Anda di halaman 1dari 1

KERTAS KERJA PERMOHONAN PEMBINAAN GEREJA KELOMPOK SEL SIB LONGGOM BESAR

1. LATAR BELAKANG KAMPUNG LONGGOM BESAR

Kampung Lonngom Besar mempunyai penduduk lebih kurang 500 orang, beragaam Kristian dinominasi Protestan Church Sabah (PCS). Bagaimanapun, ramai yang tidak lagi sembahyang ke gereja dan seringkali gereja mereka tidak ada kebaktian di gereja kerana tidak ada perhatian daripada para pemimpin gereja mereka sendiri (Domba tidak bergembala). 2. KELOMPOK SEL SIB LONGGOM BESAR

Kelompok Sel Longgom Besar telah dimulakan pada bulan Jun 2010 oleh sidang SIB Tiga Papan dan SIB Bandar Kudat. Pelayanan penginjilan dimulakan hanya pada satu keluarga sahaja, tapi sekarang suda ada tiga keluarga yang menambahinya. Jumlah anggota Kelompok Sel SIB Longgom Besar sekarang ialah 20 orang. Potensi untuk pertambahan anggota jemaat adalah sangat besar kerana penduduk Kampung Longgom Besar sangat rerbuka dengan pelayanan Gereja SIB. 3. A. KEPERLUAN KELOMPOK SEL SIB LONGGOM BESAR Bangunan Gereja

Kelompok Sel SIB Longgom Besar sangat memerlukan sebuah bangunan Gereja demi keselesaan mereka beribadah. Sekarang ini, mereka hanya beribadah di rumah Keluarga Inanti pada setiap Hari Minggu.

B.

Tapak Bangunan Gereja.

Bpa. Inanti telah menyediakan tanah tapak pembangunan gereja seluas setengah ekar. Bagaimanapun, tanah tersebut bukan diberikan secarapercuma tetapi dijual dengan harga RM 5000.00.