Anda di halaman 1dari 8

KESAN-KESAN

INFLASI

KESAN NEGATIF DALAMAN


Inflasi menyebabkan tingkat harga umum naik.Pendapatan benar penduduk akan menurun dan merendahkan kuasa beli pengguna. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh(GTP),inflasi akan meningkatkan tingkat harga umum tanpa meningkatkan jumlah keluaran.Menyebabkan kos hidup rakyat meningkat dan taraf hidup rakyat menurun.Hal ini kerana dengan jumlah wang yang sama kuantiti barang yang dapat dibeli berkurangan. Inflasi memberi kesan negatif kepada golongan berikut: A)golongan yang menerima pendapatan tetap.

Pekerja yang menerima upah tetap dan pesara akan mengalami kerugian apabila pendapatan benar mereka menurun semasa berlaku inflasi. B)golongan pemiutang mengalami kerugian kerana nilai wang bayaran balik menurun semasa inflasi. C)golongan yang menabung di institusi kewangan mengalami kerugian kerana inflasi merendahkan kadar faedah benar. Inflasi tolakan kos dan inflasi diimport menyebabkan firmafirma yang kurang cekap menghentikan operasi.Firma-firma yang tidak punyai modal yang cukup atau kurang cekap akan gagal bertanding dengan firma lain dan terpaksa keluar dari pasaran.

KESAN NEGATIF LUARAN


Harga barang eksport menjadi lebih mahal berbanding dengan harga barang import.Mengurangkan jumlah eksport dan menambahkan jumlah import.Memburukkan imbangan pembayaran negara. Menjatuhkan nilai wang dalam negara menyebabkan pengaliran modal jangka pendek ke luarnegara.memburukkan imbangan pembayaran negara itu. Kadar pertukaran asing terjejas apabila jumlah eksport menurun dan jumlah import meningkat akibat inflasi dalam negara.menjatuhkan nilai mata wang dalam negara dan kejatuhan pelaburan asing.

KESAN POSITIF DALAMAN


Inflasi sederhana menggalakan pelaburan.firma digalakkan untuk menambah pelaburan supaya pertambahan penawaran agregat dapat memenuhi permintaan agregat. Pertambahan pelaburan semasa inflasi sederhana akan meningkatkan guna tenaga dan kadar pengganggur akan menurun. Inflasi membawa kesan positif terhadap golongan berikut:
Golongan pemilik harta tetap seperti pemilik tanah dan pemilik kedai.disebabkan kenaikan mendadak harga tetap.

Golongan pemilik saham keranaharga saham akan naik semasa inflasi sederhana. Golongan peniaga kerana kenaikan harga keluaran melebihi kenaikan kos pengeluaran.keuntungan peniaga bertambah.
Keluaran negara akan bertambah sebalum faktor-faktor pengeluaran digunakan dengan sepenuhnya.pendapatan negara turut bertambah.

KESAN POSITIF LUARAN


Inflasi dalam negara menyebabkan harga barang eksport naik dan harga barang import turun.faktor lain tidak berubah,kadar syarat perdagangan negara itu bertambah baik. Kadar syarat perdagangan=IH eksport/IH import x 100 Permintaan luar negara terhadap eksport negara itu dan permintaan dalam negara terhadap importnya tidak anjal harga,kadar syarat perdagangan yang bertambah baik akibat inflasi akan memperbaiki imbangan perdagangan negara itu.