Anda di halaman 1dari 11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

Solat/Sembahyang Cara Nabi s.a.w.


Solat Cara Nabi s.a.w.
Rumah Cara Solat Nabi s.a.w Rukun Solat Faedah Solat Peringatan Mengenai Solat Solat Larangan Dalam Solat Masalah & Bidaah Zikir selepas solat Muat Turun Ebuku

Laman
Cara Solat Nabi s.a.w Faedah Solat Larangan Dalam Solat Masalah & Bidaah Muat Turun Ebuku Peringatan Mengenai Solat Rukun Solat Solat Zikir selepas solat

Menu
Pilih Kategori

Laman Ilmiah
Institut Al-Qayyim Minda Mufti www.al-fikrah.net www.jomsolat.tk

Waktu Solat
Waktu Solat

E-Book Download
Muat turun Ebuku Panduan Solat Rasulullah s.a.w.: Takbir Hingga Salam Percuma
wordpress.com//panduantatacara-s 1/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

Puasa mengikut sunnah Nabi s.a.w.

Arkib
Pilih Bulan

Langgan email
Baca Panduan lengkap Solat / Sembahyang /shalat Cara Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. melalui Emel

Statistik Pengunjung
150,182 pengunjung

Pengguna dalam talian

Kiriman Terbaru
Download percuma ebuku Panduan Solat/sembahyang cara Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Solat Hari Raya Menggantikan Solat Jumaat Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri lengkap mengikut sunnah Nabi s.a.w. Hukum Solat Hari Raya Melaksanakan Solat Aidil Fitri Di Musholla (Kawasan Lapang) Cara solat/shalat/sembahyang sunat tasbih Kemuliaan Malam Lailatul Qadar Tanda-tanda malam lailatul qadar Malam Lailatul Qadar Mengerjakan Solat Tarawih Menurut Sunnah Nabi Solat Terawih/tarawih/tarawikh Sujud sahwi Solat Berjamaah Satu Tuntutan www.bidaah.tk Ketahui maksud bidaah,bantahan pembahagian bidaah dll Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

Chat

Sifat Solat Nabi ( 1 / 9 )

wordpress.com//panduantatacara-s

2/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

Sifat Solat Nabi ( 2 / 9 )

Sifat Solat Nabi ( 3 / 9 )

Sifat Solat Nabi ( 4 / 9 )

Sifat Solat Nabi ( 5 / 9 ) follow me on vodpod

Komen terbaru
yusrezal on Cara solat/shalat/sembahyang s Mohd Azmir on Masalah & Bidaah NDZ Cosmetic on Download percuma ebuku Panduan farizal on Cara solat/shalat/sembahyang s khatijah bohari on Masalah-masalah solat: Kelemah

Jom solat Mengikut Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.


Daftar Log masuk RSS Entri RSS bagi komen-komen WordPress.com

wordpress.com//panduantatacara-s

3/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

Statistik pengunjung Hadis Sahih Adabul Mufrad

Link Exchange
Yahoo Google NDZ Cosmetic Hukum Solat Hari Raya Solat Hari Raya Menggantikan Solat Jumaat

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri lengkap mengikut sunnah Nabi s.a.w.


