Anda di halaman 1dari 1

Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kongdan Negara China pada tahun 1930 -an.

Ketika itu banyak perlawanan persahabatan danpertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpeu danSingapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masaitu.Di Malaysia,permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah sekolah Malaysia (MSSM). Permainan ini adalah unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola keranjang, bola jaring , dan bola baling. Ciri unik ini dapat dilihat dari segi cara bola itu dimainkan oleh pesertanya.Kemahiran menghantar bola yang ditunjukkan oleh pemain -pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan bukan cara natural yang biasa kelihatan dalam aktiviti yang menggunakan bola. Lagipun,permulaan permainan ini dilakukan dari luar gelanggang.
http://ikramsu.blogspot.com/2010/12/apa-itu-permainan-bola-tampar.html