Anda di halaman 1dari 13

BAB SATU

PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).

Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Penggubal kurikulum matematik sentiasa berhasrat untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran matematik. Penggubalan sesuatu kurikulum matematik adalah berdasarkan, antara lain kepada pertimbangan falsafah dan kandungan matematik, bagaimana ilmu ini boleh disampaikan dengan berkesan kepada kumpulan sasaran, dan apakah faktor psikologi pembelajaran matematik yang boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.

Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memasukkan pendidikan Prasekolah ke dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai usaha bagi menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.

Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Komponen ini memberi penekanan kepada pemupukan sikap positif terhadap Sains dan Matematik.

Bermula 1 Jan 2010, Prasekolah di seluruh Malaysia menggunakan kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Terdapat 6 Tunjang dalam KSPK iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Literasi Sains dan Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Tunjang Ketrampilan Diri.

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran

Matematik terletak di bawah Tunjang

Literasi Sains dan Teknologi iaitu Awal Sains dan Awal Matematik. Penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran Matematik akan membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir secara logika matematik melalui manipulasi objek secara konkrit, memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat dan memperkembangkan seharian. kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan

Di antara domain matematik, pola boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang tetap di dalam kumpulan nombor, bentuk atau memberi sumbangan dalam simbol matematik atau konsep. Pola juga dikatakan sebagai pengulangan, perkembangan dan perhubungan dimana pengulangan pola merupakan pola yang terawal dijelajahi (Burns, 2000). Kanak-kanak seawal usia tiga setengah tahun telah menunjukkan minat yang besar terhadap pola (Ginsburg, Inoue, & Seo, 1999). Di bawah tunjang

Sains dan Teknologi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, pola di letakkan di bawah fokus pengalaman Pranombor. Hasil pembelajaran yang didapati dari topik ini ialah murid dapat mengecam corak berulang dan membina pola. Pendidikan prasekolah juga memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini dapat meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan (Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan, 2007, ms.93). Kebanyakan pengalaman kanak-kanak diperolehi melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, bermain memberikan peluang untuk meneroka pola matematik dan lain-lain konsep matematik. Contohnya; Ginsburg et al. (2000) mengenalpasti 42% aktiviti bermain yang dipantau untuk kanak-kanak berusia 4 dan 5 tahun mempamerkan pengalaman matematik. Kanak-kanak dalam usia yang muda berkebolehan untuk meneroka idea dalam pelbagai gaya dan lebih sofistikat daripada apa yang kita jangkakan (NCTM, 2000, p.103) dengan syarat pengalaman matematik bersesuaian dengan dunia mereka.

Friedrich Froebel (1782-1852), percaya bahawa proses pembelajaran berlaku dalam keadaan yang menggembirakan dimana kanak-kanak akan memilih permainan yang menggembirakan mereka. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus diberi

kebebasan memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan semasa dan minat mereka. Menurut beliau, apabila kanak-kanak dibenarkan membuat pilihan sendiri, mereka lebih cenderung menghasilkan sesuatu yang istimewa dan mengalami proses pembelajaran yang bermakna. Maria Montessori (1870-1952) pula berpendapat guru hanyalah pemudah cara dalam proses pembelajaran kanak-

kanak dimana mereka perlu menyokong, menjawab soalan dan membantu kanakkanak ketika bantuan mereka diperlukan dan bukannya penentu bentuk atau jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak.

Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti insiden inisiatif-murid berkaitan pola Matematik semasa aktiviti bermain di prasekolah.

1.1

Pernyataan Masalah

Kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang kepada keciciran pelajar adalah disebabkan ketidakupayaan untuk menerima pelajaran yang diajar. Pada tahun 2008, hampir 32,000 pelajar cicir dari pelbagai peringkat persekolahan. Harapan kerajaan, sekiranya penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas diberi penekanan bermula daripada peringkat awal pendidikan, kadar keciciran pelajar akan dapat dikurangkan. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat awal pendidikan juga amat kritikal bagi seseorang kanak-kanak kerana penguasaannya akan menjadi lebih sukar di masa hadapan. (Pelan Halatuju Program Transformasi Kerajaan, 200_).

