Anda di halaman 1dari 5

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS

TUGASAN KKBI ILMU PENDIDIKAN (PN 2051P) KPLI (SEKOLAH RENDAH) AMBILAN JANUARI 2011

NAMA NO K/P UNIT

: MALATHI A/P DESIK MONY : 841020-01-5354 : KPLI-SR PENGAJIAN TAMIL (SK) AMBILAN JAN 2011

PENSYARAH : EN. FAUZI B. HASAN CIK TAN SHEAU YANN

TUGASAN INDIVIDU
Pengurusan bilik darjah yang baik amat perlu bagi mewujudkan suasana yang kondusif supaya pengajaran dan pembelajaran berkesan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, pengetahuan tentang iklim, rutin, interaksi, disiplin dalam bilik darjah, pemikiran dan gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan diharapkan dapat membantu kami menjadi seorang pengurus dan pendidik yang berkesan. Masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan isu yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing. Tugasan ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti punca-punca yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin, apa itu masalah tingkah laku murid dan cadangan cadangan untuk membendung masalah tersebut di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Skudai, Johor. Masalah tingkah laku didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi impak negatif dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibar secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah. Saya Malathi A/P Desik Mony, telah mengenalpasti seorang murid yang bermasalah tingkahlaku, bernama Pradsanth A/L Ramesh di Sekolah kebangsaan Taman Selesa Jaya. Pradsanth merupakan pelajar tahun Enam Cerdik. Saya menemuramah murid itu sendiri, guru-guru murid tersebut. Semasa menemuramah murid berkenaan, saya telah kenalpasti beberapa punca masalah tingkahlaku murid tersebut. Semasa saya menemuramah dia, saya kenalpasti dia mempunyai masalah keluarga. Dia kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibubapanya. Ibubapa Pradsanth lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka

mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Bukan itu sahaja mereka tidak menghantar Pradsanth ke sekolah selama dua tahun kerana dia terpaksa menjaga adiknya yang usianya 2 tahun. Oleh itu, dia sudah ketinggalan pelajaran dua tahun. Sekarang dia menghadapi masalah dalam pelajaran seperti tidak mengenal huruf, tidak boleh membaca dan tidak boleh mengira dan dia hanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dialek pasar. Selain itu, media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Dia terikut-ikut menonton drama bersiri bersama keluarganya. Kelakuan itu mengakibatkan dia tidak boleh mengulangkaji apa yang guru mengajar dan tidak dapat membuat kerja rumah. Guru disiplin SKTSJ Puan Dewiswary A/P Appalasamy pula berkata dia pernah ponteng sekolah selama tiga kali dan pergi ke Kafe Siber untuk bermain permainan video bersama rakannya. Jadi, rakan sebaya juga menjadi punca masalah disiplin pelajar tersebut. Kawan-kawan Pradsanth juga mempunyai masalah keluarga dan masalah kewangan. Oleh kerana Pradsanth mempunyai duit, mereka lebih gemar berkawan dengannya. Pradsanth lebih menyukai rakannya jika berbanding dengan ibubapa. Dia mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Di samping itu, Pradsanth juga tidak mengambil berat terhadap pelajaran. Dia merasakan pelajaran itu susah dan membosankan. Dia juga berkata bahawa ada banyak perkara yang lebih seronok untuk dilakukan selain belajar. Dia juga pernah mencuri duit daripada dompet ibu bapa dan gurunya. Puan Dewiswary berkata dia sentiasa gagal dalam semua subjek semasa peperiksaan. Dia menambah bahawa pelajar ini mungkin akan terdedah kepada pengaruh luar dan akan melakukan jenayah juvana jika tidak mengambil langkah-langkah mengatasi masalah dia. Encik Gunalan A/L Velayuthan, ketua disiplin berkata mereka mengambil tindakan dengan memberitahu ibubapa Pradsanth tentang kes ponteng dan

mengadakan sesi perjumpaan bersama guru. Pradsanth juga dihantar kepada guru kaunseling untuk memberikan kaunseling. Sebagai cadangan saya, guru disiplin boleh mengadakan satu rutin untuk mengesan kelewatan dan ponteng pelajar bermasalah itu iaitu tandatangan kedatangan dilaksanakan untuk setiap waktu pelajaran. Selain itu, ibu bapa harus memberi perhatian terhadap prestasi pelajaran anaknya. Ibu bapa seharusnya mendengar dan menyiasat maklumat yang dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai anaknya. Kerjasama masyarakat juga diperlukan dalam memaklumkan pihak ibu bapa dan sekolah sekiranya terjumpa pelajar yang ponteng di luar sekolah pada waktu sekolah. Di samping itu, Ibu bapa dan guru perlu meluangkan masa untuk berbual dan bertanya masalah dengan murid agar mereka merasakan diri mereka dihargai. Ibubapa perlu mengambil berat mengenai pergaulan anak-anak mereka. Ibu bapa harus peka terhadap perubahan tingkah laku anak kerana biasanya perubahan tingkah laku menunjukkan anak-anak terlibat di dalam sesuatu yang tidak diingini. Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam membentuk sikap anak-anak. Pelajar harus diberi asuhan dan didikan sejak kecil lagi. Para guru harus mengetahui masalah tingkah laku murid dan fahami

perasaannya. Guru harus kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat pelajar itu untuk terus memberi perhatian sekaligus mengurangkan masalah disiplin. Para pelajar harus diberi galakan dan semangat untuk membentuk nilai-nilai positif dalam diri oleh guru dan ibu bapa. Ibu bapa harus menjadi contoh atau role model kepada anaknya. Lantaran itu, sekali-sekala ibu bapa perlu menyiasat apakah yang dilakukan oleh anak mereka semasa berada di luar rumah. Ibu bapa juga harus memberikan kesedaran atau terangkan kepada anak-anak mengenai keburukan dan akibat masalah disiplin menerusi kaunseling dan ceramah. Pihak pengusaha Kafe Siber harus tidak membenarkan remaja di bawah umur masuk ke pusat-pusat permainan video. Jika pihak pengusaha Kafe Siber gagal

melaksanakannya,pihak berkuasa bolehlah merampas chip yang terdapat di dalam mesinnya. Kerajaan harus tidak membenarkan pengusaha Kafe Siber memuatkan permainan video di komputer. Selain itu, rakan sebaya yang baik boleh membantu pelajar yang bermasalah itu supaya menjadi insan yang mempunyai sifat-sifat sosial yang positif. Kesimpulannya, kebanyakan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam bilik darjah bersifat pelbagai dimensi dan merupakan simptom-simptom masalah yang dihadapi oleh murid-murid pada pelbagai aras. Sebagai seorang guru, kita harus mengetahui punca dan implikasi tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah agar kita lebih memahami murid yang menimbulkan masalah disiplin, seterusnya bertindak ke arah mengawasi situasi bilik darjah agar tidak bertambah lagi teruk sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. (901 Perkataan)