DIkirim oleh admin di 28 September 2008 Tatacara Solat Aidil Fitri Waktu untuk mengerjakan solat Aidil Fitri adalah setelah terbitnya matahari setinggi tombak sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu dhuha. Disunnahkan untuk melewatkan solat Aidil Fitri agar memberikan kesempatan mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk menyempurnakannya. 1 Tidak ada solat sunat sebelum dan sesudah Solat Aidil Fitri. Dari Ibnu `Abbas bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989) Hanya sahaja di Malaysia ini solat Aidil Fitri dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk dilaksanakan solat Tahiyat al-Masjid kerana secara umumnya setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyariatkan untuk dikerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi shalallahu alaihi wasallam: Apabila salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no: 444) 2 Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat Aidil Fitri. Dari Ibnu `Abbas radhiallahu anh: Bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam melaksanakan solat `Ied tanpa azan dan tanpa iqamah.
wordpress.com//panduantatacara-s 4/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968) Namun untuk kemaslahatan umum, dibolehkan membuat pengumuman ringkas untuk memberi tahu para hadirin bahawa solat Aidil Fitri berjamaah akan bermula, agar mereka dapat bangun dan mula menyusun saf, lebih-lebih di tempat solat yang luas dimana kedudukan imam tidak dapat dilihat. 3 Jumlah rakaat solat Aidil Fitri adalah dua. Dari Ibnu `Abbas radhiallahu anh dia berkata: Bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989) 4 Terdapat tambahan takbir di dalam solat Aidil Fitri. Dari `Aisyah (radhiallahu anha), dia berkata: Bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam biasa bertakbir pada solat Aidil Fitri dan aidil Adha, pada rakaat pertama tujuh kali takbir dan pada rakaat kedua lima kali takbir, selain dari dua takbir rukuk. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 970. Ada pun tentang jumlah takbir secara keseluruhannya sebelum bacaan al-Fatihah, maka terdapat dua pendapat yang masyhur: i Untuk rakaat pertama lapan takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan tujuh takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 7 = 8. Untuk rakaat kedua enam takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan lima takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 5 = 6. ii Untuk rakaat pertama tujuh takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan enam takbir solat Aidil Fitri. 1 + 6 = 7. Untuk rakaat kedua lima takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan empat kali takbir solat Aidil Fitri. 1 + 4 = 5. Kedua-dua pendapat termasuk dalam kategori perbezaan pendapat yang dibenarkan. Boleh memilih salah satu daripadanya atau yang lebih tepat, mengikuti takbir imam solat Aidil Fitri dalam pendapat yang dipilihnya. 5 Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut, menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan: Tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahawa baginda mengangkat kedua tangannya ketika takbir pada solat Aidil Fitri (takbir pada rakaat pertama yang berjumlah tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali) Hanya sahaja Ibnul Mundzir berkata: Malik telah berkata bahawa di dalam masalah ini (iaitu angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunnah yang dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya pada waktu takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak mengangkat tangan) lebih aku sukai. (Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396) Oleh itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat atau tidak tangan ketika takbir-takbir tersebut, namun yang lebih hampir kepada sunnah Nabi shallallahu alaihi wasallam ialah dengan tidak mengangkatnya. Wallahualam. 6 Mengenai bacaan di antara takbir-takbir tersebut maka Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari berkata: Tidak ada hadis yang sahih yang diriwayatkan dari Nabi shallallahu alaihi wasallam mengenai doa tertentu yang dibaca di antara takbir-takbir solat Aidil Fitri, tetapi telah ditetapkan dari Ibnu Masud radhiallahu anh bahawasanya dia berkata mengenai solat Aidil Fitri: Di antara dua takbir dipanjatkan pujian kepada Allah Azza wa Jalla sekaligus sanjungan ke atasNya.
wordpress.com//panduantatacara-s 5/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

(Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61) Menurut Imam Ahmad dan Imam al-Syafii rahimahumallah sunat di antara dua takbir itu membaca zikir seperti: Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar. (Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286) 7 Tentang surah-surah yang dibacakan baginda shallallahu alaihi wasallam setelah membaca al-Fatihah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata: Diriwayatkan secara sahih dari bacaan pertama surah Qaf dan surah al-Qamar dan bacaan kedua surah al-Alaa dan al-Ghaasyiah, dan hanya inilah riwayat yang sahih dari beliau tentang bacaan itu (iaitu pada solat Aidil Fitri). (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Maad, ms. 49) 8 Apabila seseorang tidak dapat turut serta untuk solat Aidil Fitri bersama secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha bahawa dia berkata: Jika seseorang terlewatkan (tidak mendapatkan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia solat dua rakaat. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat `Ied, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat) Share this: StumbleUpon Digg Reddit

Entri ini telah dipos pada 28 September 2008 pada 2:14 pm dan diletakkan dibahagian Solat. Di tag: Aidil, Fitri, lengkap, mengikut, nabi, panduan, saw, Solat, Sunnah, Tatacara. Anda boleh mengikuti apa-apa respon kepada pos ini melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh tinggalkan respons, atau trackback daripada laman web anda sendiri.
Like Be the first to like this post.

12 Respons kepada Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri lengkap mengikut sunnah Nabi s.a.w.
1.

oRiDo berkata
29 Mei 2009 pada 11:19 am

sebagai tambahan informasi.. http://orido.wordpress.com/2007/09/26/dkmb-ebook-shalat-nabi/ semoga berguna.. Balas


wordpress.com//panduantatacara-s 6/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

2.

