!)

Itai Remaja orang Asli yang pintar hingga pernah mewakili negeri dlam pameran saintis muda, serta menggondol tempat kedua. Projek perubatan herbanya menewaskan kumpulan Amira dan JC (sebelum berkenalan di rimba dengan penampilan yang jauh berbeza). Dilatih oleh Tau untuk mengambil alih jawatan ketua kampung daripada Ludin.

Ludin Ketua kampung orang Asli. Mahir dalam rawatan herba, termasuk merawat tangan kiri Profesor Zaidah yang cedera akibat kemalangan pacuan empat roda yang terjunam ke sungai. Ludin penyayang, tetapi juga perahsia dan tegas. Kontras dengan adiknya Tau, Ludin lebih lembut dan teliti dalam segala tindakan.

Ipah

Jeniffer

Samantha

Anak kepada Ridley, pensyarah universiti di Australia dan Brenda yang terbunuh di lokasi Desa Karpus. Berkahwin dengan Tau setelah perawan, tetapi disisihkan oleh masyarakat orang Asli kerana Ipah dianggap sebagai perempuan sihir yang jelik. Kemudian, Ipah lari dengan Johnny membawa Sabi sekali, tetapi meninggalkan Tau.

Malique

Sabi

Patuh kepada arahan ibunya supaya menyertai John O'Hara memasuki hutan Gunung Mat Raya. Dia menyangka Amira terpikat dengannya. Malique berasa sangat rapat dengan hutan berkenaan. John O'Hara

Seorang pengesan emas. prospector berpengalaman dari Australia. O'Hara amanah, kuat

bekerja, Roslan

tetapi

kadang-kadang

panas

baran.

Pemandu pacuan empat roda O'Hara. Roslan, bekas pemandu lori balak yang sangat berpengalaman melepasi laluan curam dan licin. Roslan penyayang (tidak sanggup berjauhan dengan ibunya). Roslan suka menolong. Ah Chin

ketua pekerja O'Hara. Ah Chin sangat tegas mengawal pekerja yang berkelakuan kasar dan suka mengambil kesempatan ketika ketiadaannya. Diharap analisis Kembara Amira menerusi sinopsis, latar dan perwatakan yang dicoretkan ini dapat mendorong murid membaca novel yang begitu menarik dan mengesankan itu...