Anda di halaman 1dari 2

PERANCANGAN:

Perancangan untuk projek ini telah dimulakan sejak awal bulan April.Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan sempurna.Pemilihan projek ini dapat

dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti yang dicadangkan dalam tema Hidup Bermasyarakat.Idea ini tercetus apabila pemerhatian dibuat di kawasan perumahan kami yang menghadapi masalah seperti jiran tidak bertegur sapa,hubungan antara jiran yang sering menghadapi masalah atau konflik.Selain itu,jiran juga tidak berapa kenal antara satu sama lain.Projek Jiran Tetangga ini adalah salah satu jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah hubungan jiran yang renggang. Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini.Persetujuan pengetua dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam menjayakan projek ini.Penduduk setempat juga yang telah membakar semangat kami untuk meneruskan projek ini sehinggan Berjaya walaupun pada awalnya banyak halangan yang terpaksa dihadapi seperti segelintir penduduk yang enggan bekerjasama.

Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini.Agihan tugas dan tanggungjawab yang adil telah diberikan setiap ahli bagi melincinkan projek ini.

Anda mungkin juga menyukai