Anda di halaman 1dari 5

VISI SEKOLAH

Melahirkan insan yang cemerlang dan berakhlak mulia selaras


dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelang
Tahun 2010.

MISI SEKOLAH
Berusaha ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pelaksanaan semua program pendidikan untuk mewujudkan
budaya ilmu serta amal soleh yang berterusan.

LAGU SEKOLAH

Megahnya berdiri sekolah kami


Sekolah Pasir Panjang
Tetap bersama membantu membina
Mencapai cita-cita.

Berikrar berjanji
Membantu membina
Berbakti dan berjasa
Kepada guru kepada semua
Wahai bangsa negara.

Megahnya berdiri sekolah kami


Sekolah Pasir Panjang
Tetap bersama membantu membina
Mencapai cita-cita.
SEJARAH SEKOLAH

Bangunan asal sekolah Bangunan tambahan sekolah

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Kuala Terengganu telah dibuka pada tahun
1939.Wujudnya sekolah ini adalah atas usaha gigih orang-orang kampung
bersama-sama penghulunya Tuan Haji Ahmad bin Hitam yang telah memohon
dan mendesak pihak kerajaan mengadakan sebuah sekolah tempat kanak-kanak
di sekitar kawasan Pasir Panjang ini belajar.

Sekolah ini terletak dalam kawasan seluas 4.406 ekar.Pada mulanya sebuah
bangsal didirikan dan disumbang oleh seorang pemborong tempatan iaitu
En.Wan Salleh bin Ahmad.

Bangunan pejabat sekolah Laman utama sekolah

Bangunan tempat belajar bertambah dari masa ke semasa mengikut


perkembangan murid.
Pada akhir tahun 1968 sekolah mempunyai 4 buah bangunan separuh kekal
sebagai tempat belajar berukuran sebagaimana berikut:
i. 120 kaki x 22 kaki
ii. 60 kaki x 22 kaki
iii. 47 kaki x 20 kaki
iv. 48 kaki x 20 kaki

Pada tahun 1969, bangunan iii dan iv telah dirobohkan dan diganti dengan
bangunan lain yang juga bangunan separuh kekal berukuran 300 x 24
kaki.Bangunan ini mempunyai 9 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru.

Pada tahun 1980, sebuah bangunan kekal 2 tingkat berukuran 190 x 24


kaki dibangunkan.Bangunan ini mempunyai 6 buah bilik darjah,
perpustakaan sekolah, bilik pusat sumber sekolah,ruang pejabat dan bilik
Guru Besar.

Pada tahun 1990, sebuah lagi bangunan separuh kekal dibina bagi
menampung pertambahan murid yang mendadak dengan bangunan
berukuran 22 x 146 kaki dan mempunyai 4 buah bilik darjah.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1939, hanya murid lelaki sahaja yang
belajar si sekolah ini dengan keramaiannya 20 orang.Keramaiannya
meningkat dari masa ke semasa, dengan peningkatan kepada 40 orang
selepas beberapa bulan dibuka.Pada tahun 1946, barulah sekolah ini mula
menerima murid perempuan,menjadikannya sebagai sebuah sekolah
bercampur.Pada tahun 1954, pentadbiran sekolah ini telah dipecahkan
kepada 2 bahagian iaitu Sek.Keb.Pasir Panjang (Lelaki) dimana Guru
Besarnya ialah En.Muhammad bin Hassan dan Sek.Keb.Pasir Panjang
(Perempuan) pula Guru Besarnya ialah Cik Emi Shamsiah binti
Abd.Hamid.Tetapi selepas berjalan selama 7 tahun kedua-dua sekolah ini
telah disatukan semula di bawah pentadbiran seorang Guru Besar.Penyatuan
ini adalah atas nasihat Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah dalam
mesyuaratnya pada 15.02.1961.

Semenjak dibuka juga, ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya
mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam
ataupun swasta.
LOGO SEKOLAH
Sek.Keb.Pasir
: Nama Sekolah.
Panjang
1939 : Tahun sekolah ditubuhkan.
Belajar dan
: Pagangan motto sekolah.
Berbakti
Sekolah adalah tempat murid-murid
Buku dan Obor :
menerima pelajaran
dan pembelajaran dan akan berbakti kepada
masyarakat.
Perpaduan diantara guru,murid dan
Biru :
masyarakat serta
menunjukkan hubungan yang baik dalam
pentadbiran sekolah.
Ketatasusilaan guru-guru dan murid-murid
Kuning :
serta mentaati
peraturan-peraturan sekolah.
Kekuatan dan kesungguhan guru dan murid
Merah :
mengikuti
kurikulum dan gerakkerja ko-kurikulum.

ENROLMEN PELAJAR

TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH

L P L P L P L P L P JUM
1 66 66 - - - - - - 66 66 132
2 56 61 - - - - - - 56 61 117
3 69 81 - - - - - - 69 81 150
4 70 69 - - - - - - 70 69 139
5 54 65 - - - - - - 54 65 119
6 74 72 - - - - - - 74 72 146
JUMLAH 415 438 - - - - - - 415 438 853

Anda mungkin juga menyukai