Menurut Dr. Hj. Othman (2010), daripada dapatan pemeriksaan Nazir Sekolah, secara keseluruhannya kualiti pengajaran guru Sains dan Matematik di sekolah rendah berada pada tahap sederhana dimana aspek penyampaian, penglibatan murid, pemanfaatan sumber pendidikan serta kualiti latihan dan tugasan merupakan

penyumbang kepada tahap sederhana pengajaran guru. Laporan Kebangsaan 2009 JNJK merumuskan bahawa sungguhpun guru menguasai isi mata pelajaran yang diajar namun guru tidak menggunakan pelbagai kaedah pengajaran mengikut kesesuaian murid. Guru juga kurang menitikberatkan penggabungjalinan kemahiran dan penyerapan ilmu pengetahuan. Di samping itu, pembelajaran menyeronokkan (learning is fun) juga kurang diberi perhatian oleh guru. Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji ingin melihat adakah fenomena yang sama melanda kemahiran numerasi di peringkat prasekolah memandangkan numerasi asas seharusnya diberi penekanan bermula daripada peringkat awal pendidikan lagi. Fokus kajian adalah terhadap pola matematik memandangkan pendidik dan ahli matematik telah menekankan kepentingan pola dalam matematik dan mengakui kepentingan peranannya dalam perkembangan pengetahuan, konsep dan proses Matematik. Malah, Steen (1990) mempertahankan pendapatnya bahawa, Mathematics is the science and language of pattern (ms. 5). Penjelajahan pola dikenali sebagai pusat pembangunan penyelidikan matematik dan sebagai elemen asas perkembangan matematik kanak-kanak (Burns, 2000; Clemson & Clemson, 1994; Heddens & Speer, 2001; NCTM, 2000).

Pola matematik membekalkan sub struktur dimana kecekapan matematik formal boleh dibina. Oleh kerana dengan mempelajari pola dikatakan akan mengukuhkan semua pemikiran matematik, ia mempunyai perkaitan yang rapat dalam semua bidang seperti angka, geometri, ukuran dan data. Peluang mempelajari pola merentasi kurikulum dalam sains, seni, bahasa, muzik dan pendidikan jasmani.

Oleh itu, kanak-kanak sedari umur yang awal lagi telah menjadikan pola sebagai

asas dalam dan melepasi kurikulum matematik kerana ia akan membantu kanakkanak dalam kehidupan seharian mereka.

Majlis Guru-guru Matematik Kebangsaan mengenalpasti kepentingan pola di dalam terbitan Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics dengan menyatakan: Patterns abound in our world. The mathematics curriculum should help sensitize students to the patterns they meet every day and to the mathematical descriptions or models of these patterns and relationships (1989, ms. 100101).

Kebelakangan ini pengkaji dalam bidang psikologi kognitif telah memainkan peranan yang penting dalam mengkonsepkan pengajaran dan pembelajaran pendidikan matematik kepada kanak-kanak. Konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan sebagai sesuatu proses konstruktif, sesuatu proses di mana kanak-kanak membina dan membentuk ilmu di dalam bidang matematik dengan memperkaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam menggunakan konsep konstruktif dalam pengajaran kanak-kanak ialah konteks pembelajaran, peringkat

perkembangan kognitif dan interaksi sosial yang berlaku semasa pembelajaran (NCTM, 1989). Matlamat yang perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal

persekolahan ialah pembinaan pemahaman konseptual awal matematik, kebolehan berkomunikasi tentang matematik dan penggunaan matematik dalam penyelesaian masalah (NCTM, 1989).