XiOuS berkata
15 September 2009 pada 11:09 am

Bagaimana pula tentang khutbah yang dilaksanakan selepas solat eid? adakah tidak disyariatkan? seperkara lagi, bolehkah diterangkan bagaimana sebutan takbir raya lengkap? dan berapa kalikah perlu diulang takbir raya itu sebelum dan sesudah solat eid? Ps : mohon jasa baik Admin, emailkan salinan jawapan ke cloroxious@gmail.com Balas

pro-tajdid berkata
16 September 2009 pada 3:37 pm

Assalamualaikum. 1. Tiada dalil khutbah selepas solat eid, jadi ikut yg sunnah sebelum solat. 2. Perihal lafaz takbir raya maka terdapat beberapa riwayat dari para sahabat radhiallahu anhum yang di antaranya adalah: Daripada Ibnu Masud radhiallahu anh, beliau mengucapkan: . Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang berhak diibadahi kecuali hanya Allah semata, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji hanya bagi Allah. (Hadis riwayat Imam Ibnu Abu Syaibah di dalam Mushannaf, hadis no: 5649) Daripada Ibnu `Abbas radhiallahu anh, beliau pernah mengucapkan: , , , , . Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahilhamd, Allahu Akbar wa A-khallu, Allahu Akbar `alaa maa hadaana. (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar segala puji hanya bagi Allah, Allah Maha Besar lagi Maha Agung, Allah Maha Besar di atas petunjuk yang telah diberikan kepada kita). (Riwayat Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (III/315)) Salman al-Farisi radhiallahu anh pula berkata: , , : . Agungkanlah Allah dengan menyebut Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Kabeera (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar). (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (III/316)) 3.Baginda Rasulullah s.a.w.keluar pada Hari Raya Aidil Fitri, maka baginda bertakbir (dalam perjalanan) hingga sampai di musalla, dan hingga ditunaikannya solat. Apabila baginda telah selesai menunaikan solat, maka baginda menghentikan takbir. (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf 2/165. al-Faryabi dalam Ahkamul Ideian no 59. Al-Baihaqi dalam
wordpress.com//panduantatacara-s 7/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

As-Sunan al-Kubra 3/279. Lihat: Silsilah al-Ahadis as-Sahihah 170. sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) Balas 3.

mohd riduan berkata


20 September 2009 pada 5:46 pm

assalamualaikum.. saya ingin bertanya bolehkah takbir raya selepas khutbah hari rya aidilfitri?? Balas 4.

Muhammad Izzuddin berkata


30 Oktober 2009 pada 12:46 pm

assalamualaikumsaya ingin bertanya,adakah perlu melaksanakan sujud sahwi jika tertinggal lima takbir pada rakaat kedua solat sunat aidilfitri? wasslm. Balas 5.

amalina jamaludin berkata


3 April 2010 pada 4:18 pm

saya ingin bertanya adakah solat hari raya solatnya cuma 2 rakaat sahaja?kalu lebih??? daripada:amalina jamaludin Balas 6.

amalina jamaludin berkata


3 April 2010 pada 4:22 pm

assalammualaikum saya nak tanya lagi jika solat hari raya itu pada hari jumaat adakah solat jumaat juga lelaki akan solat??? Balas

wordpress.com//panduantatacara-s

8/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

Mohd Faizuddin Sahimi berkata


5 April 2010 pada 8:35 am

pilih salah satu Balas

anip berkata
10 September 2010 pada 12:01 pm

jika pilih s0lat sunnat hari raye.adakah boleh kita tinggalkan s0lat jumaat yang aslnya zohor? sila rujuk dalil yg membolehkannya. 7.

arip arika berkata


4 Mei 2010 pada 6:20 pm

sonang jo.. xyh cri jowh2.. Balas 8.

zainol bin abdul karim berkata


7 September 2010 pada 2:42 pm

alhamdulillah, sangat baik, teruskan. Balas 9.

Abdullah berkata
10 September 2010 pada 9:41 am

Khutbah Hari Raya. Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Dari Abu Said al-Khudri, dia berkata:

wordpress.com//panduantatacara-s

9/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

. Maksudnya: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. Kemudian baginda berpusing dan menghadap jamaah yang sedang duduk di shaf-shaf mereka. Kemudian baginda memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka. Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Iedaini, no: 956. selesai mengerjakan solat Hari Raya bagi seseorang yang tidak ingin turut serta untuk mendengar khutbah maka dia dibenarkan untuk meninggalkan majlis tersebut. Ini sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Saib, dia berkata: . . Aku pernah menghadiri solat Hari Raya bersama Nabi shallallahu alaihi wasallam dan ketika selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah, barangsiapa ingin duduk untuk mendengarkan khutbah maka dipersilakan. Dan barangsiapa yang ingin pergi, maka dipersilakan untuk pergi. Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 975. Balas :

Tinggalkan Jawapan

Guest

Notify me of follow-up comments via email. Notify me of new posts via email.

Hukum Solat Hari Raya Solat Hari Raya Menggantikan Solat Jumaat
wordpress.com//panduantatacara-s 10/11

22/07/2011

Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri leng

Blog di WordPress.com. | Theme: Andreas09 by Andreas Viklund.

wordpress.com//panduantatacara-s

11/11

Anda mungkin juga menyukai