Sementara itu, bermain dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pola matematik dan lain-lain konsep matematik. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Kanak-kanak boleh meneroka pemikiran dalam cara yang lebih sofistikat dan kaya daripada yang dijangkakan dengan syarat pengalaman matematik mereka adalah bersesuaian dengan dunia mereka (NCTM, 2000, ms.103). Masa bermain boleh memberikan asas pembelajaran yang berguna iaitu dari sudut memberi peluang untuk membina struktur. Sekiranya main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran, ia tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Tunjuk ajar dari orang dewasa adalah penting untuk membina struktur asas dalam matematik tidak formal kanak-kanak (Hildebrandt & Zan, 2002). Guru seharusnya berperanan aktif dalam membantu kanak-kanak untuk menjadikan penemuan tidak formal kepada konsep, prosedur dan simbol yang lebih formal dalam matematik.

Guru juga kurang menitikberatkan penggabungjalinan kemahiran dan penyerapan ilmu pengetahuan. Di samping itu, pembelajaran menyeronokkan (learning is fun) juga kurang diberi perhatian oleh guru. (Masukkan konsep konstruktiviti)

Namun begitu, sebagai kajian awal, pengkaji ingin melihat bagaimana kanak-kanak mencetuskan inisiatif pola sewaktu bermain dengan bahan dan alatan permainan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan seterusnya melihat sama ada guru sedar tentang insiden yang dicetuskan murid ini. Pengkaji juga ingin menyelidik

adakah guru dapat

menjelaskan pola yang tercetus dari inisiatif-murid dalam

konteks yang lebih bermakna.

1.2

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi melihat insiden inisiatif-murid dalam pola matematik dalam prasekolah. Kerangka konsep digunakan sebagai garis panduan untuk menilai bagaimana kanak-kanak menjana ,mengarah dan terlibat dalam aktiviti pola matematik semasa bermain dan melihat sama ada guru sedar mengenainya dan seterusnya dapat menggunakan peluang ini bagi mengasah minat kanak-kanak terhadap matematik serta membangunkan pengetahuan murid berkaitan pola dalam konteks yang lebih bermakna.

Penyelidikan ini bertujuan untuk: 1. Mengenalpasti sama ada bahan dan alat permainan yang berada di dalam kelas dapat mencetuskan semasa bermain. 2. Mengenalpasti jenis penglibatan rakan dalam tugasan inisiatif murid semasa bermain dalam pola matematik. 3. Mengenalpasti sejauh mana kesedaran guru tentang pencetusan idea insiden inisiatif-murid dalam pola matematik

insiden inisiatif-murid dalam pola matematik semasa bermain.

4. Mengenalpasti sama ada terdapat

faktor-faktor yang mempengaruhi

pencetusan idea insiden inisiatif-murid semasa bermain dalam pola matematik.

1.3

Persoalan Kajian

1. Adakah bahan dan alat permainan yang berada di dalam kelas mencetus kepada insiden inisiatif-murid dalam pola matematik semasa bermain?
2. Apakah jenis penglibatan rakan dalam tugasan yang diinisiatifkan murid

semasa bermain dalam pola matematik?


3. Sejauh mana guru sedar tentang pencetusan idea insiden inisiatif-murid

dalam pola matematik semasa bermain? 4. Apakah faktor yang mempengaruhi pencetusan idea insiden inisiatif-murid semasa bermain dalam pola matematik?

1.4

Kepentingan Kajian

Bagi melaksanakan keberkesanan pendidikan matematik guru perlu menjalankan peranannya dalam merangsang perkembangan pola matematik kanak-kanak. Pengetahuan matematik formal tidak boleh dipaksa ke atas kanak-kanak tetapi perlu dipersembahkan kepada kanak-kanak dalam bentuk yang dapat membantu kanakkanak itu mencipta sesuatu menjadi kepunyaannya, (Saunders, 1992).

Oleh itu, kajian ini adalah bagi memberi kesedaran kepada guru tentang insiden yang boleh mencetus pemahaman kepada pola matematik secara tidak langsung semasa bermain dan guru dapat menggunakan peluang ini bagi mengasah minat kanak-kanak terhadap matematik serta membangunkan pengetahuan murid berkaitan pola dalam konteks yang lebih bermakna. Di samping itu, kajian ini juga dapat membuka minda pengusaha tadika /prasekolah agar menyediakan sudut-sudut permainan, pembelajaran bagi memastikan

kesinambungan pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal di dalam pola matematik.

1.5

Skop kajian

Ruang lingkup kajian ini adalah terbatas kepada melihat insiden yang dicetuskan oleh murid dalam perkara berkaitan topik pola dalam komponen perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah semasa mereka bermain dengan bahan dan alat permainan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Pemerhatian hanya dilakukan ke atas dua buah kelas di prasekolah di negeri Selangor yang di pilih bagi mengambil bahagian dalam kajian ini. Kedua-dua prasekolah mempunyai penyusunan kelas yang mengarah kepada minat murid seperti sudut blok, sudut permainan pondok-pondok dan meja kognitif. Rakaman video dibuat bagi melihat insiden inisiatif-murid dalam pola matematik semasa bermain.

1.6

Definisi istilah

Beberapa istilah yang difikirkan berkaitan dengan kajian ini adalah seperti berikut: 1.6.1 prasekolah Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta Pendidikan 1996 , Pendidikan Prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Untuk kajian ini, murid prasekolah ialah kanak-kanak yang berumur 6 tahun yang mendapat pendidikan di prasekolah yang dipilih.

1.6.2 Pola Matematik Perkataan pola atau pattern berasal dari perkataan Peranchis patron iaitu satu tema peristiwa atau objek berulang yang kadangkala disebut juga sebagai set. Pola boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang tetap di dalam kumpulan nombor, bentuk atau memberi sumbangan dalam

simbol matematik atau konsep. Penyusunan dalam punyaan kumpulan merupakan kebiasaan yang digunakan dalam pengulangan. Contoh, Charlesworth (2000) menyatakan pola merupakan proses mendengar, melihat dan kebiasaan motor (p.190). Pola juga dikatakan sebagai pengulangan, perkembangan dan perhubungan dimana pengulangan pola merupakan pola yang terawal dijelajahi (Burns, 2000).

1.6.3 Insiden Menurut Kamus Dewan (Ed. Ketiga, 2002) insiden diistilahkan sebagai kejadian. Kejadian yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kejadian yang terbit daripada inisiatif murid berkaitan pola matematik semasa mereka bermain.

1.6.4 Inisiatif-murid Pakar kreativiti, Sir Ken Robinson (2006) menyatakan bahawa inisiatif murid bermaksud murid merancang dan membangunkan permainan dan minat mereka. Dalam inisiatif-murid, murid akan meneroka, mengambil risiko, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan berkongsi pencapaian mereka dengan orang lain serta menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi mendapat faedah dalam konteks yang lebih memberi makna kepada mereka. Mereka menggabungkan pengetahuan yang didapati untuk lebih memahami sesuatu konteks atau peristiwa yang berlaku.

Newspaper Association of America (2007) menyatakan aktiviti inisiatif murid adalah aktiviti yang ditentukan oleh murid sendiri dan ini merupakan hasil dari motivasi dalaman untuk meneroka projek atau meluahkan pemikiran mereka. Dengan inisiatif murid, mereka

menggunakan pelbagai sumber dan menunjukkan kepelbagaian ilmu pengetahuan, kemahiran dan pemahaman.

1.6.5 Bermain Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990).

Konsep main boleh dijelaskan sebagai tingkah laku dinamik, aktif dan konstruktif yang telah disebatikan dalam diri kanak-kanak. Ia merupakan satu keperluan dalam alam kanak-kanak, dari peringkat bayi sehingga peringkat remaja (Brewer, 2001, m.s.144).

1.7

Kesimpulan